Agong Ingatkan Mindef Elak Beli Pesawat Terpakai Hindari Juruterbang Naiki Keranda Terbang


Agong Ingatkan MINDEF Elak Beli Pesawat Terpakai, Hindari Juruterbang Naiki ‘Keranda Terbang’
MERSING, 16 Ogos (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini mengingatkan Kementerian Pertahanan supaya tidak mengulangi kesilapan lalu dalam pembelian aset ketenteraan, khususnya pesawat terpakai yang boleh mengancam nyawa juruterbang dan anggota tentera.
Seri Paduka Baginda bertitah, pengalaman negara membeli pesawat terpakai Skyhawk sebelum ini seharusnya menjadi iktibar kerana pesawat berkenaan akhirnya tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
“Jangan ulangi kesilapan dahulu apabila kita beli pesawat second hand Skyhawk… adakah kita hendak letak juruterbang kita dalam keranda terbang? Awak fikirlah sendiri.
“Saya percaya semua ini berlaku kerana di Kementerian Pertahanan penuh dengan ejen atau bekas jeneral yang jadi salesman (jurujual), malah ada syarikat penjual kain pun masuk hendak jual dron,” titah Sultan Ibrahim pada Majlis Perbarisan Hari Ulang Tahun ke-60 Rejimen Gerak Khas (RGK) di Kem Iskandar, di sini.
Turut berangkat Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim.
Hadir sama Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Mohd Nizam Jaffar dan Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan.
Pesawat A-4 Skyhawk yang dibangunkan McDonnell Douglas (kini Boeing) amat sinonim dengan TUDM, yang memperoleh sebanyak 80 buah pesawat itu dari Amerika Syarikat pada 1982 dengan harga US$1 juta setiap satu, namun perkhidmatannya ditamatkan kerana kadar kemalangan yang tinggi.
Sultan Ibrahim, yang juga Kolonel Komandan Gerup Gerak Khas (GGK) turut menasihatkan Menteri Pertahanan agar membatalkan cadangan pembelian helikopter Black Hawk yang usianya lebih 30 tahun kerana khuatir kesilapan sama berulang.
Yang di-Pertuan Agong menegaskan semua pihak yang terlibat dalam perolehan aset ketenteraan perlu memastikan penilaian dibuat secara telus mengikut harga pasaran serta keperluan sebenar tentera, bukan semata-mata mendengar cadangan ejen atau pihak berkepentingan.
BACA: Ekonomi Malaysia Berkembang 4.4 Peratus Suku Kedua 2025, Dipacu Permintaan Domestik Kukuh “Jangan buang masa beli barang yang merepek dan tidak sesuai dengan keperluan tentera. Kalau tidak tahu harga, tanya saya dahulu.
“Lima tahun dulu saya pernah tegur tentang pembelian bot rigid raiding craft (bot tempur kecil berstuktur keras) untuk komando pada harga RM5 juta, sedangkan saya boleh dapatkan bot lebih baik pada harga tidak sampai RM2 juta.
“Baru-baru ini saya dengar ada cadangan beli bot sama tetapi saiz lebih besar dengan harga hampir RM10 juta. Semua ini tidak masuk akal dan perlu diteliti betul-betul,” titah Sultan Ibrahim.
Baginda bertitah, jika semua pembelian aset dibuat berdasarkan harga orang tengah, maka peruntukan kerajaan tidak akan pernah mencukupi.
Sultan Ibrahim bertitah, jika semua pembelian aset dibuat ikut harga orang tengah, maka semua peruntukan yang disediakan kerajaan tidak akan cukup.
“Oleh itu jangan cuba hendak temberang saya. Jika tidak mahu dengar cakap saya, selepas ini saya tidak akan tegur lagi,” titah Seri Paduka Baginda.
Selain menekankan aspek ketelusan harga, Sultan Ibrahim turut menegur kelewatan projek kolam renang selam tempur di Kem RGK yang sepatutnya siap pada 2022, namun sehingga kini masih belum boleh digunakan.
Baginda pada masa sama menyeru kerajaan memberi keutamaan lebih besar kepada perolehan peralatan baharu bagi memastikan kesiapsiagaan RGK berada pada tahap tertinggi supaya mampu bertindak pantas menghadapi sebarang ancaman.
Perbarisan itu diadakan bagi memperingati ulang tahun penubuhan RGK ke-60 serta menghargai jasa dan pengorbanan wira pasukan elit tersebut dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Sumber: BERNAMA
The post Agong Ingatkan MINDEF Elak Beli Pesawat Terpakai, Hindari Juruterbang Naiki ‘Keranda Terbang’ appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/16/agong-ingatkan-mindef-elak-beli-pesawat-terpakai-hindari-juruterbang-naiki-keranda-terbang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kecoh Isu Malaysia Beli 30 Pesawat Boeing Untuk Turun Tariff 19

Kecoh Isu Malaysia Beli 30 Pesawat Boeing Untuk Turun Tariff 19

papar berkaitan - pada 2/8/2025 - jumlah : 226 hits
Ikwan RazakRupanya yang nak beli ni adalah MAG dulu kita panggil MAS dan apa yang kita tak sedar lepas puluhan tahun rugi dan hampir bankrupt rupanya MAG ni kembali untung zaman madani lepas hampir 10 tahun rugi So dalam plan pemulihan Mala...
Juruterbang Cedera Pesawat Tergelincir Di Melaka

Juruterbang Cedera Pesawat Tergelincir Di Melaka

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 153 hits
Pesawat dikendalikan Malaysian Flying Academy Sdn Bhd terbabit dalam kejadian kira kira 2 55 petang Pesawat latihan ringan jenis Piper PA 28 181 tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Melaka MELAKA Pihak Berkuasa Penerbangan Awam M...
Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah Elak Jadi Mangsa Penipuan

Tabung Haji Ingatkan Umat Islam Waspada Tawaran Badal Haji Murah Elak Jadi Mangsa Penipuan

papar berkaitan - pada 13/8/2025 - jumlah : 285 hits
Lembaga Tabung Haji mengingatkan masyarakat khususnya umat Islam di Malaysia untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sebarang tawaran perkhidmatan upah haji atau badal haji yang diiklankan oleh mana mana agensi pelancongan mahupun individu...
Beli Pesawat Boeing Ni Membazir Duit Cukai Rakyat

Beli Pesawat Boeing Ni Membazir Duit Cukai Rakyat

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 172 hits
Aki RockPembelian pesawat ini sebenarnya adalah keputusan perniagaan strategik oleh Malaysia Aviation Group dan dibiayai menggunakan dana syarikat BUKAN duit cukai RAKYAT Rancangan pembelian ini telah diumumkan SEAWAL MAC 2025 lagi masa tu ...
Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

Beli Takoyaki Agong Di Stadium Paroi

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 965 hits
Dalam perjalanan balik dari singgah di Stadium Paroi tengok tengok apa yang menarik untuk dibeli untuk makan malam Kotlah lapar tiba tiba sebab dah makan awal tadi kan Mak adik nak takoyakiTak banyak pilihan yang ada beli takoyaki lah Kenya...
Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah

Penumpang Cemas Flap Sayap Pesawat Patah

papar berkaitan - pada 23/8/2025 - jumlah : 199 hits
Penumpang cemas flap sayap pesawat patah BAHAGIAN flap tergantung pada sayap kiri pesawat Foto Shanila Arif WASHINGTON Lebih 60 penumpang berhadapan situasi cemas apabila sebahagian sayap pesawat Boeing 737 dinaiki mereka patah sebelum ia m...
Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

Insiden Pesawat Hornet Tudm Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 536 hits
Insiden Pesawat Hornet TUDM Pihak Berkuasa Diminta Jalan Siasatan Menyeluruh Anwar KUALA LUMPUR 22 Ogos Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca kemalangan mel...
Kes Pesawat Tudm Pm Anwar Simpati Arah Siasatan Menyeluruh

Kes Pesawat Tudm Pm Anwar Simpati Arah Siasatan Menyeluruh

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 526 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan simpati terhadap juruterbang dan pembantu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia Kuantan dan meminta siasatan menyeluruh dijalankan Foto Facebook Anwar IbrahimKUALA LUMPUR 22 Ogos Perd...
Meet The Aprilia Rsv4 X Gp A 90 000 Motogp Race Replica

The Trauma Code Heroes On Call Kdrama

Resepi Air Lai Chi Kang Buah Luo Han Guo Kering Manis Semula Jadi Menyegarkan

Saintis Jepun Temui Cara Tumbuhkan Semula Gigi Patah

Pemandu Audi Rempuh Dua Motosikal Urb Polis Positif Alkohol

Wanita Ditahan Ugut Khianat Guna Api

Tiket Percuma Di Aquaria Klcc Sempena Hari Jadi

Jangan Timbulkan Fitnah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pencipta Kandungan Terima Kiriman Kepala Babi

Panduan Mudah Faham Cara Guna Google Drive Di Komputer Telefon

Puji Sedap Lelaki Algeria Terus Jadi Ketagih Lepas Cuba Teh Tarik

Speedy Tigers Akhiri Kempen Piala Asia 2025 Di Tempat Ketiga

I M Muhyiddin S No 1 Supporter Hamzah Declares Amid Poison Pen Letter Claims

China Displays Five New Ucavs