Niat Iktikaf Hukum Soalan Lazim Mengenainya


Niat Iktikaf, Hukum & Soalan Lazim Mengenainya
Terdapat beberapa amalan yang dianjurkan pada bulan Ramadan, salah satunya ialah beriktikaf. Ini merupakan amalan yang tidak asing lagi dilakukan di Malaysia bagi ‘memburu’ malam Lailatul Qadr. 
 Berdasarkan sebuah riwayat daripada Abdullah Ibn Umar RA, beliau berkata:
 كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Maksudnya: Adalah Rasulullah S.A.W itu beriktikaf pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.
Riwayat al-Bukhari (2025) Berikut dikongsikan info lebih lanjut mengenainya. 
Apa Itu Iktikaf? Iktikaf dari sudut bahasa bermaksud; tetap dan tenteram dengan sesuatu.
Dari sudut syarak pula, iktikaf bermaksud; Menetap di dalam masjid dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah) yang dilakukan oleh seorang muslim, mumayyiz, berakal, suci tubuh badan daripada junub, haid, serta nifas, dan dia menghalang dirinya daripada sebarang syahwat kemaluan.
Mazhab Syafi’e mentakrifkan iktikaf adalah; duduk di dalam masjid oleh seseorang yang tertentu dengan niat.  
Hukum Beriktikaf Berdasarkan penjelasan dalam laman web Mufti Wilayah Persekutuan, hukum beriktikaf adalah sunnah mu’akkadah (yang sangat dituntut). Ianya disunatkan pada keseluruhan waktu manakala pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan ia lebih dituntut.
Rukun Iktikaf Terdapat 4 rukun iktikaf iaitu:
Mu’takif (orang yang melakukan iktikaf);  Muslim, berakal, serta suci dari sebarang hadas besar seperti junub, haid, dan juga nifas. Masjid; Hendaklah ianya dilakukan di dalam masjid. Niat; Berniat semasa hendak memulakan iktikaf bahawa dirinya mahu menetap di dalam masjid untuk tempoh yang tertentu bagi tujuan beribadah. Menetap;  Hendaklah kadar tempohnya melebihi kadar thoma’ninah di dalam rukuk dan seumpamanya. Niat Iktikaf Niat Iktikaf dengan tidak menetapkan tempoh waktu. نَوَيْتُ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ للهِ تَعَالَى  
Maksudnya: Sahaja aku berniat itikaf di masjid ini kerana Allah.
Niat Iktikaf dengan menetapkan tempoh waktu. نَوَيْتُ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ يَوْمًا/لَيْلًا كَامِلًا/شَهْرًا لِلهِ تَعَالَى   
Maksudnya: Sahaja aku berniat itikaf di masjid ini selama satu hari/satu malam penuh/satu bulan karena Allah.
Niat Iktikaf yang dinazarkan.   نَوَيْتُ أَنْ أَعْتَكِفَ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ فَرْضًا للهِ تَعَالَى 
Maksudnya: Sahaja aku berniat itikaf di masjid fardhu karena Allah.
Adab-Adab & Perkara yang Boleh Dilakukan Semasa Iktikaf Sunat membuat amalan yang mentaati Allah SWT, seperti berzikir, membaca al-Quran dan membincangkan ilmu pengetahuan.  Jangan bercakap-cakap kecuali perkara yang baik. Jangan memaki, mengumpat, mengacum dan berbual-bual perkara yang tidak berfaedah. Memakai minyak wangi. Bercantik-cantik dalam berpakaian. Makan di dalam masjid. Yang lebih utama adalah makan di atas safrah (kain lapik) Boleh untuk berbekam di dalam masjid dengan syarat selamat dari sebarang percikan yang boleh mengotorkan masjid. Boleh untuk orang yang beriktikaf mengahwinkan orang lain. Bersungguh dalam membaca al-Quran dan mengulangkaji ilmu. Soalan Lazim Mengenai Iktikaf 1. Apakah Hukum Beriktikaf Di Rumah Pada 10 Akhir Ramadan?
J: Iktikaf hanya boleh dilakukan di masjid sahaja. Hukum beriktikaf di masjid adalah sunat pada setiap masa dan yang terbaiknya apabila ia ditunaikan pada 10 akhir Ramadan. 
Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat kes tertentu seperti masjid tutup disebabkan oleh COVID 19, hukum beriktikaf di rumah adlaah seperti berikut:
1. Harus bagi wanita untuk iktikaf di ruang solat di rumahnya, dan dia memperoleh pahala iktikaf dengan izin Allah Ta’ala, khasnya ketika masjid-masjid tidak dibuka untuk iktikaf.
2. Harus bagi lelaki untuk iktikaf di ruang solat di rumahnya di negara-negara yang masjidnya tidak dibuka untuk solat dan beriktikaf, dan dia memperoleh pahala iktikaf dengan izin Allah Ta’ala.
2. Adakah Wanita Dibenarkan Beriktikaf Di Masjid?
J: Wanita dibenarkan melakukan ibadah iktikaf di masjid meskipun terdapat pendapat yang menyatakan makruh bagi wanita yang mempunyai rupa paras yang cantik. Namun begitu, wanita tersebut perlu memastikan bahawa keadaan selamat daripada berlaku fitnah ketika hendak beriktikaf. Selain itu, wanita tersebut perlu berada dalam keadaan suci daripada hadas besar(haid, nifas dan junub). Selain itu juga, wanita tersebut perlu mendapatkan izin daripada suaminya. Jika wanita tersebut beriktikaf tanpa keizinan daripada suaminya maka ia dikira sebagai perbuatan haram.
3. Adakah Dibolehkan Bagi Orang Yang Terlupa Untuk Berniat I’tikaf Ketika Masuk Ke Masjid Untuk Berniat Ketika Di Dalam Solat?
J: Adalah dibenarkan untuk berniat i’tikaf ketika di dalam solat bagi orang yang terlupa untuk berniat ketika masuk ke dalam masjid. Akan tetapi, niat tersebut perlulah dilakukan di dalam hati. Ini kerana, dengan perbuatan melafazkan niat tersebut akan menyebabkan solat terbatal disebabkan telah melakukan salah satu daripada perkara-perkara yang membatalkan solat iaitu berkata-kata atau bercakap dengan sengaja. 
Sumber:
IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADHAN #79: IKTIKAF: PENGERTIAN DAN PERSOALAN BERKAITAN. Mufti Wilayah Persekutuan. AL-KAFI #1532: NIAT I’TIKAF DI DALAM SOLAT. Mufti Wilayah Persekutuan. IRSYAD AL-FATWA KHAS RAMADAN SIRI KE-205: HUKUM WANITA BERIKTIKAF DI MASJID. Mufti Wilayah Persekutuan.  Hukum Beriktikaf Di Rumah Pada 10 Akhir Ramadan. Jabatan Mufti Negeri Perlis. HUKUM IKTIKAF DI RUMAH | IRSYAD KHAS FATWA PEJABAT MUFTI WP. Facebook JPro

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/niat-iktikaf/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-iktikaf

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Niat Zakat Fitrah Waktu Membayar Hukum Bayar Zakat Online

Niat Zakat Fitrah Waktu Membayar Hukum Bayar Zakat Online

papar berkaitan - pada 19/3/2024 - jumlah : 406 hits
Niat Zakat Fitrah Waktu Membayar Hukum Bayar Zakat Online Salah satu perkara yang wajib ditunaikan semasa bulan Ramadan ialah zakat fitrah Ia adalah satu kewajipan bagi setiap Muslim yang mampu bagi membantu saudara saudara seiman yang meme...
Rapat Pleno Kpu Kapolda Riau Jangan Cari Keadilan Tapi Melanggar Hukum

Rapat Pleno Kpu Kapolda Riau Jangan Cari Keadilan Tapi Melanggar Hukum

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 200 hits
Jangan juga mencari keadilan tapi melanggar hukum Kami akan siap menegakkan hukum kata Kapolda Riau
Hukum Dan Dalil Puasa Ramadhan

Hukum Dan Dalil Puasa Ramadhan

papar berkaitan - pada 7/3/2024 - jumlah : 397 hits
Hukum dan Dalil Puasa Ramadhan merupakan Ceramah Ramadhan 2024 hari pertama Cocok menjadi bahan kultum Tarawih pada malam 1 Ramadhan 1445 hijriyah Sungguh merupakan karunia Allah yang besar ketika Dia memanjangkan usia kita dan mempertemuka...
Mudah Sungguh Pas Hukum Bercanggah Dengan Islam

Mudah Sungguh Pas Hukum Bercanggah Dengan Islam

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 277 hits
1 Macam Pak Mertua dia jugak Mudah sungguh label bercanggah dengan Islam GST dan SST Alasan hukum jadi kos dan pembeli miskin kena bayar 2 Saya dah komen di wallnya Tapi banyak juga komen2 yang dipadam 3 Masa PAS jadi kerajaan kenapa tak di...
Mahfud Tegaskan Kompak Usut Dugaan Kecurangan Pemilu Ganjar Jalur Politik Saya Hukum

Mahfud Tegaskan Kompak Usut Dugaan Kecurangan Pemilu Ganjar Jalur Politik Saya Hukum

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 174 hits
Mahfud mengatakan dirinya berbagi tugas dengan Ganjar untuk mengawal langkah yang diambil
Mufti Hukum Haram Kwsp Konvensional Untuk Umat Islam

Mufti Hukum Haram Kwsp Konvensional Untuk Umat Islam

papar berkaitan - pada 8/3/2024 - jumlah : 305 hits
Mufti Hukum Haram KWSP Konvensional untuk Umat Islam 15 Betulkah haram KWSP konvensional Dalam dunia yang maju dengan kewangan moden perancangan kewangan kini semakin penting bagi individu untuk memastikan kestabilan dan kesejahteraan masa ...
Video Tegas Sekjen Pdip Hasto Jawab Ganjar Dilaporkan Ke Kpk Hukum Buat Alat Politik

Video Tegas Sekjen Pdip Hasto Jawab Ganjar Dilaporkan Ke Kpk Hukum Buat Alat Politik

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 256 hits
Hasto dengan santai mengatakan sudah biasa hukum dipergunakan bukan bertujuan sebagai keadilan
Anak Dapat Pampasan Rm318 000 Kerana Pendakwa Raya Silap Hukum Bapa

Anak Dapat Pampasan Rm318 000 Kerana Pendakwa Raya Silap Hukum Bapa

papar berkaitan - pada 9/3/2024 - jumlah : 248 hits
KOSMO BANDAR RAYA HO CHI MINH nbsp Anak kepada seorang lelaki yang tersilap dihukum penjara kerana tuduhan membunuh akhirnya mendapat pampasan lebih 1 67 bilion dong daripada pemerintah lapor portal berita VnExpress semalam Pihak pendakwa r...
Serang Mapolres Jayawijaya 5 Prajurit Tni Jalani Proses Hukum Di Subdenpom Wamena

Serang Mapolres Jayawijaya 5 Prajurit Tni Jalani Proses Hukum Di Subdenpom Wamena

papar berkaitan - pada 5/3/2024 - jumlah : 202 hits
Lima prajurit TNI dari Batalyon 756 Wimane Sili yang diduga melakukan penyerangan ke Mapolres Jayawijaya Papua Pegunungan harus berhadapan dengan hukum
Perlawanan Separuh Akhir Kejuaraan Futsal B 19 Asean 2025 Siapa Yang Akan Melangkah Ke Pentas Akhir

1mdb Court Finds Najib Guilty On Cbt Charges

High Court To Announce Verdict In Najib Razak S 1mdb Trial

Menjamu Selara Makan Petang Di Sufian Cafe One Borneo Kota Kinabalu Sabah

Kes 1mdb Najib Razak Didapati Bersalah

Senarai Filem Melayu 2026

Stablecoin Dan Singapura Membangun Ekosistem Kewangan Digital Yang Kukuh

From Dopamine Spikes To Stable Focus The Biological Benefits Of Switching To Nootropic Pouches


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


From Graduate Engineer To Professional Engineer A Complete Guide To Bem S Latest Outcome Based Pae

Sosial Media Terbaru Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Di Sebalik Landasan Maut Siam Burma Ribuan Melayu Mati Tanpa Nama

Quick Diet Dinner Recipes Veg

Tanggungjawab Yang Hilang Arah

Vicky Salamor Cinta Beda Agama Chord