Tabung Haji Mustahil Jatuh Ke Tangan Bukan Islam


Mustahil Tabung Haji (TH) boleh jatuh ke tangan bukan Islam walaupun SPV yang menguruskan aset-asetnya diketuai seorang Cina.
Itu pandangan perundangan oleh Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR), Salkukhairi Abd. Shukor.
Ini kerana, menurutnya, sesebuah syarikat sendirian berhad itu mempunyai entiti terpisah (separate entity) dengan ahli lembaga pengarah mahupun ketua pegawai eksekutifnyanya.
“Syarikat itu sendiri boleh berdiri dengan sendirinya tanpa terikat dengan liabiliti yang dipegang oleh ahli lembaga pengarah mahupun CEO nya.
“Maka justeru itu tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana apa-apa terjadi kepada ahli lembaga pengarah mahupun CEO nya tidak akan memberi apa-apa kesanpun kepada SPV tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas kekecohan isu aset-aset TH yang akan diuruskan oleh SPV akan menyebabkan ia jatuh ke tangan orang bukan Islam kerana CEO SPV bukan seorang muslim.
Salkukhairi yang juga seorang peguam menegaskan, sungguhpun sesebuah SPV yang ditubuhkan di bawah sesuatu kementerian itu ditadbir oleh ahli lembaga pengarah yang diketuai oleh seorang CEO, dalam apa jua keputusan, ahli lembaga pengarah mahupun CEO tidak boleh membuat sebarang keputusan atas kapasiti peribadi sebaliknya mereka terikat dengan polisi, agenda dan keputusan yang dibuat oleh kerajaan selaku “pemegang saham” terbesar dalam SPV tersebut.
“Ini bukan “syarikat anak beranak” yang mana pemegang saham dan ahli lembaga pengarahnya adalah individu yang sama yang sesuka hati boleh buat apa sahaja yang mereka hendak demi mengejar keuntungan semata-mata,” katanya lagi.
Selain itu, sesebuah syarikat itu termasuklah SPV tertakluk kepada Memorandum & Article of Association (M&A) yang menjadi “perlembagaan” bagi sesebuah syarikat tersebut.
Kegagalan mematuhi M&A itu boleh menyebabkan mereka dinyah daftarkan.
“Dalam kes SPV TH ini, fungsi mereka adalah tidak lain dan tidak bukan sebagai entiti yang menguruskan aset-aset tidak untung yang dimiliki oleh TH selama ini dengan berbalaskan pegangan instrumen pelaburan Sukuk dan saham keutamaan boleh tebus – Islamik (RCPS-I) untuk dimiliki oleh TH, memandangkan tiada pihak yang berminat untuk berurusniaga dengan aset-aset tidak untung tersebut.
“Maka adalah mustahil sebuah SPV yang diketuai oleh bukan Islam mempunyai kuasa yang begitu besar sehingga boleh melangkaui M&A mereka dan mampu “merampas” semua kepentingan kerajaan di dalam TH itu sendiri,” ujarnya.
Satu lagi, menurutnya, perlu difahami setiap ahli lembaga pengarah yang dilantik dalam sesebuah SPV itu terikat dengan Garis Panduan Lantikan Ahli Lembaga Pengarah Kementerian Kewangan (Diperbadankan).
Melalui garis panduan tersebut mereka terikat untuk mepastikan supaya pengurusan syarikat ditadbir dan di kawalselia berdasarkan prisip akauntibiliti kepada parlimen dan rakyat, memastikan tadbir urus dan kawalan bagi mengelakkan berlakunya salah guna kuasa dalam pengurusan syarikat,….
…memastikan pengurusan syarikat mewujudkan polisi dan Standard Operating Procedures (SOP) bagi memantapkan tadbir urus syarikat danLembaga Pengarah perlu merujuk kepada kementerian yang berkenaan bagi perkara-perkara yang memerlukan kelulusan pemegang saham seperti mana yang digariskan di bawah Akta Syarikat 2016, M&A syarikat dan perkara-perkara yang melibatkan dasar kerajaan.
“Justeru itu berdasarkan kepada fakta-fakta di atas, amat retorik kalau hendak kita katakan dengan hanya disebabkan SPV yang mengambil alih aset-aset tidak untung TH ini diketuai oleh orang bukan Islam, maka kita terus membuat konklusi yang TH akan dikuasai oleh orang bukan Islam.
“Sepatutnya kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berkepakaran dalam sesuatu bidang tanpa mengambil kira faktor kaum mahupun agama atau kecenderungan politik mereka untuk sama-sama menyumbangkan tenaga dan kepakaran mereka dalam membantu memulihkan kembali sesebuah institusi milik umat Islam yang hampir rosak oleh pemimpin-pemimpin korup yang menguruskannya suatu masa dahulu.
“Bukannya hanya memomokkan dengan sentimen perkauman sempit yang tidak ada asasnya, semata-mata demi mengejar kepentingan dan survival politik segelintir pihak,” katanya.- Sumber MalaysiaGazette
KLIK BACA: Najib bergembiralah dengan media sosial, lambat laun ke penjara.
KLIK BACA: Mahkamah batal saman Umno mahu wang RM116 juta dirampas polis di kediaman Najib
The post Tabung Haji mustahil jatuh ke tangan bukan Islam appeared first on Malaysian Review.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianreview.com/191327/tabung-haji-mustahil-jatuh-ke-tangan-bukan-islam/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mengapa Aset Umat Islam Tabung Haji Diselia Bukan Islam

Mengapa Aset Umat Islam Tabung Haji Diselia Bukan Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 330 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat terkilan dengan jawapan bertulis Kekanda YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Parlimen kelmarin yang akhirnya mengakui bahawa aset aset Tabung Haji bernilai RM19 9 Billion telah dijual dan dipindahkan ...
Mof Pulihkan Kewangan Tabung Haji Demi Kepentingan Umat Islam

Mof Pulihkan Kewangan Tabung Haji Demi Kepentingan Umat Islam

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 282 hits
Pada 19 Mac 2019Kerajaan Pakatan Harapan berjaya memulihkan kedudukan kewangan Tabung Haji daripada terus mengalami jurang aset dan liabiliti akibat daripada tadbir urus lemah rejim UMNO Barisan Nasional sebelum ini Mengikut kedudukan kewan...
Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

Isu Ceo Spv Tabung Haji Bukan Islam Berbangsa Cina

papar berkaitan - pada 4/4/2019 - jumlah : 396 hits
Oleh Dr Zaharuddin Abd RahmanIni adalah isu terbaru yang dipolitikkan dan dimanipulasi dalam bentuk yang tidak bertanggungjawab sebenarnya Lebih teruk lagi ada yang mengatakan CEO Tabung Haji itu sendiri adalah bukan Islam padahal CEO atau ...
Mujahid Gadai Tabung Haji Kepada Dap Ini Buktinya Viralhancing

Mujahid Gadai Tabung Haji Kepada Dap Ini Buktinya Viralhancing

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 361 hits
PANAS Isu pengurusan Aset Tabung Haji bernilai RM19 9 bilion menjadi punca kekecohan di dewan rakyat pada Selasa menyaksikan petikaman lidah antara Menteri Agama Ahli Parlimen Pendang dan juga Ahli Parlimen Baling bekas Pengerusi Tabung Haj...
Wang Simpanan Tabung Haji Lesap Di Tipu Inspektor Narita

Wang Simpanan Tabung Haji Lesap Di Tipu Inspektor Narita

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 269 hits
KUANTAN Seorang guru wanita di sini kerugian RM113 000 selepas menukar nombor telefon untuk tujuan perbankan online seperti diarahkan individu menyamar polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yuso...
Mengapa Yayasan Pelaburan Bumiputera Berdiam Tony Pua Campur Tangan Tabung Amanah Hak Bumiputera

Mengapa Yayasan Pelaburan Bumiputera Berdiam Tony Pua Campur Tangan Tabung Amanah Hak Bumiputera

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 289 hits
Bloomberg melaporkan bahawa PNB ingin ikut jejak Khazanah Nasional dengan mengeluarkan bon pinjaman atau sukuk buat pertama kali dalam sejarah mereka PNB di laporkan akan gunakan aset2 dari tabung2 amanah ASB dan ASN mereka seperti pegangan...
Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 305 hits
Zaman kerajaan Pakatan Haprak ni macam macam perkara merugikan boleh berlaku Tak tahu kat mana silapnya kini wang Tabung Haji pula hilang Wang simpanan seorang guru wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini lesap selepas dia menuruti ar...
Jangan Bebankan Umat Islam Dengan Potong Subsidi Haji

Jangan Bebankan Umat Islam Dengan Potong Subsidi Haji

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 252 hits
AppleMarkKetua Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki merayu kepada kerajaan Pakatan Harapan agar tidak membebankan umat Islam di negara ini dengan melakukan pemotongan subsidi haji menerusi pelaksanaan konsep istito ah Asyraf Wajdi mener...
Simpanan Asb Tabung Haji Rm77 500 Hangus Ditipu Macau Scam

Simpanan Asb Tabung Haji Rm77 500 Hangus Ditipu Macau Scam

papar berkaitan - pada 29/3/2019 - jumlah : 232 hits
PULAU PINANG 29 Mac Seorang wanita berusia 56 tahun di Bayan Lepas di sini berputih mata selepas wang simpanannya di dalam Amanah Saham Bumiputera dan Lembaga Tabung Haji sebanyak RM77 500 lebur ditipu sindiket Macau Scam Kejadian itu berla...
Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

8 Tip Tingkatkan Sales Homestay Anda

Cara Memasarkan Homestay Anda

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

Dr Zaliha Terus Kunci Mulut Berkaitan Titah Adendum Minta Rujuk Ulasan Pm

Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Moisturizer Terbaik 2024 Tekstur Water Based 9 Kebaikan Yang Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam



5 Negara Yang Memilih Untuk Tidak Menggunakan Matawang Sendiri

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard


Pengalaman Kerja Sambil Belajar

Buah Ciku 10 Khasiat Pelbagai Jenis Penyakit

Terkejut Dr M Rakib Sampai Di Pelabuhan Udara Bandung

Cara Atasi Rambut Gugur Dengan Mudah

Medical Follow Up With Dato Dr Marina Di Kpj Seremban

Sarapan Di Kacang Pool Haji Larkin