Tahniah Farah Nabilah Suami Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua Usia Kandungan Sudah 19 Minggu


Tiada yang lebih menggembirakan buat pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan selain berita tentang kehamilan pertama isteri atau lebih tepat lagi bunting pelamin. Tahniah diucapkan kepada pelakon Farah Nabilah yang baru berkongsi berita gembira tentang dirinya yang kini sudah hamil 19 minggu.
Dalam satu temuramah secara eksklusif dengan sebuah akhbar, Farah yang membuat pemeriksaan dan imbasan jantina bayi dengan doktor, pagi tadi, dijangka bersalin pada akhir Oktober atau awal November depan.

Farah berkata, dia dan suami, Mohamed Amirul Yunus tidak menyangka dikurniakan rezeki menimang cahaya mata dalam tempoh singkat.
“Tidak sangka saya bunting pelamin… Alhamdulillah, rezeki datang awal. Soal jantina anak, saya dan suami tidak kisah, asalkan bayi sihat,” katanya yang mendirikan rumah tangga Disember lalu.
Penerima trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31 itu mengaku mengalami alahan pada awal trimester.
“Saya alah santan dan ayam, tetapi sekarang sudah okay,” katanya yang mengaku suami terkejut apabila dikhabarkan dirinya berbadan dua.

Farah berkata, ramai pengikut mengagak dirinya hamil selepas melihat pertambahan berat badannya.
“Dalam kalangan pengikut, peminat dan teman ada yang mula bertanya dan menghantar mesej langsung di Instagram. Tapi, saya jawab sabar, nanti akan diumumkan,” katanya.
Pelakon yang mencipta fenomena menerusi drama Titian Cinta di TV3 itu mula mendapat tahu dirinya hamil, awal Mac lalu.
“Ketika itu, saya mahu ‘terbang’ ke Maldives untuk berbulan madu dengan suami pada 8 Mac lalu.
“Mendapat berita beberapa hari sebelum berangkat, saya jadi risau sama ada boleh ‘terbang’ atau tidak. Namun, takkanlah hendak batalkan penerbangan dan percutian. Namun, selepas mendapat nasihat doktor, saya dibenarkan menaiki kapal terbang,” katanya.

Farah yang mesra disapa Fawaa dalam kalangan teman rapat memberitahu, ada teman-temannya sudah bergelar ibu dan mengandung.
“Lucu kerana ada teman kini hamil anak perempuan. Kawan-kawan lain mahu saya lahirkan bayi lelaki pula,” katanya.
Selain itu, Farah turut berkongsi berita gembira ini di akaun Instagram miliknya.
Dalam perkongsian itu, pelakon ini mengucapkan rasa syukur kepada Ilahi atas kurniaan rezeki cahaya mata buat dia dan suami. Dia juga memohon agar menitipkan doa buat dirinya dan anak dalam kandungan.
“Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant,” tulisnya di Instagram
View this post on Instagram
Assalamualaikum aunties & uncles ! Alhamdulillah, Masya Allah wa Laahawla wa Laquwwata Illa Billah. Please do send us your doa ya? So, mini me or mini mirul ? #19weekspregnant
A post shared by Farah Nabilah (@farahnabilahofficial) on Jun 9, 2020 at 10:16pm PDT

Tahniah diucapkan buat pasangan ini. Semoga semuanya dipermudahkan untuk Farah dan bayi dalam kandungan. Enjoy your pregnancy Farah!
Sumber: BH Online & IG Farah Nabilah
The post Tahniah Farah Nabilah & Suami. Kongsi Berita Gembira Dah Berbadan Dua. Usia Kandungan Sudah 19 Minggu. appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tahniah-farah-nabilah-suami-kongsi-berita-gembira-dah-berbadan-dua-usia-kandungan-sudah-19-minggu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tahniah Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

Tahniah Farah Nabilah Hamil 19 Minggu

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 414 hits
Pelakon jelita Farah Nabilah mengumumkan bahawa dirinya dan suami Mohammed Amirul Yunus bakal menjadi menimang cahaya mata sulung mereka tidak lama lagi Perkara itu dikongsi sendiri Farah di laman Instagramnya yang mengesahkan kehamilannya ...
Almy Nadia Terpaksa Gugur Kandungan Usia Empat Minggu Gara Gara Alami Pendarahan

Almy Nadia Terpaksa Gugur Kandungan Usia Empat Minggu Gara Gara Alami Pendarahan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 281 hits
Pelakon Datin Almy Nadia dipercayai mengalami pendarahan pada rahim sejak beberapa hari yang lalu Suami kepada pelakon Fizz Fairuz mengatakan bahawa terdapat darah beku yang kelihatan seperti ulser pada rahim Almy dan saiznya membesar 1 sen...
Farah Nabilah Umum Hamil Anak Pertama Kandungan Cecah 5 Bulan

Farah Nabilah Umum Hamil Anak Pertama Kandungan Cecah 5 Bulan

papar berkaitan - pada 10/6/2020 - jumlah : 635 hits
Setelah enam bulan mendirikan rumah tangga pelakon Farah Nabilah mengumumkan dirinya kini berbadan dua dengan usia kehamilan hampir mencecah lima bulan Berita gembira tersebut dikongsi Farah atau nama penuhnya Farah Nabilah Saipuddin meneru...
Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

Hadkan Kongsi Gambar Aksi Manja Suami Isteri Di Media Sosial Boleh Undang Fitnah

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 505 hits
Kemesraan dan gurau senda di antara suami isteri memang digalakkan bagi memperkukuhkan lagi keharmonian dan kebahagiaan rumahtangga Tanpa gurau senda hidup suami isteri akan menjadi hambar Namun tidak semua perlakuan atau aksi aksi kemesraa...
Hiburan Sering Kongsi Foto Dengan Suami Netizen Puji Penampilan Tasha Shila Lebih Sopan Berbanding Dulu

Hiburan Sering Kongsi Foto Dengan Suami Netizen Puji Penampilan Tasha Shila Lebih Sopan Berbanding Dulu

papar berkaitan - pada 9/6/2020 - jumlah : 366 hits
Peminat yang mengikuti perkembangan artis cantik Tasha Shila pastinya mengetahui kini beliau sudah pun berbahagia bersama suami tercinta Sering memuat naik foto bersama suami kebahagiaan jelas terpancar di raut wajah Tasha kini yang pastiny...
Hiburan Genap Usia 7 Hari Ardell Aryana Kongsi Foto Dan Nama Anak Sulung Comel Betul

Hiburan Genap Usia 7 Hari Ardell Aryana Kongsi Foto Dan Nama Anak Sulung Comel Betul

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 581 hits
Usai tempoh 7 hari selepas melahirkan puteri sulung Ardell Aryana dan suami Nadzmi Adhwa akhirnya mendedahkan jantina dan nama bayi mereka Pasangan tersebut juga ada memuat naik video momen sebaik sahaja cahaya mata mereka berdua dilahirkan...
Hiburan Almy Nadia Alami Pendarahan Pada Rahim Kandungan Berusia 4 Minggu Terpaksa Digugurkan

Hiburan Almy Nadia Alami Pendarahan Pada Rahim Kandungan Berusia 4 Minggu Terpaksa Digugurkan

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 234 hits
Tidak dijangka apabila pelakon Almy Nadia mengalami pendarahan pada rahim yang berlaku dua hari sebelum menyambut lebaran Selepas mendapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan lanjut pelakon wanita itu dikhabarkan mempunyai darah beku yang kel...
Video Penantian 5 Tahun Untuk Dapat Baby Girl Dimakbulkan Isteri Tomok Kongsi Hamil Pada Usia 41 Tahun

Video Penantian 5 Tahun Untuk Dapat Baby Girl Dimakbulkan Isteri Tomok Kongsi Hamil Pada Usia 41 Tahun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 487 hits
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Tomok dan isteri Rahayu Abas selepas menerima kelahiran baru pada Khamis lalu Menerusi Instagram isteri penyanyi itu beliau berkongsi coretan perihal penantian dia sekeluarga dalam menantikan zuriat perempu...
Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Finland Says It Can Teach Tourists To Be Happy Challenge Accepted

33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Cik Pon Bakal Talak Satu

Nahas Karak Pemandu Lori Direman Empat Hari

Raya Gaya Kita

Berbuka 29 Puasa Soto Lembu Angah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bumiputera Company Ousted Chinese Company Installed The Story Behind Kl Tower

The Rise Of Neuromorphic Computing Revolutionizing Ai Efficiency

Queen Hosts Hari Raya Reception For Utm International Students

Massive Gas Pipeline Fire In Putra Heights Says Fire Dept

Siti Kasim To Madani Gov T Patriotism Will Get Us Nowhere If Our Education Is In Shambles

Lirik Lagu Enigma Bob Yusof