T21i06 Cara Pilih Raket Badminton


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua, Tedi harapkan anda sihat-sihat sahaja.
Sudah lama tidak bermain badminton sejak rakyat Malaysia disekat pergerakan mereka dalam usaha membendung penularan Covid-19 melalui beberapa versi Perintah Kawalan Pergerakan.
Tetapi hari ini Tedi akan menjawab satu pertanyaan pembaca iaitu apakah cara pilih raket badminton?
Kalian boleh juga baca kiriman sebelum ini iaitu Review Raket Pernah Saya Guna, dan [T15K03] Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya.
Tedi faham untuk memilih satu raket badminton yang sesuai terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan badminton ini agak memeningkan kepala. Pening kepala sama ada tengok harga raket tu sendiri sama ada berbaloi untuk dibeli atau apabila murah kenapa murah?
Nak cuba raket di kedai itu satu masalah pula terutama yang berantai. Lagipun setakat hayun-hayun kosong di kedai itu mana nak tahu bagaimana rasa sebenar semasa menggunakan raket tersebut?
Jadi Tedi kongsikan pengalaman kami memilih raket badminton yang mungkin anda boleh cuba:
Pilih Gaya Permainan AndaCari Kedai Badminton yang boleh dipercayaiJenama terkenal tidak semestinya terbaikPinjam raket kawan yang banyak raketBeli raket terpakaiSaiz hulu raket 
Pilih Gaya Permainan AndaRaket badminton selalunya direka untuk 3 jenis gaya permainan iaitu menyerang, bertahan, dan seimbang.
Gaya menyerangJika anda acah-acah hebat nak selalu main menyerang, nak smash kencang, dan perasan bahawa pergelangan tangan anda kuat, selalunya raket yang dipilih mempunyai ciri-ciri berikut:
Berat raket: 2U (90-94g) atau 3U (85-89g)Titik keseimbangan: 285-300; lebih berat ke arah kepala raket dengan tujuan membantu ketika smash.Kefleksibelan: Extra stiff (lebih keras) atau stiff (keras)Ketegangan tali: selalunya ditulis dalam unit lbs, lebih tinggi bermakna raket itu mampu dipasang tali lebih  tegang.Selain itu pilihan raket taktikal menyerang ini selalunya cenderung kepada permainan badminton perseorangan.
Gaya bertahan atau mengawalJika anda rasa anda malas nak smash kencang dan mempunyai kepantasan dalam pergerakan atau tindakbalas, mungkin anda mahu bermain secara bertahan. Mungkin anda hanya mahu bermain secara rally atau hantar bulu tangkis ke sana ke sini. Atau mungkin juga anda rasa tangan anda tidak kuat tapi stamina tinggi berbanding pihak lawan.
Berikut ialah cara pilih raket bertahan:
Berat raket: 3U (85-89g) atau 4U (80-84g)Titik keseimbangan: 270-285; kepala raket ringan.Kefleksibelan: medium atau fleksibel.Ketegangan tali: tak perlu tegang sangat, kerana tali terlalu tegang menyukarkan bulu tangkis melantun. Tali tegang memerlukan pergelangan tangan yang kuat untuk menghantar bulu tangkis.Pemilihan raket untuk permainan beregu juga cenderung berdasarkan kepada ciri-ciri untuk raket permainan secara bertahan. Secara umumnyalah. Tetap akan bergantung kepada gaya permainan dan kemahiran masing-masing.
 
Gaya permainan seimbangMenyerang pun tak mahu, bertahan pun tak mahu, baik tak payah main badminton, hihihi. Maaf, Tedi gurau sahaja.
Pada pendapat Tedi ini adalah pilihan yang paling selamat terutamanya kepada kita yang baru nak cuba berjinak-jinak main badminton. Harga raket pun lebih RM 100 ya tak?
Selepas guna raket seimbang ni barulah kita tahu apa yang kurang. Boleh beli raket lain pula, macam itulah lebih kurang.
Tambahan pula pada pendapat Tedi, bermain secara bertahan atau menyerang adalah untuk mereka yang sudah hebat.
Cara pilih raket badminton untuk permainan seimbang ialah:
Berat raket: 3U (85-89g) atau 4U (80-84g)Titik keseimbangan: 275-285; kepala raket neutral.Kefleksibelan: medium flex. 
Cari Kedai Badminton yang boleh dipercayaiBiasalah kalau penjual ni nak menjual barang pasti dia akan jual apa yang menguntungkan dia.
Tetapi ada juga kedai terutamanya kedai barangan sukan yang dibuka pemiliknya kerana minat yang mendalam dan ilmunya mengenai sukan tersebut.
Jadi jika anda menemukan kedai sebegini, selalunya kedai sukan kecil sahaja bukan syarikat besar, anda boleh bertanya apakah raket yang sesuai untuk anda.
Insha-Allah dia akan berkongsi dengan anda apakah raket terbaik yang sesuai dengan diri anda.
 
Jenama terkenal tidak semestinya terbaikKita mestilah pentingkan jenama dan di Malaysia ni selalunya yang terkenal adalah jenama Yonex dan Li-Ning.
Tedi tak katakan bahawa kedua-dua jenama ini tidak baik, tapi mungkin bukan terbaik pada bajet anda. Mungkin anda boleh dapatkan raket yang sama spesifikasi pada harga yang lebih murah, kerana biasalah jenama terkenal tentulah lebih mahal.
Jadi jangan terhadkan pilihan anda, banyak lagi jenama seperti Apacs, Fleet, Victor dan sebagainya.
Berkenaan jenama ni tentulah anda kena lakukan penyelidikan bandingkan spesifikasi raket dan jika nak lebih mudah, Cari Kedai Badminton yang boleh dipercayai dan minta pandangan mereka.
Nanti selepas anda ada jenama pilihan hati, anda akan pening pula melihat koleksi raket yang mereka ada tetapi selalunya telah dikategorikan kepada offensive, defensive, dan all-round.
Selalunya setiap kategori itu ada nama model tersendiri. Itu belum lagi raket yang mereka keluarkan khas mengikut kegunaan duta mereka. Contohnya ada siri Lee Chong Wei atau Lin Dan dan lain-lain. Tentunya ini adalah sebagai tarikan untuk para peminat.
Tapi janganlah terpedaya, raket siri Lee Chong Wei itu tidak semestinya sama seperti apa yang Lee Chong Wei guna.
 
Pinjam raket kawan yang banyak raketSelain itu anda boleh sahaja pinjam raket sesiapa yang ada raket lebih. Di situ anda boleh merasai raket mana yang lebih sesuai dengan anda. Untung-untung kawan anda tu berminat nak jual raket dia kerana selalunya orang banyak raket ni ada impian nak beli raket lain yang lebih hebat.
 
Beli raket terpakaiTapi nak Pinjam raket kawan yang banyak raket ni satu masalah juga kan takut kita jahanamkan maklum sahaja orang baru main badminton mesti main permainan beregu dan masa itulah mesti ada kejadian berlaga raket.
Jadi anda boleh sahaja cari kedai yang menjual raket terpakai. Cabarannya ialah sudah tentulah susah nak menemui raket yang bertuah buat kita.
 
Saiz hulu raketSelalunya pada raket dia akan tulis berat dan saiz pemegang contohnya 3U G4. Huruf G diikuti nombor itu adalah saiz pemegang atau grip (genggaman).
Saiz pemegang adalah seperti berikut:
Yonex: G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″)Victor:  G1 / G6 = 7.9 cm.G2 / G5 = 8.1 cm.G3 / G4 = 8.5 cm.Saiz sama tapi kod berbeza sebab Victor tukar kod untuk memudahkan pembeli. Erm, macam tambah mengelirukan adalah.Berkenaan pemegang Tedi tak kisah sangat kerana Tedi akan balut pemegang itu dengan pelilit jenis tuala (towel). Alah pelilit yang jenis kain berbulu tu. Selalunya orang lain gunakan pelilit yang macam plastik tu tapi Tedi tak suka. Selain itu Tedi meniru Taufik Hidayat yang menggunakan pelilit jenis tuala.
Tedi suka balut tebal kerana Tedi berasakan ia membuatkan raket berasa ringan dan memberikan kuasa kepada hayunan raket.
Tetapi secara teorinya orang sukakan genggaman yang memudahkan mereka menukar pegangan raket daripada bertahan kepada menyerang dan sebaliknya. sportsuncle kata bahawa grip nipis untuk permainan bertahan atau mengawal, manakala grip tebal untuk permainan menyerang.
Permainan bertahan tak perlukan genggaman erat berbanding permainan menyerang.
Tedi bukanlah pakar bab-bab tukar pegangan raket ini, Tedi main hayun saja, hihihi.
 
Selain pengalaman peribadi Tedi juga telah merujuk kepada beberapa sumber untuk menjadikan karangan ini bersandarkan kepada fakta dan bukannya omongan kosong semata-mata.
Rujukan: Tips Memilih Raket Badminton (rahmadbah.com), Victor Racquets - Racket Info – Yumo Pro Shop - Racquet Sports online store, How to choose the best grip for your racket? (sportsuncle.com)
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2021/09/t21i06-cara-pilih-raket-badminton.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Interpretzz+%28interpretZZ%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Butuh Pilih Cincin Berlian Untuk Melamar Pasangan Gini Cara Memilih Karat Pada Berlian

Butuh Pilih Cincin Berlian Untuk Melamar Pasangan Gini Cara Memilih Karat Pada Berlian

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 188 hits
Memilih cincin berlian jangan asal asalan Kamu perlu panduan ukuran karatnya Gimana ya caranya
Cara Daftar Guna Jomsettle

Cara Daftar Guna Jomsettle

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 303 hits
CARA DAFTAR GUNA JOMSETTLE Pada masa kini penggunaan pembayaran secara online amat menggalakan Anda boleh membayar sesiapa sahaja secara atas talian dengan kad kredit anda dan memperluaskan senarai rangkaian yang boleh dibayar menggunakan k...
10 Cara Agar Tegar Menghadapi Cobaan Yang Berat

10 Cara Agar Tegar Menghadapi Cobaan Yang Berat

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 199 hits
Tak mudah untuk tegar menghadapi cobaan yang berat Hari hari Anda bak mimpi buruk dan semua rasa sesal datang menyiksa batin Beberapa orang sampai mengalami gangguan mental karena tak sanggup menghadapi musibah yang dialaminya Namun mau tak...
Cara Melindungi Keluarga Yang Tidak Bisa Mendapat Vaksinasi Dari Virus

Cara Melindungi Keluarga Yang Tidak Bisa Mendapat Vaksinasi Dari Virus

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 172 hits
Hal yang perlu dilakukan jika ada keluarga yang tidak bisa mendapatkan vaksin
Respi Kuih Cara

Respi Kuih Cara

papar berkaitan - pada 29/8/2021 - jumlah : 170 hits
Kuih CaraDitulis oleh Che NomResepi kuih cara antara kuih tradisional melayu yang paling digemari terutama di bulan ramadan Jika menggunakan daun pandan asli aromanya sangat harum dan menyelerakan Bahan bahan 45 minutes2 cawan tepung gandum...
Cara Mudah Cancel Subscription Disney Hotstar Malaysia

Cara Mudah Cancel Subscription Disney Hotstar Malaysia

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 343 hits
Nampaknya anda berniat untuk cancel subscription atau membatalkan langganan Disney Hotstar Malaysia selepas 3 bulan merasai pengalaman menonton filem dan siri Marvel ye Boleh ikut langkah seperti dibawah Jika anda merupakan antara individu ...
Cara Buat Sos Cili Sendiri

Cara Buat Sos Cili Sendiri

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 375 hits
BAHAN BAHAN Disertakan formula kadar sukatan dalam penghasilan sos cili gramCili kering 1 67 16 70 Pes Tomato 2 50 25 00CH20 3 84 38 40Garam 2 56 25 60Gula 25 04 250 40Asid Asetik 0 62 6 20Bawang Putih 0 28 2 80Sodium Benzoate 0 06 0 60 Air...
Kalah Spiderman Lebih 3 Juta Views Netizen Kagum Lihat Cara Labah Labah Ini Buat Sarang Sepantas Kilat

Kalah Spiderman Lebih 3 Juta Views Netizen Kagum Lihat Cara Labah Labah Ini Buat Sarang Sepantas Kilat

papar berkaitan - pada 30/8/2021 - jumlah : 281 hits
Dah menjadi kebiasaan kalau mana mana kawasan kat rumah yang ada sarang labah labah pasti kita akan membersihkannya sebab tak mahu berhabuk dan serangga lain melekat di sarang tersebut Tapi pernah tak kita terfikir effort seekor labah labah...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian