Tahukah Korang Bubble Tea Berasal Dari Taiwan Taiwan Halal Bubble Tea Products Sharing Event Penang
Tahukah Korang Bubble Tea Berasal Dari Taiwan? | Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event Penang | Sabtu lepas, cik en mewakili nurfuzie.com berkesempatan ke Expo Taiwan 2019 di SPICE Penang. Bila cik en masuk Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event ini barulah cik en tahu, Bubble Tea berasal dari Taiwan rupanya. Selama ini tahu minum dan kunyah je tapi tak tahu originalnya di mana. Korang tau tak yang Taiwan juga mempunyai lebih dari 1000 pengilang dan kedai makan yang sudah disahkan halal. That why Taiwan menjadi negara ke 3 terbaik untuk pelancong Muslim di bawah kategori non OIC (Organization of Islamic Cooperation) oleh Global Muslim Travel Index. Industri Halal di sana berkembang dengan pesat dan ada yang stand hampir berpuluh tahun. Oleh sebab itu, Pusat Halal Taiwan telah bekerjasama dengan Hypermarket pilihan rakyat Malaysia iatu MYDIN dalam memperkenalkan beratus produk halal Taiwan dalam teknik pemasaran mereka di Malaysia. | Tahukah Korang Bubble Tea Berasal Dari Taiwan? | Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event Penang
Tahukah Korang Bubble Tea Berasal Dari Taiwan? | Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event Penang
Taiwan Expo 2019 yang berlangsung pada 5 dan 6 Julai di Setia SPICE Convention Centre Penang menampilkan banyak produk halal dari Taiwan. Produk Halal Taiwan ini kalau korang nak tahu, telah diiktiraf oleh pasaran antarabangsa kerana pengeluarannya yang berkualiti tinggi dan pembungkusan yang menarik. Expo ini juga memperkenalkan pelbagai makanan dan minuman halal, produk kecantikan halal dan produk pertanian yang halal.
Pameran utama di Taiwan Halal & Bubble Tea Pavillion memperkenalkan 5 produk halal dan pembuat bubble tea paling terkenal, berjaya dan berusia lebih berpuluh tahun dalam industri makanan dan minuman di Taiwan. 5 produk halal yang di highlight kan adalah
3.15pm Milk Tea Series oleh Shin Chen Foods
Shin Chen Foods adalah pengeluar milk tea yang pertama dalam satu sachet. Nama pun milk tea so dalam sachet itu ada teh, susu dan gula. macam sachet minuman yang dijual di pasaraya. Nama produknya agak unik sebab menggunakan masa iaitu 3.15 petang. Rupanya di Taiwan pada pukul 3.15 petang adalah masa minum petang atau High Tea bagi penduduk mereka. Rasa? Yummy sangat. Nanti nak pi cari kat MYDIN
Sant’e Premium Silver Essence Oleh Yilan Anyong LOHAS
Yilan Anyong LOHAS mengeluarkan minuman essence yang berasal dari ikan Barramundi dan bebas lemak dan bebas kolesterol tanpa tambahan bahan kimia tiruan atau pengawet. Ia dibungkus dalam bentuk mudah dicerna. Ia boleh mempercepat pemulihan luka, meningkatkan pemulihan parut serta meningkatkan imuniti badan terhadap penyakit selepas kehamilan dan penyakit. So yang ini cik en ada sample, nanti nak try. Katanya baik untuk kulit.
Coconut Paste oleh FuFann Enterprise
Apa itu Coconut Paste? hahahah, asalnya cik en ingat macam kaya yang makan dengan roti tapi sebenarnya ianya lain sikit dari kaya dan katanya lagi sedap dari kaya. So far tak sempat cik en nak rasa tapi cik en akan cari di MYDIN nanti untuk cuba. Masa itu kalau dah cuba cik en akan sharing dengan korang. Siapa boleh lawan kaya malaysia? adakah Coconut Paste ini boleh
Bubble Tea Raw Material oleh Kuojer Enterprise
Kuojer Enterprise dah bertapak dari tahun 1976 lagi dan dah ada selama 20 tahun dalam pasaran US. Kuojer Enterprise membekalkan Bubble Tea Raw Material. Ianya juga diiktiraf oleh HACCP and ISO22000. Dan kalau korang sendiri rasa macam cik en di Taiwan Halal & Bubble Tea Products Sharing Event Penang korang akan rasa kelainan pada rasa dan tekstur bubble itu. Sekarang tengah craving bubble tea ini. Aduhhh..
Bubble Tea Machine oleh Yun Soon Lih Food Machine
Yun Soon Lih Food Machine adalah pengeluar mesin untuk buat bubble tea. Sekarang ini viral cara buat bubble tea yang perlu gentel sampai lenguh lenguh jari kan? Kalau makan sendiri ok la, kalau korang nak buka perniagaan bubble tea bolehlah guna SMART BUBBLE TEA COOKER (Multifunction BUBBLE TEA COOKER)
Sebelum penutup event ini, kami dapat lihat domonstrasi masakan istimewa oleh chef selebriti Pulau Pinang iaitu Chef NurilKarim yang menggunakan bahan halal dari Taiwan. Masakan istimewaan adalah masakan peranakan kari ikan. Nama pun chef yang masak kan. Kacak orangnya, hitam hitam manis. Memang sedap la kari dia. Kalau dapat makan dengan nasi ini rasanya memang heaven sangat. Hahahhaha
Selain daripada Taiwan Halal & Bubble Tea Products, banyak lagi booth yang berasal dari Taiwan. So mesti korang nak tahu, apa lagi yang diperkenalkan di Taiwan Expo 2019 selain makanan halal kan? Ada 6 perkara atau produk utama yang diperkenalkan di Malaysia iaitu
Smart City & Industry 4.0Green TechHealthcareHalal TaiwanTaiwan LifestyleTour Taiwan
Masa Expo Taiwan ini berlangsung ada 12 pavillion iaitu
E-commerce PavilionTaiwan Agriculture PavilionTaiwan Beauty PavilionTaiwan Excellence PavilionTaiwan Green Products PavilionTaiwan Halal & Bubble Tea PavilionTaiwan Healthcare PavilionTaiwan Tourism PavilionTaipei Your Partner PavilionTaiwan Indigenous' HubExcellent Taiwan's Export Processing ZonesTaiwan Smart City Pavilion
Anyway memang best la Expo Taiwan ini, macam macam yang kita boleh belajar dan tahu pasal Taiwan. Sebagai Blogger Travel, cik en akan mencari bahagian travel untuk kumpul info nak ke sana 1 hari nanti. Lagi lagi dikatakan ada jadual perlancongan yag mesra Muslim, memenuhi keperluan makanan halal dan tempat bersolat. Cuma masa sangat terhad sebab cik en perlu ke Batu Feringgi untuk next task. So korang yang nak tahu maklumat lanjut boleh layari lamam web dan media sosial dibawah ini
Laman web : https://mys.taiwanexpoasean.comFacebook : https://www.facebook.com/TaiwanExpo.mys/Instagram : https://www.instagram.com/taiwanexpo_malaysia/
p/s : nanti cik en nak kongsi gift yang cik en dapat masa event ini di www.instagram.com/eintan_nurfuzie. Sebab ada produk Taiwan Beauty yang cik en dapat itu sangat interested untuk sharing dengan korang.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.nurfuzie.com/2019/07/tahukah-korang-bubble-tea-berasal-dari-taiwan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+EintanNurfuzie+%28Eintan+Nurfuzie%29