Malaysia Cari Jalan Buka Pejabat Kedutaan Malaysia Di Palestin


Malaysia berusaha mencari jalan kemungkinan membuka pejabat kedutaan di Palestin, meskipun sedar ia bukanlah satu perkara mudah, kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah
Beliau berkata walaupun pada masa sekarang dari segi praktikalitinya usaha itu bukanlah mudah, namun ia penting bagi membolehkan Malaysia terus membantu rakyat Palestin yang sejak berdekad lalu dicengkam kezaliman rejim Tel Aviv
“Bila? Itu soal kedua. Tetapi cita-cita mesti ada, komitmen mesti ada dan persiapan atau usaha mesti dimulakan
“Ia tugas dan tanggungjawab sebuah negara berdaulat (seperti Malaysia) membantu negara yang berdepan masalah, menolong rakyat mana-mana negara yang telah bertahun-tahun dizalimi iaitu sejak 1948 (apabila Israel dibentuk),” katanya kepada Bernama selepas rakaman program Ruang Bicara Bernama News Channel (BNC) di sini Isnin
Ujar Saifuddin buat masa ini pihaknya masih belum berhasrat membawa cadangan itu ke peringkat kabinet
Namun, katanya kaedah yang akan digunakan untuk menjayakan pembukaan kedutaan itu sudah semestinya tidak melibatkan Israel
“Ada negara lain membuka kedutaan (di Palestin) seolah terdapat persetujuan daripada Israel sama ada secara langsung atau tidak langsung. Kita tidak mahu ikut cara seperti itu. Sudah tentu pendekatan yang kita gunakan mengikut kaedah Palestin,” jelas beliau
Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel
Saifuddin berkata cadangan itu bukan sahaja penting sebagai sokongan moral kepada rakyat Palestin, tetapi juga diharap dapat membantu memudahkan proses untuk rakyat Palestin di Malaysia yang ingin pulang ke negara asal mereka di masa hadapan
“Pada kita, buka kedutaan itu biasa. Tetapi bagi orang tertindas, ia suatu kemenangan moral luar biasa. Membuka kedutaan suatu pengiktirafan (kepada mereka),” katanya
Ditanya andai cadangan itu bakal mencetuskan konflik dengan negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat yang telah memindahkan pejabat kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, Saifuddin berkata sebarang keputusan mengenai perkara berkenaan akan mengambil kira kepentingan nasional dan bukan atas faktor “favour” atau takut kepada negara lain
Cadangan membuka pejabat kedutaan Malaysia di Palestin diutarakan Saifuddin dalam jawapannya kepada soalan lisan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson), minggu lepas di Dewan Rakyat
Dalam jawapan itu, Saifuddin berkata pihaknya sedang memulakan usaha mengumpul semua maklumat penting berhubung cadangan berkenaan, selain mendapatkan pandangan pihak yang mempunyai pejabat atau wakil di Palestin
Sehingga kini terdapat lebih 30 pejabat diplomatik dan organisasi antarabangsa dibuka di Palestin sama ada di Ramallah atau Gaza
Ramallah terletak di Tebing Barat merupakan pusat pentadbiran Pihak Berkuasa Palestin. Namun demikian Ramallah dan Wilayah Tebing Barat serta Gaza masih merupakan wilayah diduduki Israel
Kebanyakan negara yang membuka pejabat di Ramallah terdiri negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel atau sebelum ini pernah menjalin hubungan terhad dengan rejim zionis itu
Terdapat juga negara yang tidak mempunyai hubungan diplomatik secara rasmi dengan Israel seperti Emiriah Arab Bersatu mempunyai pejabat diplomatik di Ramallah
Ketika ini, Palestin mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur. Sebaliknya, Duta Malaysia ke Mesir ditauliahkan serentak ke Palestin. -BernamaBerita penuh https://malaysiadateline.com/malaysia-cari-jalan-buka-pejabat-kedutaan-malaysia-di-palestin/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://agendsai.blogspot.com/2019/04/malaysia-cari-jalan-buka-pejabat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mantan Pejabat Militer Selandia Baru Ketahuan Pasang Kamera Di Toilet Kedutaan

Mantan Pejabat Militer Selandia Baru Ketahuan Pasang Kamera Di Toilet Kedutaan

papar berkaitan - pada 9/4/2019 - jumlah : 171 hits
Alfred Keating laksamana Selandia Baru yang merupakan pejabat penting di kedutaan di Washington DC Amerika Serikat kini harus diadili di Pengadilan Distrik Auckland karena memasang kamera tersembunyi di toilet kedutaan pada 2017
Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

Malaysia Tabung Haji Tidak Benarkan Jemaah Sudah Tunai Haji Daftar Kali Kedua

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 339 hits
CEO Tabung Haji Datuk Seri Zukri Samat mengumumkan TH akan menyekat pendaftaran kali kedua mereka yang telah menunaikan haji Foto The Malaysian InsightPUTRAJAYA Tabung Haji akan memastikan tiada individu yang akan menunaikan haji dua kali b...
Malaysia Dua Lelaki Didakwa Hina Islam Mengadu Dipukul Di Penjara

Malaysia Dua Lelaki Didakwa Hina Islam Mengadu Dipukul Di Penjara

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 347 hits
Wai Foo Sing dan Chow Mun Fai tertuduh yang berada dalam tahanan sementara atas dakwaan menghina agama Islam di media sosial mendakwa bahawa mereka diserang di penjara Sungai Buloh Portal melaporkan Wai mendakwa dia dipukul semasa di penjar...
Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

Malaysia Noh Omar Mencuri Tak Salah Bila Kena Tangkap Baru Salah

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 471 hits
Datuk Seri Noh Omar menyatakan rasa tidak puas hati atas sikap dwistandard kerajaan PH berhubung lawatan ahli politik ke sekolah Noh Omar berkata ada pengetua yang menerima surat amaran kerana membenarkan beliau hadir ke sekolah yang terlet...
Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

Jamal Nasir Mahu Bojan Hodak Dihukum Kerana Mengkritik Sistem Bola Sepak Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 199 hits
Gara gara kerana kritikan pedasnya terhadap sistem bola sepak negara selepas kegagalan skuad Malaysia B 19 dalam saingan Piala Sanix di Jepun baru baru ini pengendali skuad tersebut iaitu Bojan Hodak diminta menulis surat tunjuk sebab kepad...
Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

Hiburan Tiket Konsert Westlife Di Malaysia Ogos Ini Akan Mula Dijual Minggu Hadapan

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 233 hits
Bulan lalu ramai yang teruja apabila kumpulan popular Westlife bakal mengadakan konsert di Malaysia Pasti ada yang sudah tidak sabar untuk menantikan detik penjualan tiket untuk dibuka kan Nampaknya peminat tidak perlu tertunggu tunggu lagi...
Malaysia Kerajaan Lama Punca Hibah Tabung Haji Rendah Mujahid

Malaysia Kerajaan Lama Punca Hibah Tabung Haji Rendah Mujahid

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 353 hits
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa Foto ihsan The Malay MailKadar agihan hibah Tabung Haji sebanyak 1 25 peratus paling rendah dalam sejarah adalah disebabkan masalah dihadapi badan itu yang ditinggalkan pentadbiran keraj...
Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

Rakyat Malaysia Suka Membuang Hadiah Bekas Kekasih Daripada Menjual Semula

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 389 hits
Carousell salah satu daripada pasaraya iklan terbesar dan paling cepat berkembang di dunia baru baru ini melancarkan kempen MakeSpaceForLove untuk menggalakkan rakyat Malaysia menjual barangan bekas kekasih mereka di atas platform Kajian da...
Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

Waze Mempunyai Lebih 6 3 Juta Pengguna Aktif Bulanan Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 250 hits
Waze adalah salah satu pilihan aplikasi navigasi yang digunakan oleh ramai pengguna kenderaan di segenap dunia Aplikasi yang dimiliki Google ini berfungsi memberikan petunjuk arah laluan yang terdekat kepada pengguna serta membantu kenderaa...
Backstabbing Drama In The Opposition Pas Sabotaging Bersatu By Attacking Chinese Vernacular Schools

Pas Anggap Terlalu Awal Bincang Pertukaran Mb Perlis

Calon Bersatu Prk Kkb Tidak Dapat Sokongan Parti Pas

Opening Young People S Eyes To Workers Rights

Penyokong Diseru Jalankan Tanggungjawab Sebagai Pemilik Sabah Fc

Dumbing Down Our Education System Via Politicians And Theocrats

Bila Duit Nak Masuk

Sayur Kucai Dan Taugeh Untuk Makan Tengah Hari



Biodata Dan Latar Belakang Adam Shamil Personaliti TikTok Terkenal

5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia


Rahsia Katil Homestay Bonda Banda Hilir Melaka

Kembali Menulis

Lagu Popular Thailand Tahun 2024

Starting Somewhere

Ktm Kenalkan 4 Model Motosikal Duke Sempena Ulangtahun Ke 30

Sambutan Ulang Tahun Ke 30 Dan Pelancaran 4 Model Motosikal Ktm Duke