Tadabbur Quran Ramadhan 2020
I am thinking to start a different approach to tadabbur the Quran during Ramadhan this year. So I have been thinking, and have started doing actually, for every of the Quran page that I read the translation, I would pick 1 ayaat or several ayaat that for me is the most significant to be remembered on that particular page and share it here
I hope this Ramadhan, I will get more deeds and pahala as well as His forgiveness by the end of this Holy month
InsyaAllah
┍━━━━━━━✿━━━━━━━┑
Tadabbur AQ Ramadhan 2020by Nisa
P1Alfatihah
P2AQ menjadi petunjuk bg orang bertakwa. Orang yg bertakwa ialah orang yg beriman kepada perkara2 ghaib, mendirikan solat, mendermakan rezeki yg Allah beri pada mereka, beriman kepada kitab AQ dan kitab2 terdahulu, dan yakin adanya hari akhirat. Orang bertakwa ialah orang yang mendapat petunjuk dan orang2 yang berjaya
P3Orang kafir pula, diberi amaran ataupun tidak, sama sahaja pada mereka. Kerana Allah telah mematerikan atas hati mereka, pendengaran mereka, penglihatan mereka ada penutup. Untuk mereka azab seksa yg amat besar
Golongan ketiga adalah gol. yg mengaku mereka beriman tapi sebenarnya mereka tidak. Dalam hati mereka org munafik itu ada penyakit, dan Allah tambahkan lagi penyakit itu. Mereka akan beroleh azab seksa kerana mereka berdusta. Mereka sebenarnya yg membuat bencana tapi mereka tidak menyedarinya. Mereka bersikap sombong dan mereka tidak mahu mengikuti orang yg sebenarnya beriman kerana memandang rendah kepada mereka. Mereka orang2 yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk
P4Orang munafik itu orang2 yang terumbang-ambing kehidupan mereka seperti 3 perumpamaan yg Allah berikan. (mungkin sebab itu ada antara orang yg kita nampak macam beriman, tapi keputusan mereka berubah-ubah, mcm flip-flop)
P5Allah beri banyak perbandingan yang mungkin tak masuk akal pada pandangan manusia, tp tidak pada orang2 yg beriman kerana mereka tahu kebenaran perbandingan tersebut. Tapi dgn perbandingan itu, ramai yg sesat dan juga ramai yg mendapat petunjuk juga. Allah tidak menyesatkan melainkan orang2 yg fasik
Orang2 fasik ialah orang yg mencabuli perjanjian dgn Allah sesudah mereka membuatnya dan mereka adalah orang2 yg rugi
P6Kisah awal kejadian manusia yg dipersoalkan malaikat kerana manusia hanya akan berbunuhan di muka bumi dan membuat kerosakan. Allah menunjukkan yang Allah mempunyai pengetahuan ttg makhluk ciptaanNya dan bukan seperti apa yg malaikat katakan. Apabila disuruh tunduk kepada Adam, maka malaikat tunduk kecuali Iblis kerana enggan dan takbur
N.Adam melakukan perkara yg dilarang Allah lalu bertaubat dan Allah terima taubatnya
P7-P10 (coming soon)
P11Manusia banyak beralasan utk melaksanakan perintah Allah
P12Sanggup berbohong utk mendapat keuntungan dunia yang sedikit
P13Memungkiri janji dan perjanjian kerana sumber yg salah (Taurat) yang telah diubah. Manusia cepat percaya akan sesuatu sumber tanpa usul periksa
P14Membeli kesenangan diri dengan mengingkari AQ, kerana dengki, sifat sombong utk mengakui kebenaran jika tidak memberi faedah dunia kepada mereka
P15Sombong utk mengakui kebenaran tapi yakin dengan tidak bersebab. Namun deep down mereka tahu mereka salah dan mereka takutkan mati
P16Manusia yg mengamalkan sihir tidak dapat bahagian yg baik di akhirat
P17Berserah diri kepada Allah dan berusaha utk baik amalan, mereka tidak akan berdukacita
P18Allah memiliki timur dan barat, arah kiblat diredhai Allah. Allah memiliki segala di langit dan dibumi, semuanya tunduk di bawah kekuasaanNya (this reminds on the rain formation in my previous blog post)
P19Allah mengkabulkan permintaan dan doa2 Nabi Ibrahim dengan bersyarat
P20Orang2 Yahudi tidak ada ketika N.Yaakub menyampaikan pesan kepada anak2nya ketika baginda hampir wafat
P21Org Yahudi dan Nasrani tidak patut menyatakan N.Ibrahim, N. Ismail, N Ishaq, N Yaakub, dan anak2nya ialah agama Yahudi atau Nnasrani
P22Timur dan barat adalah kepunyaan Allah. Pertukaran kiblat adalah utk menguji siapa yg benar2 mengikut Rasul mereka
P23Jika manusia ingat akan Allah, Allah akan mbalas dengan kebaikan, bersyukur dan jangan kufur. Minta pertolongan dgn solat dan bersabar. Allah menyertai orang2 yang sabar
P24Khabar gembira utk orang2 yang bersabar dengan ujian dengan menyebut, Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada Allah jualah kami kembali
P25Kejadian awan, peredaran angin dan awan yg tunduk terapung-apung, ada tanda keesaan Allah bg kaum yg mahu menggunakan akal fikiran
P26Manusia, ada antara mereka yg membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk dan membeli azab seksa dengan meninggalkan dan keampunan tuhan. (politik semasa)
P27Perkara kebajikan itu bukan hanya dengan memandang pihak di Timur dan di Barat tapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang itu kepada Allah dan hari akhirat dan segala malaikat, segala kitab, sekalian nabi, dan mendermakan hartanya sdg ia menyayanginya kepada kaum kerabat dan anak2 yatim dan org2 miskin, dan orang yg terlantar dlm perjalanan dan kepada org2 yang meminta dan utk memerdekakan hamba hamba abdi dan mengerjakan solat, mengeluarkan zakat, org2 yg menyempurnakan janjinya apabila bejanji, dan orang2 yg tabah dan sabar dalam masa kesempitan dan masa kesakitan, ,dan orang yg masa bertempur dalam perang fisabilillah.
P28Orang yg mengetahui adanya ketidakadilan dalam wasiat, dan dia mendamaikan antara mereka, membetulkan wasiat, maka ia tidak berdosa. Allah itu hampir kepada hamba2Nya, memperkenankan doa apabila ia berdoa. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu, beriman kepadaKu spy mereka menjadi baik serta betul
P29Peredaran anak bulan itu merupakan waktu2 manusia, khasnya ibadah haji. Perangilah orang2 yang menceroboh, kerana Allah tidak suka orang yg menceroboh
P30Bunuh mereka, usir mereka, fitnah itu lebih besar bahaya nya daripada pembunuhan. Baiki amalan dan perbuatan, Allah mengasihani orang2 yg berusaha memperbaiki amalannya
P31Semasa membuat haji, ada yg berdoa utk kebaikan di dunia, dan mereka akan mendapatnya. Namun ada yg berdoa utk kebaikan dunia dan akhirat serta dipelihara dari azab neraka. Mereka itu lah yg akan mdapat bahagian yg baik dari apa yg mereka usahakan dan Allah maha cepat hitunganNya
P32Wahai orang2 yg beriman, masuklah kamu kedalam agama Islam dan jgnlah kamu menurut jejak langkah syaitan, kerana mereka adalah musuh yg terang nyata. Jika kamu tergelincir setelah diberi petunjuk dan keterangan2 yg nyata, ketahuilah Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana
Mulanya manusia adalah umat yg satu. Namun setelah mereka berselisihan, Allah hantar kepada mereka nabi2 memberi khabar gembira buat org beriman dan amaran buat yang ingkar. Nabi2 itu diturunkan kepada mereka kitab2 suci untk menjalankan hukum diantara manusai mengenai apa yg mereka perselisihkan dan perselisihan yg terjadi hanya selepas datang kepada mereka hasad dengki sesama sendiri
Allah memberi petunjuk kepada org2 beriman kearah kebenaran yg diperselisihkan oleh mereka dan dia sentiasa memberi petunjuk kepada sesiapa yg dikehendakiNya ke jln yg lurus
Kamu mahu masuk ke syurga, namun bukan dengan tiada ujian. Akan ada rasa kemiskinan, penyakit, dan takut. Sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat
P33Harta benda kamu hendaklah kamu berikan kepada orang tua kamu, kaum kerabat, anak yatim, org miskin, org yg terlantar dlm perjalanan. Allah sebaik pemberi balasan
P34Kita diwajibkan berperang, dan ia perkara yg kita benci. Boleh jadi perkara yg kita benci itu baik utk kita, yg disukai itu buruk untuk kita. Allah juga yg maha mengetahui
Perbuatan menghalangi orang2 Islam dari jln Allah adalah besar dosanya dpd membunuh. (teringat kisah ust ebit lew happened recently)
Orang2 yg beriman, yg berhijrah dan berjuang pd jln Allah, mereka itu org yg mengharapkan rahmat Allah. Maka Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani
Arak dan judi, dosa besar tapi keduanya ada sedikit manfaat bg manusia. Dermakanlah yg berlebihan daripada keperluan. Fikirkanlah
P35Memperbaiki keadaan anak yatim itu amat baik. Namun ada yg merosakkan daripada membaikinya. Allah mengasihi orang yg byk bertaubat dan yg sentiasa mensucikan diri
Isteri seperti perniagaan, usahakan dan ia akan jadi gudang pahala
P36Ada manusia bersumpah kerana disengajakan. Namun allah maha pengampun dan maha penyabar
P37Allah beri contoh tggjawab ibu dan bapa dalam menyusukan dan menjaga keluarga spnjg 2 tahun pertama
P38Tidak salah utk lelaki mempunyai keiningan utk bernikah dgn seorang yg dlm iddah, tapi , jgn membuat janji dgn mereka di dalam sulit. jgn menetapkan bersungguh sungguh akad nikah sebelum habis idah mereka. beringatlah kamu akan kemurkaanNya
P39Solatlah dengan sempurna, khususnya solat Asar. berdirilah kerana Allah dgn taat dan khusyuk
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://jannati-tsaani.blogspot.com/2020/05/tadabbur-quran-ramadhan-2020.html