Kuasa Melayu Hilang Selamanya Jika Ph Laksana Gerrymandering


agendaily.com29/12/2022
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan, Datuk Dr Marzuki Mohamad.
Pakatan Harapan dalam manifestonya berjanji akan mengatasi isu ketidakseimbangan (malapportionment) saiz pengundi di kawasan-kawasan pilihan raya di Malaysia. Untuk itu, had sisihan sebanyak 30 peratus daripada purata saiz populasi pengundi akan ditetapkan bagi setiap kawasan pilihan raya.

Ini adalah selaras dengan amalan persempadanan semula kawasan pilihan raya sebelum ini sepertimana yang ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan.

Dalam bahasa yang mudah, jumlah pengundi dalam sesuatu kawasan pilihan raya akan ditentukan supaya tidak lebih atau kurang 30 peratus daripada saiz purata pengundi yang sepatutnya bagi setiap kawasan pilihan raya.

Sebagai contoh, Malaysia mempunyai 21 juta pengundi dengan 222 kawasan Parlimen. Maka saiz purata pengundi yang ideal bagi setiap kawasan Parlimen ialah 94,600 orang.

Jika formula sisihan 30 peratus diguna pakai, bermakna jumlah pengundi maksima yang boleh diterima bagi setiap kawasan pilihan raya ialah 125,800 orang (30 peratus melebihi saiz purata) dan saiz minima pula ialah 62,436 orang (30 peratus kurang daripada saiz purata).

Jumlah pengundi di satu kawasan pilihan raya yang lebih daripada jumlah maksima atau kurang daripada jumlah minima akan dikira sebagai tidak seimbang.

Masalah ‘malapportionment’ telah berlaku sejak sekian lama sehinggakan ada kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi saiz sisihan maksima 30 peratus secara melampau.

Sebagai contoh, Bangi mempunyai pengundi seramai 302,786 orang atau 320 peratus lebih tinggi daripada jumlah purata pengundi yang sepatutnya. Oleh itu, jumlah pengundi di Parlimen Bangi dikira sebagai tidak seimbang.

Untuk memperbetulkan masalah ketidakseimbangan ini, Parlimen Bangi mungkin boleh dipecahkan kepada tiga kawasan Parlimen, menjadikan pengundi bagi setiap kawasan berjumlah lebih kurang 106,000 orang, iaitu dalam julat sisihan 30 peratus. Ini kiraan secara kasar tanpa mengambil kira jumlah purata pengundi yang akan berubah apabila berlaku pertambahan kerusi.

Untuk memahami skala masalah ketidakseimbangan secara lebih menyeluruh, saya senaraikan kawasan-kawasan Parlimen yang mempunyai jumlah pengundi melebihi nilai sisihan 30 peratus berdasarkan kiraan jumlah kerusi Parlimen semasa di Semenanjung Malaysia. Saya pecahkan kerusi-kerusi ini mengikut parti yang menang dalam PRU-15 yang lalu.

Kerusi yang dimenangi oleh PH/DAP (11):
Klang – 208,854
Damansara – 238,287
Puchong – 152,598
Bangi – 302,786
Rasah – 155,736
Seremban – 157,238
Kota Melaka – 164,140
Kluang – 132,342
Iskandar Putri – 222,050
Kulai – 151,082
Gopeng – 143,657

Kerusi yang diemangi oleh PH/PKR (14):
Sungai Petani – 168,831
Tambun – 160,558
Shah Alam – 165, 287
Sungai Buloh – 158,090
Petaling Jaya – 195,264
Subang – 230,616
Pandan – 148,635
Ampang – 133,381
Gombak – 205,537
Selayang – 181,187
Batu Pahat – 133,997
Tebrau – 223,837
Pasir Gudang – 197,888
Johor Bahru – 136,504

Kerusi yang dimenangi oleh PH/AMANAH (4):
Kota Raja – 244,159
Sepang – 167,579
Hulu Langat – 166,582
Pulai – 165,217

Kerusi yang dimenangi oleh PN/BERSATU (2):
Padang Serai – 133,867
Merbok – 132,052

Kerusi yang dimenangi oleh PN/PAS (7):
Hulu Selangor – 154,212
Kapar – 188,971
Kuala Langat – 148,446
Kemaman – 139,423
Marang – 131,756
Baling – 132,182
Kuala Kedah – 132,553

Kerusi yang dimenangi oleh UMNO/BN (1):
Rembau – 133,416

Jika dijumlahkan, PH mempunyai 29 kerusi tidak seimbang, PN (9 kerusi) dan BN (1 kerusi). Katakan secara kasarnya semua kawasan ini dipecah dua untuk menjadikan ianya lebih seimbang, kecuali Bangi dipecah tiga, maka PH akan mendapat tambahan 30 kerusi, PN (9) dan BN (1).

Jika semua faktor kekal sama dan diandaikan semua kerusi ‘incumbent’ yang dimenangi oleh parti-parti dalam PRU-15 dikira kerusi selamat bagi parti masing-masing, maka PH+MUDA akan mendapat 112 kerusi selamat (82+30), PN 83 kerusi selamat (74+9) dan BN 31 kerusi selamat (30+1).

Kiraan kasar ini tidak termasuk pertambahan kerusi di Sabah dan Sarawak dan jumlah kerusi di negeri yang sepatutnya berkadaran dengan peratus pengundi di negeri tersebut. Ia juga tidak mengambil kira formula perbezaan jumlah pengundi bandar dan luar bandar yang memberi kelebihan kepada kerusi-kerusi di luar bandar.

Tetapi tunggu dulu. Kerusi selamat bagi PH tidak semestinya 112. Ia mungkin lebih daripada itu. Kenapa? Kerana ada satu lagi faktor yang menyebelahi pihak kerajaan dalam proses persempadanan semula kawasan pilihan raya iaitu ‘gerrymandering’.

Apa itu ‘gerrymandering’?

Ia adalah satu bentuk teknik pecahan sempadan pilihan raya yang boleh dimanipulasi untuk memberi kelebihan kepada parti tertentu, terutamanya parti kerajaan. Ia boleh dilakukan melalui dua cara:

i. Pemecahan (cracking) – sempadan pilihan raya bagi kawasan yang dimenangi secara tipis oleh parti lawan diubah dengan mengeluarkan penyokong parti lawan ke kawasan lain.

ii. Penyumbatan (packing) – penyokong parti lawan dipindahkan keluar daripada kawasan-kawasan pilihan raya yang dimenangi tipis oleh parti lawan dan dimasukkan ke dalam satu kawasan pilihan raya kubu kuat parti lawan.

Sebagai contoh, PN menang kerusi Kuala Langat dengan majoriti 1,833 undi sahaja. Kaedah ‘cracking’ boleh digunakan dengan mengeluarkan sebahagian pengundi Melayu (yang lebih cenderung untuk mengundi PN) ke Kota Raja yang dimenangi oleh PH dengan majoriti besar, iaitu 71,142 undi.

Dengan cara ini, kerusi Kuala Langat tidak lagi selamat untuk PN. Kerusi Kota Raja pula kekal selamat untuk PH. Kemasukan sebahagian penyokong PN ke Kota Raja tidak menjejaskan kedudukan PH kerana kerusi itu dimenangi dengan majoriti yang besar.

Jikapun kerusi Kuala Langat yang disandang oleh PN dipecah dua, kedua-dua kerusi itu boleh menjadi kerusi selamat PH melalui kaedah “gerrymandering”. Ini bermakna dalam PRU-16 nanti, PH akan menambah dua kerusi selamat, manakala PN kehilangan satu kerusi ‘incumbent’.

Satu lagi contoh ialah Pontian. Kerusi ini dimenangi oleh UMNO/BN dengan majoriti 5,578 undi. Kerusi Pontian yang mempunyai 68 peratus pengundi Melayu, 30 peratus Cina, 1 peratus India dan 1 peratus lain-lain mungkin tidak selamat untuk UMNO/BN jika parti itu menjadi sekutu PH dalam PRU-16.

Jika trend sentimen pengundi Melayu pasca PRU-15 berterusan, undi Melayu berkemungkinan beralih dengan lebih signifikan kepada PN.

Untuk menjadikan Pontian lebih selamat bagi PH atau sekutunya, sebahagian daripada pengundi Melayu yang cenderung untuk mengundi PN di Pontian boleh dipindah keluar ke Kulai, iaitu kawasan majoriti pengundi Cina yang dimenangi oleh DAP dengan majoriti 36,023 undi.

Apabila ini dilakukan, peratusan pengundi Melayu akan berkurang dan peratusan pengundi Cina akan bertambah di Pontian. Jika UMNO bertanding sebagai sekutu PH di Pontian dalam PRU-16, parti itu akan bergantung kepada undi Cina (yang mana lebih 90% cenderung untuk mengundi PH atau sekutunya) untuk menang, sepertimana MCA sebelum ini bergantung kepada undi Melayu untuk menang. Itulah juga yang berlaku kepada Bersatu semasa parti itu berada di dalam PH.

Jika hal ini berlaku, landskap politik Malaysia mungkin akan berubah untuk suatu tempoh yang lama. Jika tidakpun, ia mungkin akan berubah buat selama-lamanya. Kuasa politik Melayu yang selama ini diwakili oleh parti-parti Melayu akan beransur hilang.

Pertembungan politik pada masa hadapan adalah antara PN yang mendominasi di kawasan majoriti Melayu luar bandar dan separa bandar, dan PH yang mendominasi kawasan majoriti bukan Melayu dan bandar. UMNO akan menjadi komponen kecil dalam sebuah gabungan politik yang didominasi oleh parti bukan Melayu dan pelbagai kaum.

Dengan proses urbanisasi yang lebih pesat dan pendaftaran pengundi secara automatik, jumlah pengundi akan bertambah dengan lebih banyak di kawasan-kawasan bandar. Berkemungkinan lebih banyak kerusi campuran (ethnically mixed seats) akan diwujudkan di kawasan bandar di mana pengundi Melayu walaupun jumlah mereka akan bertambah di kawasan ini, tetapi tidak menjadi pengundi majoriti bagi sesuatu kawasan Parlimen.

Ini boleh dilakukan melalui kaedah “gerrymandering”. Jadi setinggi mana pun peratus keluar mengundi orang Melayu, tidak akan mengembalikan kuasa politik Melayu.

Pemenang yang paling besar dalam permainan politik ini ialah PH. Kerana itu parti-parti di dalam PH rela untuk tidak mengaut untung jangka masa singkat pada masa ini, asalkan mereka dapat meraih laba politik jangka panjang.

DAP walaupun menang 40 kerusi, rela menerima empat jawatan Menteri sahaja di dalam Kabinet. Berbeza dengan UMNO yang hanya menang 26 kerusi, tetapi mendapat enam jawatan Menteri. DAP tahu dalam tempoh tidak berapa lama lagi, UMNO mungkin akan datang kepada parti itu untuk meminta kerusi selamat.

Bagi DAP, memperbetulkan “malapportionment” adalah sesuatu yang telah lama diperjuangkan oleh parti itu. Semasa kerajaan PH memerintah selama 22 bulan sebelum ini, harapan untuk merealisasikan perjuangan tersebut tidak kesampaian kerana PH tidak mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Tanpa majoriti 2/3, pindaan Perlembagaan untuk menambah jumlah kerusi Parlimen tidak boleh dibuat.

Peluang keemasan tiba-tiba muncul dalam kerajaan campuran PH-BN apabila kerajaan ini mempunyai majoriti 2/3 di Parlimen. Peluang ini tidak boleh dilepaskan “at all cost”, sekalipun mereka terpaksa menerima pelbagai gelaran tidak enak apabila dituduh berbohong, tidak konsisten dalam perjuangan menolak kleptokrasi dan lain-lain.

Ini tidak menjadi masalah besar. Lagu “hoi ya hoi” itu pun tak lama lagi akan dilupakan orang.

Bagi DAP dan parti-parti lain dalam PH, biarlah rugi secupak sekarang asalkan untung segantang kemudian.

Saya coretkan senario ini berdasarkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku jika semua faktor kekal sama. Kecualilah berlaku perubahan besar dalam pola mengundi. Apapun, saya dan anda semua tidak boleh meramal masa hadapan.

Datuk Dr Marzuki Mohamad
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri Kelapan.

Tulisan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian Agenda Daily. Segala risiko akibat penyiaran artikel ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/12/kuasa-melayu-hilang-selamanya-jika-ph.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Longsor Di Cenrana Maros Putus Jalan Utama Satu Warga Meninggal Dan Lima Hilang

Longsor Di Cenrana Maros Putus Jalan Utama Satu Warga Meninggal Dan Lima Hilang

papar berkaitan - pada 28/12/2022 - jumlah : 83 hits
Bencana tanah longsor kembali terjadi di Dusun Moncong Jai Desa Rompegading Kecamatan Cenrana Kabupaten Maros menyusul hujan deras yang terjadi sejak Selasa Selain menyebabkan satu orang meninggal dunia dan lima lainnya hilang bencana ini j...
Akun Youtube Raditya Dika Hilang Usai Diretas Hacker Sempat Unggah Video Elon Musk

Akun Youtube Raditya Dika Hilang Usai Diretas Hacker Sempat Unggah Video Elon Musk

papar berkaitan - pada 29/12/2022 - jumlah : 96 hits
Belakangan sering terjadi aksi peretasan serupa juga sebelumnya sempat menyasar akun YouTube milik Arief Muhammad
Korban Banjir Filipina Cecah 13 Orang 23 Masih Hilang

Korban Banjir Filipina Cecah 13 Orang 23 Masih Hilang

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 105 hits
ANGKA korban akibat hujan lebat dan banjir di Filipina meningkat kepada 13 orang manakala sekurang kurangnya 23 yang lain masih hilang menurut Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan pada Selasa Tiga kematian dilaporkan ...
Halal Malaysia Semakin Hilang Integriti Malaysia Kehilangan Pelabur Siapa Perlu Bertanggungjawab

Halal Malaysia Semakin Hilang Integriti Malaysia Kehilangan Pelabur Siapa Perlu Bertanggungjawab

papar berkaitan - pada 27/12/2022 - jumlah : 73 hits
Keyakinan terhadap jenama sektor halal Malaysia semakin menurun ekoran beberapa isu integriti membabitkan industri tersebut di dalam negara menurut Majlis Ekonomi Halal dan Keusahawanan Ummah Malaysia Setiausaha Agungnya Dr Helmi Ibrahim be...
Polis Sahkan Remaja Perempuan Hilang Di Sepang

Polis Sahkan Remaja Perempuan Hilang Di Sepang

papar berkaitan - pada 26/12/2022 - jumlah : 97 hits
POLIS mengesahkan kehilangan seorang remaja perempuan dari Taman Salak Maju di Sepang yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata laporan kehilangan Salsabila Putri Mad Nasir ...
Tak Ramai Cuba Teknik Diet General Motor Wanita Ini Berjaya Hilang 6kg Dalam Tempoh Seminggu

Tak Ramai Cuba Teknik Diet General Motor Wanita Ini Berjaya Hilang 6kg Dalam Tempoh Seminggu

papar berkaitan - pada 31/12/2022 - jumlah : 130 hits
Diet ini adalah satu topik yang takkan habis kalau nak diceritakan dan juga antara salah satu daripada azam tahun baru yang tak pernah tercapai pun HAHA Of course setiap orang yang berjaya turunkan berat badan ada cara diet mereka tersendir...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera

Stay Fashionably Fit With Huawei Fit 3 Now Available From Rm559

Bayaran Balik Ptptn Tarikh Pengecualian Penangguhan

Proses Pengubahsuaian Malaykord Baru

Pekerjaan Firma Prop Dalam Mencari Pedagang Terbaik

Pas Showing It Should Lead Pn Says Analyst



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Resepi Sos Hijau Vietnamese Rolls

Koleksi Kad Pokemon Dilelong Rm330 000

Kumpul Lebih 1 000 Koleksi Nusantara Dan Melayu

Mulut Kering Ketika Bangun Tidur

Sijil Pemilikan Kenderaan Reka Bentuk Baru 2024

Yuka Kharisma Cinta Indah Buat Kanda Chord