Tahniah Ainan Tasneem Selamat Lahirkan Kembar Sepasang Suami Titip Doa Ucapan Terima Kasih Atas Pengorbanan
Pada usia kandungan 37 minggu, Ainan Tasneem telah selamat melahirkan kembar sepasang pada hari Jumaat yang lalu. Berita tersebut telah dikongsikan oleh suaminya, Mohamad Ariffudin di akaun Instagram miliknya.
Menurut Arrifudin anak kembar mereka itu dilahirkan pada Jumaat jam 11.52 dan 12.11. Dalam posting tersebut juga Ariffudin juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada isterinya, doktor yang menyambut kelahiran anaknya dan juga orang ramai yang mendoakan kesejahteraan isteri dan anak kembar yang dikandung.
“Alhamdulillah Subhanallah Allahuakbar. Allahumma sholli ala Sayyidina Muhammad. Sekali lagi dikurniakan berita gembira dan peluang menyambut kelahiran anak soleh dan solehah pada hari jumaat yang mulia.
“Terima kasih banyak-banyak kepada isteri kesayangan @ainantasneem92 setelah 37 minggu mengandungkan, harini pada jam 11.52 dan 12.11 berjaya melahirkan kedua-duanya dengan selamat.
“Semoga Allah mengurniakan ganjaran terbaik untuk awak serta cepat pulih dari kesakitan dan kepenatan.
“Terima kasih juga kepada Dr Siti Mariam yang sangat positif dan tenang bersama teamnya menguruskan proses kelahiran kembar kali ni walaupun baby kedua banyak kerenah sikit.
“Terima kasih juga kepada mak abah, ummi abuya, adik-beradik, ustaz-ustaz, rakan-rakan dan semua yang mendoakan yang baik-baik untuk kami.
“Sangat yakin semua urusan ini dipermudah berkat dari doa kalian semua. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Jazakumullahu Khoiran Kathir,” tulisnya.
View this post on Instagram
A post shared by Mohamad Ariffudin (@ariffudin66)
Ainan Tasneem dan Ariffudin mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2017. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung bernama Ainan Salsabiela.
Tahniah diucapkan kepada Ainan Tasneem dan pasangan. Selamat berpantang juga diucapkan kepadanya.
Sumber: Media Hiburan & IG Ariffudin
Baca: https://www.majalahpama.my/dua-dua-kepala-dah-kat-bawah-kandungan-kembar-dah-masuk-36-minggu-ainan-tasneem-harap-dapat-bersalin-normal/
Baca: https://www.majalahpama.my/setiap-hari-sakit-pinggang-belakang-ainan-tasneem-terpaksa-pakai-penyokong-tak-sabar-tunggu-baby-kembar/
Baca: https://www.majalahpama.my/doktor-cakap-salah-satu-bayi-kembar-kecil-sikit-bimbang-kena-bersalin-awal-ainan-tasneem-mohon-doa-dari-semua/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tahniah, Ainan Tasneem! Selamat Lahirkan Kembar Sepasang. Suami Titip Doa & Ucapan Terima Kasih Atas Pengorbanan appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/tahniah-ainan-tasneem-selamat-lahirkan-kembar-sepasang-suami-titip-doa-ucapan-terima-kasih-atas-pengorbanan/