T21h04 Tikus Dalam Bahasa Melayu


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ Assalamu'alaikum semua. Semoga sihat walafiat.
Tikus, siapa yang tidak kenal tikus? Tak tahulah jika ada.
Tikus mungkin rapat dalam kehidupan kami sekeluarga sehinggakan ada label "tikus" khusus buat mereka dalam interpretZZ ini.
Kali ini Tedi mahu mengkaji apakah hubungan tikus dengan orang Melayu melalui kajian ke atas perkataan "tikus" dalam Bahasa Melayu sendiri. Tedi sudah baca sedikit tadi dan Tedi rasakan ia sangat indah dan harus dikongsi.
:: Kandungan ::
Maksud "tikus" dalam Bahasa Melayu | Tikus dalam ejaan Jawi | Tikus dalam Peribahasa Melayu | Tikus dalam Puisi Melayu | Rujukan
Maksud "tikus" dalam Bahasa MelayuIni adalah definisi atau maksud kepada beberapa perkataan yang diinspirasikan daripada tikus.
Kamus Dewan Edisi Keempattikus: sejenis binatang mengeriptikus air / tikus lembah: Rattus muelleri tikus bandar / tikus mondok: Rattus norvegicustikus rumah: Rattus rattustikus sawah: Rattus argentiventerakar tikus: sejenis tumbuhan (pokok meman­jat), akar hitam, akar kekala, Ventilago malaccensisburung tikus: sejenis burung, Locustella lanceolatadimakan tikus: [bahasa percakapan] diambil (dicuri) orang sedikit demi sedikit.lang tikus: sejenis burung helang, lang (helang) sewah, Elanus c. caeruleus.menikus: mendiamkan diri (tidak berkata-kata atau membantah kerana takut dan lain-lain).rotan tikus: sejenis tumbuhan (pokok memanjat), rotan bini (diri), Flagellaria indica.Kamus Pelajar Edisi Keduaberbagai-bagai jenis binatang yang mengunggis.tikus ambang bulan: Echinosorex gymnurus.tikus babi: Hylomys suillus.tikus belanda: binatang mengunggis yg rupanya seakan-akan rupa arnab tetapi lebih kecil, Cavia cobaya.tikus hutan: Rattus rattus jalorensis.tikus kecil: Rattus exulans.tikus kesturi: Sorex spp.tikus mondok: Rattus norvegicus.tikus rumah: Rattus rattus diardii.tikus tanah / tikus sawah: Rattus rattus argentiventer.menikus: (kiasan) mendiamkan diri dan tidak berkata-kata atau tidak membantah kerana takut dan lain-lain.Banyak juga rupanya tikus yang orang Melayu kenal. Hebat juga kerana mereka boleh kelaskan tikus-tikus tersebut.
 
Tikus dalam ejaan Jawi[ta-ya-kaf-wau-sin]: تيکوس
 
Tikus dalam Peribahasa Melayuawak tikus hendak menampar kepala kucing: tidak berdaya mencapai sesuatu yang dicita-citakan atau diharap-harapkan. Melakukan sesuatu yang mustahil.bagai tikus membaiki labu: orang yang mencuba mem­baiki sesuatu yang tidak diketahuinya, akhirnya merosakkannya;Bila kucing tidak bergigi, tikus berani melompat tinggi: Apabila orang yang ditakuti sudah tidak berkuasa lagi, maka orang-orang pun berleluasalah melakukan sekehendak hati.Benci akan mencit seekor, rengkiang disunu: Sebab takut akan bahaya yang kecil keuntungan yang besar dibuangkan. mencit = tikus; rengkiang = lumbung; sunu = bakar.ditebuk tikus / labu ditebuk tikus / labu dikerebuk tikus: gadis yang sudah dinodai;Kalau kucing tiada bermisai, takkan ditakuti tikus lagi: Orang besar yang sudah dipecat dari jabatannya tiada disegani orang lagi.Kasturi mati kerana baunya: Mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Gajah mati kerana gadingnya, b. Harimau mati kerana belangnya, c. Mati kuang kerana bunyi, d. Mati rusa kerana jejak, mati kuau kerana bunyi, e. Mati rusa kerana tanduknya). kasturi = tikus kecil yang harum baunya.Kucing lalu, tikus tiada berdecit lagi: Apabila ada orang yang ditakuti, maka diamlah orang yang sedang berbuat bising.marahkan tikus, lengkiang dibakar / marahkan tikus rengkiang dibakar: kerana sakit hati akan sesuatu yang kecil maka melakukan sesuatu yang mendatangkan kerugian besar;  Marahkan nyamuk, kelambu dibakar.Menjalar melata pohon tembikai, sayang buah dimakan tikus: Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.paksa tekukur padi rebah, paksa tikus lengkiang terbuka: sesuatu yang selalu dicita-citakan.Pasang pelita dilanggar tikus: Kegembiraan hilang oleh kerana satu kejadian yang kecil.rumah ter­bakar, tikus habis keluar: apabila negeri ditim­pa sesuatu malapetaka, penduduknya daripada kalangan orang dagang (orang asing) pun keluarlah meninggal­kannya; Apabila terjadi sesuatu kesusahan di dalam negeri, maka isi negeri itu pun mengungsi ke tempat lain. mengungsi = pergi menyelamatkan diri ke tempat yang aman.Rupa harimau hati tikus: Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.seperti tikus jatuh di beras: suka dan senang sekali.seperti tikus jatuh ke beras: orang yang mendapat kedudukan yang mewah.seperti tikus masuk roman: orang yang berasa kecewa kerana tidak mendapat seperti yang diharapkannya. Kecewa kerana tidak tercapai maksudnya. Roman ialah sekam padi iaitu bekas tangkai-tangkai padi kering. Tikus mengharapkan beras tetapi kecewa apabila tempat dimasuki tiada beras tetapi cuma sekam padi.Serta lalu kucing, tikus tidak berdecit lagi: Apabila orang yang ditakuti datang, diamlah orang yang membuat bising.Tali di dalam bungkusan, digerek tikus apa gunanya: Gadis dalam pingitan, telah melakukan perbuatan sumbang dengan diam-diam.Wah, teleng kepala, berpinar mata membaca dan menyalin kesemua peribahasa berkaitan tikus ni. Semoga bermanfaat.
 
Tikus dalam Puisi Melayu Tikus bukan sebarang tikus. Orang Melayu turut memasukkan makhluk ini dalam pantun-pantun mereka.
SumberPuisiKurik Kundi Merah SagaTikus mondok tikus tempang,
    Makan dia atas para;
Gadai golok gadai parang,
    Nak melepas rial belanja.

Kurik Kundi Merah SagaTikus mondok berbaju kemeja,
    Naik ke balai memetik kecapi;
Adik tunduk malukan siapa,
    Malu ke abang belum biasa lagi.

Kurik Kundi Merah SagaAnaklah tikus mati berenang,
    Mati berenang dalam perahu;
Kasihlah putus hati mengenang,
    Di dalam hati siapakan tahu.

Kurik Kundi Merah SagaAnak tikus matilah berenang,
    Mati berenang dalam perahu;
Manalah orang juak dikenang,
    Orang dikenang tiada tahu.

Kurik Kundi Merah SagaAnak tikus mandi berenang,
    Mandi berenang dalam perahu;
Rasa putus hati mengenang,
    Tuan dikenang tidak tahu.

Kurik Kundi Merah SagaMengail Kuala Tanjung,
    Ketam tidak berjari;
Kalau kucing pandai berdayung,
    Tikus juga pandai kemudi.

Kurik Kundi Merah SagaLimau purut dipancung putus,
    Diputus dengan hujung pedang;
Harimau mati dilanggar tikus,
    Buaya mati di tepi gudang.

Kurik Kundi Merah SagaLimau lelang bergugus-gugus,
    Taruh mari dalam dulang;
Harimau mati dipijak tikus,
    Buaya mati disepit udang.

Kurik Kundi Merah SagaPatah galah di hujung tanjung,
    Hendak belayar angin mati;
Kucing bergalah tikus berdayung,
    Mengapa ikan menghempas diri.

Kurik Kundi Merah SagaSarat bermuat dari seberang,
    Patah tiang kayu kelat;
Adakah kucing cintakan musang,
    Ayam terbang tikus melompat.

Kurik Kundi Merah SagaOrang mengail tepi beting,
    Putus joran tinggal pancing;
Adakah kain nak lawan gunting?
    Adakah tikus nak lawan kucing?

 
RujukanKawan-kawan boleh melihat rujukan di bawah ini untuk maklumat lanjut.
Carian Umum (dbp.gov.my)~20210804-20210807~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2021/08/t21h04-tikus-dalam-bahasa-melayu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kenapa Bahasa Melayu B Terkedu Ibu Dengar Jawapan Spontan Anak Selamba Je Dia

Kenapa Bahasa Melayu B Terkedu Ibu Dengar Jawapan Spontan Anak Selamba Je Dia

papar berkaitan - pada 6/1/2023 - jumlah : 129 hits
Bila anak dah masuk sekolah sudah menjadi harapan kita untuk mereka dapat menguasai subjek yang diajarkan di sekolah Memang lega rasanya bila anak anak dapat memahami apa yang diajarkan oleh guru mereka Sebagai ibu ayah kita juga memainkan ...
Semua A Kenapa Bahasa Melayu B Jawapan Spontan Dari Si Kecil Buat Ramai Terhibur

Semua A Kenapa Bahasa Melayu B Jawapan Spontan Dari Si Kecil Buat Ramai Terhibur

papar berkaitan - pada 7/1/2023 - jumlah : 172 hits
Apabila anak sudah mula membesar dan ke sekolah sudah tentu pelajaran menjadi fokus utama ibu bapa Ini kerana sebagai ibu bapa pasti kita ingin melihat mereka berjaya dan dapat mencapai cita cita yang diidamkan di masa akan datang Namun tid...
76 Pelabur Asb Dapat Dividend Rm30 Sahaja Orang Melayu Mesti Baca Time To Unwind Pnb Asb

76 Pelabur Asb Dapat Dividend Rm30 Sahaja Orang Melayu Mesti Baca Time To Unwind Pnb Asb

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 414 hits
wealthy 10 of ASB s 10 6m investors control more than 80 of capital76 of investors only have average of RM590 in their accounts will only receive dividends RM30 08 each 1 PNB ASB telah pun umumkan bayaran dividen untuk tahun 2022 Sepertiman...
Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

Umno Sedang Cuba Bersihkan Imej Dap Pada Mata Bangsa Melayu

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 163 hits
agendaily com31 12 2022Dilema Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk membersihkan imej DAP pada pandangan bangsa Melayu Walau bagaimana pemimpin politik Melayu cuba untuk membersihkan imej DAP sebuah parti yang bimbang Islam ment...
Singgah Makan Tengahari Di Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh Sungai Buloh Selangor

Singgah Makan Tengahari Di Warung Kita Kampung Melayu Sungai Buloh Sungai Buloh Selangor

papar berkaitan - pada 1/1/2023 - jumlah : 277 hits
Warung Kita Kampung Melayu Sungai Bulohmenu Warung KitaPerjalanan aku dari utara nak ke selatan time tengahari nak kena cari makan tengahari la Biasa aku akan singgah jer rnr Restoran Jejantas Sungai Buloh tapi kali ni rasa bosan pulak nak ...
Drama Melayu Terbaik 2023

Drama Melayu Terbaik 2023

papar berkaitan - pada 3/1/2023 - jumlah : 300 hits
Berikut senarai drama Melayu tempatan terbaik harus tonton yang bersiaran sepanjang tahun 2023 di rangkaian televisyen dan platform penstriman Tekan atau klik pada tajuk untuk tonton DRAMA MELAYU 2023TV3AKASIAKerasnya TakdirBukan Hanya Seka...
Drama Melayu 2023

Drama Melayu 2023

papar berkaitan - pada 2/1/2023 - jumlah : 227 hits
Berikut senarai drama Melayu tempatan yang bersiaran sepanjang tahun 2023 di rangkaian televisyen dan platform penstriman Tekan atau klik pada tajuk untuk info lanjut DRAMA MELAYU 2023 TV3 AKASIAKerasnya TakdirBukan Hanya Sekadar CintaSAMAR...
Kuasa Melayu Hilang Selamanya Jika Ph Laksana Gerrymandering

Kuasa Melayu Hilang Selamanya Jika Ph Laksana Gerrymandering

papar berkaitan - pada 30/12/2022 - jumlah : 145 hits
agendaily com29 12 2022Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan Datuk Dr Marzuki Mohamad Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji akan mengatasi isu ketidakseimbangan saiz pengundi di kawasan kawasan pilihan raya di Mal...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Lirik Lagu Aiman Tino Wani Kayrie

We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep