5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu


5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu | Assalamualaikum semua... Amboi, tengah packing barang ke tu?? Sejak rentas negeri dibenarkan ramai yang dah mula keluar untuk bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan. Ye la, dah lama sangat duduk di rumah kan. So, ini lah masanya untuk merehatkan minda sambil menikmati keindahan alam. Ye, sis paham ramai yang dah kebosanan asyik terperap kat rumah malah ada yang dah sampai tahap depresi. Sis sendiri pun dah 2 tahun tak pergi bercuti. Last sis bercuti ke Hatyai pada awal tahun 2020. Jadi inilah masanya untuk pergi travel.. yayyyy.


Namun sejak pendamik Covid-19 melanda, dah tentu kehidupan kita tak seperti dulu. Kini kita perlu membiasakan diri dengan amalan norma baharu dan banyak perkara perlu dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita seperti sentiasa memakai pelitup separuh muka (face mask) bila keluar rumah, penjarakan fizikal sekurang-kurangnya 1 meter, sentiasa amalkan kebersihan diri seperti sentiasa basuh tangan dan menggunakan hand sanitizer. Selain dari itu, kita juga perlu mengambil vaksin serta sentiasa mengimbas MySejahtera di mana-mana lokasi. Aish, kalau sis nak senaraikan banyak lagi sebenarnya 'Standard Operating Procedure (SOP)' atau dalam Bahasa Melayu nya adalah Garis Panduan & Operasi Standard yang perlu kita patuhi sejak wabak Covid-19 menular di seluruh dunia.

Okay, berbalik kepada topik travel, sis pasti ramai yang dah mula mengemas bagasi (luggage) masing-masing. Namun memandangkan kita akan travel dalam norma baharu maka ada beberapa barangan tambahan yang perlu dibawa ketika travel. Macam sis sendiri secara personally tak pernah bawa barangan ni kalau pergi travel sebelum ni. Tapi sekarang memang sis akan pastikan kelima-lima barangan ni ada dalam bagasi. Barulah rasa lega nak pergi travel. Nah sis kongsikan apakah barangan tersebut :
5 Barang Yang Perlu Dibawa Ketika Travel Dalam Norma Baharu
1) Pelitup Separuh Muka (Face Mask)
Kalau dulu pakai pelitup separuh muka (face mask) ni time jerebu teruk je. Tapi sekarang bila melangkah keluar je dari rumah memang kena pakai face mask. Ini adalah kerana virus Covid-19 boleh merebak melalui udara. Jadi pemakaian pelitup separuh muka diwajibkan sebagai langkah pencegahan dari jangkitan virus Covid-19


Di pasaran ada macam-macam jenis face mask. Ada yang jenis 3 ply, 4 ply, fabrik dan tak kurang juga jenis yang mahal. Macam sis pakai jenis biasa yang 3 ply je tapi sejak varian Delta menular sis akan pakai 2 lapis yang 3 ply punya untuk lebih selamat. Kebetulan sis beli stok banyak so habiskan dulu la mana yang ada kan. Tapi seeloknya guna yang 4 ply. Kalau pakai sekali dengan Face Shield lagi bagus. Memandangkan bila travel ni kita akan kerap keluar, sila bawa face mask extra ye sebab kita kena tukar selalu. Ingat, jangan repeat pakai tau... no no no..

2) Hand Sanitizer Dan Tisu Basah (Wet Tissue)
Semenjak Covid-19 melanda, kebersihan diri amat perlu dititikberatkan. Setiap kali balik ke rumah perlu mandi manakala tangan pula perlu kerap dibasuh dengan sabun. Tapi kalau tengah travel, susah pula nak cuci tangan selalu kan. Jadi sebagai alternatif, penggunaan Hand Sanitizer sangat diperlukan. Tak perlu yang saiz besar, cukup botol kecil. Tak kisah jenama apa pun tapi sis prefer yang jenis spray sebab senang nak sembur pada tangan dan juga permukaan yang akan kita sentuh seperti tombol pintu, meja dan lain-lain


Biasanya kalau ke mana-mana sis mesti bawa tisu tapi sejak Covid-19 melanda sis lebih prefer bawa tisu basah. Bukan apa, lebih mudah untuk wipe permukaan yang akan sis sentuh. Ye la, virus covid-19 ni kita tak nampak dan kita juga tak tahu siapa yang pernah sentuh tempat yang sama kan. Jadi sebagai langkah keselamatan, sis akan sembur dengan sanitizer dan lap dengan tisu basah


3) Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test Covid-19 Test Kit)
Ok, yang ni keperluan yang baru sahaja disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Kalau sebelum ni kena buat swab test untuk mengetahui sama ada kita telah dijangkiti Covid-19. Uish, seram tau kena jolok hidung tapi sekarang di pasaran sudah ada Kit Ujian Kendiri COVID-19 (Self-Test Covid-19 Test Kit). Yang sis bawa ni jenis ujian menggunakan air liur so tak perlu jolok hidung. 😅

Sebelum travel ke mana-mana kita perlu membuat ujian kendiri Covid-19 untuk memastikan kita tidak dijangkiti virus Covid-19 dan supaya kita juga bukan pembawa virus. Bukan tu je, adalah perlu untuk membawa Kit Ujian Kendiri COVID-19 semasa travel sebab senang nak check kalau-kalau masa travel ada simptom-simptom seperti demam atau hilang deria bau. Jika ada simptom, cepat-cepat buat test tau

4) Pulse Oximeter dan Termometer
Kalau sebelum ni bila travel selalunya sis akan bawa ubat-ubatan asas untuk demam, cirit-birit, batuk dan selsema tapi sekarang ada 2 keperluan kesihatan yang sis turut bawa iaitu Termometer dan Pulse Oximeter. Sejak Covid-19 melanda, setiap hari sis akan check suhu badan dan juga paras oksigen. Jadi bila travel takkan taknak check kan. So, 2 barang ni perlu juga dibawa bersama. Mudah untuk pantau kesihatan diri setiap hari


5) Produk Untuk Kesihatan Dan Kecergasan Badan
Sepanjang musim pendamik melanda ni memang sis risau sangat kalau jatuh sakit. Jadi bagi membantu memastikan kesihatan badan sis mengamalkan pengambilan produk kesihatan. Dalam banyak-banyak produk di pasaran, sis memilih AFYAA Hayyiba kerana terpikat dengan kandungan bahannya serta banyak testimoni yang berpuas hati dengan produk ini


Apa yang menarik mengenai AFYAA Hayyiba adalah ia hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi terdiri daripada tumbuh-tumbuhan dan bahan makanan sunnah. Bukan tu je, bahan ramuan yang digunakan adalah halal serta dijamin bersih dan berkualiti. Perkara ini diakui oleh Prof Dr Abdul Malik Musharat selaku Gov. Liason Halal Consultant AFYAA.

Macam yang sis cakap kat atas, sis jatuh hati dengan AFYAA Hayyiba kerana kandungan bahan utama nya iaitu ramuan eksklusif Thymocid®️ Ekstrak Habbatus Sauda dari Amerika Syarikat dan Polypeptide-k (PPk™️) Ekstrak Biji Peria buatan Malaysia. Semua orang mesti tahu kan Habbatus Sauda ni sangat bagus untuk kesihatan badan dan membantu dengan bertindak sebagai pengantioksida dan anti-radang. Manakala peria pula sangat bagus untuk membantu mengurangkan paras gula dalam darah. Selain itu ada juga bahan kandungan lain seperti Ekstrak Gymnema Sylvestre, Ekstrak Kayu Manis, Ekstrak Mengkudu, Ekstrak Misai Kucing, B-Kompleks dan Kromium


Sejak amalkan AFYAA Hayyiba ni memang sis rasa lebih bertenaga dan cergas. Biasanya kalau dah lama terperuk kat rumah ni rasa badan lemau je kan. Tapi sekarang ni dah nampak perubahan, kurang mengantuk dan badan rasa segar je. Nampak bantal pun dah tak hirau dah. So, memang sis takkan miss untuk consume setiap hari. Saiznya di dalam pek kecil mudah untuk dibawa ke mana-mana. Nak consume pun tak susah. Hanya koyakkan sachet dan minum terus. 1 sachet untuk 1 hari. Lagipun time travel kan kita memerlukan energi yang tinggi serta kesihatan yang optimum tambah-tambah pula time pendamik ni kan. Maka AFYAA Hayyiba memang sangat-sangat membantu kerana ia dapat meningkatkan stamina dan juga imuniti dalam badan. Baru la seronok nak travel dan menikmati keindahan alam.
Jatuh Cinta Dengan Produk AFYAA
Oppsss terpromote lebih pulak pasal AFYAA ye. Tapi demi pembaca kesayangan sis, ni kira bonus la untuk korang sebab sudi baca entri sis kali ni. Yeahhh "Sharing is Caring" gichuuu. By the Way, korang pernah dengar AFYAA? Bagi yang belum pernah dengar, AFYAA merupakan sebuah syarikat yang menghasilkan produk bagi menanamkan nilai hidup dengan sihat. AFYAA juga turut memberi pengguna kaedah terbaik untuk mengekalkan kesihatan, melalui penggunaan ramuan sunnah yang sangat digalakkan dalam Islam. Ha, tahu tak siapa founder AFYAA? Masih ingat dengan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas? Ya, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor merupakan founder AFYAA. Beliau juga merupakan seorang doktor bedah ortopedik.

Mesti korang hairan kenapa sis cerita pasal AFYAA kan. Sebenarnya sis dah jatuh cinta dengan AFYAA sejak consume AFYAA Ryndu. Kalau korang nak tau inilah rahsia sis untuk kelihatan lebih anggun walaupun hakikatnya tahun ni sis dah masuk usia 40 tahun. Sama seperti tagline AFYAA Ryndu 'Rahsia Yang Nyata Dan Unggul'. Pssttt... Now untuk pembaca setia sis, ini bukan rahsia lagi tau. hihi

Ok, nak share sikit pasal AFYAA Ryndu ni. Ia diperkaya dengan ramuan premium seperti Red Orange Complex, Ekstrak Yis Torula, Ekstrak Biji Anggur, Superoxide Dismutase, Vitamin C dan Zink Sitrat. Apa yang bagusnya AFYAA Ryndu ni dapat membantu melindungi kulit sis dari sinaran UV, mengekalkan keanjalan kulit serta menjadikan kulit lebih cerah dan berseri-seri. So, kalau nak travel ni of course sis akan bawa AFYAA Ryndu sekali. Takde la risau nak tadah muka bawah terik matahari. hehe

Jadi ni la sharing sis untuk kali ni. So, kalau korang dah merancang nak travel tu boleh la sediakan semua barang-barang keperluan ni ye. Happy tu happy juga tapi jangan lupa, virus Covid-19 pun happy juga nak menyambut kita. Sama-sama lah kita berganding bahu menjaga kesihatan diri dan juga memutuskan rantaian jangkitan Covid-19. Akhir sekali, jaga diri jaga SOP.. adioss..

Jika ada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AFYAA, boleh rujuk di sini :Facebook : https://web.facebook.com/afyaaofficial/Instagram : https://www.instagram.com/afyaaofficial/Website : https://afyaa.com/



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.dikbee.com/2021/10/5-barang-dibawa-travel-norma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sejadah Kompas Yang Nipis Ringan Mudah Untuk Dibawa Travel

Sejadah Kompas Yang Nipis Ringan Mudah Untuk Dibawa Travel

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 362 hits
Salah satu aksesori perjalanan terpenting yang dapat dimiliki oleh seorang Muslim adalah tikar solat ataupun sejadah yang nipis dah mudah dibawa kemana mana Memiliki tikar sembahyang seperti ini menjadikan kehidupan seorang traveller menjad...
Warga Emas Nekad Keluar Wad Selamatkan Barang Berharga Ketika Banjir

Warga Emas Nekad Keluar Wad Selamatkan Barang Berharga Ketika Banjir

papar berkaitan - pada 22/10/2021 - jumlah : 290 hits
Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali melawat mangsa banjir untuk menyampaikan sumbangan makanan dan barangan keperluan asas ALOR GAJAH Seorang warga emas yang sedang menjalani rawatan di Hospital Melaka di sini nekad keluar dari wad sebaik ...
Norma Baharu Cegah Covid 19 Di Sekolah

Norma Baharu Cegah Covid 19 Di Sekolah

papar berkaitan - pada 23/10/2021 - jumlah : 239 hits
AGENDA DAILY Kanak kanak juga perlu menjalani ujian saringan Covid 19 Gambar hiasan Hanya negeri fasa 4 boleh jalani sesi persekolahan bersemuka Kementerian Pendidikan Malaysia sedaya upaya memastikan semua murid sekolah menengah dan sekola...
Taman Saujana Hijau Putrajaya Travel Cuti Cuti Malaysia

Taman Saujana Hijau Putrajaya Travel Cuti Cuti Malaysia

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 365 hits
Setelah sekian lama terkurung pasti ramai antara kita nak hidup udara segar dengan pemandangan tenang di luar sana Apa kata kali ini kami perkenalkan Taman Saujana Hijau Putrajaya lokasi viral terbaru untuk projek Travel Cuti Cuti Malaysia ...
Interstate Travel Permission To Be Enforced Simultaneously Pm

Interstate Travel Permission To Be Enforced Simultaneously Pm

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 329 hits
The permission on interstate travel will be enforced simultaneously nationwide said Prime Minister Ismail Sabri Yaakob He said the permission would be enforced when the vaccination rate of the adult population had reached 90 percent and wou...
Travel Bubble Langkawi Sop Step By Step Check In Di Klia2 Dengan Test Kit

Travel Bubble Langkawi Sop Step By Step Check In Di Klia2 Dengan Test Kit

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 442 hits
Assalamualaikum dan hi semua Lama betul tak bersiaran Yela sebab tak bercuti gi mana sgt pon kan sejak musim Covid ni Ok first of all korang kena baca dulu la SOP di laman rasmi MOTAC Klik sini untuk baca lebih lanjut After korg dah tahu se...
Just 0 6pct Left To Vaccination Target Interstate Travel

Just 0 6pct Left To Vaccination Target Interstate Travel

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 413 hits
A total of 20 927 867 individuals or 89 4 percent of the adult population in the country have completed their Covid 19 vaccination as of yesterday just 0 6 percentage points short of the targeted 90 percent Based on the Health Ministry data...
Pm Ismail Sabri Says 10 000 Members In Squad Keluarga Malaysia To Travel Country And Help Those In Need

Pm Ismail Sabri Says 10 000 Members In Squad Keluarga Malaysia To Travel Country And Help Those In Need

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 408 hits
Prime Minister Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob officiates the soft launch of Keluarga Malaysia at Auditorium Angkasapuri in Kuala Lumpur October 8 2021 Picture by Shafwan ZaidonKUALA LUMPUR Oct 8 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob has reiterated...
Pm To Hold Presser Possibly Related To Interstate Travel

Pm To Hold Presser Possibly Related To Interstate Travel

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 229 hits
Prime Minister Ismail Sabri Yaakob is expected to hold a special press conference at 3pm today It will be broadcast live on Facebook Astro channel 502 myFreeview channel 121 and on Unifi TV The premier is likely to make an announcement on m...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization

W69 Slot

Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi