Tabung Haji Dalam Bahaya Integriti Zaiton Hassan Pengarah Baru Dipersoal


Pelantikan Datuk Zaiton sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji menimbulkan percanggahan kepentingan yang mana beliau terlibat dalam satu urusniaga yang telah merugikan Tabung Haji. Bolehkah beliau bersikap profesional memulihkan Tabung Haji?
Sepucuk surat tidak bernama bertarikh November 13hb, 2018 telah ditujukan kepada Malaysia Institute of Corporate Governance (Institiut Tadbir Urus Korporat Malaysia) dan diberi perhatian kepada Dato’ Yusli bin Mohamed Yusoff.



Ia berkenaan salah seorang ahli Institut tersebut, Datuk Zaiton Hassan yang merupakan salah seorang ahli Lembaga Pengarah yang baru dilantik untuk Lembaga Tabung Haji dan pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Bank Islam Malaysia Berhad dan BIMB Holdings yang merupakan penggerak utama menyokong pengurusan Bank tersebut.

Surat tersebut menimbulkan isu percanggahan kepentingan (conflict of interest) dalam pengeluaran isu bon hutang Musyarakah untuk OFFSHORESWORKS CAPITAL SDN BHD. Bon sukuk yang dikeluarkan pada 20hb Februari 2009 berjumlah RM350 juta telah disertai oleh Maybank, Bank Rakyat, Bank Islam, dan Tabung Haji.
Pengiktirafan (Rating) telah dilakukan oleh Malaysian Rating Corporation Berhad (MARC) dengan Penasihat Utama (Principal Adviser) oleh MIDF Amanah Investment Bank Berhad dan Penasihat Kewangan (Financial Adviser) pula adalah Capital Intelligence Advisers Sdn Bhd yang mana Datuk Zaiton merupakan pemegang saham utama dan Pengarah Urusan.


Pada 2011, OFFSHORESWORKS gagal membayar balik bon sukuk ini kerana berhadapan dengan masalah kewangan hingga terpaksa diumumkan pembubaran bon tersebut pada Oktober 2012. Hanya 10% dari nilai bon sukuk itu dapat diperoleh kembali untuk membayar pemberi hutang.
Dengan pelantikan Datuk Zaiton sebagai ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji, ia bukan sahaja menimbulkan percanggahan kepentingan yang mana beliau terlibat dalam satu urusniaga yang telah merugikan Tabung Haji. Bagaimanakah beliau boleh diharapkan untuk bersikap profesional untuk memulihkan Tabung Haji yang kononnya berhadapan dengan masaalah kewangan?
Tentu sekali akan timbul risiko yang mana beliau akan cuba menutup kerugian pada Tabung Haji dari urusan yang melibatkan beliau.
Hal yang lebih ternyata sekali, Datuk Zaiton terlibat dalam pelbagai pihak dalam pengeluarkan bon ini yang mana beliau tidak sepatutnya melibatkan langsung dalam pengeluaran bon ini.
1. Sedia maklum, Datuk Zaiton mempunyai kepentingan secara langsung di dalam syarikat Penasihat Kewangan, Capital Intelligence Advisers Sdn Bhd.
2. Beliau adalah Pengarah MIDF yang menjadi Penasihat Utama pengeluaran bon ini
3. Beliau adalah ahli Lembaga Pengarah BIMB Holdings dan Pengerusi BHB Board Risk Commitee dan Pengerusi BHB Audit and Examination committee yang turut melabur dalam bon sukuk tersebut.
4. Beliau pernah menjadi Pengarah Eksekutif MARC
5. Beliau pernah bekerja selama 12 tahun di Maybank, dan pemegang saham terbesar OFFSHORE iaitu Mohd Amran Abdul Wahid sama-sama bekerja dengannya di Maybank.
Butiran-butiran bon tersebut telah diperiksa di laman web Suruhanjaya Sekuriti dan didapati butirannya betul. Maka tiada isu surat tidak bernama ini ditolak metah-mentah.
Surat ini telah disalinkan kepada Menteri Hal Ehwal ekonomi, Dato Seri Azmin Ali dan Gabenor Bank Negara Malaysa, Dato’ Nor Shamsiah binti Mohd Yunos, tetapi hingga kini tiada tindakan yang diambil. Pelanggaran ini bagaikan ditutup sebelah mata oleh kesemua pihak ini.
Malah Datuk Zaiton telah dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang mana akan menguasai Bank Islam Malaysia Berhad dan BIMB Holdings Berhad. Pelanggaran etika ini tidak boleh diambil enteng jika pengurusan baru Tabung Haji serius mahu memulihkan lembaga tersebut.
Datuk Zaiton terlibat dalam pelbagai badan profesional, Jawatankuasa kuasa-jawatan kuasa, NGO-NGO dan syarikat utama yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Tentu sekali, dengan terdedahnya salahlaku percanggahan kepentingan dan kelakuan tidak profesional, beliau tidak layak untuk memegang peranan-peranan ini dan juga dilesenkan untuk syarikat kepunyaannya berperanan sebagai penasihat kewangan dan urusniaga pasaran modal.

Maklumat dalaman memberitahu Datuk Zaiton dipilih untuk menganggotai Tabung Haji dan bersama pengurusan baru Tabung Haji, Dato Zukri Samat atas cadangan dan sokongan kuat bekas Gebenor Bank negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhbar Aziz kepada Pengerusi Council of Emminent Person, Tun Daim Zainuddin.
Adakah orang yang nampaknya ada tengkorak di dalam almari ini merupakan pilihan Tun Daim juga? Tidak disusul periksakah latarbelakang beliau? Apa akan jadi kepada Lembaga Tabung Haji melibatkan Datuk Zaiton Hassan yang sekarang terlibat dalam memindahkan aset TH berjumlah RM19.9 bilion kepada syarikat tujuan khas (SPV) bawah Kementerian Kewangan pada 11 Disember lalu Kerajaan PH.
[ARTIKEL BERKAITAN- Kabinet PH Sahkan BNM, Lim Guan Eng menyelia dan menjual aset Tabung Haji ]
Apatah lagi Kabinet Pakatan Harapan mengesahkan Bank Negara Malaysia (BNM) akan kekal menyelia Lembaga Tabung Haji (TH) atas arahan Lim Guan Eng Menteri Kewangan Malaysia.
Sumber :
http://sabahkini2.com/en/news/1638/tabung-haji-dalam-bahaya-integriti-zaiton-hassan-pengarah-baru-dipersoal/view


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/02/05/tabung-haji-dalam-bahaya-integriti-zaiton-hassan-pengarah-baru-dipersoal/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kabinet Ph Sahkan Bnm Lim Guan Eng Menyelia Dan Menjual Aset Tabung Haji

Kabinet Ph Sahkan Bnm Lim Guan Eng Menyelia Dan Menjual Aset Tabung Haji

papar berkaitan - pada 30/1/2019 - jumlah : 601 hits
Selepas IHH Berhad dijual kepada syarikat Jepun kini giliran LTH pula asetnya dijual BNM dibawah kuasa Lim Guan Eng Menteri Kewangan pula akan menyelia LTH dan menjual aset syarikat Bumiputera Islam itu Alasannya tampung hutang Inilah strat...
Diskaun Untuk Pengguna Lebuhraya Sempena Tahun Baru Cina

Diskaun Untuk Pengguna Lebuhraya Sempena Tahun Baru Cina

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 502 hits
Berita baik buat pengguna lebuhraya sempena Tahun Baru Cina ini Pengguna kelas 1 Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Pantai Timur 2 bakal menikmati diskaun tol sebanyak 10 peratus pada hari Selasa ini Pemberian diskaun tersebut hanya untu...
4802 Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 Tol Sg Besi 31 1 19

4802 Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2019 Tol Sg Besi 31 1 19

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 680 hits
Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran sempena Musim Perayaan Tahun baru Cina 2019 di Plaza Tol Sungai Besi Kuala Lumpur yang di sempurnakan oleh YS PKPjB Haji Nordin Bin Pauzi Pengarah JBPM Kuala Lumpur Ketua Aktivis PPIM Nadzim Jo...
Kenapa Dah Kurus Baru Lelaki Nak Suka Guru Xxl Kini Saiz S Persoal Niat Hati Beberapa Lelaki

Kenapa Dah Kurus Baru Lelaki Nak Suka Guru Xxl Kini Saiz S Persoal Niat Hati Beberapa Lelaki

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 719 hits
Kenapa dah kurus baru lelaki nak suka Guru XXL kini saiz S persoal niat hati beberapa lelaki
James Gunn Bakal Arah Filem The Suicide Squad Dengan Pelakon Baru

James Gunn Bakal Arah Filem The Suicide Squad Dengan Pelakon Baru

papar berkaitan - pada 31/1/2019 - jumlah : 385 hits
James Gunn dilaporkan bakal menduduki kerusi pengarah filem The Suicide Squad The Suicide Squad ialah sekuel kepada filem Suicide Squad yang menjadi sebahagian daripada filem DCEU Walaupun filem tersebut mendapat kutipan yang memberansangka...
Trash Taxi Tales Real Stories Of How Fast Junk Removal Changes Lives

Nuzul Quran Sejarah Hikmah Dan Amalan Yang Digalakkan

The History Of Electricity From Discovery To Modern Power

Game On Elevate Your Gameplay Across Mobile And Pc

Yb Wong Kah Woh Timbalan Menteri Pendidikan Hadir Program Jaulah Ram

Can I Hatch Out A Shark And Grow It On Practical Fishkeeping

Mi Goreng Mamak Basah Dan Pedas Guna Teknik Ini Baru Menjadi

Even If Politician Saravanan Beats A Retreat Preacher Zamri Vinoth Must Still Face The Music


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Umno Man Rubbishes Claim 14 Mps Will Pull Support For Government

Teori Nuar Musa Bayangi Ayer Kuning

13 Arrested For Rioting After Video Shows Hundreds Of Foreigners Blocking Road

Bagaimana Menulis Contain Atau Kandungan Pemasaran Yang Baik Di Media Sosial

Drama Demam Viral

Ramadan Adalah Madrasah Untuk Setahun