Tadika Mahal Tak Semestinya Anak Jadi Hebat Semuanya Bergantung Pada Sistem Pembelajaran


Ramai ibu bapa yang mula mencari tadika yang terbaik untuk anak-anak bagi persiapan untuk masuk ke tadika pada tahun hadapan. Menurut Pakar Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Prof Madya Dr Bustam Kamri yang merangkap Dekan Sekolah Sains Sosial,Kolej Antarabangsa Yayasan Melaka (KAYM) mengakui bahawa tadika yang bagus dan berkualiti mendidik kanak-kanak membaca terletak kepada kemahiran guru yang mengajar.
Tadika yang mahal belum tentu dapat hasil yang dikehendaki oleh ibu bapa yang mengharapkan anaknya boleh membaca.

TADIKA KERAJAAN DAN TADIKA SWASTA
Di negara kita terdapat dua jenis tadika iaitu tadika bantuan kerajaan iaitu kelas prasekolah di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Biasanya kelas prasekolah ini terdapat di dalam kawasan sekolah rendah. Ibu bapa perlu mendaftar lebih awal di prasekolah berkenaan.
Selain itu ibu bapa boleh memilih kelas tadika yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Masyarakat dan Luar Bandar iaitu kenali sebagai tabika KEMAS. Biasanya tadika ini berada di kawasan luar bandar. Manakala tadika anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) berada di kawasan bandar.
Penubuhan tadika KEMAS dan tadika JPNIN bertujuan untuk membantu keluarga yang berpendapatan rendah . Oleh kerana prasekolah dan tadika ini anjuran kerajaan maka yuran yang dikenakan amat minima sesuai dengan kemampuan keluarga berpendapatan rendah.
Bagaimanapun tadika swasta tetap gunapakai sistem pembelajaran berlandaskan Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekiranya ibu bapa berkemampuan dan tidak mahu menghantar anaknya ke tadika bantuan kerajaan, mereka boleh memilih menghantar anak ke tadika swasta.
Biasanya pengusaha tadika akan mengenakan yuran pada setiap kanak-kanak dan kadar yuran tidak sama pada setiap tadika. Perbezaan yuran bergantung pada keadaan di tadika.
8 TIP BANTU ANAK
Dr Bustam menyenaraikan lapan cara seharusnya pihak tadika lakukan. Apabila sudah tahu mengenai lapan panduan ini, ibu ayah, boleh tanya kepada pihak tadika, bagaimana corak pembacaan di tadika.
1.Aktiviti membaca di tadika hendaklah dipelbagaikan supaya dapat merangsang kanak-kanak untuk belajar membaca.
2.Cara pendekatan mengajar membaca juga penting untuk menghasilkan kanak-kanak yang boleh membaca dan memahami apa yang dibaca.
3.Kaedah membaca secara menyeluruh, fonetik atau membaca terus hendaklah disesuaikan dengan latar belakang kanak-kanak yang berbeza.
4.Masalahnya kadangkala pihak guru yang mengajar tidak sedar dan menganggap semua kanak-kanak adalah sama minat, kebolehan, keupayaan dan pencapaiannya.
5.Bahan bacaan yang disediakan oleh tadika hendaklah dapat menarik perhatian kanak-kanak. Pemilihan bahan bacaan hendaklah disesuaikan dengan peringkat umur, minat dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai latar belakang.
6.Membaca hendaklah disusuli dengan aktiviti yang mempunyai perkaitan dengan bahan yang dibaca dan memberi pengalaman bermakna kepada kanak-kanak.
7.Persekitaran membaca di rumah adalah penting sebagai lanjutan aktiviti belajar membaca di tadika. Ibu bapa dinasihatkan mengambil tahu dengan bertanya pengalaman kanak-kanak kegiatannya semasa di tadika.
8.Berikan galakkan kepada anak untuk terus membaca. Ibu bapa jangan merasa kecewa apabila anaknya belum boleh membaca. Dijangka semua kanak-kanak apabila telah mencapai kematangan dalam lingkungan usia sembilan tahun boleh membaca dengan lancar sekiranya diberi bimbingan yang sesuai mengikut keperluan kanak-kanak.
Pilih Guru Berkelayakan
Setiap kelas prasekolah akan menggunakan kurikulum yang sama di seluruh negara. Begitu juga dengan kelas tadika anjuran kemas dan jpnin juga menggunakan kurikulum yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran malaysia. Guru-gurunya pula mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Mereka ini terlatih khusus dalam mengajar kanak-kanak di tadika. Kurikulumnya dibina bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak.
Bezanya kebanyakan guru yang mengajar di tadika KEMAS dan JPNIN berkelulusan diploma pendidikan awal kanak-kanak. Mereka juga mendapat latihan khusus untuk mengajar kanak-kanak di tadika.
Manakala guru-guru di tadika swasta pula datang daripada pelbagai kelayakan akademiknya. Pengusaha tadika yang berkemampuan akan mengaji guru yang berkelulusan sarjana muda dan juga diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.
Tadika mahal atau tidak bergantung kepada sistem pembelajaran di tadika itu. Jika tadika itu murah yurannya, tetapi guru-gurunya berpengalaman sudah tentu banyak ilmu pendidikan yang boleh digunapakai untuk mendidik kanak-kanak. Yang penting, pastikan tenaga pengajarnya berkualiti dan mempunyai sijil dalam pendidikan awal kanak-kanak.
___________________________________________________________________
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Tadika Mahal Tak Semestinya Anak Jadi Hebat, Semuanya Bergantung Pada Sistem Pembelajaran appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tadika-mahal-tak-semestinya-anak-jadi-hebat-semuanya-bergantung-pada-sistem-pembelajaran/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

Doktor Rasa Bersalah Selepas Tengking Anak Main Tepung Terimbas Perasaan Hilang Tempat Bergantung

papar berkaitan - pada 30/11/2020 - jumlah : 346 hits
Doktor rasa bersalah selepas tengking anak main tepung terimbas perasaan hilang tempat bergantung Perangai mereka adalah cerminan perangai kita IBU bapa mana yang tidak terkejut melihatkan serbuk tepung bertaburan di lantai di ruang tamu ru...
8 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

8 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak

papar berkaitan - pada 15/11/2020 - jumlah : 314 hits
8 Tips Pilih Tadika Terbaik Untuk Anak Mesti korang Runsing tadika mana yang terbaik untuk hantar anak korang ke Tadika kan Tahun depan dah nak masuk pra sekolah tapi bingung betul nak cari tadika yang sesuai dengan anak Mesti akan fikir te...
Pilih Mainan Untuk Anak Tanpa Bateri Mainan Bateri Hanya Akan Hadkan Pembelajaran Anak Anak

Pilih Mainan Untuk Anak Tanpa Bateri Mainan Bateri Hanya Akan Hadkan Pembelajaran Anak Anak

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 304 hits
Siapa sangka jumlah mainan yang kurang lebih baik untuk si kecil berbanding mainan yang canggih dan banyak Patologis Pertuturan ini berikan sebabnya Kanak kanak sukakan permainan Tidak hairan kalau ada yang buat aksi berguling dan mengamuk ...
Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

Tanpa Kita Sedar Makanan Yang Kita Bagi Buat Sistem Imun Anak Lemah Check Diet Si Kecil Sekarang

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 266 hits
Anak selalu tidak sihat Ini mungkin ada kaitan dengan makanan harian yang diambil Tapi apa hubung kait pemakanan dengan sistem pertahanan badan si manja Makanan punca sistem pertahanan badan lemah Bolehkah makanan membuatkan kita sakit Berd...
10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

10 Protokol Royal Yang Didobrak Putri Diana Dari Urusan Pertunangan Nikah Hingga Cara Asuh Anak

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 241 hits
Nggak cuma cantik dan cerdas mendiang Putri Diana juga dikenal berani mendobrak tradisi kerajaan
Otak Anak Lelaki Perempuan Berbeza Tak Apa Anak Lelaki Lambat Sikit Asalkan Berkualiti

Otak Anak Lelaki Perempuan Berbeza Tak Apa Anak Lelaki Lambat Sikit Asalkan Berkualiti

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 228 hits
Otak anak lelaki ini berbeza dengan anak perempuan Daya tumpuan mereka berbeza Perempuan biasanya lebih rajin dan lebih fokus ketika belajar berbanding lelaki Tidak perlu risau kalau kita lihat anak orang lain sudah dahulu boleh membaca Qur...
Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

Punca Anak Tak Nak Makan Hidangan Utama Sebab Asyik Makan Manis Keropok

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 404 hits
Beberapa tingkah laku pemakanan biasanya berlaku apabila kanak kanak mula berdikari dan menguji serta meninjau kebebasannya Ini adalah sebahagian daripada perkembangan normal psikologikal kanak kanak dan ibu bapa tidak perlu berasa bimbang ...
Biodata Ira Kaza Anak Pelakon Kazar Yang Popular Dengan Gelekan Maut

Biodata Ira Kaza Anak Pelakon Kazar Yang Popular Dengan Gelekan Maut

papar berkaitan - pada 18/11/2020 - jumlah : 3621 hits
Biodata Ira Kaza anak pelakon Kazar yang popular dengan Gelekan Maut Ingat lagi tak Ira Kaza yang pernah viral di laman Twitter beberapa tahun lepas dek kerana berkongsi satu video sedang hangat menari lagu One Dance nyanyian Drake Video be...
Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan Berakhlak Mulia

papar berkaitan - pada 17/11/2020 - jumlah : 264 hits
Perkongsian artikel ini dikongsikan oleh Dato Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah melalui page Rasmi Facebook beliau berkenaan tentang 8 petua untuk mendidik anak yang bijak kreatif dan berakhlak mulia Cara Mendidik Anak Menjadi Bijak Kreatif Dan ...
Court Allows Forfeiture Of Rm1 1mil From Illegal Deposit Taking Scheme Investors

Wanita Mca Calls On Govt To Tackle Brain Drain Generate Job Opportunities

Keningau Fa Buat Kejutan Gol Awal

Gsk Raya Open House Dan Minggu Imunisasi Sedunia

Muda Slams Pro Israel Us Professor S Remark At Local Varsity Talk

The Dab 1a A Limited Edition Electric Production Motorcycle From France

Beli Rak Rempah 3 Tingkat

Nearly 500 Lawsuits Filed Against Sabah Govt Hajiji



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan


Karakteristik Generasi Z Memahami Cara Mereka Mendapatkan Informasi

Pertama Kali Guna Servis Cuci Karpet

Kmum Dakwa Insiden Syarahan Pro Israel Disengajakan

Kronologi Serangan Israel Terhadap Iran

Of Second Rate White People And Malaysia Pushing For Genocide

Malaysia Weighs Casino Licence To Revive Forest City