Tahniah Madammu Perjalanan Ivf Penuh Liku Berhasil Dirinya Kini Hamil 5 Minggu


Sudah menjadi impian setiap wanita yang berkahwin untuk merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriatnya sendiri. Bukan semua orang dikurniakan rezeki untuk mudah ‘lekat’. Sesetengah wanita terpaksa melalui pelbagai liku-liku mencabar hanya kerana mencuba untuk hamil. Bukan sahaja bersedia dari segi fizikal bahkan mental juga perlu kuat untuk menjalani proses rawatan kesuburan.
Bagi yang mengikuti kehidupan ahli perniagaan yang cantik dan sentiasa merendah diri, Madammu pasti tahu tentang percubaannya untuk hamil selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Muhammad Azri Che Noh.

Disarankan untuk menjalani rawatan In Vitro Fertilization (IVF), pemilik nama Eriyca Baiduri ini bersikap terbuka mencubanya. Namun, ia bukanlah satu perjalanan yang mudah, banyak cabaran yang perlu dilalui wanita cantik ini.
Perlu Bed Rest Sedangkan Madammu Seorang Yang Aktif
Ketika kemuncak perjalanan IVF iaitu proses pemindahan embrio, Madammu terpaksa berehat dan bed rest. Ia adalah sesuatu yang sukar buat Madammu kerana kehidupannya yang aktif dan sentiasa sibuk menjadi kesukaran buatnya untuk hanya duduk rehat.
Menurutnya, fasa ini agak mencabar dirinya yang lasak dan tubuhnya mulai merasai tindak balas selepas mengambil beberapa jenis pil hormon mengikut saranan pakar. Setiap pil tersebut perlu diambil dalam jangka masa tertentu bagi mempersiapkan rahimnya untuk menjalani proses terpenting dalam rawatan IVF iaitu Frozen Embryo Transfer (FET).

Antara cabaran yang perlu dilalui oleh pengasas NOIR ini adalah kesukaran untuk tidur, pening kepala, susah untuk bangun serta mood swing. Akui Madammu, kesemua kesukaran yang dirasai itu sedikit-sebanyak mengganggu kerja hariannya.
“Pernah suatu ketika, Madammu dah get ready nak ke office, tetapi last minute Madammu boleh pula batalkannya. Jadi, meeting yang Madammu perlu hadiri pada hari tersebut terpaksa dibatalkan di saat-saat akhir. Ini semua penangan daripada ubat hormon yang Madammu perlu ambil.”
Keluarga & Staf Cukup Memahami
Emosi Madammu sepanjang menjalani rawatan IVF banyak ‘naik-turun’. Bukan mudah dari sudut kesihatan fizikal dan juga mental. Banyak perasaan yang bercampur-baur, dalam bahagia, sedih, letih, marah dan sebagainya. Madammu melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan suami, anak-anak serta staf yang banyak memahami dirinya.
Bukan mudah untuk dia mengawal perasaan tetapi orang-orang di sekeliling yang positif dan sentiasa memberi sokongan kepada Madammu banyak memberinya kekuatan.

Segala tangisan disembunyikan bagi memberi semangat buat ejen-ejen dan team NOIR. Ada satu ketika, Madammu mengalami perubahan emosi yang mendadak dan terpaksa turun ke Sabah untuk majlis pelancaran produk dan ketika itu dirinya mengalami pendarahan yang teruk.
Biarpun diuji begitu, sokongan dari keluarga dan staf memberi kekuatan buat Madammu untuk menjayakan majlis tersebut. Madammu menunjukkan dirinya yang positif, ceria penuh gelak tawa di sebalik kesakitan dan tangisan yang disembunyikan.
Perjalanan Sukar Penuh Berliku
Madammu berkata apabila dirinya sudah memulakan rawatan IVF, dirinya mahu menamatkannya biarpun penuh dugaan yang mencabar. Cabaran IVF yang dilalui setiap individu tidak sama, buat dirinya sendiri dia terpaksa membuang tiub fallopian, mengambil pelbagai jenis suntikan dan terpaksa makan pil hormon tertentu yang banyak mengganggu emosinya.

“Menjelang 7 hari terakhir sebelum menjalani proses rawatan kemuncak IVF iaitu FET ini, Madammu perlu mengambil ubat jenis ‘insert’ pula. Untuk pengambilan ubat ini, ia telah membuatkan pergerakan Madammu sangat terbatas.”
Untuk melalui proses FET, Madammu telah mempersiapkan diri dari segi fizikal, mental dan emosi terutamanya untuk bed rest. Kongsinya lagi, dirinya perlu bed rest dalam 10 hari pertama sebelum berjumpa dengan doktor pada tarikh 11 Oktober 2022. Pada tarikh ini ia bakal menentukan keputusan positif  atau sebaliknya.
Seandainya pada tarikh tersebut Madammu berjaya mendapat berita ‘gembira’ atau keputusan yang ditunjukkan itu nanti positif,’ ia menandakan kandungan Madammu sudah mencecah 5 minggu.
Debaran Kian Terasa, Inilah Detik Yang Ditunggu-tunggu
Selepas menjalani lima bulan tempoh rawatan IVF yang penuh kesukaran, hari ini Madammu dan suami bersedia untuk berjumpa dengan pakar untuk mengetahui keputusan sama ada usaha mereka untuk hamil berjaya atau tidak.
Segala persiapan telah dibuat termasuklah dari segi emosi untuk menerima apa saja perkhabaran yang akan disampaikan oleh pakar yang merawat Madammu. Sama ada positif atau negatif, inilah masanya untuk mengetahui.
Tahniah, Madammu!
Biarpun debaran terasa, namun Madammu dan suami cukup tenang menuju ke bilik doktor untuk mengetahui keputusan rawatan IVF yang telah dijalani bermula bulan April yang lalu. Keterujaan team NOIR yang menemani Madammu mendengarkan perkhabaran baik ini diringi air mata. Masing-masing memeluk erat Madammu.
Dirinya kini hamil satu bulan, trimester pertama yang sangat mencabar. Suasana di dalam bilik doktor diselubungi rasa sayu dalam kebahagiaan. Bukan mudah untuk Madammu melalui proses rawatan IVF. Ia memberi kesan bukan sahaja kepada dirinya tetapi juga suami, anak-anak dan team NOIR yang sentiasa menjadi tulang belakang Madammu.

Ketika ditanyakan kepada Madammu apa perasaannya setelah disahkan keputusan positif, dia mengatakan bahawa perjalanan IVF ini tidak mudah.
“Orang cuma tahu pengorbanan isteri bila melalui proses ni, tapi sebenarnya suami memainkan peranan yang penting. Banyak memberi semangat dan sentiasa bersabar dengan situasi emosi saya yang tak stabil. Tambah lagi ketika pengambilan pil hormon. Berubah-ubah emosi, tapi suami seorang yang sangat tenang dan sabar melayan saya.”
Saksikan detik-detik indah ketika Madammu disahkan hamil;

“Kalau Scan Sekarang Tak Nampak Apa, Kita Jumpa Lagi Seminggu..”
Semasa berkongsi keputusan dengan Madammu dan suami, pakar mengatakan bacaan keputusan mereka sangat ‘cantik’. Memandangkan kehamilan masih di peringkat awal, pasangan ini disarankan untuk datang semula dalam tempoh seminggu untuk membuat imbasan ultra bunyi.
“Kalau nak scan sekarang, memang tak nampak apa lagi. Jadi sebaiknya datang semula minggu depan. Untuk pengambilan ubat, teruskan pil hormon sehingga usia kandungan 10 minggu ya. Lepas tu kita akan mulakan dengan vitamin-vitamin lain. Jagalah diri, jangan lasak sangat. Work from home.”
Sebaik mendengar pesanan doktor, Madammu hanya tersenyum dan mengatakan dirinya seorang yang sibuk dan sukar untuk bekerja dari rumah. Sempat juga dia bertanya kalau dirinya dah boleh travel pada bulan 12 nanti atas urusan bisnes.
Madammu dan suami sempat membunyikan ‘Bell of Joy’ yang terdapat di Alpha IVF & Women’s Specialists bersama-sama team NOIR. Menahan perasaan, akhirnya jatuh juga air mata suami Madammu ketika ditanyakan harapan untuk proses kehamilan isteri tercinta.

“Saya agak terharu dan terkejut bila dah tahu keputusan. Masih panjang lagi journey sebab kandungan pun baru lima minggu. Alhamdulillah.. Tahniah Yang untuk segala pengorbanan dan journey you ni.”
Sudah tentu semua gembira dengan berita baik ini dan mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Semoga perjalanan kehamilan Madammu dipermudahkan dan trimester pertama ini dapat dilalui tanpa sebarang kesukaran.
Madammu kena jaga diri baik-baik ya, semua orang yang mengikuti perjalanan proses rawatan IVF Madammu akan terus mendoakan yang baik-baik buat dirinya. Tahniah sekali lagi, Madammu!
 
 
 
 
 
 
The post Tahniah Madammu! Perjalanan IVF Penuh Liku Berhasil, Dirinya Kini Hamil 5 Minggu! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tahniah-madammu-perjalanan-ivf-penuh-liku-berhasil-dirinya-kini-hamil-5-minggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencuba Kaedah Ivf Kali Pertama Untuk Hamil

Mencuba Kaedah Ivf Kali Pertama Untuk Hamil

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 224 hits
Minggu lepas viral kisah Madammu Noir yang berjaya pregnant melalui kaedah IVF K fiezz nak share juga cerita IVF k fiezz Siapa yang follow k fiezz di IG tahu lah kisah k fiezz buat kaedah IVF ni untuk pregnant sebab k fiezz share kat IG sto...
Tahniah Ryan Bakery Selamat Bernikah Kini Suami Elyia Ibrahim

Tahniah Ryan Bakery Selamat Bernikah Kini Suami Elyia Ibrahim

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 262 hits
Selepas lima bulan bertunang personaliti TikTok Ryan Fahmi Bakery selamat menamatkan zaman bujang dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Elyia Ibrahim jam 11 pagi tadi Menerusi tinjauan di beberapa platform gambar dan video sek...
Hamil Anak Kembar Ini 7 Potret Anisa Rahma Eks Cherrybelle Kini Menginjak 8 Bulan

Hamil Anak Kembar Ini 7 Potret Anisa Rahma Eks Cherrybelle Kini Menginjak 8 Bulan

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 185 hits
Anisa Rahma sedang menikmati masa kehamilan pertamanya Usia kehamilan mantan personel Cherrybelle ini kini sudah menginjak 8 bulan Anisa Rahma dikabarkan hamil anak kembar Perut Anisa Rahma tampak makin besar Intip yuk potretnya
Rentasan 1221 Panas Kini Pas Sentap Kerajaan Dap P Pinang Dipuji Sprm

Rentasan 1221 Panas Kini Pas Sentap Kerajaan Dap P Pinang Dipuji Sprm

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 182 hits
1 DERITA 22 BULAN HANYA POLITIK MUNAFIK PAS DAN UMNO 2 TAHAP KESEDARAN RASUAH RAKYAT PULAU PINANG TINGGI SPRM 3 LEPAS KEMPEN HENTIKAN FITNAH IA SEMAKIN MENJADI JADI 4 BERAPA KOLAM PAS NAK MAIN
Koin Baru Inggris Kini Bergambar Wajah Raja Charles Iii

Koin Baru Inggris Kini Bergambar Wajah Raja Charles Iii

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 178 hits
Dalam koin baru itu wajah Raja Charles III terlihat menghadap ke arah kiri berbeda dengan wajah Ratu Elizabeth II yang menghadap ke kanan Alasan beda adalah tradisi bagi wajah raja atau ratu Inggris pada koin baru untuk menghadap ke arah be...
Status Ikon Bateri Di Telefon Pintar Xiaomi Dan Redmi Kini Boleh Diubah Suai Ikut Suka Penggunanya

Status Ikon Bateri Di Telefon Pintar Xiaomi Dan Redmi Kini Boleh Diubah Suai Ikut Suka Penggunanya

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 196 hits
Xiaomi menerusi akaun sosial media Weibo mereka mengumumkan bahawa ciri terbaru MIUI memberikan kebebasan kepada pengguna telefon pintar Xiaomi dan Redmi untuk menukar paparan status ikon bateri ikut kehendak penggunanya Ciri baharu itu dik...
Selepas 2 Tahun Aeon Member Day Kini Kembali Dengan Aeon A Day

Selepas 2 Tahun Aeon Member Day Kini Kembali Dengan Aeon A Day

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 247 hits
Selepas 2 Tahun AEON Member Day Kini Kembali Dengan AEON A Day Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Selamat masuk bulan baru bulan Oktober semua Ok hari ini Sha nak kongsi aktiviti Sha di hari pertama Oktober ini Sejak tahu AEON akan m...
Kedai Merchandise Premium Liverpool Fc Kini Di Buka Di Sunway Pyramid

Kedai Merchandise Premium Liverpool Fc Kini Di Buka Di Sunway Pyramid

papar berkaitan - pada 1/10/2022 - jumlah : 296 hits
KEDAI MERCHANDISE PREMIUM LIVERPOOL FC KINI DI BUKA DI SUNWAY PYRAMID Assalammualaikum semua Pada 30 September 2022 hari ini telah berlangsung pembukaan rasmi Kedai Merchandise Premium Liverpool FC di Sunway Pyramid Lokasi di Tingkat LG 1 2...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities