Yulin Naval Base Sarang Kekuatan Maritim China Di Laut China Selatan
Yulin Naval Base penting untuk penonjolan kekuasaan China di Laut China Selatan.
Pengkalan tentera laut Yulin (Yulin Naval Base) terletak di Hainan dan merupakan pengkalan tentera laut yang paling strategik kepada China dan penting dalam usaha penonjolan kuasanya di Laut China Selatan.
Sebab itulah Yulin Naval Base dipanggil sebagai “Sarang” kekuatan laut China di Laut China Selatan.
Pembinaan Yulin Naval Base bermula awal tahun 2000 dan kerja-kerja pembesaran masih lagi berjalan sehingga kini, dengan imej-imej satelit menunjukkan pembinaan jeti sepanjang 1,150 kkai untuk menempatkan kapal-kapal pengangkut pesawatnya.
Saiz kompleks Yulin Naval Base itu adalah amat besar dan lengkap dengan fokus serta dedikasi China terhadap pembinaannya turut membuktikan kepentingan Yulin Naval Base kepada survivabiliti tentera laut China dan angkatan tenteranya terutama di Laut China Selatan. Dari Yulin Naval Base, kapal-kapal selam China sama ada yang berkuasa nuklear atau diesel-elektrik boleh meluncur secara senyap ke dasar Laut China Selatan.
Bagaimanapun, tidak banyak diketahui oleh dunia luar tentang Yulin Naval Base.
Yulin Naval Base kekal menjadi pengkalan tentera yang paling menjadi perhatian dunia terutamanya Amerika Syarikat dan rakannya.
Ia kekal menjadi pangkalan tentera China yang paling kerap diteropong oleh satelit-satelit pihak barat di angkasa lepas.
Dan terima kasih kepada juga teknologi satelit yang kini bercambah meluas sama ada milik pihak tentera atau komersial, dunia kini mempunyai pengetahuan yang baik tentang Yulin Naval Base, termasuklah kemudahan-kemudahan yang pada suatu masa dahulu amat dirahsiakannya iaitu terowong bawah tanah untuk menempatkan kapal-kapal selamnya.
Kemudahan terowong bawah tanah ini menjadikan keberkesanan serangan udara untuk memusnahkan kapal-kapal selam di Yulin Naval Base itu menjadi semakin sukar.Kapal pengangkut pesawat China di Yulin Naval Base.
Ia adalah sistem pertahanan “bunkered defence” yang effektif, menjadikan gunung di atas terowong sebagai benteng pertahanan semulajadi.
Penggunaan bom “Massive Ordnance Penetrator” juga tidak pasti dapat membuahkan hasil jika serangan udara untuk memusnahkan kemudahan bawah tanah Yulin Naval Base dilakukan.
China memiliki kira-kira 48 buah kapal selam termasuk di antara 4 hingga 6 kapal selam berkuasa nuklear Type 094 yang mampu membawa peluru berpandu nuklear antara benua 12 JL-2.
Peluru berpandu JL-2 ini mampu menghentam sasaran sejauh 8,000km.
Yulin Naval Base juga adalah pusat pemerintahan tentera utama China, melihatkan kepada kemudahan sistem komunikasinya.
Sebab itu adalah tidak menghairankan, pengkalan udara juga terletak berhampiran di Hainan, tidak jauh daripada Yulin Naval Base untuk memberikannya kemampuan mengerah mana-mana pesawat ke Laut China Selatan.
Dari pengkalan udara yang terletak di Lingshui dan Qionghai ini, China boleh mengerah pesawatnya untuk memintas mana-mana pesawat musuh yang berniat untuk memantau Yulin Naval Base dari dekat.
Dari pengkalan-pengkalan udara itu jugalah, China menempatkan pesawat-pesawat amaran awal seperti KJ-500 dan pesawat peronda maritime serta anti-submarine warfare KQ-200 untuk memantau keadaan di permukaan dan bawah permukaan di Laut China Selatan.
Selain itu Yulin Naval Base dan pulau Hainan turut dilengkapi dengan lapisan pelbagai sistem pertahanan udara dengan variasi peluru berpandu.
Kemungkinan sistem peluru berpandu anti pesawat S-400 juga ditempatkan untuk melindungi Yulin Naval Base.
Apa yang pasti China sentiasa memelihara rahsia yang ada di Yulin Naval Base dengan ketat daripada segala cubaan mengintip oleh musuh-musuhnya bagi memastikan ia kekal menjadi misteri. - DEFENCE SECURITY ASIA
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/03/yulin-naval-base-sarang-kekuatan.html