Pahang Catat Negeri Keempat Terbaik Prestasi Pertumbuhan Kdnk Tahun 2024 Melebihi Pertumbuhan Nasional




KUANTAN: Pahang tersenarai antara lima negeri merekodkan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) melebihi kadar pertumbuhan Malaysia iaitu 5.1 peratus pada tahun lalu.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, ekonomi negeri terus mencatat prestasi cemerlang apabila laporan KDNK 2024 dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) meletakkan negeri ini di kedudukan keempat terbaik.
Menurutnya, laporan itu menunjukkan Pahang selama tiga tahun berturut-turut mengatasi kadar pertumbuhan nasional sejak 2022.
"Nilai KDNK negeri meningkat secara konsisten dengan RM61.7 bilion pada 2022, RM64.9 bilion pada 2023 dan RM68.7 bilion pada tahun lalu.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara kepimpinan kerajaan negeri, penjawat awam, sektor swasta dan rakyat," katanya melalui kenyataan pada Rabu.
Menurut kenyataan itu, ekonomi Pahang menyaksikan pertumbuhan mengatasi peringkat nasional 5.1 peratus dengan nilai KDNK mencecah RM68.7 bilion pada tahun lalu.
Sektor pertanian yang merupakan penyumbang kedua terbesar kepada KDNK negeri dengan 22.3 peratus, menunjukkan pemulihan kukuh dengan pertumbuhan 8.4 peratus.
Jelas DOSM lagi, prestasi itu dipacu oleh pengeluaran kelapa sawit yang melonjak daripada penyusutan 5.0 peratus pada tahun 2023 kepada 17.1 peratus pada tahun lalu.
Sementara itu, sektor pembuatan mencatatkan pertumbuhan 3.5 peratus, disokong oleh pengeluaran produk petroleum, kimia, getah dan plastik, produk minyak dan lemak serta pemprosesan makanan.
Sektor pembinaan di Pahang juga turut mengukuh 12.9 peratus, disokong pengukuhan dalam semua subsektor termasuk kejuruteraan awam, pembinaan bangunan dan aktiviti pembinaan pertukangan khas.
Dalam perkembangan berkaitan, DOSM menjelaskan, enam negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Sarawak, Pulau Pinang dan Perak merupakan penyumbang terbesar kepada ekonomi negara.
Secara kumulatif, negeri-negeri itu menyumbang 73.4 peratus kepada KDNK negara pada 2024. #SinarHarian
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/07/pahang-catat-negeri-keempat-terbaik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

Kerajaan Pahang Salurkan Bantuan Dana Berjumlah Rm26 Juta Kepada Mahasiswa Anak Negeri Ini Sejak Tahun 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 286 hits
BANGI Kerajaan negeri Pahang telah menyalurkan bantuan berjumlah RM26 juta kepada anak anak Pahang yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam sejak tahun 2022 Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata j...
Wan Rosdy Kerajaan Negeri Peruntukkan Sebanyak Rm8 Juta Inisiatif Makmur Pahang Tahun Ini

Wan Rosdy Kerajaan Negeri Peruntukkan Sebanyak Rm8 Juta Inisiatif Makmur Pahang Tahun Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 316 hits
BANGI Kerajaan Negeri Pahang memperkenalkan semula bantuan khas untuk mahasiswa dikenali sebagai Inisiatif Makmur Pahang dengan peruntukan sebanyak RM8 juta bagi tahun ini Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata inisiat
Wan Rosdy Menyampaikan Surat Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Giatmara Negeri Pahang

Wan Rosdy Menyampaikan Surat Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Giatmara Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 224 hits
BENTONG Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyampaikan Surat Lantikan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat GiatMARA Negeri Pahang kepada 16 individu penerima semasa menghadiri Sesi Libat Urus Pengerusi MARA bersama Komuniti G...
Airasia Luncurkan Pesawat Emas Rayakan Gelar Maskapai Hemat Terbaik Dunia Selama 16 Tahun Berturut Turut

Airasia Luncurkan Pesawat Emas Rayakan Gelar Maskapai Hemat Terbaik Dunia Selama 16 Tahun Berturut Turut

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 261 hits
BloggerBorneo com Maskapai penerbangan AirAsia resmi meluncurkan desain pesawat berwarna emas sebagai bentuk apresiasi atas pencapaian gemilang mereka meraih gelar Maskapai Berbiaya Hemat Terbaik Dunia versi Skytrax World Airline Awards 202...
Pas Pahang Gesa Kerajaan Negeri Telus Selesai Masalah Bekalan Air Usah Tuding Jari Ke Arah Negeri Lain

Pas Pahang Gesa Kerajaan Negeri Telus Selesai Masalah Bekalan Air Usah Tuding Jari Ke Arah Negeri Lain

papar berkaitan - pada 3/7/2025 - jumlah : 926 hits
KUANTAN Ketua Penerangan PAS Pahang Ustaz Aireroshairi Roslan menempelak reaksi sesetengah pihak yang cuba mengalihkan perhatian apabila isu bekalan air di Pahang dibangkitkan oleh pihak yang bersekutu dengan kerajaan negeri Beliau berkata ...
Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

Kerajaan Pahang Meluluskan Peruntukan Sebanyak Rm500 000 Baik Pulih Rumah Tok Batin Di Seluruh Negeri Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 399 hits
KUANTAN Kerajaan Pahang meluluskan peruntukan sebanyak RM500 000 bagi membaik pulih rumah ketua masyarakat orang asli atau tok batin yang uzur di seluruh negeri itu Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata keputusan itu ...
Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

Menteri Besar Pahang Sahkan Tragedi Remaja 15 Tahun Maut Bukan Serangan Buaya

papar berkaitan - pada 10/7/2025 - jumlah : 231 hits
Semalam kecoh dimedia sosial mengenai seorang remaja lelaki yang dipercayai mangsa buaya rupanya adalah tidak benar Ini disahkan Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail selepas menziarahi keluarga remaja itu di Jabatan Forensik Hospit...
Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

Pemuda Umno Pahang Gesa Rakyat Negeri Ini Tak Terpedaya Dengan Mainan Persepsi Wakil Rakyat Pas

papar berkaitan - pada 5/7/2025 - jumlah : 931 hits
KUANTAN nbsp Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang Mohd Kamil Ibrahim menasihati rakyat negeri itu agar tidak mudah terpengaruh dengan mainan persepsi yang sering dibawa oleh Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri daripada PAS Menurut belia...
Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

Untuk Arwah Ibu Bapa Maulana Juhari Terima Anugerah Sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 385 hits
KUANTAN Pengorbanan ibu bapa menjadi kunci kejayaan Mudir Madrasah Darul Uloom Al Islamiah Sungai Salan Maulana Juhari Muhammad Ali yang menerima Anugerah Perkhidmatan Agama sempena Sambutan Maal Hijrah Peringkat Negeri Pahang 1447 Hijrah 2...
Alat Pengehad Kelajuan Mula Berkuat Kuasa 1 Oktober 2025 Loke

Ketua Bersatu Pahang Dikatakan Mahu Sertai Pas

Sarang Warga Asing Kampung Madura Diserbu Pati Beranak Pinak Dicekup

Kontroversi Hutang Intan Najuwa Giliran Rizman Ruzaini Pula Bersuara Saya Tak Tahu Menahu Pasal Tu

Pekasam Puyu

Visit Malaysia 2026 To Make Malaysia A Destination The World Remembers Says Tourism Minister

Are Detractors Claiming 300 Litre Mth Budi95 Ain T Enough Going On Trans Continental Expeditions

Pahang Bersatu Chief Denies Plans To Join Pas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sepasang Telekung Siti Khadijah

Sedapnya Paru Goreng Kunyit

Apakah Hukum Membaca Surah Al Sajdah Dalam Solat Subuh Setiap Jumaat

Xiaomi 17 17 Pro 17 Pro Max Dilancarkan Secara Rasmi

Cara Mohonan Mykasih 2025 Syarat Kelayakan Kadar Bantuan

Cekodok Pisang Rangup Di Luar Dan Tanda Kematian