Tafsiran Ayat Anak Yatim Dan Maksud Yatim



SOALAN:
Apakah tafsiran ayat al-Quran “وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ”. Bagaimana pendapat ahli tafsir berkenaan ayat ini dan apa maksud anak yatim?

JAWAPAN:
Allah SWT berfirman:

وَلَا تَقْرَبُوا مَالَ الْيَتِيمِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ
“Dan janganlah kamu hampiri harta anak yatim melainkan dengan cara yang baik (untuk mengawal dan mengembangkannya), sehingga dia baligh (dewasa, serta layak mengurus hartanya dengan sendiri).” [Surah al-An’am (152)]

Imam Ibn Kathir menjelaskan: “Mengenai firman Allah SWT: "حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ" (sehingga dia baligh), al-Sya'bi, Imam Malik dan beberapa ulama' salaf yang lain menyatakan: Iaitu sehingga mereka bermimpi basah.”

Al-Suddi menyatakan, sehingga anak yatim mencapai usia tiga puluh tahun. Menurut pendapat yang lain, sehingga usia empat puluh tahun dan menurut pendapat yang lain lagi, sehingga usia enam puluh tahun. Akan tetapi semua itu jauh dari kebenaran. (Lihat Tafsir al-Quran al-Karim, 3/324)

Berdasarkan ayat ini, kebanyakan ulama' tafsir seperti Imam al-Zamakhsyari, Imam Abi al-Su'ud, Imam al-Qasimi, Imam Jalaluddin al-Mahalli dan Sayyid Qutb telah meletakkan peringkat baligh yakni cukup umur tanpa menentukan had umur baligh yang tepat serta cerdik dan sempurna kekuatan jasmani dan akal fikiran seseorang anak yatim sebagai asas penentu layaknya untuk mereka mengurus dan mengendali harta mereka sendiri. (Lihat Tafsir al-Kassyaf, 2/56; Tafsir Abi al-Su'ud, 2/304; Tafsir al-Qasimi, 2/780 dan Fi Zilal al-Quran, 3/1232)

Berdasarkan ayat ini juga, Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa seorang kanak-kanak lelaki tidak dikatakan baligh sehinggalah dia berumur 18 tahun. Beliau berpendapat bahawa usia dewasa kanak-kanak lelaki sekitar 18 tahun manakala kedewasaan kanak-kanak perempuan adalah pada usia 17 tahun. (Lihat al-Tafsir al-Kabir, 24/29-30; Tafsir Ayat al-Ahkam oleh Syeikh Muhammad Ali al-Sayyis, 3/185 dan al-Tafsir al-Munir, 18/296)

Dr. Muhammad Mahmud Hijazi berpendapat bahawa kebiasaan usia baligh bagi seorang kanak-kanak adalah dalam lingkungan antara 15 dan 18 tahun. (Lihat al-Tafsir al-Wadih, 8/30)

Dr. Wahbah al-Zuhaili berkata: “Sehingga mencapai usia matang dengan cara bermimpi atau sudah besar. Perkataan ‘أَشُدَّهُ’ memberi maksud sempurna kelelakiannya serta pengetahuannya.” (Lihat al-Tafsir al-Munir, 8/93)

Manakala maksud yatim, sepertimana dijelaskan oleh Ibn Manzur, beliau menukilkan bahawa Ibn Barriy berkata: “Al-Yatim (الْيَتِيمُ) adalah bagi yang kematian ayah. Al-‘Ajiy (العَجِيُّ) bagi kematian ibu manakala al-Latim (اللَّطيم) pula adalah bagi yang kematian keduanya.” (Lihat Lisan al-‘Arab, 15/29)

Imam al-Jurjani dalam kitabnya al-Ta’rifat menyebut: “Yatim ialah seseorang yang bapanya telah meninggal dunia kerana nafkah adalah di atas tanggungjawab bapa tersebut, bukan atas ibu. Manakala bagi haiwan, yatim adalah apabila kematian ibunya kerana susu dan makanan adalah daripada ibu tersebut.” (Lihat al-Ta’rifat, hlm. 254)

Oleh itu, dapat difahami bahawa yatim pada istilah merujuk kepada kanak-kanak yang telah kematian bapa. Dan kanak-kanak tersebut pula belum mencapai usia baligh. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:

لاَ يُتْمَ بَعْدَ احْتِلاَمٍ
“Tidak ada keyatiman setelah baligh.” [Riwayat Abu Daud (2873)]

Syeikh Syams al-Haq al-'Azim Abadi menukilkan kenyataan Ibn Ruslan yang menyebut: “Apabila anak yatim sama ada lelaki atau perempuan telah mencapai usia baligh di mana mereka telah bermimpi seperti kebanyakan orang, maka hilanglah baginya status keyatiman secara hakikat dan berjalan ke atasnya hukum baligh.” (Lihat ‘Aun al-Ma’bud Syarh Sunan Abi Daud, 8/76)

Di dalam kitab al-Muhazzab turut dinyatakan: “Yatim adalah seorang yang tidak mempunyai bapa dan dia belum baligh. Tidak dinamakan yatim bagi orang yang sudah baligh.” (Lihat al-Muhazzab, 2/247)

Imam al-Sarkhasi pula menyatakan: “Apabila seseorang itu sudah ihtilam (bermimpi basah), maka telah keluar dari sifat yatim.” (Lihat al-Mabsut, 10/30)

Kami pernah menyatakan pandangan kami berkenaan had umur seseorang anak yatim itu wajib dinafkahkan; adakah ia berdasarkan umur balighnya atau sebaliknya. Antara lain, kami menyatakan: “Kami cenderung kepada pendapat di dalam mazhab al-Hanafi dan al-Maliki dalam menentukan had umur baligh iaitu pada usia 18 tahun, khususnya dalam isu nafkah kepada anak yatim. Ini kerana, kebiasaannya di Malaysia, anak yang berusia bawah 18 tahun ini belum lagi bersedia untuk hidup secara bersendiri (berdikari) serta menafkahkan dirinya sendiri. Tambahan pula, kami juga bersetuju bahawa pihak mahkamah boleh memanjangkan tempoh nafkah tersebut kepada anak yatim tersebut dengan melihat kepada maslahah seperti nafkah, pendidikan dan kerjaya anak yatim tersebut sehingga had umur yang tertentu seperti 21 tahun dan sebagainya.”

Kesimpulan

Istilah yatim pada asasnya adalah merujuk kepada kanak-kanak yang telah kematian bapanya dan dia masih belum mencapai baligh. Akan tetapi, kami berpendapat pelaksanaan hukuman yatim boleh dilanjutkan lagi berdasarkan uruf semasa –di mana remaja yang berusia 14 sehingga 15 tahun pada ketika ini adalah masih lagi berada di bangku persekolahan menengah dan mereka masih memerlukan pelbagai sokongan dan dokongan dari pelbagai pihak. Justeru, pendapat seperti mazhab Hanafi berkenaan had umur yatim yang membawa sehingga kepada 17 atau 18 tahun boleh diberi penekanan. Bahkan seperti yang telah kami nukilkan, pendapat yang dinisbahkan kepada Imam al-Suddi dan ramai lagi tokoh dalam memberi pendapat berkenaan dengan ‘حَتَّىٰ يَبْلُغَ أَشُدَّهُ’ memberi maksud bahawa usia tersebut boleh jadi lebih daripada itu.

Kami lebih cenderung –walaupun dihukumkan sebagai yatim itu sehingga baligh– tetapi perlu juga dilihat keadaan sehingga mereka selesai belajar di peringkat universiti kerana saraan kos dan keperluan untuk pembiayaan amat memerlukan sokongan dan dokongan semua pihak. Ini lebih menepati maslahat dalam pembelaan hak anak yatim sehingga membawa kepada keselesaan hidup mereka.

Semoga Allah SWT mengurniakan ilmu dan kefahaman yang tepat kepada kita dalam melaksanakan setiap titah perintah-Nya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/10/tafsiran-ayat-anak-yatim-dan-maksud.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Pilu 4 Anak Di Cianjur Jadi Yatim Piatu Usai Orangtua Tewas Dipatuk Ular

Kisah Pilu 4 Anak Di Cianjur Jadi Yatim Piatu Usai Orangtua Tewas Dipatuk Ular

papar berkaitan - pada 19/10/2019 - jumlah : 296 hits
Kisah pilu dialami empat anak di Kampung Pasir Kampung Desa Sukatani Kecamatan Pacet Kabupaten Cianjur Jawa Barat Mereka menjadi yatim piatu setelah ayah dan ibu Maksum dan Nuryani meninggal dunia akibat dipatuk ular welang di kediamannya
Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

Anak Gajah Betina Ditemui Mati Di Jalan Kota Tinggi Mersing

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 325 hits
KOTA TINGGI Seekor anak gajah betina ditemui mati di Batu 13 Jalan Kota Tinggi Mersing di sini hari ini Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Johor Salman Saaban berkata anak gajah dianggar berumur enam tahun itu ditem...
Ammar Zoni Menangis Saat Makamkan Anak Kembarnya Yang Meninggal

Ammar Zoni Menangis Saat Makamkan Anak Kembarnya Yang Meninggal

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 244 hits
Raut wajah sedih terlihat begitu jelas dari wajah Ammar Zoni saat ia memakamkan anak kembarnya yang meninggal saat masih dalam kandungan Irish Bella
Dekorasi Kek Menarik Ilham Anak Muda Di Modernecks

Dekorasi Kek Menarik Ilham Anak Muda Di Modernecks

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 997 hits
Kedai kek dan pastri Modernecks Seksyen 24 Shah Alam bagaikan magnet menarik pelanggan dengan kelazatan kek dan pastrinya yang dijual dengan harga berpatutan Dekorasi gaya hipster dekorasi kek warna warni nan cantik dan variasi pilihan menu...
Bertenanglah Wahai Guru Dalam Mendidik Anak Bangsa Zaman Sekarang

Bertenanglah Wahai Guru Dalam Mendidik Anak Bangsa Zaman Sekarang

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 657 hits
Adik ipar kawan aku meninggal dunia Khamis lepas Seorang guru wanita yang komited Berusia awal 40an Meninggalkan 5 orang anak yang masih kecil akibat tekanan darah tinggi Salur darah ke otak pecah Sewaktu menunggu untuk dimandikan darah mem...
Bersalin Semua Elok Tahu Tahu Anak Meninggal Kerana Gbs Bahaya Sebab Tak Ada Sebarang Simptom

Bersalin Semua Elok Tahu Tahu Anak Meninggal Kerana Gbs Bahaya Sebab Tak Ada Sebarang Simptom

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 552 hits
Bakteria ini tidak dipindahkan melalui hubungan seks dan pembawanya tidak berbahaya tetapi ia memberi kesan kepada bayi yang dilahirkan Jarang jangkitan kuman ini berlaku semasa bayi masih dalam kandungan atau semasa proses bersalin belum b...
Pesan Menteri Susi Buat Anak Sd Di Natuna Tidak Makan Ikan Ditenggelamkan

Pesan Menteri Susi Buat Anak Sd Di Natuna Tidak Makan Ikan Ditenggelamkan

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 260 hits
Mendengar ucapan tersebut para peserta pun sontak antusias dan berteriak kencang seolah mengiyakan pesan ajakan dari Menteri Susi Beberapa yel yel juga disuarakan oleh seluruh peserta yang dikomandoi langsung oleh salah satu guru mereka
Anak Abby Abadi Kritikal Doktor Pesan Jangan Jauh Jauh Malam Ini

Anak Abby Abadi Kritikal Doktor Pesan Jangan Jauh Jauh Malam Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 295 hits
Anak Abby Abadi yang baru berusia 11 hari iaitu Muhammad Danial Firman bergantung kepada mesin pernafasan Foto ihsan Instagram Abby Abadi 112KUALA LUMPUR 7 Okt Anak penyanyi Abby Abadi yang baru berusia 11 hari kini kritikal berikutan 90 pe...
Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

Anak Mula Pandai Menyorok Untuk Buang Air Itu Salah Satu Tanda Anak Anda Bukan Bayi Kecil Lagi

papar berkaitan - pada 7/10/2019 - jumlah : 458 hits
Seawal usia anak 75 minggu semua anak mengalami satu perkembangan mental yang di namakan DUNIA SISTEM Baca Selanjutnya Pelajaran terbesar yang anak kenal pada usia ini ialah 1 Conscience Anak berkemampuan menilai kelakuannya sendiri dan mem...
Rancangan Perangkap Suami Makan Diri

Christmas From The Manger To The Margins

The Trophy Rat An All Conquering Rat Rod From America S Northwest

Gloomy Tanjung Tembeling

Mana Satu Betul Tnb Maklum Pada Bursa Malaysia Kenaikan Diluluskan Kerajaan

Should Public Caning Be Allowed As Pas Wants It Practised In All Pn States

Hukuman Sebat Enam Sebatan Buat Pesalah Khalwat Berulang

Budak Akmal Ni Agak Bangang Sikit Maaf Cakap Jujur


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3


Percutian Satu Malam Di Hs Farmstay Muar

Flood Evacuations Soar With More Heavy Rain Expected

Netizens Shocked That A Majority Of Malaysians In Their 30s Have Under Rm10k In Savings

Indonesia Issues Aviation Warning As Mount Lewotobi In East Nusa Tenggara Erupts And Ashes Goes Above 2km

Bigwinauto

Ubat Tambah Darah Maltofer