Tabika Kemas Autisme Di Setiap Negeri Mulai Tahun Hadapan Mak Ayah Luah Rasa Syukur


Mak ayah yang mempunyai anak autisme pastinya amat merasa lega dan syukur selepas kerajaan mengumumkan penubuhan Tabika KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) khas untuk anak-anak autisme ke seluruh negara bermula tahun hadapan.
Selepas kejayaan pelaksanaan projek perintis di Melaka, Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) kini merancang untuk memperluaskan penubuhan Tabika KEMAS (Taman Bimbingan Kanak-Kanak) khas untuk anak-anak autisme ini pula bagi mengurangkan kos perbelanjaan mak ayah yang terpaksa menghantar anak ke sekoah khas swasta.
Kredit Foto: Sinar Harian Berita baik ini ternyata melegakan ibu bapa yang mempunyai anak-anak autisme serta tidak mampu untuk menanggung kos pembelajaran khas di tadika swasta yang agak tinggi.
Menurut laporan Sinar Harian, Timbalan Menterinya, Datuk Rubiah Wang, program istimewa di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) ini akan dimulakan secara serentak di semua 14 negeri, dengan setiap negeri bakal memiliki satu tabika khas sebagai permulaan.
“Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan pendidikan anak-anak autisme, khususnya di kawasan luar bandar. Ramai ibu bapa selama ini terpaksa membiarkan anak-anak mereka di rumah atau menghantar ke pusat swasta yang menelan kos tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh kebanyakan keluarga luar bandar,” katanya.
Beliau menjelaskan, usaha ini menunjukkan komitmen KEMAS sebagai agen perubahan masyarakat luar bandar, memastikan tiada anak istimewa tercicir daripada akses pendidikan awal yang bersesuaian.

“Kita bermula di Melaka, dan insya-Allah tahun depan kita akan kembangkan ke seluruh negara. Ini adalah usaha bersama untuk membawa pendidikan yang inklusif dan lebih prihatin kepada semua lapisan masyarakat,” katanya ketika ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Tabika Istimewa KEMAS di Krubong, Melaka pada Selasa.
Tambah beliau, tabika khas ini akan dikendalikan oleh guru-guru berpengalaman yang telah mengikuti latihan intensif bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Latihan ini bertujuan untuk mempersiapkan mereka menguruskan anak-anak autisme dengan kaedah yang lebih inklusif, mesra dan berkesan.
Dalam pada itu, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran dan Perubahan Iklim Negeri Melaka, Datuk Rais Yasin turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri telah menyalurkan dana sebanyak RM300,000 bagi menaik taraf kemudahan di tiga tabika khas di negeri berkenaan.
Peruntukan tersebut dimanfaatkan untuk pemasangan pendingin hawa dan penyediaan pelbagai alat bantu mengajar, demi memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selesa serta menyokong perkembangan anak-anak istimewa dengan lebih holistik.

Sumber: Sinar Harian
The post Tabika KEMAS Autisme Di Setiap Negeri Mulai Tahun Hadapan, Mak Ayah Luah Rasa Syukur! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tabika-kemas-autisme-di-setiap-negeri-mulai-tahun-hadapan-mak-ayah-luah-rasa-syukur/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

Daddy Kami Masih Kuat Aktif Pada Usia 100 Tahun Marina Mahathir Luah Rasa Syukur Punya Ayah Hebat

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 194 hits
Dalam satu hantaran menyentuh hati di media sosial Datin Paduka Marina Mahathir meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad masih kekal sihat dan aktif meskipun kini telah mencecah usia 100 tahun Sebagai ana...
Dr M Luah Rasa Syukur Takut Umur Cecah 100

Dr M Luah Rasa Syukur Takut Umur Cecah 100

papar berkaitan - pada 11/7/2025 - jumlah : 123 hits
Kira kira 500 jemaah menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 100 Majlis kesyukuran dan doa selamat sempena ulang tahun kelahiran bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad turut dihadiri pemimpin...
Sejak Babah Tak Ada Hidup Akak Bosan Kongsi Video Di Tiktok Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

Sejak Babah Tak Ada Hidup Akak Bosan Kongsi Video Di Tiktok Anak Kiah Propa Luah Rasa Rindu Pada Arwah Ayah

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 132 hits
Kehilangan insan tersayang semestinya akan meninggalkan kesan kepada kita yang ditinggalkan Lebih menyedihkan apabila terpaksa berpisah dengan orang yang paling rapat dan dekat dengan kita seperti ibu ayah pasangan anak anak atau ahli kelua...
Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

Saif Dah Tak Ada Ayah Mangsa Luah Sebak Kehilangan Anak Lepas Dihantar Ke Taska

papar berkaitan - pada 18/7/2025 - jumlah : 168 hits
Berita semalam menggemparkan hati ramai ibu bapa di seluruh negara seorang bayi lelaki berusia enam bulan meninggal dunia di sebuah taska di Melaka Hancur luluh hati pasangan suami isteri itu Anak yang selama ini dibelai sejak dalam kandung...
55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

55 Murid Tahun 1 Alami Masalah Mata Ibu Ayah Wajib Tahu Tanda Tanda Awal

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 188 hits
Bayangkan anak masuk darjah satu semangat nak belajar tapi tak nampak pun apa cikgu tulis di papan putih Itu bukan sebab dia tak fokus tapi sebab dia RABUN Masalah penglihatan di kalangan murid sekolah rendah kini semakin membimbangkan Terb...
Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania

papar berkaitan - pada 4/7/2025 - jumlah : 140 hits
Abby Abadi Luah Rasa Sayu Sempena Hari Lahir Marissa Dania Mama rindu adik yang dulu Kata kata yang ringkas tetapi penuh makna itu dititipkan pelakon dan usahawan Abby Abadi sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya Marissa Dania yang...
Susahnya Anak Nak Tidur Mak Ayah Cuba Amalkan Bacakan Surah Ni

Susahnya Anak Nak Tidur Mak Ayah Cuba Amalkan Bacakan Surah Ni

papar berkaitan - pada 21/7/2025 - jumlah : 130 hits
Anak susah hendak tidur adakalanya memeningkan kepala ibu kerana banyak kerja dan urusan di rumah tidak dapat dilakukan Perkongsian seorang ibu yang membacakan petikan Surah Al Qadr dengan yakin dan niat untuk anak tidur ini mak ayah patut ...
Ini Lima Tabiat Punca Anak Susah Tidur Malam Awas Mak Ayah

Ini Lima Tabiat Punca Anak Susah Tidur Malam Awas Mak Ayah

papar berkaitan - pada 2/7/2025 - jumlah : 148 hits
Bila anak semakin membesar anak menjadi semakin susah untuk tidur Apa lagi bila adanya gajet tanpa dipantau ibu bapa buat anak jadi lebih sukar tidur Apa tip mak ayah supaya anak tidur lebih cepat Ini lima tabiat punca anak susah tidur mala...
Pahang Catat Negeri Keempat Terbaik Prestasi Pertumbuhan Kdnk Tahun 2024 Melebihi Pertumbuhan Nasional

Pahang Catat Negeri Keempat Terbaik Prestasi Pertumbuhan Kdnk Tahun 2024 Melebihi Pertumbuhan Nasional

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 129 hits
KUANTAN Pahang tersenarai antara lima negeri merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar melebihi kadar pertumbuhan Malaysia iaitu 5 1 peratus pada tahun lalu Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata ekonomi negeri...
Anwar Hopes Chief Justice Will Carry Out Duties With Wisdom Integrity

Aidex Cybercon 2025 Mentakrifkan Semula Ai Kepintaran Digital Dan Ketahanan Siber

Id Delima 2 0 Fungsi Kelebihan Cara Log Masuk

Polis Thailand Akan Serah Eda Ezrin Kepada Imigresen Malaysia Di Icqs Rantau Panjang

Resipi Gulai Kurma Ayam Terlajak Sedap Ikut Cara Ni Gerenti Jadi

Terbang Pulang Dengan Japan Airlines

Anak Saya Hilang Sekelip Mata Keluarga Tuntut Keadilan Anak Maut Dilanggar Anggota Polis

Erra Fazira Larang Anak Miliki Telefon Sebelum 16 Tahun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Upah Haji Untuk Orang Tua Yang Sakit Bila Ia Dibenarkan

Bermula Fasa Baru Tanpa Ibu Dan Babah

Kenapa Kaki Mudah Kebas Bila Duduk Bersila

Servis Cetak Beg Non Woven Murah Berkualiti Sesuai Untuk Event Bisnes

Wan Muhammad Fazri Mahu Perbaiki Catatan Di India Utusan Com My

Kes Denggi Di Bintulu Membimbangkan Suara Sarawak