Pernah Belasah Singapura Aguero Yakin Hm Mampu Ulangi Kejayaan Sama Bertemu Musuh Tradisi Sukan




MALAYSIA berdepan misi penting untuk menewaskan Singapura dalam usaha layak ke separuh akhir Piala Asean 2024.
Bakal bertemu musuh Seberang Tambak pada Jumaat, Harimau Malaya tiada pilihan lain selain mengalahkan Singapura untuk memintas mereka sekali gus mara ke separuh akhir sebagai naib juara kumpulan A.
Di atas kertas, tekanan lebih kepada Malaysia yang lebih perlukan kemenangan berbanding Singapura kerana mereka hanya perlu seri untuk mara.
BACA LAGI: Percaya dengan revolusi Harimau Malaya dimulakan TMJ, Infantino sedia beri sokongan kepada Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Revolusi Harimau Malaya buat Erick Thohir risau akan dipintas oleh Malaysia
Namun bagi penyerang, Sergio Aguero, dia yakin Harimau Malaya boleh menewaskan Singapura seperti mana dilakukan mereka dua tahun lalu dalam pertandingan serupa.
Ketika itu, Aguero berada dalam skuad Malaysia yang menang 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur dengan dia turut menjaringkan gol.

Malaysia menewaskan Singapura 4-1 sewaktu Piala Asean 2022.
Dengan aksi antara dua negara sekali lagi diadakan di Bukit Jalil, Aguero yakin Harimau Malaya boleh meraih kemenangan dengan sokongan padu diberikan penyokong.
“Ia adalah perlawanan mesti menang. Adakah saya rasakan tekanan? Tak sangat tapi saya tahu Singapura bukannya pasukan yang mudah untuk ditentang.
“Apabila kami masuk ke dalam perlawanan, kami mesti menikmati perlawanan itu. Jika kami berjaya mengulangi aksi seperti semasa berdepan Thailand, kami ada peluang untuk menewaskan Singapura dan harapnya dapat masuk ke separuh akhir.
“Tambahan lagi, perlawanan ini diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, jadi kami ada kelebihan penyokong dan kami akan gunakannya sebagai kekuatan kami,” jelas Aguero.
Situasi yang dialami oleh Malaysia adalah serupa sewaktu Piala Asean 2014 apabila Harimau Malaya perlu mengalahkan Singapura pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk mara.
Waktu itu, Malaysia berjaya menang 3-1 di Kallang, Singapura dengan tragedi ‘Keeper Kat Mana?’ berlaku melibatkan penjaga gol lawan, Hassan Sunny.
Sebagai pemain, Aguero perlu pastikan moral rakan sepasukan tidak jatuh terutamanya selepas kalah 0-1 kepada Thailand selepas bermain baik.
“Saya memberikan semangat kepada rakan sepasukan untuk berikan yang terbaik. Kekalahan kepada Thailand tidak runtuhkan semangat kami. Sebaliknya, kami lebih dahagakan kemenangan.
“Selepas pulang ke Kuala Lumpur pada Ahad, kami habiskan masa bersama yang tersayang selama dua hari, dan sekarang fokus tertumpu kepada Singapura,” kata Aguero. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram




Source link
The post Pernah belasah Singapura, Aguero yakin HM mampu ulangi kejayaan sama bertemu musuh tradisi – Sukan appeared first on Edisi Viral Plus.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://plus.edisiviral.com/pernah-belasah-singapura-aguero-yakin-hm-mampu-ulangi-kejayaan-sama-bertemu-musuh-tradisi-sukan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Aff Tewas 2 Kali Rekod 3 Aksi Malaysia Bertemu Singapura Jadi Kayu Ukur Mampu Atau Tidak Muncul Semifinalis Sukan

Piala Aff Tewas 2 Kali Rekod 3 Aksi Malaysia Bertemu Singapura Jadi Kayu Ukur Mampu Atau Tidak Muncul Semifinalis Sukan

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 324 hits
PERTEMBUNGAN penting Malaysia dan Singapura pastinya mendapat perhatian seluruh penyokong kedua dua buah negara untuk melihat pasukan manakah yang akan terkandas di peringkat Kumpulan A dan siapa mara ke pusingan kalah mati Piala Asean 2024...
Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

Awas Harimau Malaya 3 Tonggak Singapura Bakal Menyusahkan Sebab Ada Pengalaman Di Tanah Air Sukan

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 214 hits
SKUAD Harimau Malaya akan berdepan tugas getir menentang Singapura pada aksi terakhir Kumpulan A untuk mara ke separuh akhir Piala Asean 2024 pada Jumaat Beraksi di gelanggang keramat skuad kebangsaan pastinya akan memberi kelebihan buat Ha...
Batu Puteh Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi Pecahbelah Umat Melayu Malaysia Sama Saja Macam Mahazalim

Batu Puteh Polis Siasat Kenyataan Abdul Hadi Pecahbelah Umat Melayu Malaysia Sama Saja Macam Mahazalim

papar berkaitan - pada 20/12/2024 - jumlah : 208 hits
Razarudin berkata pihaknya akan memanggil Abdul Hadi dalam masa terdekat untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan KUALA LUMPUR 20 Dis Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung...
Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 238 hits
Pengerusi Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias kata Negeri Sembilan pada ketika ini kubu terkuat BN SEREMBAN Umno Negeri Sembilan berharap rundingan kerusi antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan membawa kepada pembahagian kerusi ...
Rog Phone 9 Pro Luar Nampak Sama Isinya Berbeza

Rog Phone 9 Pro Luar Nampak Sama Isinya Berbeza

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 180 hits
ASUS baru sahaja memperkenalkan ROG Phone 9 Pro salah satu telefon gaming terawal yang dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite peranti gaming generasi kesembilan ini dilihat kekal dengan spesifikasi kelas premium dan melakukan penambahbaikkan dar...
Ini Idea Memasak Guna Bahan Asas Hampir Sama Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza

Ini Idea Memasak Guna Bahan Asas Hampir Sama Boleh Hasilkan 3 Menu Berbeza

papar berkaitan - pada 23/12/2024 - jumlah : 265 hits
Jika kita pergi bekerja dalam keadaan tergesa gesa segala galanya boleh menjadi kelam kabut Apatah lagi jika bangun lewat dan perlu menguruskan anak anak perancangan untuk memasak bekal boleh terus terbantut Memang susah jika semua perkara ...
Wanita Dakwa Masuk Hospital Gara Gara Minum Matcha

Wabak Di Indonesia Dan Nepal Boleh Merebak Ke Malaysia

Doa Perjalanan Pulang Dalam Hujan

Johari Ghani Tegas Pembangunan Semula Kampung Sungai Baru Untuk Melayu Sahaja

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Kekecohan Berlaku Di Kampung Sungai Baru Ocpd Dang Wangi Cedera

Kg Sg Baru Redevelopment Must Be For Malays Only Johari

Anwar Should Donate Rm1 Mil Of His Rm11 Mil Personal Wealth To Gaza


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ikea Malaysia Anjur House Party September Ini Menangi Pengubahsuaian Dapur Bernilai Rm10 000

Double Murder Probe In Guar Chempedak After Man And Woman Discovered With Multiple Stab Wounds

Sabah Floods Evacuations Soar Beyond 400

Please

Malaysia Sarong Music Run 2025 Bakal Menarik Lebih 30 000 Pengunjung Dengan Penyertaan Dari 26 Buah Negara

Ayam Taliwang Dan Tudung Dari Perth Bestie