Al Fatihah Untuk Uwan


Malam tadi sesudah makan malam tengah sambung layan movie, telefon rumah berbunyi. Kami berpandangan sesama sendiri sebab macam dapat jangkakan ‘sesuatu’. Handphone kami dalam bilik. Kebiasannya yang telefon rumah mak je bila tak dapat call handphone.

Oh ya dan scammer yang tak bijak menipu suka jugak call telefon rumah. Mana dia dapat nombor pun tak tahu lah. 

Bila husband angkat call, saya dapat rasakan sesuatu dah. Ada berita yang kurang baik. Husband letak je phone, dia bagitau uwan dah meninggal. 
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون



Kami ‘kaku’ dan blur sekejap tak tahu nak buat apa. Semua serba tak kena. Dalam kepala tak tahu nak fikir apa. Sedih tu jangan cerita lah. 

Lepas solat isya kami baca surah Yaasin untuk uwan. Kalau tak kerana COVID-19 dah berdesup balik kampung. Pakcik dah uruskan panggil MA Hospital untuk pengesahan dan buat repot polis. Dengan repot yang ada, pukul 1pagi husband pergi hospital untuk dapatkan surat rentas daerah. 
Syukur dapat kebenaran tapi husband balik sorang je. Itupun dah banyak soalnya pulak.

Ikutkan lepas tu husband nak balik tapi pakcik bagitau pihak hospital datang nak bawak ke hospital untuk test COVID-19. Dengan lengkap PPE penuh pihak hospital datang ambil jenazah uwan bawa ke hospital. Kene ikut SOP juga walaupun uwan baru je keluar hospital beberapa lepas dah check tak kena COVID pun. SOP tetap SOP.

Bila hospital dah ambil tugas, fahamlah prosedur dia akan ambil masa. Keputusan dia tak tengahari atau petang. Kalau negative boleh uruskan sendiri. Kalau positive hospital akan uruskan semuanya.

Jadinya buat masa sekarang menunggu keputusan dari hospital dulu. Semoga dipermudahkan segala urusan harini. 

08.09.1931-13.06.202109:40pmKuala Pilah
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah beliau , rahmatilah beliau , maafkanlah beliau , muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.. 
Al Fatihah untuk uwan, Kamariah Binti Ujang
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Kali terakhir saya jumpa uwan bulan March lepas. Masa tu boleh rentas daerah dan dapat balik kampung. Uwan sihat macam biasa sembang sembang semua. Sebulan dua ni kesihatan dia merosot dan seminggu dua ni keluar masuk hospital dan tak boleh makan apa-apa kecuali minum air susu menggunakan tiub

Husband je yang dapat jumpa uwan akhir akhir ni sebab uruskan perubatan uwan. 
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Result negative dan jenazah uwan dibawa ke tanah perkuburan pada 2:30 petang. Dah siap mandi dan dikapankan di Hospital. Solat jenazah di surau tanah perkuburan. Cuma 12 orang dibenarkan ada di kawasan perkuburan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2021/06/al-fatihah-untuk-uwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Dr Fatihah Selamat Dilahirkan Melalui C Section

Bayi Dr Fatihah Selamat Dilahirkan Melalui C Section

papar berkaitan - pada 8/6/2021 - jumlah : 511 hits
KUALA LUMPUR Semakin tervk ayah ini pun tunggu nak masuk ke ICU Doakan yang terbaik untuk Tehah Itu pesanan WhatsApp yang dikirim Dr Fatihah Shahrudin 29 kepada ayahnya Shahrudin Abu Bakar 56 sebelum beliau dimasukkan ke IC
Trump Steals The Show But Pmx Had Close Encounter Of The Beast Kind

Ideas Malaysia Us Trade Pact A Blemish On Asean Chairpersonship

Ai Experts These Are The Only 5 Jobs That Will Remain In 2030

18 07 Holiday Home Office Inainn Norway

Padang Besar Here We Come Part 1

Person Detained After Intruding On Putrajaya Mrt Track

Strawberry Smoothie

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Melukis Senja Fynn Jamal

Ungu Prinsa Mandagie Laguku Chord

Doa 1 November 2025

Retrocross Another Effortlessly Cool Yamaha Xt500 From Pbm

Thailand Umumkan Berkabung 1 Tahun Turis Wajib Taati Peraturan Ini

Ole Ole Dari Segamat