Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah Elak Jadi Mangsa Penipuan


Lembaga Tabung Haji (TH) mengingatkan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang tawaran perkhidmatan upah haji atau badal haji yang diiklankan oleh mana-mana agensi pelancongan mahupun individu bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Haji Mustakim Mohamad menjelaskan setiap tahun menjelangnya permulaan operasi haji pastinya akan ada segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengiklankan pelbagai tawaran pakej badal haji secara meluas sama ada secara fizikal di pelbagai premis termasuk surau dan masjid atau pemasaran tular di platform media sosial.
Kebanyakan iklan pakej badal haji ini ditawarkan dengan harga yang tidak munasabah dan lebih rendah daripada kos pakej haji yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi kepada penduduk tempatan.
“Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan setiap individu dari luar negara perlu mendapatkan visa haji untuk melaksanakan ibadat haji manakala penduduk tempatan pula diwajibkan untuk memiliki permit kebenaran daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Bukan semua penduduk tempatan yang memohon akan berjaya diberi permit haji. Harga terendah yang ditetapkan untuk pakej haji bagi tahun 1446H yang lalu bagi penduduk tempatan bermula sekitar SR10,000 (RM11,300) yang merangkumi permit kebenaran serta khemah di Masyair tetapi tidak termasuk kos-kos lain yang perlu ditanggung seperti pengangkutan udara atau darat, penginapan, makanan di Mekah serta Madinah dan sebagainya,” kata beliau.
Beliau turut menjelaskan dengan kos yang dikenakan terhadap penduduk tempatan ini, adalah mustahil khidmat badal haji boleh dilakukan di bawah kos tersebut. Malahan, penduduk tempatan Arab Saudi juga hanya dibenarkan untuk menunaikan haji hanya sekali untuk setiap lima (5) tahun.
Selain itu, didapati terdapat juga unsur penipuan yang berlaku semasa pelaksanaan haji di mana nisbah jumlah pelaksana dan jumlah peserta badal haji adalah tidak seimbang di mana ada yang mengambil upah badal haji sehingga 200 orang untuk seorang pelaksana. Ini jelas bertentangan dengan peraturan dan menyalahi syariat seperti yang digariskan dalam ajaran agama Islam.
TH juga ingin menekankan bahawa Kerajaan Arab Saudi telah melaksanakan penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat di mana sekiranya jemaah haji ditangkap menggunakan visa atau permit yang tidak sah akan berdepan hukuman denda, penjara dan akan disenarai hitam daripada memasuki Arab Saudi untuk tempoh beberapa tahun.
“Justeru, rakyat Malaysia perlulah bijak untuk menilai tawaran perkhidmatan sehingga serendah RM1,500 yang diiklankan agar tidak tertipu. TH menyarankan kepada mereka yang ingin melaksanakan badal haji supaya tidak mudah mempercayai iklan penyediaan perkhidmatan badal haji secara komersial bagi mengelak ditipu pihak tidak bertanggungjawab,” tambah Mustakim.
The post Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah, Elak Jadi Mangsa Penipuan appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/12/tabung-haji-ingatkan-umat-islam-waspada-tawaran-badal-haji-murah-elak-jadi-mangsa-penipuan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zara Qairina Umat Islam Diseru Hadir Majlis Bacaan Yasin Solat Hajat Esok

Zara Qairina Umat Islam Diseru Hadir Majlis Bacaan Yasin Solat Hajat Esok

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR 13 Ogos Semua masjid dan surau bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan akan mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat untuk Allahyarham Zara Qairina pada esok selepas Sola...
Drama Di Parlimen Kontrak Tabung Haji

Drama Di Parlimen Kontrak Tabung Haji

papar berkaitan - pada 19/8/2025 - jumlah : 2076 hits
Drama Kontrak Tabung Haji di Parlimen Sidang Dewan Rakyat hari ini sekali lagi jadi panas apabila Ahmad Marzuk Shaary berentap dengan Menteri Agama Datuk Dr Mohd Na im Mokhtar ketika penggulungan Rancangan Malaysia Ke 13 Isunya ringkas saja...
Agong Ingatkan Mindef Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang

Agong Ingatkan Mindef Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 714 hits
Agong Ingatkan MINDEF Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang MERSING 16 Ogos Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dalam pembel...
Bhaya Umat Islam Bila Tukang Baca Itu Sesat

Bhaya Umat Islam Bila Tukang Baca Itu Sesat

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 194 hits
Mudah saja kalau nak singkirkan ustaz sesat cam gini Dalam PRU 16 nanti Gabungan BNPH akan singkirkan dia supaya qunut yang dia baca kembali pada dia
Tabung Haji Denies Rm20mil Rebranding Claim Clarifies Actual Cost

Tabung Haji Denies Rm20mil Rebranding Claim Clarifies Actual Cost

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 440 hits
LEMBAGA Tabung Haji has denied allegations that it spent RM20mil on a rebranding exercise calling the claim untrue and slanderous In a statement TH said the actual budget allocation for the brand rejuvenation process is RM2mil per year over...
Akaun Tabung Haji Boleh Beku Kalau Tak Aktif Buat Langkah Ni

Akaun Tabung Haji Boleh Beku Kalau Tak Aktif Buat Langkah Ni

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 268 hits
Selain simpanan lain seperti Amanah Saham Bumiputera simpanan Tabung Haji juga antara simpanan yang diyakini oleh ibu dan ayah untuk menyimpan duit tabungan anak anak Pun begitu jika dibiarkan tanpa penambahan dan aktiviti lain selama tujuh...
Tabung Haji Tingkat Kualiti Perkhidmatan Galak Bakal Jemaah Buat Persediaan Awal

Tabung Haji Tingkat Kualiti Perkhidmatan Galak Bakal Jemaah Buat Persediaan Awal

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 215 hits
Lembaga Tabung Haji institusi pengurusan haji komprehensif negara mengeluarkan makluman peringatan awal kepada bakal bakal jemaah dalam giliran bagi musim haji 1447H 2026M untuk bersedia lebih awal terutamanya dari aspek kemas kini rekod ma...
Elak Sapu Bedak Pada Alat Sulit Bayi Bahaya

Elak Sapu Bedak Pada Alat Sulit Bayi Bahaya

papar berkaitan - pada 31/7/2025 - jumlah : 181 hits
Zaman dulu itu amalan biasa Bedak bayi seakan menjadi simbol kasih saying yang disapu lembut pada punggung lipatan paha dan kawasan alat sulit bayi terutamanya bayi perempuan Harapannya untuk elakkan ruam jangkitan dan agar bayi kekal wangi...
Elak Scam Tiada Agihan Str Melalui Pasar Raya

Elak Scam Tiada Agihan Str Melalui Pasar Raya

papar berkaitan - pada 30/7/2025 - jumlah : 197 hits
Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati hati dengan taktik penipuan yang kini semakin berleluasa khususnya melibatkan nama bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah Menurut kenyataan media yang dikeluar...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Didakwa Tak Bayar Hutang Intan Najuwa Razman Razmi Beri Respon Henti Buli Kami Nak Kami Bun H Diri Ke

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Validasi

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Warga Emas Berjaya Kumpul Hampir Rm2 Juta Namun Luah Rasa Kesal Selepas Bersara

Tube Sarong London 2025

Artha Sasak Tanjung Ringgit Chord

Cuepacs Calls For Safety Audit On Schools After Boy Falls Into Sewer Pit