Taburan Rel Keretapi Di Malaysia


Perkhidmatan keretapi di Malaysia  makin  berkembang  dari  masa  ke  semasa.  Keretapi  bermula  di  Malaysia  dengan  pembukaan  laluan  dari  Taiping  ke  Kuala  Sepetang  yang  kini  telah  pun  ditutup  dan  ditanggalkan.  Laluan  terbaru  bagi  keretapi  di  Malaysia  yang  sudah  dibina  adalah  laluan  MRT  Sungai  Buloh-Kajang



Gambar  di  atas  menunjukkan  laluan  keretapi  di  seluruh  Malaysia.  Garisan  putih  bermaksud  laluan  sedia  ada,  merah  bermaksud  laluan  yang  ditutup/ditanggalkan  manakala  biru  bermaksud  laluan  yang  dicadangkan, samada dalam  pembinaan, tidak  diendahkan  ataupun  hanyalah harapan setingggi gunungggg.... Kebanyakan  laluan  biru  pernah  diwartakan  dan  biasanya  diketahui  umum. Kesemua  negeri  mempunyai  perubahan  samada  pertambahan  atau  pengurangan  laluan  di  negeri  masing-masing  kecuali  negeri  Perlis. Negeri  Perlis  hanya  mengalami  pengurangan  stesen  dan  hentian (halt) di  sepanjang  KTM  seperti  Mata  Ayer



Bagi  laluan  di  Penang, ada  tambahan  jalur  warna  iaitu  lime  green  untuk  BRT. Walaupun  BRT  ada  kalanya  menyerupai  laluan  bas/busway seperti  BRT  Jakarta, ada  kemungkinan  BRT  di  Penang  menyerupai  BRT  Sunway  di  Kuala  Lumpur  dengan  laluan  jejambat  sendiri

Bagi  kawasan  Pulau  Pinang  dan  Kedah  Selatan, terdapat satu lencongan kecil  yang  meninggalkan  landasan  lama  di  Pinang  Tunggal.  Dipercayai  laluan  ini  tidak  lagi  aktif sekitar  2014-2015  untuk  projek  laluan  berkembar  KTM  Utara  Ipoh-Padang  Besar. 
Untuk  pertambahan  di  kawasan  Seberang  Perai, terdapat satu laluan monorail  yang  dirancang  menghubungkan  Permatang  Tinggi ke Butterworth  dan  Kulim (Permatang  Tinggi  Line).  Selain  itu  laluan  BRT  juga  dirancang  dari  Bandar  Cassia  ke  Permatang  Tinggi

Bagi  kawasan  pulau  pula, dua  laluan  monorail  dirancang  dari  Komtar  ke  Bayan  Lepas  (Bayan  Lepas  Line) dan Komtar ke Ayer Itam (Ayer Itam)



Sebagai  sebuah  negeri  yang  pertama  dibangunkan  perkhidmatan  keretapi,  Perak  juga  berada  di  kedudukan  teratas  bagi  negeri  yang paling  banyak  mempunyai  landasan  ditutup/ ditanggalkan.  Antaranya  adalah  laluan  pertama  keretapi  di  Malaysia  iaitu  Taiping-Kuala  Sepetang, Falim-Tronoh  dan  Tapah  Road-Teluk  Intan. Laluan  Taiping-Port  Weld  dibuka  pada  1885  dan  ditutup  pada  1943,jauh  lebih  awal  sebelum  kita  mencapai  kemerdekaan. lagi. Laluan  Tronoh  pula  dibuka sekitar 1908. Tidak diketahui  bila  laluan  ini  ditutup. Bagi  laluan  Teluk  Intan, ianya  ditutup  seawal  1989  kerana  kekurangan  penumpangan  dan  jaringan  lebuhraya  yang  lebih  baik.  Bagi  dua  laluan  yang  awal,  kemungkinan  selain  daripada  alasan  yang  sama,  kekurangan  sumber  bijih  timah,  kos  penyelenggaran  dan  strategi  bumi  hangus  pada  zaman  Jepun  juga  mungkin  menjadi  sebab  laluan-laluan  ini  ditutup. Beberapa  kawasan  landasan  juga  digunakan  semula  sebagai  jalan  kecil  seperti  di  Teluk  Intan

Seawal  2010, terdapatnya  cadangan  daripada  Kementerian  Pengangkutan  untuk  membina  laluan  daripada  Ipoh  ke  Lumut  untuk  memudahkan  urusan  pengangkutan  kargo  dari  Pelabuhan  Lumut,Kampung  Acheh ke  Ipoh  serta  menyambungkan  perhubungan  ke  Bandar  Manjung  dan  Setiawan  yang  merupakan bandar  ketiga  terbesar  di  Perak, sekaligus  membantu  perkembangan  bandar pesisir  itu



Di  Negeri  Selangor  terutama  Lembah  Klang  pula  menyaksikan  banyak pertambahan  laluan  keretapi  melalui  perkhidmatan  LRT,Monorel  dan  MRT  ke  Kuala  Lumpur. Kebanyakan  laluan  lama  yang  ditutup/ditanggalkan  kebanyakannya  sudah  "diganti"  dengan  perkhidmatan  ini. Antaranya  adalah  laluan  Salak  Selatan-Ampang Junction-Jalan Sultan  dan  laluan  Ampang  Junction- Ampang  yang  telah  ditutup  dan  kini  dihubungkan  LRT  Laluan  Ampang

Laluan lain  yang  ditutup  adalah  Kuang-Batu Arang-Batang Berjuntai  dan  Bukit  Kuda-Jeram-K.Selangor. Beberapa  jalan juga  diabadikan  sempena landasan  ini  iaitu  Jalan  Landasan, Klang dan Jalan Keretapi  Lama. Landasan  K.Selangor  ditanggalkan  sekitar  1930 kerana  rugi  manakala  bagi  landasan  Batang  Berjuntai,  ditutup  ada  1971  kerana  wujudnya  gerabak  diesel  menggantikan  gerabak  stim  yang  mana sumber  arangnya  berasal  daripada  Batu  Arang

Bagi  laluan  yang  dicadangkan  sekitar  Selangor  dan  Kuala  Lumpur  menurut  Wikipedia:1) Laluan  ECRL  bahagian  Selangor  daripada  Kajang-Putrajaya-Pelabuhan  Klang
2) MRT 2  Sg.Buloh-Serdang-Putrajaya3) MRT 3  atau MRT  Circle  Line  (projek  ini  telah  pun  dibatalkan  oleh  PM  terkini,Tun Dr. Mahathir  Mohamad). Laluan  ini  akan  melalui  Ampang-Bandar  Malaysia-Bukit  Kiara-Setapak-Sentul-Ampang)4) LRT 3  Bandar Utama-Klang5) HSR bahagian  Selangor  daripada  Bandar  Malaysia-Bangi/Putrajaya6) Laluan  Skypark (Subang Airport-Pinggiran Subang-Paya Jaras-Sg.Buloh)7) Monorel Putrajaya (Kajang-Bangi-Putrajaya-Putrajaya Sentral)8) Sambungan  ERL (KLIA-Sepang-Sendayan-Seremban 2-Seremban)9) Laluan Port  Klang-KLIA-Seremban (kemungkinan diganti dengan ECRL)


Negeri  Sembilan  juga  mempunyai  jajaran  keretapi  yang  kurang  diketahui  masyarakat  umum.  Terdapat  dua  landasan  yang  ditutup  di  sini,  iaitu  Laluan  Bahau-Juasseh-K.Pilah  dan  Laluan  Seremban-Port  Dickson. Laluan Kuala Pilah dibuka pada  1910  dan  ditutup seawal 1929  kerana  Tuanku  Muhammad  bertitah  bahawa  lombong  di  Parit  Tinggi  dan  Jemapoh  yang  menggunakan  perkhidmatan  laluan  itu  dikatakan  merosakkan  tanaman  padi  dan  menjejaskan  alam  sekitar.  Landasan  ini  dipunggah pada  1945  pada  zaman  Jepun  untuk  pembinaan  landasan  di  Burma. 
Bagi  landasan  Port  Dickson  pula  dibuka  pada  1891  dan  ditutup  pada  2008,  boleh  dikatakan  laluan  jajaran  terakhir keretapi  penumpang  yang  ditutup  di  Malaysia  yang  tidak  melibatkan  laluan  utama  Padang  Besar-JB Sentral. Dikatakan  antara  punca  penutupannya  adalah  kerana  berlakunya  kemalangan  iaitu  keretapi  tergelincir  yang  memuatkan  gas  LPG  dan  diesel  dari  Pusat  Penapisan  Port  Dickson  di  Tapis  Minyak  tergelincir  di  Kampung  Pulai, Kuala  Sawah, Rantau. Penutupan  kilang  Castrol  juga  menyumbang  kepada  penutupan laluan  ini. Laluan  ini  cuba  dihidupkan  kembali  oleh  bekas  Menteri  Besar  terdahulu  dengan  mencadangkan  perkhidmatan  komuter  di  sini

Bagi  laluan  baru, antaranya  adalah  ECRL  bahagian  Negeri  Sembilan  iaitu  Jempol-K.Klawang-Kajang, dan  juga  sambungan  ERL  iaitu  KLIA-Seremban. HSR  juga  mempunyai  satu  stesen  di  sini  iaitu  di  Seremban


Melaka  hanya  mempunyai  dua  stesen  keretapi  iaitu  di  Batang  Melaka  dan  Pulau  Sebang  di  sempadannya.  Bagaimanapun, suatu  ketika  dahulu,  ianya  mempunyai  jajaran  dari  Pulau  Sebang/Tampin  ke  Alor  Gajah, Melaka  Pindah  ke  Bandaraya  Melaka. Ianya  dibuka  pada  1905  dan  dibongkah  keluar  semasa  zaman  Jepun  untuk  pembinaan  landasan  di  Burma

Bagi  laluan  baru,  HSR  mempunyai  satu  stesen  iaitu  Melaka  di  sini.  Selain  itu,  terdapatnya  cadangan  untuk  projek  Melaka Aerorail (tidak  ditanda  di  dalam  peta)  dengan  10  stesen  iaitu Tol  Ayer  Keroh, Zoo  Melaka,  MITC, Majlis  Bandaraya, Melaka  Mall, Hospital  Melaka, Melaka  Sentral, Hang Tuah  Mall, Stadthuys, dan  Dataran  Pahlawan


Bagi  negeri  Johor,  sejarah  keretapi  di  sini  agak  unik.  Bila  mana  setiap  jajaran  bersambung  dengan  laluan  utama  Padang  Besar-Johor  Bahru, laluan  yang  ditutup/ditanggalkan  iaitu  Laluan  Muar-Parit  Jawa kendalian  Muar  State Railways.  Laluan  ini  dibuka  sekitar  1890  dan  ditutup  pada  1929  kerana  kos  penyelenggaraan  dan  pembukaan  jalan  baru  ke  Parit  Jawa  iaitu  Jalan  Abdul  Rahman. Sekiranya  laluan  ini  masih  ada,  mungkin  ia  akan  dipanjangkan  hingga  ke  Batu  Pahat,  Parit  Raja/Yong  Peng ,  Ayer  Hitam  kemudiannya  bersambung  ke  Kluang.  Laluan  ini  akan  menjadi  agak  menguntungkan  memandangkan  Batu  Pahat  dan  Muar  merupakan  bandar  kedua  dan  ketiga  terbesar  di  Johor

Untuk  laluan  baru  pula,  Johor  agak  bertuah  kerana  mempunyai  3  stesen  HSR  iaitu  Muar,Batu  Pahat  dan  Iskandar  Puteri. Selain  itu,  laluan  Pasir  Gudang  dan  Gelang  Patah  juga  boleh  dinaiktaraf  kepada  laluan  keretapi  penumpang.  Beberapa  stesen  juga  pernah  wujud  di  sini  iaitu  stesen  Plentong,Gelang  Patah  dan  Skudai. BRT  juga  akan  diwujudkan  di  Johor  Bahru  berbanding  LRT  dengan  3  laluan  iaitu  Laluan  Tebrau  (JB Sentral-Tebrau),Laluan  Skudai (JB Sentral-UTM)  dan  Laluan  Medini  (JB Sentral-Pantai Lido-Medini)



Di  Pahang  pula,  terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  dan  satu  laluan  baru.  Bagi  laluan  baru,  ECRL  bahagian  Pahang  akan  dibina  menghubungkan  Cherating, Gambang, Maran, Mentakab  dan  Triang.  Laluan  ini  akan  mengubah  ekonomi  Pahang  kerana  menghubungkan  Mentakab  dengan  ibu  negeri. HSR  juga  mempunyai  beberapa  stesen  di  Terengganu  iaitu  Kemaman,  Kemasik,  Penarik, K.Terengganu  dan  Kampung  Raja

Untuk  laluan  yang  ditutup  pula  ialah  Laluan  Kuantan (Gebeng)-Chukai-Kerteh  yang  didedikasikan  untuk  mengangkut  minyak  dari  Kerteh  ke  Pelabuhan  Kuantan. Laluan  ini  mula  beroperasi  pada  tahun  2004  dan  tamat  pada  2010, maka  bolehlah  ia  dinobatkan  laluan  keretapi  terakhir  yang  ditutup. Walaupun  ianya  ditutup  pada  zaman  di  mana  media  sosial  sudah  mula  meluas,  ironically  agak  susah  untuk  mencari  punca  penutupan laluan  ini and  I  always  ended  up  in  political  blog  rather  than  information  blog. Antara  hujah  yang  diberikan  adalah  laluan  itu  tidak  selamat  dan  infrastrukturnya  yang  substandard

Bagi  Terengganu,  selain  daripada  Laluan  Kuantan-Kerteh, Laluan  Dungun (Sura  Gate/Sura Jeti)-Bukit  Besi  juga  adalah  landasan  lain  yang  ditutup. Pada  masa kegemilangannya, pekerja  lombong  besi  di  Bukit  Besi  menaiki tren  ini  dari  bandar  Dungun. Dikatakan  laluan  ini  ditutup sekitar  1970-an  kerana  lombong  besi  yang  menjadi  nadi  rel  ini  telahpun  ditutup



Di  Kelantan  pula,  HSR  terhenti  di  Kota  Bharu,  stesen  terakhir  bersama  sebuah  lagi  stesen  iaitu  Tok  Bali.  Terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  iaitu  Laluan  Pasir  Mas-Rantau  Panjang.  Ianya  dibuka  pada  1921  dan  Antara  alasannya  adalah  untuk  mengelakkan  penyeludupan  dan  juga  berlakunya  pertindihan  antara  KTM  dan  State  Railways  of  Thailand. Kalau laluan di Terengganu  sukar  untuk  dicari  punca  penutupan  di  Internet,  bagi  laluan  ini  agak  mustahil  untuk  mencari  tarikh  penutupan  laluan  ini. Adalah  kemungkinan  besar  laluan  ini  ditutup  lebih  lewat  berbanding  laluan  Dungun  dan  laluan  Port  Dickson  memandangkan  ianya  dianggap  masih  dibuka  pada  kemaskini  Wikipedia  terbaru


Bagi  Sabah,  terdapat  satu  laluan  yang  ditutup  iaitu  Laluan  Weston  manakala  laluan  asal  juga  dipendekkan  dengan  penutupan  stesen  Kota  Kinabalu  dan  stesen  Melalap. Punca  penutupan  laluan  ini  dikatakan  kerana  kos  operasi  laluan  yang  jarang  digunakan  serta  perkembangan  jalan  raya  baharu.  Laluan  Weston  ditutup  pada  1963,  diikuti  Melalap  pada  1970  dan  Kota  Kinabalu  pada  1974

Laluan  baharu  yang  dirancang  adalah  Pan  Borneo  Railway.  Namun,  laluan  ini  lebih  banyak  dibincangkan  oleh  media  Indonesia  di  Kalimantan  berbanding  di  Malaysia  memandangkan  perhatian  lebih  tertumpu  kepada  pembinaan  Lebuhraya  Pan  Borneo. Terdapat  juga  khabar  tentang  cadangan  LRT  namun  tidak  banyak  peta  laluan  yang  didedahkan  samada  rasmi  atau  oleh  train  enthusiast

Sarawak  yang  berjiran  dengannya  turut  disambungkan  laluan  Pan  Borneo ini  untuk  disambungkan  ke  Kalimantan  melalui  Kuching-Sambas.  Berbanding Pan  Borneo  Railways  yang  jarang  diberi  pencerahan, terdapatnya  pendedahan  di  media  tentang  cadangan  jajaran  Samalaju-Tanjung  Manis  yang  akan  menjadi  pemangkin  zon  Sarawak  Tengah  dengan  menghubungkan  Bintulu, Tatau, Mukah, Dalat, Sibu, Bintangor dan Sarikei



Terakhir  sekali  adalah  LRT  Kuching  yang  mempunyai  3  laluan  iaitu  Laluan Damai-Samarahan, Laluan  Demak-Serian  dan  Lingkaran  Waterfront-Petra  Jaya

Sumber:1)www.malayarailway.com2)kakitravelkhairuddin.blogspot.com3)https://www.orangperak.com4)irfansejarahtaiping.com5)https://naktaux.wordpress.com6)https://en.wikipedia.org/wiki/Keretapi_Tanah_Melayu#Disused_branch_lines7)https://en.wikipedia.org/wiki/Rail_transport_in_Malaysia8)https://eskobapolitik.blogspot.com/2013/11/sejarah-stesen-keretapi-kuala-pilah.html9)https://www.bharian.com.my/node/15754810)puteralapismahang.blogspot.com/2015/02/017-stesen-keretapi-tanah-melayu.html11)http://skudal.blogspot.com/2012/01/landasan-keretapi-di-pd.html12)https://www.landasan.info/operator/ktm-berhad/13)https://en.wikipedia.org/wiki/Muar_State_Railway#Operation_and_decline14)https://www.scribd.com/doc/183480033/Folio-Perkembangan-Sistem-Perkhidmatan-Kereta-Api-di-Negara-Kita15)https://forum.lowyat.net/topic/2749107/all16)http://www.malayarailway.com/2009/09/bukit-besi-mining-railway.html#axzz5m1Adjh2B17)http://zkeretapi.blogspot.com/2010/03/landasan-pasir-mas-rantau-panjang.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kamusbergerak.blogspot.com/2019/04/taburan-rel-keretapi-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Taburan Lebuhraya Baru Dicadangkan Di Malaysia

Taburan Lebuhraya Baru Dicadangkan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 27/4/2019 - jumlah : 1208 hits
Lebuhraya bertol di Malaysia telah wujud sejak 1966 lagi 9 tahun selepas kemerdekaan dengan menaiktaraf Jalan Tanjung Malim Slim River kepada lebuhraya dan dijadikan kepada jalan persekutuan semula pada 1994 selepas Lebuhraya Utara Selatan ...
Nampaknya Railwaymen Union Malaysia Semakin Terdesak Kini Mereka Serang Pula Perbadanan Aset Keretapi Relevankahrum

Nampaknya Railwaymen Union Malaysia Semakin Terdesak Kini Mereka Serang Pula Perbadanan Aset Keretapi Relevankahrum

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 320 hits
Kami di KLChronicle sudah dua kali menulis tentang Railwaymen Union Malaysia terutamanya tentang sikap kepimpinan RUM yang dilihat membawa sentimen anti kerajaan Pakatan Harapan Ini boleh dibuktikan dengan tiga kenyataan baru yang dikeluark...
4 Jenayah Jadi Undang Undang Malaysia Jika Statut Rom Diratifikasi

4 Jenayah Jadi Undang Undang Malaysia Jika Statut Rom Diratifikasi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 257 hits
Foto sumber internetKUALA LUMPUR 18 April Empat jenayah antarabangsa iaitu pembunuhan beramai ramai jenayah perang jenayah kemanusiaan dan pencerobohan akan dijadikan sebagai undang undang tempatan sekiranya Malaysia meratifikasi Statut Rom...
Are You Financially Ready To Buy A Property In Malaysia

Are You Financially Ready To Buy A Property In Malaysia

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 277 hits
Assalamualaikum and hai all reader information for those who want to buy a house below have information for you to make a reference Are you financially ready to buy a property in MalaysiaIt is time for you to step into adulthood There are m...
Malaysia Cari Jalan Buka Pejabat Kedutaan Malaysia Di Palestin

Malaysia Cari Jalan Buka Pejabat Kedutaan Malaysia Di Palestin

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 280 hits
Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah Beliau berkata walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya u...
The Honor 20 Lite Arrives In Malaysia

The Honor 20 Lite Arrives In Malaysia

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 294 hits
HONOR raises the bar for mid range devices with triple camera setup wide angle lens and 32MP selfie cameraHONOR today announced that the latest addition to the HONOR series the HONOR 20 Lite is launched in Malaysia Thoughtfully designed for...
Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

Kebakaran Di Songkhla 3 Rakyat Malaysia Masih Dirawat

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 345 hits
Kebakaran di Songkhla 3 rakyat Malaysia masih dirawat Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 18 Apr 2019 12 30AM
Gara Gara Bau Belacan Bakar Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis

Gara Gara Bau Belacan Bakar Jiran Rakyat Malaysia Di Perancis Telefon Polis

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 768 hits
Hangat di laman twitter mengenai perkongsian seorang lelaki Malaysia mengenai kisah kawan kepada isterinya yang tinggal di Perancis dimana pangsapurinya dikunjungi polis selepas jirannya mengadu tentang bau aneh yang datang dari rumah terba...
Amanz24 Oppo F11 Malaysia Playstation 5 Tm Unifi 300mbps

Amanz24 Oppo F11 Malaysia Playstation 5 Tm Unifi 300mbps

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 321 hits
Oppo dan Vivo masing masing telah mengumumkan penawaran terbaru mereka untuk pasaran tempatan iaitu Oppo F11 dan juga Vivo V15 Pro 8GB RAM Selain daripada itu Samsung kini turut mengacah pengenalan Galaxy Fold untuk pasaran Malaysia Selain ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa