Tahniah Guardian Di Atas Pembukaan Stor Ke 500 Beroperasi 24 7 Tanpa Lantai Tanpa Dinding
Hi Korang,
Guardian Malaysia yang bermula dengan ruang runcit seluas 200 kaki persegi 55 tahun yang lalu, hari ini meraikan pembukaan stor ke-500 yang tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu
Stor ke-500 ini adalah aplikasi mudah alih baru Guardian yang telah dibangunkan dengan tujuan menawarkan manfaat yang lebih besar kepada pelanggan. Antara ciri-ciri aplikasi tersebut adalah ikon pintasan untuk akses lebih pantas untuk tawaran pukal, tawaran eksklusif dalam talian, produk-produk popular, fungsi menambah produk ke “Senarai Hajat”, carian terhangat dan penghantaran ke seluruh negara - tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja untuk Malaysia Barat dan enam (6) ke sepuluh (10) hari bekerja untuk Malaysia Timur
Tae Hoon Kim, Pengarah Komersil & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group, Asia Tenggara, Kesihatan dan Kecantikan, melancarkan aplikasi tersebut di Kuala Lumpur hari ini berkata: “Kami terus mengembangkan stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana kami tahu pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila ia wujud berhampiran mereka. Pada masa yang sama, kami juga mempercepatkan perjalanan transformasi digital kami membangunkan saluran-saluran e-dagang, kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat di kalangan pelanggan dan perniagaan.
Aplikasi Guardian yang anda lihat hari ini adalah sebuah pencapaian penting dalam transformasi digital Guardian untuk berada seiring dengan pengguna yang mahir teknologi seperti anda. Ia juga merupakan cara kami menerima sepenuhnya perubahan baru yang melanda industri sepanjang dua tahun lepas,” tambah beliau
Kim berkata: “Kami berasa sangat bangga memperkenalkan aplikasi yang dibangunkan secara teknologi ini dan pada titik perjalanan transformasi ini, kerana kami percaya persekitaran runcit kini benar-benar bersedia untuk aplikasi sebegini. Kami akan komited untuk mengikuti arus perubahan dalam dunia aplikasi mudah alih dan bekerja keras untuk membawakan promosi-promosi eksklusif aplikasi kepada anda.”
Pelanggan boleh menikmati pelbagai pilihan produk yang ditawarkan melebihi 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan dengan banyak tawaran ekslusif hanya di aplikasi. Selain itu, mereka akan menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma dan lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar
Untuk meraikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi
“Hadiah pertama peraduan Beli dan Menang APP-Clusive ialah Set Barang Kemas HABIB Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599 manakala lima hadiah ketiga ditawarkan berupa peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu. Secara keseluruhannya, 500 orang pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah,” jelas Kim
Selain itu, Guardian juga akan mengadakan peraduan Guardian App Dance Challenge dimana video paling kreatif dengan lagu singkat (jingle) Aplikasi Guardian akan berpeluang memenangi Hadiah Utama berupa RM5,000 (berupa kombinasi wang tunai RM2,500 dan baucar Aplikasi Guardian RM2,500). Terdapat juga lima hadiah saguhati berupa baucar Aplikasi Guardian bernilai RM500 setiap satu untuk dimenangi. Peraduan ini akan berlangsung dari 13 Januari hingga 27 Februari 2022
“Untuk pembelian App-Clusive pertama anda, kami juga akan memberikan potongan RM15 daripada pembelian anda beserta penghantaran PERCUMA,” tambah Kim
“Jadi, sila muat turun aplikasi mudah alih baru Guardian hari ini untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif dan mendapatkan tawaran eksklusif yang hanya terdapat di aplikasi yang pastinya akan menjadikan membeli-belah di Guardian lebih menyeronokkan, lebih mudah, bebas masalah dengan nilai yang lebih baik,” kata Kim mengakhiri
Aplikasi mudah alih baru Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store
TH Kim, first left and the Guardian Leadership Team at the launch of the New Guardian Mobile App
Sebagai tanda pelancaran selanjutnya, Guardian turut menyumbang RM5,000 kepada setiap satu daripada 10 rumah anak-anak yatim di Malaysia yang terjejas akibat bencana banjir baru-baru ini, sebagai usaha berterusannya dalam menyokong dan berkhidmat kepada komuniti dimana mereka beroperasi
10 rumah anak-anak yatim yang menerima sumbangan RM5,000 tersebut adalah:
1. Maahad Tahfiz As-Sahabah, Hulu Langat, Selangor
2. Yayasan Chow Kit, Kuala Lumpur
3. Pertubuhan Amal Rumah Anak Yatim dan Hidayah Alhijrah, Hulu Langat, Selangor
4. Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/Miskin Muhammad Al-Fateh, Kajang, Selangor
5. Rumah Amal Limpahan Kasih, Puchong, Selangor
6. Pusat Jagaan Hembusan Kasih Sayang, Kuantan, Pahang
7. Rumah Kebajikan Anak Yatim & Fakir Miskin Perempuan (Permata Al-Insyirah), Pahang
8. Persatuan Kebajikan Jagaan Sri Sai Selangor
9. Rumah K.I.D.S, Selangor
10. Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi, Selangor
#GuardianMYApp
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ciklilyputih.com/2022/01/tahniah-guardian-di-atas-pembukaan-stor.html