T21j10 Tiga Calon Pengurus Baharu Newcastle United
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Tiba-tiba sahaja media ambil peduli mengenai siapa pengurus Newcastle United. Sebelum ini ketika para penyokong Newcastle United meroyan menolak Steve Bruce, tiada siapa yang peduli. Namun setelah Newcastle United diambilalih oleh PIF dari Arab Saudi, ramai mula mengaitkan nama-nama jurulatih yang "bagus" untuk mengurus Newcastle.
Layan sahajalah berita di bawah.
LONDON – Pasukan terkaya Liga Perdana Inggeris (EPL), Newcastle United sudah mula merancang bagi merombak barisan kejurulatihan dengan mengambil keputusan untuk memecat pengurus semasa, Steve Bruce dalam masa terdekat.
Sebagai rekod, nasib pengendali berusia 60 tahun itu telah menjadi tanda tanya apabila Newcastle sah menjadi kelab terkaya dunia selepas diambil alih secara rasmi oleh konsortium yang diketuai Dana Pelaburan Awam (PIF) Arab Saudi dengan nilai £300 juta (RM1.70 bilion).
Difahamkan, skuad The Magpies sudah ada senarai pendek calon pengurus yang diinginkan antaranya adalah bekas pengendali AS Roma, Paulo Fonseca, Antonio Conte (bekas pengendali Chelsea) dan Roberto Mancini (pengendali Itali).
Gambar jurulatih pasukan bola sepak Itali, ROBERTO MANCINI merupakan salah seorang yang dicanangkan bakal menggantikan Steve Bruce di Newcastle United. Mancini memiliki rekod yang baik ketika mengemudi Manchester City pada fasa peralihan sebelum ini dan membawa pasukan itu menjulang gelaran. - AFPFonseca ketika ini masih belum memiliki sebarang jawatan selepas dipecat daripada Roma pada penghujung musim lalu ekoran prestasi hambar dan digantikan dengan pengendali berpengaruh Portugal, Jose Mourinho.
Pengendali berusia 48 tahun sebelum ini hampir menjadi pengurus kelab EPL, Tottenham Hotspur selepas bersetuju untuk menandatangani kontrak dua tahun sebelum kelab itu membuat pusingan ‘U’ dengan melantik Nuno Espirito Santo.
Sementara itu, Conte juga masih tidak ‘bekerja’ selepas meletakkan jawatan sebagai pengendali Inter Milan dan hanya berminat untuk menjadi pengendali pasukan yang memiliki projek jangka panjang serta kukuh dengan dana kewangan yang besar.
Namun, bekas pemain Newcastle, Trevor Sinclair mengakui individu yang paling tepat untuk dilantik menjadi pengendali baharu kelab itu adalah Mancini kerana pengalaman yang ada padanya membantu Manchester City menjulang trofi EPL ketika kelab itu baru sahaja dibeli hartawan Asia Barat.
“Mancini adalah calon paling ideal untuk mengendalikan Newcastle meskipun sukar untuknya berhijrah kerana cukup selesa mengendalikan skuad Itali yang memenangani kejohanan Euro 2020 baru-baru ini,” katanya. –AGENSI
Oleh KOSMO! di https://www.kosmo.com.my/2021/10/10/tiga-calon-pengurus-baharu-newcastle/ 10 Oktober 2021, 12:00 pm 20211010~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2021/10/t21j10-tiga-calon-pengurus-baharu.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29