Alahan Pada Kulit Kerana Cecair Pencuci Baju Yang Tidak Sesuai


"Saya sudah mengubah diet dengan mengamalkan pemakanan seimbang selain beralih kepada produk mandian dan penjagaan kulit yang lebih lembut.
"Namun, masalah kegatalan kulit masih tidak hilang, bahkan ruam kemerahan akan muncul di bahagian ketiak dan pinggang setiap kali selepas menggunakan produk ini," kata Fara Razak, 30.
Fara menderita masalah kulit sejak berusia 15 tahun dan buntu dengan masalah terbabit.
Katanya, masalah kulit dialami ada kala mengganggu rutin hariannya.
"Keadaan kulit saya menjadi lebih teruk ketika cuaca panas kerana berpeluh menyebabkan badan mudah gatal dan bintik kemerahan timbul pada kulit.
"Sebagai alternatif, saya menyapu ubat bagi meredakan kegatalan. Bagaimanapun, ia hanya sementara dan rasa gatal akan berulang lagi.
"Ada kalanya saya tidak dapat mengelak daripada menggaru bahagian yang gatal hingga terluka," katanya.
Pakar Penjagaan Kulit Ko Skin Specialist, Dr Chong Wai Seng berkata, masalah dialami Fara berkemungkinan kerana alahan kepada pencuci pakaian.
Dr Chong berkata, pendedahan kepada bahan tidak sesuai dengan kulit iaitu alergen yang terdapat dalam pencuci pakaian boleh mencetuskan alahan.
"Mungkin sisa bahan alergen ini masih tertinggal pada pakaian walaupun sudah dibilas.
"Alahan terhadap bahan pencuci pakaian boleh terjadi ketika kali pertama atau pendedahan berulang kali terhadap alergen ini," katanya.
Menurutnya, antara bahan perengsa lain yang terkandung dalam produk pencuci pakaian ialah sodium lauryal sulfat (SLS), paraben, triclosan dan metilisotiazolinon.
Jelas Dr Chong, bahan itu adalah surfaktan (bahan aktif permukaan menghasilkan buih) yang biasanya ditemui dalam produk pencuci pakaian.
"Sisa bahan ini masih terperangkap dalam pakaian mungkin boleh menyebabkan ruam kepada individu mempunyai masalah kulit sensitif.
"Terutama mereka yang mempunyai sejarah dermatitis atopik (sejenis ekzema) atau lapisan permukaan kulit terjejas disebabkan kerap mencuci tangan dan tabiat mandi ketika penularan pandemik Covid-19," katanya.
Dr Chong berkata, sebagai langkah pencegahan awal, mereka perlu meneliti kandungan bahan di dalam pencuci pakaian dan beralih kepada jenis yang mesra kulit.
"Bilas pakaian hingga bersih bagi memastikan tiada bahan perengsa yang tertinggal pada pakaian," katanya.
Sementara itu pengasas Oxwhite, CK Chang berkata, produk pencuci pakaian menggunakan bahan lebih mesra kulit boleh dihasilkan, tetapi kosnya 10 kali ganda lebih tinggi berbanding produk biasa dalam pasaran.
"Secara tidak langsung, ia akan mempengaruhi harga produk berkenaan yang menjadi lebih mahal.
"SLS adalah bahan kimia berkesan menghapuskan kotoran degil seperti kesan tanah dan minyak yang melekat pada pakaian," katanya.
Menurutnya, paraben dan metilisotiazolinon adalah bahan pengawet untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma bagi memanjangkan jangka hayat produk manakala triclosan berfungsi sebagai pembasmi kuman.
"Pendedahan bahan ini secara berlebihan akan memberi kesan buruk kepada lapisan permukaan kulit.
"Dalam menghasilkan pencuci pakaian yang lebih lembut dan mesra kulit, amat penting untuk memastikan bahan alternatif digunakan, mempunyai kesan pembersihan sama bagus seperti bahan konvensional berasaskan kimia," katanya.
Kata Chang, Oxwhite mengambil inisiatif menghasilkan produk berasaskan tumbuhan yang dipercayai lebih lembut seperti 'decyl glucoside' (surfaktan semulajadi), minyak pokok teh (disinfektan semulajadi) dan Sodium Benzoate (pengawet semula jadi) sejak daripada awal penghasilan.
"Walaupun kos pengeluarannya tinggi, kami berjaya meletakkan harganya hampir sama dengan pencuci pakaian lain yang terdapat di pasaran dan menjual bahan pencuci di atas talian," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ceritapapamama.blogspot.com/2021/04/alahan-pada-kulit-kerana-cecair-pencuci.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sabun Viral Basuh Baju

Sabun Viral Basuh Baju

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 535 hits
Sabun Viral Basuh Baju hi there woha baru aku tahu ada sabun viral basuh baju kat Shopee Gila ke apa sabun ni sampaikan satu seller tu jual cecah lebih 300K Lepas tu pejam celik pejam celik saja aku tengok harga jualan seketul sabun tu tak ...
Beraya Dengan Baju Melayu Dan Kurta Bob Rock Lovelily Bersaiz Besar

Beraya Dengan Baju Melayu Dan Kurta Bob Rock Lovelily Bersaiz Besar

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 555 hits
Bulan Ramadhan dah semakin dekat tentu korang dah sibuk berkira kira fikir nak beli biskut raya agak agaknya dah ada yang mula beli bahan bahan untuk buat biskut raya Seri Wangi beli jer haaa orang kata kuih tunjuk Tu satu bablah ni ada dah...
Kuatkan Hatiku Bila Rindu Anak Anak Hanya Mampu Peluk Baju Terakhir Arwah Suami

Kuatkan Hatiku Bila Rindu Anak Anak Hanya Mampu Peluk Baju Terakhir Arwah Suami

papar berkaitan - pada 7/4/2021 - jumlah : 372 hits
Betullah orang kata rindu orang yang tiada adalah sangat sukar nak diungkapkan dengan kata kata Namun siapa kita untuk menafikan takdir Allah Walaupun berat untuk menerima hakikat ini hati tetap kena reda Seperti perkongsian seorang isteri ...
Hiburan Dah Buang Baju Seksi Zizi Kirana Enggan Derma Takut Galakkan Orang Buat Dosa

Hiburan Dah Buang Baju Seksi Zizi Kirana Enggan Derma Takut Galakkan Orang Buat Dosa

papar berkaitan - pada 6/4/2021 - jumlah : 323 hits
Penyanyi lagu Eh Zizi Kirana mendedahkan bahawa dia sudah membuang kesemua pakaian yang mendedahkan aurat dan seksi yang pernah digayakannya pada suatu ketika dahulu View this post on InstagramAdvertisementUjar Zizi lagi dia juga enggan mem...
Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan Dan Kenapa

Bilakah Masa Yang Sesuai Untuk Timbang Berat Badan Dan Kenapa

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 426 hits
Jika anda ingin tahu berat badan anda naik turun atau maintain masa yang paling sesuai untuk anda timbang berat badan adalah masa yang sama anda timbang sebelum ini Jadi untuk pantau berat anda kena konsisten Berat badan kita naik turun dal...
Nak Bersama Dalam Bulan Puasa Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

papar berkaitan - pada 16/4/2021 - jumlah : 409 hits
Biasanya bila masuk bulan ramadhan mulalah pasangan suami isteri terutamanya yang baru saja mendirikan rumahtangga mengeluh kesah Sebab apa Sebab di fikiran sudah terbayang susah dan rasa leceh nak bersama dengan pasangan masing masing sepa...
Hiburan Watak Wanita Berebut Lelaki Dah Tak Sesuai Nur Fazura Akui Memilih Watak Untuk Berlakon Kembali

Hiburan Watak Wanita Berebut Lelaki Dah Tak Sesuai Nur Fazura Akui Memilih Watak Untuk Berlakon Kembali

papar berkaitan - pada 19/4/2021 - jumlah : 313 hits
Pelakon yang kini bergelar ibu kepada seorang anak Nur Fazura Shariffudin menegaskan bahawa dia sudah tidak sesuai untuk membawakan watak wanita berebut lelaki ataupun cinta tiga segi dalam mana mana karya yang ingin dilakonkannya Ujar Fazu...
Perkhidmatan Lelaki Sado Tanpa Baju Membersihkan Rumah Dilancarkan Di Singapura

Perkhidmatan Lelaki Sado Tanpa Baju Membersihkan Rumah Dilancarkan Di Singapura

papar berkaitan - pada 11/4/2021 - jumlah : 500 hits
Platform pengubahsuaian rumah yang berpangkalan di Singapura Vehs com melancarkan Perkhidmatan Pembersihan Lelaki Sado yang pertama di Singapura Menerusi iklan yang disiarkan memaparkan aksi lelaki bertubuh sasa tidak mengenakan baju melaku...
Bukan Kebaya Atau Baju Kurung 5 Idea Outfit Hari Raya Digayakan Dengan Seluar Simple Tapi Sopan

Bukan Kebaya Atau Baju Kurung 5 Idea Outfit Hari Raya Digayakan Dengan Seluar Simple Tapi Sopan

papar berkaitan - pada 12/4/2021 - jumlah : 237 hits
Setiap tahun pasti ada kelainan baju raya kita tak kisahlah warna berbeza ke design berbeza atau pemilihan jenis pakaian pun berbeza Dari baju kurung ke baju kebaya dan macam macam lagilah Orang lelaki tak banyak sangat pilihan macam peremp...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


How To Plan A Stress Free Family Vacation

Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa