Tahniah Mb Kedah




 


Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor yang secara terbuka serta tidak menunggu lama untuk mengesahkan beliau kini sudah beristeri dua.


Beliau mengakui sudah berkahwin seorang lagi dengan seorang pegawai polis yang merupakan janda anak satu sejak beberapa bulan lalu.


Dengan Sanusi sendiri mengesahkan pernikahan keduanya, maka tertutuplah segala spekulasi dan teka-teki yang berlegar selama ini.


Lalu, jika sesiapa selepas ini terjumpa Sanusi bersama wanita lain yang bukan isterinya yang biasa dilihat sebelum ini, maka tiada lagi fitnah terhadapnya.


Inilah baiknya bila pernikahan kedua diakui secara terbuka.


Lebih-lebih lagi sebagai pemimpin, meskipun soal nikah kahwin adalah isu peribadi, tetapi bersikap telus dan terbuka kepada rakyat adalah sebaik-sebaik pilihan.


Dalam hal inilah sikap Sanusi amat terpuji sekali.


Membaca kisah pernikahan keduanya, Sanusi boleh dikira antara lelaki paling beruntung di dunia ini.


Ini kerana, perkahwinan keduanya itu bukan saja mendapat restu daripada isteri pertamanya, Jusmalailani Jusoh, malah isteri pertamanya juga yang pergi meminang untuknya.


Menurut Sanusi lagi, semua proses perkahwinan keduanya  telah dibuat secara teratur dan mengikut peraturan.


“Saya (nak maklumkan saya sudah) kahwin dengan polis, isteri saya pergi meminang… pinangan itu dibuat oleh isteri saya, berbulan (bulan) dahulu.


“Alhamdulillah (majlis berlangsung) sempurna, teratur dan beres.


“(Pada) hari pinangan (dan) hari perkahwinan, isteri (pertama) saya ada (bersama), anak-anak saya (juga) hadir.


“Semua proses yang kena buat untuk (perkahwinan) itu semua dipatuhi, jadi tidak ada isu,” kata Sanusi  lagi.


Malah Sanusi sempat bergurau sambil tersenyum – “Saya ada kouta dua lagi.”


Sebelum ini heboh menjadi bualan di seluruh negara bahawa Sanusi dikatakan telah berkahwin lagi satu.


Beliau tidak mengesah atau menafikan spekulasi itu, sebaliknya hanya memberi bayangan seolah-olah memang sudah berkahwin lagi.


Tetapi, disebabkan ia tidak jelas, maka ia kekal sebagai teka-teki sehinggalah Sanusi sendiri mengesahkan perkara itu semalam.


Sebagai lelaki, jika ada keinginan dan berkemampuan, berkahwin lagi bukanlah suatu kesalahan.


Ia bahkan adalah sunnah.


Cuma, tujuan berkahwin ialah untuk mencari kebahagiaan, bukan menempah porak-peranda dalam kehidupan.


Sebab itu, Sanusi dikira bertuah kerana perkahwinan keduanya mendapat restu isteri pertama, selain pinangan pun diuruskan oleh isteri pertamanya.


Kira-kiranya di kalangan ahli politik lelaki Malaysia sekarang ini, Sanusilah orang paling bahagia sekali. – ShahbudinHusin 05 September 2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/05/tahniah-mb-kedah.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/tahniah-mb-kedah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Apa Jadi Sg4 Jika Pas Tumbang Di Kedah Terengganu Perlis

Apa Jadi Sg4 Jika Pas Tumbang Di Kedah Terengganu Perlis

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 133 hits
malaysiakini comDiterbitkan Sep 3 2024 10 38 AMSeorang anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno hari ini tampil mempersoalkan nasib syarikat SG4 Group Sdn Bhd jika kerajaan negeri Perikatan Nasional tumbang di satu atau dua negeri yang menubuhka...
Rugi Sejak Tuhan Buat Dunia Kedah Nak Rm50j Setahun Dari P Pinang

Rugi Sejak Tuhan Buat Dunia Kedah Nak Rm50j Setahun Dari P Pinang

papar berkaitan - pada 3/9/2024 - jumlah : 254 hits
N Faizal Ghazali amp Hariz MohdMenteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan pihaknya akan membawa isu tuntutan caj air mentah kepada Pulau Pinang ke mahkamah untuk diputuskan Hal itu kerana Kedah menanggung kerugian yang besar seja...
Mb Kedah Tak Mahu Jawab Kecoh Didakwa Kahwin Dua Lain Pula Reaksi Sanusi

Mb Kedah Tak Mahu Jawab Kecoh Didakwa Kahwin Dua Lain Pula Reaksi Sanusi

papar berkaitan - pada 4/9/2024 - jumlah : 107 hits
Kecoh didakwa kahwin dua lain pula reaksi SanusiHarapandailySelepas kecoh didakwa berkahwin dua Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hanya memberi respon ringkas kepada wartawan Beliau enggan mengulas lanjut dan hanya berka...
Kedah Buat Kapal Terbang Ini Khidmat Pas

Kedah Buat Kapal Terbang Ini Khidmat Pas

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 200 hits
Presiden Boeing Asia Tenggara Penny Burtt selepas Majlis Pelancaran Boeing Composites Malaysia di Taman Sains dan Teknologi Kedah di sini hari ini FOTO Ihsan Boeing1 Boeing pilih Kedah lancar kilang pertama di Asia Tenggara KUBANG PASU Kera...
Penang Cm Tells Kedah To Seek Raw Water Payments Via Court

Penang Cm Tells Kedah To Seek Raw Water Payments Via Court

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 146 hits
The Penang government has urged the Kedah government to go through legal means should it wish to seek payment charges for the raw water taken from the Muda River by Penang and not through the media Penang Chief Minister Chow Kon Yeow said h...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rahsia Tulis Karangan Gempak

Custom Eyeshadow Box Cara Meningkatkan Nilai Eksklusiviti Produk

Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery