Perodua Bezza Harga Baru 2020
SOURCE : Perodua Bezza: Harga Baru 2020 (Kereta Jimat Minyak) appeared first on Portal Mypt3.
Kereta Perodua Bezza 2020 facelift: Harga Baru 2020 (Kereta Jimat Minyak)
Sebelum itu, tahniah diucapkan kepada Produa Bezza yang berjaya menggungguli senarai ranking kereta jimat minyak terbaik di Malaysia bersama-sama satu lagi model kereta iaitu…….Tuutttt, anda boleh lihat senarai pada pautan tersebut. Tahniah!
Dan sekarang ini model kereta ini akan terus menyerang dan menggugat segmen A dengan model kereta kereta yang lain di Malaysia.
Sudah pastinya Perodua Bezza facelift 2020 akan ada pembaharuan dan penambahan untuk ditawarkan kepada anda yang berminat. Berminat atau tidak?
Dan kami dimaklumkan yang mana ramai yang menunggu buah tangan terkini Perodua Malaysia untuk model kereta ini bagi edisi 2020.Butiran lengkapnya di bawah ini:
Harga Bezza 2020 Baru
Berapa harga Bezza 2020 baru ini untuk atas jalan (On the Road + Insuran)?
VARIAN
Harga OTR
1.0 G (AT)
RM37,800
1.3 X (AT)
RM45,400
1.3 AV (AT)
RM51,600
6 Kelebihan Perodua Bezza Facelift 2020
Apa yang terbaru, penambahan untuk versi facelift kali ini daripada sudut pandangan hadapan, interior, exterior keseluruhannya dan juga fungsi keselamatan?
1) Bahagian hadapan kita boleh lihat sendiri perubahan adalah sangat-sangat ketara dengan design yang lebih fresh. Agak agresif.
Lampu hadapan tampak lebih slim. Bila nampak slim automatik mindset kita akan setkan ia sebagai sporty. Setuju bukan?
Lampu juga menggunakan LED macam Myvi. Terbaik! Jadi kepada pengguna highway, jikalau nampak tinggi dari belakang, berjaga-jaga mungkin itu adalah Perodua Bezza 2020. :)
2) Tempat duduk yang diberikan, cantik. Kami suka.
3) Tempat letak barang belakang aka boot yang sangat-sangat LUAS. Kapasiti menjangkau 508L.
4) Perodua Malaysia menawarkan sistem keselamatan yang baaik untuk kereta segmen A seperti ini. Di mana kereta ini mempunyai sistem keselamatan ASA (2.0) seperti mana yang ada dalam model kereta Axia dan Aruz.
Untuk facelift kali varian Premium pun sudah boleh dapat fungsi keselamatan seperti:
Traction Control
Vehicle Stability Control (VSC)
Brake Assist
5) Mengejutkan, Infotainment model facelift kali ini telah dinaiktaraf, sama seperti yang terdapat Perodua Myvi.
6) Dalam pada masa yang sama, Produa Malaysia ada menawarkan kemasan lightning Gear Up di beberapa spot dalam kereta ini. Nampak cantik!
5 Kekurangan
1) Tiada DRL (Day Running Light) untuk versi facelift kali ini. Proton Saga sudah ada DRL, produa bila lagi?
2) Entahlah, apabila kami berdiri dan pandang daripada belakang kereta ini tampak gagak dan sasa. Tetapi apabila kami tunduk ke bawah, tampak saiz tayar kereta ini sangat-sangat kurus.
Badan sasa, kaki kurus, begitulah apa yang kami nampak.
3) Untuk bahagian interior, boleh dikatakan hampir sama dengan versi sebelum ini. Tetapi dek kerana mereka telah menukar beberapa bahagian daripada gloss black kepada material plastik murah.
Terus terang kami katakan kaami lebih suka design yang lama berbanding sekarang ini yang tampak lebih premium.
4) Apabila kami duduk di bahagian tempat duduk belakang, agak menegak. Ruang belakang pun agak luas.
5) AGAK MENGEJUTKAN! Melihatkan perbandingan harga Premium Proton Saga 1.3 dengan model Premium Perodua Bezza 2020 1.3AV, Saga jauh RM10 ribu lebih murah walaupun pada segmen yang sama. RM51 ribu boleh dapat Proton Persona.
Anda pula bagaimana?
Dengan apa yang ditawarkan untuk model baru ini, aadalah berbaloi dengan tawaran harga Perodua Bezza 2020 facelift kali ini bersama-sama fungsi dan kemasan tambahan yang diberikan?
Berminat untuk sambar satu?
SOURCE : Perodua Bezza: Harga Baru 2020 (Kereta Jimat Minyak) appeared first on Portal Mypt3.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mypt3.com/harga-perodua-bezza-baru