Tahniah Tldm Lancar Skuadron Baru Pertahan Laut China Selatan


KURANG 24 jam selepas laporan tentera China mengadakan latihan ketenteraan ‘landing drill’ di Laut China Selatan, TLDM telah melancarkan Skuadron 601 iaitu Skuadron Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (Unmanned Aerial System) di Stesen Udara TLDM Kota Kinabalu di bawah pimpinan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza bin Mohd Sany.
Untuk rekod, Skuadron 601 ini juga mencatat sejarah baru sebagai skuadron UAS pertama yang diwujudkan serta dioperasikan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Lebih membanggakan, buat pertama kali TLDM berjaya menerbangkan UAS ScanEagle yang dikendalikan sendiri oleh Pegawai Memerintah Skuadron 601, Komander Mohd Khalid Ahmad Zakaria.

Pengoperasian UAS melalui Skuadron 601 ini akan memberi kelebihan kepada TLDM dalam tiga aspek iaitu ‘Intelligence, Survillance, Recconaisance (ISR)’ di seluruh perairan negara serta meningkatkan ‘maritime domain awareness (MDA)’ semasa.

Kelebihan ini cukup kritikal; Laut China Selatan khususnya wilayah Zon Ekonomi Eksklusif kita berfungsi sebagai penghubung kepada Pasifik Barat dan Lautan Hindi – penghubung jalinan ekonomi berskala gergasi.

Lebih separuh daripada muatan perdagangan tahunan global melalui pusat yang sempit ini, dan adalah satu pertiga daripada keseluruhan trafik maritim di seluruh dunia.

Minyak yang diangkut menerusi Selat Melaka dari Lautan Hindi, dalam perjalanan ke Asia Timur melalui Laut China Selatan, adalah sebesar tiga kali ganda berbanding jumlah yang melalui Terusan Suez dan lima belas kali ganda jumlah yang transit di Terusan Panama.

Selain daripada kepentingan lokasi, Laut China Selatan turut memiliki simpanan minyak yang telah dibuktikan sebanyak tujuh bilion tong, serta anggaran 900 trilion kaki padu gas asli.

Realitinya, simpanan minyak yang dikawal China kini hanya berjumlah 1.1 peratus daripada jumlah simpanan minyak dunia, sedangkan penggunaan minyaknya adalah berjumlah lebih daripada 10 peratus pengeluaran minyak dunia manakala penggunaan tenaganya adalah lebih daripada 20 peratus kesemua penggunaan tenaga di dunia.

Maka tidak menghairankan sama sekali apabila China begitu agresif sekali membina struktur helipad dan ketenteraan yang konkrit di atas tujuh buah terumbu dan beting pasir di Laut China Selatan.

Sebagai contoh, di Terumbu Mischief (yang ditakluki begitu sahaja oleh China di depan mata tentera laut Filipina pada 1990-an), China telah membina sebuah bangunan setinggi tiga tingkat dilengkapi lima buah struktur konkrit, yang kesemuanya adalah bagi tujuan ketenteraan.

Di Terumbu Johnson pula, China meletakkan sebuah struktur yang dipersenjatai dengan mesingan berkuasa tinggi.

Posisi China terhadap Laut China Selatan pada abad 21 ini adalah menyerupai posisi Amerika terhadap Laut Caribbean pada abad 19 dan awal abad 20. Perang Sepanyol-Amerika 1898 menjadi saksi ketibaan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa dunia.

Dominasi ke atas Lembangan Caribbean Besar ini memberikan Amerika kawalan ke atas Hemisfera Barat yang kemudiannya membolehkan Washington menghalakan pula pengaruh mereka ke Hemisfera Timur. Senario yang sama adalah berkemungkinan besar berulang kepada China pada abad 21.

Tentera laut China yang merupakan pasukan tentera laut yang kedua terkuat di dunia terus melonjak dengan dramatik. Beijing tidak menggunakan strategi membeli atau membina kapal-kapal perang secara pukal, sebaliknya mereka membangunkan kapasiti nic dalam peperangan bawah permukaan dan teknologi peluru berpandu balistik (misil DF-21) yang direka bentuk bagi menembak sasaran yang bergerak di laut, seperti kapal induk pesawat udara Amerika.

Pada 2019, dilaporkan bahawa sebahagian senjata ‘hypersonic’ China sudah boleh diubahsuai bagi menenggelamkan kapal pengangkut Amerika. Sekiranya China memperluaskan armada kapal selamnya hingga mencecah 78 buah menjelang tahun 2020 sebagaimana yang dirancang, ia bakal menyamai armada bawah laut Tentera AS dari segi kuantiti.

Maka pelancaran Skuadron baru TLDM dengan nic dron UAS melalui program Maritime Security Initiative (MSI) ini memang cukup tepat pada masanya. Antara kehebatan dron ScanEagle ini adalah kemampuannya melakukan tugas risikan di darat dan laut pada ketinggian lebih daripada 5000 meter serta terbang tanpa henti selama 12 jam.

Semoga UAS yang setiap satunya berkelajuan maksimum 150 kilometer sejam ini akan memperkuatkan sistem pertahanan negara di bawah kendalian Skuadron 601 berpangkalan di Teluk Sepanggar, Sabah, di Laut China Selatan. Tahniah, TLDM!

Oleh: Abdul Muein Abadi

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/tahniah-tldm-lancar-skuadron-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Yulin Naval Base Sarang Kekuatan Maritim China Di Laut China Selatan

Yulin Naval Base Sarang Kekuatan Maritim China Di Laut China Selatan

papar berkaitan - pada 8/3/2021 - jumlah : 347 hits
Yulin Naval Base penting untuk penonjolan kekuasaan China di Laut China Selatan Pengkalan tentera laut Yulin terletak di Hainan dan merupakan pengkalan tentera laut yang paling strategik kepada China dan penting dalam usaha penonjolan kuasa...
Tldm Melakar Sejarah Dengan Pembentukan Skuadron Dron Pertama Negara

Tldm Melakar Sejarah Dengan Pembentukan Skuadron Dron Pertama Negara

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 294 hits
Di bawah program Maritime Security Initiative Amerika Syarikat memberikan 12 dron Insitu ScanEagle kepada Malaysia Dron ini digunakan untuk melakukan tinjauan dan pemantauan dari jarak jauh Unit pertama dron tiba ke Malaysia Mei tahun lalu ...
Hiburan Sedia Pertahan Maruah Keluarga Kes Saman Ali Puteh Terhadap Nor Hidayah Baru Bermula

Hiburan Sedia Pertahan Maruah Keluarga Kes Saman Ali Puteh Terhadap Nor Hidayah Baru Bermula

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 289 hits
Kes saman melibatkan pelawak Ali Puteh dan balu kepada Allahyarham Abam Bocey Nor Hidayah Mohd Ali difahamkan baru sahaja bermula apabila pendengaran kes telah mula didengari di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Sumber OhBulan Menurut Ali kes sa...
Lancar Lagu Baru Da I Syed Harap Respon Positif Peminat

Lancar Lagu Baru Da I Syed Harap Respon Positif Peminat

papar berkaitan - pada 5/3/2021 - jumlah : 206 hits
Meskipun kes jenayah seksual melibatkan dirinya masih lagi dalam perbicaraan mahkamah namun ia tidak menghalang pendakwah dan penyanyi Da i Syed untuk melancarkan single terbarunya dikhabarkan hari ini Akui gementar dengan pelancaran single...
Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

Siput Laut Ini Memenggal Kepalanya Sendiri Dan Menumbuhkan Badan Baru Mengerikan

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 855 hits
Tingkah laku luar biasa seekor haiwan memotong kepalanya sendiri kemudian menjana semula badan baru mungkin seperti cerita fiksyen sains terkini tetapi kelakuan aneh untuk spesies siput laut yang baru ditemui ini adalah kenyataan yang menge...
2 Jangkitan Dalam Masyarakat Antara 10 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

2 Jangkitan Dalam Masyarakat Antara 10 Kes Baru Covid 19 Di S 039 Pura

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 236 hits
KONGSI ARTIKEL SINGAPURA Singapura melaporkan 10 kes baru COVID 19 sehingga tengah hari Khamis menurut kemas kini awal harian Kementerian Kesihatan Kes baru itu melibatkan dua jangkitan dalam masyarakat dan lapan kes import
Penyakit Baru Yang Sukar Diubati Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Mangsa Sakit Tulang Belakang Gara Gara Henfone

Penyakit Baru Yang Sukar Diubati Jangan Biarkan Anak Anda Jadi Mangsa Sakit Tulang Belakang Gara Gara Henfone

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 276 hits
Media sosial merupakan antara perkara yang biasa dan ada pada kebanyakkan orang khasnya mereka yang memiliki telefon pintar
Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria

Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 588 hits
Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria Assalammualaikum semua Baru baru ini Ruby berkesempatan menyertai IG Live Monstr my Mereka memperkenalkan bungkusan paket baru bagi produk utama mereka iaitu Brownies Pek Senior dan Junior sudah...
Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

Setelah 2 Bulan Laksana Pkp Baru Kerajaan Sedar Hanya Perlu Kawal Rentas Negeri Dan Daerah Sahaja

papar berkaitan - pada 25/2/2021 - jumlah : 307 hits
February 24 2021 DAH 2 BULAN LAKSANA PKP BARU KERAJAAN SEDAR HANYA PERLU KAWAL RENTAS NEGERI DAN DAERAH AKHIRNYA KERAJAAN BUNUH EKONOMI RAKYAT Baca laporan Akhbar tadi Kata Ismail Sabri Tindakan Kerajaan mengawal sempadan dan Rentas Daeraah...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord