T21i06 Cara Pilih Raket Badminton


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua, Tedi harapkan anda sihat-sihat sahaja.
Sudah lama tidak bermain badminton sejak rakyat Malaysia disekat pergerakan mereka dalam usaha membendung penularan Covid-19 melalui beberapa versi Perintah Kawalan Pergerakan.
Tetapi hari ini Tedi akan menjawab satu pertanyaan pembaca iaitu apakah cara pilih raket badminton?
Kalian boleh juga baca kiriman sebelum ini iaitu Review Raket Pernah Saya Guna, dan Cari raket Voltric di Sports Direct Subang Jaya.
Tedi faham untuk memilih satu raket badminton yang sesuai terutama kepada mereka yang mahu berjinak-jinak dengan sukan badminton ini agak memeningkan kepala. Pening kepala sama ada tengok harga raket tu sendiri sama ada berbaloi untuk dibeli atau apabila murah kenapa murah?
Nak cuba raket di kedai itu satu masalah pula terutama yang berantai. Lagipun setakat hayun-hayun kosong di kedai itu mana nak tahu bagaimana rasa sebenar semasa menggunakan raket tersebut?
Jadi Tedi kongsikan pengalaman kami memilih raket badminton yang mungkin anda boleh cuba:
Pilih Gaya Permainan AndaCari Kedai Badminton yang boleh dipercayaiJenama terkenal tidak semestinya terbaikPinjam raket kawan yang banyak raketBeli raket terpakaiSaiz hulu raketRaket badminton paling mahal tidak semestinya terbaikPemasangan tali raket 
Pilih Gaya Permainan AndaRaket badminton selalunya direka untuk 3 jenis gaya permainan iaitu menyerang, bertahan, dan seimbang.
Gaya menyerangJika anda acah-acah hebat nak selalu main menyerang, nak smash kencang, dan perasan bahawa pergelangan tangan anda kuat, selalunya raket yang dipilih mempunyai ciri-ciri berikut:
Berat raket: 2U (90-94g) atau 3U (85-89g)Titik keseimbangan: 285-300; lebih berat ke arah kepala raket dengan tujuan membantu ketika smash.Kefleksibelan: Extra stiff (lebih keras) atau stiff (keras)Ketegangan tali: selalunya ditulis dalam unit lbs, lebih tinggi bermakna raket itu mampu dipasang tali lebih  tegang.Selain itu pilihan raket taktikal menyerang ini selalunya cenderung kepada permainan badminton perseorangan.
Gaya bertahan atau mengawalJika anda rasa anda malas nak smash kencang dan mempunyai kepantasan dalam pergerakan atau tindakbalas, mungkin anda mahu bermain secara bertahan. Mungkin anda hanya mahu bermain secara rally atau hantar bulu tangkis ke sana ke sini. Atau mungkin juga anda rasa tangan anda tidak kuat tapi stamina tinggi berbanding pihak lawan.
Berikut ialah cara pilih raket bertahan:
Berat raket: 3U (85-89g) atau 4U (80-84g)Titik keseimbangan: 270-285; kepala raket ringan.Kefleksibelan: medium atau fleksibel.Ketegangan tali: tak perlu tegang sangat, kerana tali terlalu tegang menyukarkan bulu tangkis melantun. Tali tegang memerlukan pergelangan tangan yang kuat untuk menghantar bulu tangkis. 
Gaya permainan seimbangMenyerang pun tak mahu, bertahan pun tak mahu, baik tak payah main badminton, hihihi. Maaf, Tedi gurau sahaja.
Pada pendapat Tedi ini adalah pilihan yang paling selamat terutamanya kepada kita yang baru nak cuba berjinak-jinak main badminton. Harga raket pun lebih RM 100 ya tak?
Selepas guna raket seimbang ni barulah kita tahu apa yang kurang. Boleh beli raket lain pula, macam itulah lebih kurang.
Tambahan pula pada pendapat Tedi, bermain secara bertahan atau menyerang adalah untuk mereka yang sudah hebat.
Cara pilih raket badminton untuk permainan seimbang ialah:
Berat raket: 3U (85-89g) atau 4U (80-84g)Titik keseimbangan: 275-285; kepala raket neutral.Kefleksibelan: medium flex.Permainan bereguPemilihan raket untuk permainan beregu juga cenderung berdasarkan kepada ciri-ciri untuk raket permainan secara bertahan. Secara umumnyalah. Tetap akan bergantung kepada gaya permainan dan kemahiran masing-masing.
Jadi raket sesuai untuk beregu ialah:
Berat raket: 3U (85-89g) atau 4U (80-84g)Titik keseimbangan: 270-285; kepala raket ringan.Kefleksibelan: medium atau fleksibel.Ketegangan tali: tak perlu tegang sangat, kerana tali terlalu tegang menyukarkan bulu tangkis melantun. Tali tegang memerlukan pergelangan tangan yang kuat untuk menghantar bulu tangkis. 
Cari Kedai Badminton yang boleh dipercayaiBiasalah kalau penjual ni nak menjual barang pasti dia akan jual apa yang menguntungkan dia.
Tetapi ada juga kedai terutamanya kedai barangan sukan yang dibuka pemiliknya kerana minat yang mendalam dan ilmunya mengenai sukan tersebut.
Jadi jika anda menemukan kedai sebegini, selalunya kedai sukan kecil sahaja bukan syarikat besar, anda boleh bertanya apakah raket yang sesuai untuk anda.
Insha-Allah dia akan berkongsi dengan anda apakah raket terbaik yang sesuai dengan diri anda.
 
Jenama terkenal tidak semestinya terbaikKita mestilah pentingkan jenama dan di Malaysia ni selalunya yang terkenal adalah jenama Yonex dan Li-Ning.
Tedi tak katakan bahawa kedua-dua jenama ini tidak baik, tapi mungkin bukan terbaik pada bajet anda. Mungkin anda boleh dapatkan raket yang sama spesifikasi pada harga yang lebih murah, kerana biasalah jenama terkenal tentulah lebih mahal.
Jadi jangan terhadkan pilihan anda, banyak lagi jenama seperti Apacs, Fleet, Victor dan sebagainya.
Berkenaan jenama ni tentulah anda kena lakukan penyelidikan bandingkan spesifikasi raket dan jika nak lebih mudah, Cari Kedai Badminton yang boleh dipercayai dan minta pandangan mereka.
Nanti selepas anda ada jenama pilihan hati, anda akan pening pula melihat koleksi raket yang mereka ada tetapi selalunya telah dikategorikan kepada offensive, defensive, dan all-round.
Selalunya setiap kategori itu ada nama model tersendiri. Itu belum lagi raket yang mereka keluarkan khas mengikut kegunaan duta mereka. Contohnya ada siri Lee Chong Wei atau Lin Dan dan lain-lain. Tentunya ini adalah sebagai tarikan untuk para peminat.
Tapi janganlah terpedaya, raket siri Lee Chong Wei itu tidak semestinya sama seperti apa yang Lee Chong Wei guna.
 
Pinjam raket kawan yang banyak raketSelain itu anda boleh sahaja pinjam raket sesiapa yang ada raket lebih. Di situ anda boleh merasai raket mana yang lebih sesuai dengan anda. Untung-untung kawan anda tu berminat nak jual raket dia kerana selalunya orang banyak raket ni ada impian nak beli raket lain yang lebih hebat.
 
Beli raket terpakaiTapi nak Pinjam raket kawan yang banyak raket ni satu masalah juga kan takut kita jahanamkan maklum sahaja orang baru main badminton mesti main permainan beregu dan masa itulah mesti ada kejadian berlaga raket.
Jadi anda boleh sahaja cari kedai yang menjual raket terpakai. Cabarannya ialah sudah tentulah susah nak menemui raket yang bertuah buat kita.
 
Saiz hulu raketSelalunya pada raket dia akan tulis berat dan saiz pemegang contohnya 3U G4. Huruf G diikuti nombor itu adalah saiz pemegang atau grip (genggaman).
Saiz pemegang adalah seperti berikut:
Yonex: G2(4″). G3(3.75″), G4(3.5″), G5(3.25″)Victor:  G1 / G6 = 7.9 cm.G2 / G5 = 8.1 cm.G3 / G4 = 8.5 cm.Saiz sama tapi kod berbeza sebab Victor tukar kod untuk memudahkan pembeli. Erm, macam tambah mengelirukan adalah.Berkenaan pemegang Tedi tak kisah sangat kerana Tedi akan balut pemegang itu dengan pelilit jenis tuala (towel). Alah pelilit yang jenis kain berbulu tu. Selalunya orang lain gunakan pelilit yang macam plastik tu tapi Tedi tak suka. Selain itu Tedi meniru Taufik Hidayat yang menggunakan pelilit jenis tuala.
Tedi suka balut tebal kerana Tedi berasakan ia membuatkan raket berasa ringan dan memberikan kuasa kepada hayunan raket.
Tetapi secara teorinya orang sukakan genggaman yang memudahkan mereka menukar pegangan raket daripada bertahan kepada menyerang dan sebaliknya. sportsuncle kata bahawa grip nipis untuk permainan bertahan atau mengawal, manakala grip tebal untuk permainan menyerang.
Permainan bertahan tak perlukan genggaman erat berbanding permainan menyerang.
Tedi bukanlah pakar bab-bab tukar pegangan raket ini, Tedi main hayun saja, hihihi.
 
Raket badminton paling mahal tidak semestinya terbaikSeperti yang Tedi sebut di atas bahawa Jenama terkenal tidak semestinya terbaik buat anda, begitu juga dengan raket yang lebih mahal tidak juga seharusnya lebih bagus buat kita.
Boleh baca Review Raket Pernah Saya Guna mengenai pengalaman seorang pemain badminton mencuba beberapa raket sehinggalah akhirnya dia menemui raket terbaik yang harganya tak sampai separuh daripada raket-raket yang digunakannya sebelum itu.
 
Pemasangan tali raketSelepas beli raket tentulah nak pasang tali raket juga kan? Selalunya di kedai yang sama ada disediakan khidmat pemasangan tali raket dan selalunya perlu ditinggalkan. Berkenaan ketegangan tali raket Tedi tak nak cerita panjang, kawan-kawan boleh bertanya kepada kedai berkenaan cuma Tedi pernah bercerita pasal ketegangan tali raket dalam Lebih Tegang Tak Semestinya Lebih Kuat. 
Sinopsisnya jika pergelangan tangan tidak kuat, tak payahlah pasang tali tu tegang sangat. Tambahan jika tali tegang, tekanan ke atas permukaan raket juga bertambah, takut sekali berlaga dengan raket orang terus berderai. 
 
PenutupItu sahajalah yang boleh Tedi kongsikan berkenaan tips beli raket badminton. Semoga dapat memberikan sedikit gambaran bagaimana cara memilih raket badminton pertama yang sesuai untuk anda, bak kata pepatah, "tepuk dada tanya selera".
 
Selain pengalaman peribadi Tedi juga telah merujuk kepada beberapa sumber untuk menjadikan karangan ini bersandarkan kepada fakta dan bukannya omongan kosong semata-mata.
Rujukan: Tips Memilih Raket Badminton (rahmadbah.com), Victor Racquets - Racket Info – Yumo Pro Shop - Racquet Sports online store, How to choose the best grip for your racket? (sportsuncle.com)
~~~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2021/09/t21i06-cara-pilih-raket-badminton.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Badan Rasa Cepat Recover Sihat Selesa Mandi Herba Berdiang Uyaina Pilih Pantang Cara Tradisional

Badan Rasa Cepat Recover Sihat Selesa Mandi Herba Berdiang Uyaina Pilih Pantang Cara Tradisional

papar berkaitan - pada 22/9/2022 - jumlah : 195 hits
Berbanding cara moden pengacara cantik manis Uyaina Arshad yang baru sahaja melahirkan putera sulungnya pada 8 September lalu selesa berpantang cara tradisional Meninjau di Insta Storynya kebelakangan ini Uyaina di lihat sering berkongsi ru...
Tentang Kartu Prakerja Dan Cara Mendapatkannya

Tentang Kartu Prakerja Dan Cara Mendapatkannya

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 340 hits
Kartu prakerja sepertinya kebanyakan orang sudah mengetahui apa itu kartu prakerja Yah kartu prakerja adalah merupakan sebuah program pemerintah semasa kabinet Indonesia Maju yang pertama kalinya di mulai pada bulan April 2020 Program ini m...
Matan Taqrib Sebab Dan Cara Tayamum

Matan Taqrib Sebab Dan Cara Tayamum

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 208 hits
Apa saja sebab dan bagaimanakah cara tayamum yang sesuai tuntunan Matan Taqrib kali ini akan mengulas lebih jauh Semoga menjadi ilmu yang manfaat
Hiburan Nak Views Tiktok Mencanak Naik Jom Ketahui 10 Cara Masuk Fyp Sebelum Buat Content

Hiburan Nak Views Tiktok Mencanak Naik Jom Ketahui 10 Cara Masuk Fyp Sebelum Buat Content

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 181 hits
Aplikasi tidak dinafikan merupakan platform paling popular bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia kerana ia kini menjadi kegilaan setiap orang tidak kira peringkat umur Dan pastinya pelayar aplikasi tersebut mengimpikan untuk muncu...
Cara Tingkatkan Konsetrasi Agar Lebih Fokus

Cara Tingkatkan Konsetrasi Agar Lebih Fokus

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 222 hits
Ada tiga cara yang bisa kamu lakukan agar kamu bisa berkonsentrasi
Bila Kena Selesema Bayi Cepat Merengek Doktor Kongsi 3 Cara Legakan Hidung Tersumbat

Bila Kena Selesema Bayi Cepat Merengek Doktor Kongsi 3 Cara Legakan Hidung Tersumbat

papar berkaitan - pada 8/9/2022 - jumlah : 149 hits
Bayi ialah nasal breather Maksudnya bayi cuma tahu bernafas melalui hidung sahaja Bila bayi makin besar barulah dia belajar untuk bernafas melalui mulut juga Sebab tu bila bayi kecil kena jangkitan selsema dan batuk mereka merengek teruk Ba...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik