Mencuba Kaedah Ivf Kali Pertama Untuk Hamil


Minggu lepas viral kisah Madammu Noir yang berjaya pregnant melalui kaedah IVF. K.fiezz nak share juga cerita IVF k.fiezz. Siapa yang follow k.fiezz di IG tahu lah kisah k.fiezz buat kaedah IVF ni untuk pregnant sebab k.fiezz share kat IG story saja. Di feed IG pun k.fiezz tak post apa-apa yang macam tunjukkan k.fiezz dalam rawatan IVF. Termasuk lah sosial media lain pun sama k.fiezz tak post apa-apa. Malas nak kecoh-kecoh sebab 50-50 samaada k.fiezz berjaya hamil atau tidak dengan kaedah IVF ni. Kalau menjadi, of course k.fiezz & mr hubby paling happy tapi kalau tak menjadi, sis paling sedih sangat so untuk mengelak dari di tanya soalan-soalan dari sesiapa kalau IVF kitaorang ni tak menjadi, k.fiezz elakkan share apa-apa di sosial media. Kalau kata rawatan IVF ni k.fiezz berjaya pregnant, sis akan share juga good news nya bila baby dah selamat keluar. 
 
Story IVF k.fiezz ni panjang tau. Kalau rajin nak baca, boleh lah baca..Tak rajin, tak apa..Nak sharing experience sis je untuk bacaan diri sendiri di masa depan..hehe..


CUBA KAEDAH IVF UNTUK PREGNANTFebruari tahun ni bermula rawatan IVF k.fiezz & mr hubby. Kitaorang kena check dulu apa yang patut untuk tahu samaada kitaorang boleh proceed ke proses IVF ni ke tak?Selain dari faktor umur paling utama.  Sebelum start rawatan IVF, Dr ambil sample darah k.fiezz & mr hubby untuk tengok tahap kesihatan dalaman. Hormon & yang berkaitan dengan kesuburan. K.fiezz juga kena buat hsg untuk tahu keadaan tiub samaada ada masalah atau tidak. Sama juga dengan keadaan rahim, kalau ada sebarang cyst/fibriod atau apa-apa yang abnormal. Untuk lelaki pula, Mr hubby kena bagi sample sperm untuk tahu ada ke tak sperma. Sebab ada kes lelaki yang zero sperma atau dipanggil dengan azoospermia. 
Selepas dapat semua keputusan, alhamdulillah k.fiezz & mr hubby normal. Tak ada masalah untuk teruskan rawatan IVF.


MULA SESI CUCUK-CUCUK PADA CYCLE PERIOD BULAN OGOS Mula dari hari ke-2 masa period bulan Ogos, k.fiezz dah mula kena cucuk untuk keluar & matangkan telur. Seriau sangat part ni benornya tapi beranikan diri juga. Cucuk ni bukan pergi ke klinik tau. Buat sendiriiii..Uwaaaa...Tak tahu lah mana datang keberanian untuk mencucuk diri sendiri..Bila ingat balik, rasa kagum dengan diri sendiri. 



Gonal-F


Gonal-FCucuk day 2 - day 9 (1x sehari / pagi)Sakit tak cucuk ni?Tak sakit sebab jarum dia halus..
Dalam 1 kotak ni ada 1 pen yang mengandungi cecair ubat gonal F & 8 jarum suntikan. Macam k.fiezz, 1 pen sekali cucuk jadi pakai 1 jarum saja. Tapi ada sesetengah patient  1 pen ni boleh cucuk beberapa kali, jadi dalam kotak ni memang dah dibekalkan jarum 8 batang untuk setiap kali cucuk. Maksudnya untuk yang hanya perlu cucuk dos sikit, total 8x suntikan untuk 1 pen ni. 
Jumlah dos yang perlu disuntik ni, ikut atas nasihat Dr. Macam K.fiezz kena habiskan 1 pen ni setiap kali cucuk atas faktor umur. Pengeluaran telur k.fiezz dah kurang. Normal untuk perempuan, bila makin meningkat usia pengeluaran telur kita akan berkurang. Jadi disarankan pada sesiapa yang nak buat rawatan kesuburan seperti IUI/IVF, buat masa umur masih muda (awal 30-an)..Tapi apapun berbalik pada rezeki dari Allah. Kita berusaha saja

Gonal F ni k.fiezz kena cucuk dari day 2 - day 9 period. Masa  hari ke-7, k.fiezz ke hospital semula untuk scan telur tapi Dr minta tambah lagi cucuk Gonal F ni sampai day 9 untuk perbanyakkan lagi telur. Jadi Dr bagi preskripsi ubat ambil Gonal F ni di farmasi untuk day 7- day 9. Tambah lagi 3..Total Gonal F yang k.fiezz kena cucuk 9 batang..hehe.

Kat mana nak cucuk Gonal F ni - Ukur jarak 2 jari dari pusat & cucuk di kawasan sekitar. Lepas tu boleh tukar- tukar cucuk belah kiri dan kanan setiap  kali cucuk, tak semestinya di tempat yang sama.


Orgalutran Cucuk day 7  - day 10 (1x sehari / pagi)Sakit tak cucuk yang ni?Sakit sikit sebab yang ni jarum dia besar sikit..hehe. K.fiezz bila cucuk yang ni, ada keluar darah sikit..
Masa scan hari ke-7 tu, ada telur-telur k.fiezz yang macam dah nak cukup matang. Dr suruh cucuk ni pula untuk 4 hari bagi lambatkan sikit proses telur jadi matang sampai hari untuk pick up telur. 
Hari ke-11, k.fiezz ke hospital lagi sekali, Dr nak tengok telur-telur yang dah cukup saiz. Masa scan ni, alhamdulillah agak banyak juga telur-telur yang dah cukup saiz untuk di ambil. Hari 13, k.fiezz kena ke hospital untuk proses pick up telur (dipanggil ovum pick up [OPU])

Kat mana nak cucuk - Sama juga macam Gonal F. 2 jari dari pusat tapi jangan cucuk tempat  yang sama. Kalau cucuk Gonal F belah kanan, yang ni belah kiri.. 


HuCog + jarum suntikan dibekalkan (tak masuk dalam gambar)Cucuk hari ke-12 (1x sahaja)Sakit tak cucuk yang ni?Boleh tahan sakit..hehe..
Malam sebelum Ovum Pick Up (OPU), k.fiezz kena cucuk ni pula untuk pecahkan telur. Yang ni Dr bagi dos 10000 IU untuk k.fiezz. So k.fiezz dapat 2 kotak sebab kat klinik memang dos dia 5000IU je. Ubat yang ni special sikit sebab sebatian dia kena campurkan sendiri. Masa ambil di klinik, staff dah explain cara dia. Jenuh juga nak ingat sebab mr hubby tunggu dalam kereta. K.fiezz kena ingat cara bancuhan dia & explain kat mr hubby sebab mr hubby yang buatkan..hehe.


Untuk proses Ovum Pick Up (OPU) & Embrio transfer, k.fiezz buat di sini sebab gynae yang suruh. Selain dari tu, consultation & scan telur, semua di HPUPM. K.fiezz rasa mungkin sebab HPUPM hospital baru tak cukup kelengkapan lagi. Gynae yang handle kes k.fiezz ni, memang bertugas di HUKM juga. 
OVUM PICK UP (OPU)
Masa OPU, telur yang berjaya diambil 10 dari belah kanan sahaja. Belah kiri ada 2 tapi tak boleh nak ambil sebab kedudukan ovari tinggi. Dr beritahu tak dapat nak ambil melalui rahim. Jadi total yang berjaya di ambil 10 biji sahaja. 
Sakit tak selepas Ovum Pick Up ni.. Masa buat tak sakit cuma ada rasa ditekan sesekali sebab k.fiezz dibius separuh. Jadi memang sedar cuma mamai-mamai. Tapi lepas dah habis kesan bius tu, perut sakitttt..Tak tahu lah nak cakap macamana. Senak, kembung..Rasa macam kentut tak lepas. Ada juga kentut tapi sama juga tak lega..2-3hari juga lah baru hilang kesan sakit tu..haha..Nak repeat balik proses ni?Idakkk..haha..


EMBRIO TRANSFER 

Ni masa proses Embrio transfer.  K.fiezz buat Embrio Transfer ni masa hari ke-4 selepas OPU. Sebelum embabies dimasukkan dalam rahim k.fiezz, Dr beritahu berapa yang berjaya disenyawakan. Dari 10 telur k.fiezz yang berjaya di ambil, yang matang ada 8. Disenyawakan dengan sperma mr hubby, ada 6 yang berjaya & hari ke-3, hospital maklumkan ada 3 saja yang berjaya berkembang dengan elok tapi masa hari nak transfer ni, tinggal 2 saja. Alhamdulillah walaupun tinggal 2 je..Ada juga yang berjaya survive..
Tapi masa ni Dr masukkan 1 saja. 1 lagi disimpan (frozen egg). 
SELEPAS EMBRIO TRANSFER
Selesai embrio transfer, k.fiezz diberi mc 13 hari untuk berehat di rumah. Orang cakap bedrest. Tapi k.fiezz ada baca tak elok juga baring je. Kena juga bergerak untuk lancarkan pergerakan/peredaran darah dalam badan jadi k.fiezz bergerak juga sana sini dalam rumah tapi berjalan perlahan & k.fiezz elakkan angkat benda berat. Masa ni k.fiezz & mr hubby minta tolong mak dan abah dari kampung untuk jaga k.fiezz. Mak tolong masak & buat kerja dapur. Abah tolong buat kerja rumah sikit-sikit. Mr hubby tak tolong ke?Ada tolong tapi sebab mr hubby kena kerja juga walaupun dari rumah. Jadi dia tolong sikit-sikit. 

Ubat-ubatan yang k.fiezz kena ambil sepanjang proses menunggu 2 minggu (two waiting weeks). Deborr sangat tau proses menunggu ni. Jadi ke idak ke
2 ubat yang k.fiezz kena ambil. Utrogestan - 3x sehari (masuk melalui miss 'v' a.k.a kot bawah)..heheDuphaston - 3x sehari (makan)
Ubat-ubat ni berfungsi untuk menyokong dan menguatkan embabies dalam rahim.


Ni ubat cucuk yang k.fiezz kena ambil lagi. Ubat ni 2x cucuk je. Sekali masa lepas embrio transfer & sekali lagi masa hari ke-9 lepas transfer. Ubat ni kena cucuk di klinik/hospital & perlu dibuat oleh Dr/Nurse saja. Disertakan 1 surat rujukan sekali untuk tunjuk pada klinik/hospital masa k.fiezz nak cucuk. Yang ni k.fiezz cucuk di klinik ibu & anak kat bawah blok flat k.fiezz. Kebetulan memang ada klinik ni kat sini. K.fiezz beritahu dengan staff klinik & tunjuk surat ni, diaorang cakap boleh..Free sajoo.



Cooler bag
Penting beg ni yea untuk siapa yang nak buat IUI/IVF sebab ubat-ubat yang kita cucuk tu, kena berada dalam suhu sejuk...So lepas ambil ubat, terus keluarkan dari kotak & masukkan dalam ni. Kalau tak ada nak ke mana lepas ambil ubat, terus balik rumah tapi kalau ada nak menyinggah mana-mana dulu, pastikan ada cooler bag ni sebab nak letak ubat.. Yang ni k.fiezz sewa dari satu klinik, kebetulan kena ambil ubat kat situ sebab hari yang k.fiezz nak ambil ubat, farmasi hospital tutup hari cuti. Jadi Dr suruh ke klinik ni, beli ubat kat situ. Masa nak bayar ubat, staff tanya ada cooler bag ke?K.fiezz cakap lah tak ada. So dia beritahu kat situ boleh sewa cooler bag ni tapi nanti bebila dah free hantar semula. Sewa kena caj RM30 tapi masa hantar semula, dia bagi balik RM10.


MENJADI KE TIDAK IVF K.FIEZZ & MR HUBBY?
Jeng jeng jeng..hehe..Siapa yang follow IG story k.fiezz dah tahu result kitaorang..Keputusannya tak menjadi. Keputusan darah (HcG) k.fiezz, 0.1 saja iaitu tak berjaya. huhu. Sedihnya...Masa dapat result, dah agak tak menjadi sebab hari yang sepatutnya k.fiezz period, dah keluar spotting. Tapi cuba +ve ingatkan spotting tu darah penempelan. Rupanya memang tak menjadi sebab kalau darah penempelan 1-3 hari saja. K.fiezz punya spotting tu dah berlarutan lebih 3 hari & bila k.fiezz check, dah jadi warna darah. Sebelum tu warna coklat je.  Jadi k.fiezz dah agak memang tak menjadi. Cuma nak marah dengan hospital sebab keputusan darah, diaorang tak boleh nak call lepas dah dapat. K.fiezz kena tunggu jumpa Dr juga baru tahu keputusannya. K.fiezz ambil darah 13hb September 2022 (Selasa) & jumpa Dr 19hb September 2022 Isnin depannya. Berapa hari tertunggu berjaya ke tidak, dengan darah spotting dah lebih 3 hari asyik keluar je. Hati k.fiezz masa tu dah kuat kata tak menjadi. Bila jumpa Dr, betul tekaan. K.fiezz dah beritahu awal-awal kat mr hubby & mak mertua juga sebab tak nak diaorang berharap. Masa ambil result, mak mertua ikut sekali. Jadi itu yang k.fiezz beritahu juga dah keluar darah macam period.

Masa Dr beritahu keputusan k.fiezz boleh tahan lagi air mata. Lepas dapat result, kitaorang pi berjalan pula ke Sunway Pyramid. Time tu okey lagi. Balik rumah, mr hubby peluk k.fiezz. Yang ni memang tak boleh nak tahan dah air mata. Rasa macam hujan tak nak berhenti. Mr hubby sedih juga sebab ivf kitaorang gagal tapi lelaki boleh control emosi..Kita perempuan, emosi lebih. Rasa sedih tu memang tak boleh nak control terutama menangis.

Tak apa lah belum sampai rezeki Allah nak bagi lagi. Sabar je. Ada lah hikmahnya tu. Redha.

K.fiezz & mr hubby ada satu lagi frozen egg. Awal tahun depan baru cuba lagi sekali. Buat masa ni Dr suruh pantau dulu period sebab biasanya selepas failed IVF ni, cycle period huru hara sikit..Kalau period jadi tak regular, kena makan ubat dulu bagi regular period. 
Untuk yang tak tahu, sekiranya ivf tak menjadi period akan keluar pada tarikh yang sepatutnya keluar. K.fiezz mula-mula tak tahu juga, lepas failed haritu baru jumpa ada 1 blog omputih share pasal ni. Betul lah yang macam k.fiezz alami. Period keluar pada tarikh yang dijangka

JOINT GROUP FB - IUI,IVF & FERTILITY MALAYSIA GROUP
Masa jumpa Dr untuk ambil keputusan darah, Dr cadangkan pada k.fiezz cuba cara akupuntur sebab dia cerita ada patient dia dulu buat akunpuntur & berjaya pregnant secara semulajadi. Dr tu bagi cadangan juga pada k.fiezz untuk joint group fb IUI, IVF & FERTILITY MALAYSIA sebab dalam group tu ramai yang berkongsi tips & semua info berkaitan IUI/IVF.  
K.fiezz dah joint group tu. Memang ramai share pengalaman masing-masing berkaitan persediaan/tips sebelum dan selepas IUI/IVF. Banyak juga info yang k.fiezz tak tahu. Untuk korang yang dalam perancangan nak buat IUI/IVF, cuba lah joint group fb tu untuk dapatkan info sebelum mulakan proses rawatan IUI ataupun IVF..
So dengan pengalaman pertama k.fiezz buat IVF bulan Ogos/Sept haritu & info dari group pages ni k.fiezz boleh jadikan guideline persediaan untuk IVF ke-2 k.fiezz & mr hubby awal tahun depan. 
Doakan proses IVF kali ke-2 k.fiezz & mr hubby nanti embabies berjaya melekat dan membesar..Tima kaseh in advance..
Berapa kos keseluruhan k.fiezz & mr hubby buat IVF ni? Next entry lah sambung  yea..Panjang sangat ni..hehe
ANYTHING FOR YOU  FIEZASANI JUNIOR...


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.fiezasani.xyz/2022/10/Mencuba-Kaedah-IVF-Kali-Pertama-Untuk-Hamil.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruu Perbekalan 2023 Dijangka Dibaca Kali Pertama Hari Ini

Ruu Perbekalan 2023 Dijangka Dibaca Kali Pertama Hari Ini

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 209 hits
RUU Perbekalan 2023 dijangka dibaca kali pertama hari ini nbsp Dikemas kini 33 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Oct 2022 8
Siri 65 Pertama Kali Zahid Hamidi Jujur

Siri 65 Pertama Kali Zahid Hamidi Jujur

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 196 hits
BICARA SEMASA TAJUK PERTAMA KALI ZAHID HAMIDI JUJUR TARIKH 17 10 2022 MASA 9 00 MLM PANEL DEEPAK JAIKISHAN MODERATOR ZACK ROCKSTAR KEPADA SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MEMBERI SUMBANGAN ATAU TAJAAN SILA L
Pertama Kali Untuk Drama Ha Jungwoo Raih Anugerah Utama Di Anugerah Drama Korea 2022

Pertama Kali Untuk Drama Ha Jungwoo Raih Anugerah Utama Di Anugerah Drama Korea 2022

papar berkaitan - pada 9/10/2022 - jumlah : 212 hits
Tak sia sia Ha Jung woo kembali ke dunia K Drama buat Narco Saints apabila drama itu berjaya membawa kejayaan dalam karier lakonannya ARTIKEL BERKAITAN Pada hari ini telah berlangsung acara Anugerah Drama Korea 2022 di Pusat Kesenian dan Bu...
Pada Usia 27 Tahun Zahirah Macwilson Pertama Kali Tunggang Motosikal Belajar On The Spot Di Set Penggambaran

Pada Usia 27 Tahun Zahirah Macwilson Pertama Kali Tunggang Motosikal Belajar On The Spot Di Set Penggambaran

papar berkaitan - pada 18/10/2022 - jumlah : 229 hits
PELAKON Zahirah MacWilson mencabar diri menunggang motosikal buat kali pertama dalam hidupnya bagi menjayakan watak menerusi drama lakonannya berjudul Tiada Maaf Buatmu Pemilik nama sebenar Nur Zahirah MacWilson Zainol MacWilson 27 ini berk...
Pertama Kali Guna Little Joya 3d Cherry Car Air Freshener Little Joe

Pertama Kali Guna Little Joya 3d Cherry Car Air Freshener Little Joe

papar berkaitan - pada 5/10/2022 - jumlah : 214 hits
Kesian pulak kereta dibiarkan tanpa pewangi sejak hilang baunya Sengaja dibiarkan kosong sebab guna car vent diffuser Young Living Tapi kadang lupa nak titiskan pati minyak sebab asyik lupa nak bawa dalam hand bag atau letak dalam kereta Da...
Cara Senang Buat Kuih Peneram Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

Cara Senang Buat Kuih Peneram Sesuai Buat Pertama Kali Cuba

papar berkaitan - pada 6/10/2022 - jumlah : 190 hits
Sebut sahaja resepi kuih peneram terus terbayang kuih bewarna kecoklatan yang digoreng sekejap dalam minyak panas dan sangat lembut Kuih peneram antara kuih tradisional yang menjadi kegemaran ramai dan selalu dianggap susah nak buat Resipi ...
Ilmuwan Pertama Kali Temukan Mikroplastik Pada Asi Makin Membahayakan Kesehatan Bayi

Ilmuwan Pertama Kali Temukan Mikroplastik Pada Asi Makin Membahayakan Kesehatan Bayi

papar berkaitan - pada 11/10/2022 - jumlah : 161 hits
Penelitian yang dipublikasi dalam Jurnal Polymers menunjukkan jika ASI ibu ibu itu terkontaminasi mikroplastik polietilena PVC dan polipropilen
Pertama Kali Berhijab Di Fashion Show Nasha Aziz Terima Pinangan Munawwareen

Pertama Kali Berhijab Di Fashion Show Nasha Aziz Terima Pinangan Munawwareen

papar berkaitan - pada 7/10/2022 - jumlah : 157 hits
Kemunculan pelakon Nasha Aziz di pertunjukan fesyen Munawwareen telah memberi aura luar biasa pada pengunjung yang hadir Nasha sebagai model untuk jenama itu tampil menggayakan rekaan jubah khas rona hijau zamrud bertatahkan jemeki sebagai ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner