Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria
Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria! | Assalammualaikum semua! Baru-baru ini Ruby berkesempatan menyertai IG Live Monstr.my. Mereka memperkenalkan bungkusan paket baru bagi produk utama mereka iaitu Brownies. Pek Senior dan Junior sudah berwajah baru! Ruby suka konsep Monstr.my yang ceria dan bersesuaian dengan makanan yang mereka hasilkan. Kali ini, bungkusan paket itu bertukar 360° kerana dari bungkusan kedap udara biasa bersama sticker produk kepada kedap udara yang mereka print terus rekaan Brownies Monstr terkini. Jadi lebih kemas dan praktikal. Ruby rasa beruntung sebab dapat melihat peningkatkan usahawan Monstr.my iaitu Puan Nurul Fatin. Jika pembaca masih ingat lagi, Ruby pernah membuat liputan penjenamaan semula nama jenama ini di sinihttps://www.ruby.my/2020/01/brownies-monster-kini-dengan-nama-baru-monstr.html?m=1. Tahniah pasukan Monstr.my kerana terus memberi yang terbaik kepada pelanggan. Salute
Brownies Monstr Berwajah Baru Dan Lebih Ceria!
Brownies Monstr disediakan dengan menggunakan bahan-bahan premium. Semasa menonton IG Live, Ruby lihat di antara ramuan yang dimasukkan adalah German Chocolate. Jenama dirahsiakan! Hahaha! Teknik menggaul bahan-bahan juga menarik untuk menghasilkan Brownies yang lembut. Malah kedutan yang terhasi selepas dibakar dalam oven membuatkan Brownies itu rangup. Apabila kedutan terhasil, maka itu adalah Brownies yang diidamkan. Nyummmy! Brownies adalah gabungan kek dan biskut. Maka, ia tidak selembut kek, tidak serangup biskut secara keseluruhannya. Namun, Brownies memberi tekstur di bahagian dalam lembut dan di bahagian luar rangup. Anda mesti cuba! Baru faham apa Ruby cerita ni. Haha
Gambar di atas adalah gambar bungkusan lama Brownies Monstr. Pertukaran bungkusan sudah memasuki kali ke tiga. Tiap pertukaran bungkusan menampilkan sejarah perniagaan yang menakjubkan oleh Monstr.my. Dulu, mereka menggunakan nama Brownies Monster, selepas itu tukar kepada Brownies Monstr. Kedua-dua paket lama ini hanya menggunakan seal pack yang memerlukan pasukan Monstr.my untuk tampal pelekat produk. Ia adalah proses yang mengambil masa yang lama. Tetapi, itu adalah memori indah bagi pasukan Monstr.my.
Sekarang, ini adalah bungkusan terikini Brownies Monstr. Mesti Pengasas dan seluruh pasukan Monstr.my gembira dengan milestone yang telah mereka lakukan. Pencapaian hebat bagi usahawan adalah apabila mereka mampu berubah seiring dengan perubahan zaman dan pelanggan yang semakin ramai. Alhamdulillah.
Walaupun telah bertukar bungkusan, harga Brownies Monstr masih sama
Brownies Monstr Senior (200g / 20 pcs): RM 18Brownies Monstr Junior (100g / 10 pcs): RM 10
Maklumat hidangan untuk tiap 100g adalah seperti berikut:
Tenaga: 467calProtein: 6.4gLemak: 22gKarbohidrat: 60.8g
Seminar Letupan Kuasa Usahawan Muda Mentaliti Si Penjual Makanan
Brownies dalam bentuk bungkusan paket Pertama di Malaysia keluaran Monstr.my yang diasaskan oleh Puan Nurul Fatin bersedia untuk memukau anda dengan wajah baru! Sambil menggabungkan Seminar pendidikan dengan pelancaran paket baru, Puan Fatin berkongsi pengalaman hidupnya, bermula sebagai penjual makanan kecil. Kini, beliau usahawan dan pengasas Monstr. Acara berkongsi minda perniagaan dengan penceramah jemputan iaitu Pu Riz dan Sifu Jamal, dilancarkan oleh MC Nazs. Monstr.my mengadakan program secara maya melalui aplikasi zoom di mana penonton boleh menonton dari rumah! Dihadiri oleh 1000 peserta dan program sarat dengan perkongsian menarik dari pakar strategi pemasaran Sifu Jamal dan sembang inspirasi oleh Pu Riz dengan topik "Keberkatan Dalam Berniaga".
Brownies Monstr, yang telah bertapak selama lebih kurang 5 tahun tampil dengan penampilan barunya! Juga dikenali sebagai "Your Chocolate Dessert Expert", Brownies Monstr masih mengekalkan kualiti Fudgy Brownies untuk kedua saiz Senior dan Junior! Paket baru dibuat untuk memberikan pembungkusan lebih cerah dan menyeronokkan penampilan.
Untukk meraikannya, Monstr.my menawarkan peluang kepada semua pencinta coklat untuk merebut tawaran hebat! Promosi istimewa bermula dari 22 Feb 2021 hingga 1 Mar 2021
Mengenai Monstr.my
Bermula pada tahun 2012, ketika Pengasas Kakak Monstr (Nurul Fatin) mula menghasilkan kek buah dan menjual pada bulan Ramadhan. Kemudian, pada tahun 2017, Kakak Monstr akhirnya mendapat idea untuk buat BROWNIES! Bukan sekadar Brownies biasa tetapi Brownies Pouched yang pertama Malaysia! Dimudahkan untuk makan, di mana sahaja anda berada, di mana sahaja, bila-bila masa. Kini, Monstr.my dengan senang hati mempersembahkan 4 produk utamanya! The Kookcrunch Choco Jar Monstr, The Kookies Monstr (Maxi & Mini), The Brownies Monstr (Senior & Junior) dan Pour dan Dip Kookies Jar.
Monstr.my adalah jenama anak Malaysia yang terus bergerak maju bertujuan untuk menjadi Syarikat Makanan Halal terkemuka berdiri teguh bersama-sama jenama antarabangsa di yang lain. Monstr.my progresif melahirkan pasukan yang hebat serta percaya bahawa apabila bersama-sama, pasti akan dapat mencipta kelainan! Monstr.my akan terus menghasilkan produk halal, berkualiti tinggi dan inovatif dengan bungkusan makanan yang sedia untuk di makan.
Ikuti Instagram Monstr.my untuk kemas kini mengenai promo dan acara! Untuk meneroka dan beli produk Monstr, lawati www.monstr.my atau hubungi ejen yang terdekat di sekitar anda melalui Instagram @monstragentlist.my!
www.monstr.my | www.instagram.com/monstr.my | www.facebook.com/monstr.my
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ruby.my/2021/02/brownies-monstr-berwajah-baru-dan-lebih.html