Tadabbur Surah Al Fatihah
 Judul : TADABBUR SURAH AL-FATIHAHPenulis : Syahmi Syazeril AzmiPenerbit : Tadabbur CentreTahun terbit : 2020Jumlah muka surat : 50Harga : RM20
Tadabbur Surah Al-Fatihah dalam bentuk buku digital (e-book) ini merupakan buku digital kedua yang saya beli. Ia didatangkan bersama siri video tadabbur Surah al-Fatihah, isinya sama seperti dalam buku. Tetapi saya rasa lebih jelas kefahaman selepas menonton video tersebut berbanding hanya membaca buku. Memang betul la kan, kita ni kalau nak belajar sebaiknya kena ada guru menerangkan. Kalau sekadar membaca je, kita cuma faham setakat kemampuan fikiran kita
Apa perlunya tadabbur? Kalau selama ni kita cuma memahami terjemahan Surah al-Fatihah, elok jugak kita pertingkatkan kefahaman dengan tadabbur - mengetahui maksud tersirat dan tersurat disebalik sesuatu ayat dengan memerhatikan maknanya, hukumnya dan rahsia disebalik ayat tersebut. Semoga dengan kefahaman yang lebih baik akan membuatkan kita lebih mengenali Allah dan lebih berusaha untuk sentiasa dekat dengan-Nya
Isi buku digital Tadabbur Surah Al-Fatihah ni sangat menarik! Gaya penyampaian yang santai, berwarna-warni dan tidak nampak terlalu ilmiah. Pendek kata, seronok dibaca dan mudah difahami
Melalui pembacaan buku dan penerangan video Tadabbur Surah Al-Fatihah ini, barulah saya lebih jelas tentang kalimah ‘بسم الله’. Bukan sekadar membawa terjemahan ‘Dengan nama Allah’, tetapi ia merupakan lambang keharmonian dan kemesraan hubungan di antara Allah dan hamba-Nya
Tadabbur Surah Al-Fatihah ini juga menjelaskan persoalan yang bermain difikiran saya berkenaan beza ar-Rahman dan ar-Rahim. Dengan kata asas yang sama iaitu رحم (kasih sayang), ternyata ar-Rahman dan ar-Rahim mempunyai perbezaan dari segi maknanya.
Mendengar video penerangan oleh Ustaz Syahmi, selain lebih faham ia juga lebih memberi kesan di hati. Kadang-kala saya terasa sebak sendiri.

Saya sangat mengesyorkan kita semua memiliki buku digital Tadabbur Surah Al-Fatihah dan videonya ini untuk lebih memahami surah yang kita baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari. Ia juga merupakan salah satu usaha kita untuk mencapai solat yang khusyuk. Disamping tu dapatlah juga kita menyumbang kepada pihak Tadabbur Centre
Bagi yang nak membeli boleh tekan pautan DI SINI. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://ujieothman.blogspot.com/2021/06/tadabbur-surah-al-fatihah.html