Simpanan Asb Tabung Haji Rm77 500 Hangus Ditipu Macau Scam



PULAU PINANG 29 Mac - Seorang wanita berusia 56 tahun di Bayan Lepas di sini berputih mata selepas wang simpanannya di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sebanyak RM77,500 lebur ditipu sindiket Macau Scam.


Kejadian itu berlaku Isnin lalu selepas mangsa yang merupakan pesara operator kilang itu menerima panggilan daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai ‘Zahari’ kononnya dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, mangsa didakwa kononnya terbabit dalam aktiviti perjudian dan pengubahan wang haram berjumlah RM1.5 juta bersama seorang lagi lelaki yang dikenali sebagai David.

Katanya, mangsa juga dikatakan mempunyai waran tangkap dan diminta mendedahkan jumlah wang simpanan di dalam akaun bank kononnya untuk kepastian sama ada wang tersebut daripada sindiket haram atau sebaliknya.

“Disebabkan takut, mangsa menuruti arahan sindiket berkenaan dengan memindahkan wang ke satu akaun bank selama empat hari berturut-turut membabitkan nilai masing-masing RM25,000; RM30,000; RM10,000 dan RM12,500 dengan nilai keseluruhan sebanyak RM77,500,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Anbalagan, selepas memindahkan kesemua wang itu, mangsa mula berasa curiga dan menceritakan kejadian tersebut kepada rakannya sebelum dimaklumkan dia sebenarnya sudah tertipu dengan sindiket Macau Scam.

Kata beliau, mangsa kemudiannya membuat laporan polis semalam dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Anbalagan terus menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah mempercayai panggilan telefon individu yang mendakwa daripada pihak berkuasa atau bank.

Katanya, orang ramai sepatutnya merujuk terus kepada agensi terbabit untuk pengesahan dan tidak sesekali menuruti arahan menerusi panggilan telefon apatah lagi apabila diarahkan melakukan transaksi pemindahan wang ke akaun individu lain. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2019/03/simpanan-asb-tabung-haji-rm77500-hangus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Wang Simpanan Tabung Haji Lesap Di Tipu Inspektor Narita

Wang Simpanan Tabung Haji Lesap Di Tipu Inspektor Narita

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 404 hits
KUANTAN Seorang guru wanita di sini kerugian RM113 000 selepas menukar nombor telefon untuk tujuan perbankan online seperti diarahkan individu menyamar polis Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Superintendan Mohd Wazir Mohd Yuso...
Tabung Haji Mustahil Jatuh Ke Tangan Bukan Islam

Tabung Haji Mustahil Jatuh Ke Tangan Bukan Islam

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 404 hits
Mustahil Tabung Haji boleh jatuh ke tangan bukan Islam walaupun SPV yang menguruskan aset asetnya diketuai seorang Cina Itu pandangan perundangan oleh Pengerusi Gabungan Peguam Hartanah Rakyat Salkukhairi Abd Shukor Ini kerana menurutnya se...
Mujahid Gadai Tabung Haji Kepada Dap Ini Buktinya Viralhancing

Mujahid Gadai Tabung Haji Kepada Dap Ini Buktinya Viralhancing

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 486 hits
PANAS Isu pengurusan Aset Tabung Haji bernilai RM19 9 bilion menjadi punca kekecohan di dewan rakyat pada Selasa menyaksikan petikaman lidah antara Menteri Agama Ahli Parlimen Pendang dan juga Ahli Parlimen Baling bekas Pengerusi Tabung Haj...
Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

Mujahid Guan Eng Tak Campurtangan Tabung Haji Ahli Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/3/2019 - jumlah : 348 hits
Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji Prof Dr Ashraf Md Hashim mengucapkan terima kasih kepada rakyat negara ini yang prihatin dengan agensi pengurusan ibadah haji umat Islam tersebut Kenyataan penuh beliau di bawah dipercayai berkaitan tuduhan...
Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

Akhirnya Kini Wang Tabung Haji Lesap

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 783 hits
Zaman kerajaan Pakatan Haprak ni macam macam perkara merugikan boleh berlaku Tak tahu kat mana silapnya kini wang Tabung Haji pula hilang Wang simpanan seorang guru wanita sebuah sekolah berasrama penuh di sini lesap selepas dia menuruti ar...
Kisah Tabung Haji Bukan April Fool

Kisah Tabung Haji Bukan April Fool

papar berkaitan - pada 1/4/2019 - jumlah : 635 hits
oleh Ab Jalil Backer KEGAGALAN Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yussof menjawab soalan Ahli Parlimen Awang Hashim mengenai pihak pengurusan Syarikat Bertujuan Khusus Kerajaan bagi menguruskan aset aset Lembaga Tabung Haji yang ...
Mengapa Aset Umat Islam Tabung Haji Diselia Bukan Islam

Mengapa Aset Umat Islam Tabung Haji Diselia Bukan Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2019 - jumlah : 444 hits
Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia amat terkilan dengan jawapan bertulis Kekanda YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa di Parlimen kelmarin yang akhirnya mengakui bahawa aset aset Tabung Haji bernilai RM19 9 Billion telah dijual dan dipindahkan ...
Fuziah Tabung Haji Quot Yakin Quot Kembalikan Keyakinan Pendeposit

Fuziah Tabung Haji Quot Yakin Quot Kembalikan Keyakinan Pendeposit

papar berkaitan - pada 21/3/2019 - jumlah : 389 hits
KUALA LUMPUR Lembaga Tabung Haji yakin dapat mengembalikan keyakinan pendeposit untuk terus mempercayai badan itu selaku pemegang amanah bagi mengurus dan menjamin simpanan serta pelaburan mereka Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ...
Tabung Haji Asset Transfers The Best Option Minister Says

Tabung Haji Asset Transfers The Best Option Minister Says

papar berkaitan - pada 18/3/2019 - jumlah : 452 hits
PARLIAMENT The government has decided that transferring Lembaga Tabung Haji s underperforming assets to a special purpose vehicle is the best move for the fund s turnaround plan Two other options that were considered were for the government...
Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Mongol Dan Islam Sejarah Yang Ramai Tak Tahu

Happy Deepavali 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali

Hiburan Ibu Didakwa Jadi Punca Perceraian Nubhan Dan Isteri Pelakon Tampil Buat Penafian Gambar Itu Jadi Bahan Fitnah