T19e17 Nak Balik Kelantan Dah


Bismillahirrahmanirrahim. Assolatuwassalamu ala Rasulullah saiyidina Muhammad sollallahu alaihi wassalam wa ala alihi wa sohbihi ajama'in.
Singgah Cleanpro Express dahulu ...Sekarang Tedi sedang menemani Master mengeringkan baju yang baru dibasuh Mummy tadi. Pada waktu ini jam menunjukkan pukul 2:19 pagi hari Khamis malam Jumaat.Tugasan mengeringkan baju kali ini kami laksanakan di Cleanpro Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi di Sepang di Selangor di Malaysia.Pemilihan Cleanpro sebagai pusat operasi pengeringan baju pada kali ini adalah sangat mudah! Kerana hanya Cleanpro sahaja (dalam pengetahuan Tedi) yang menggunakan duit syiling 50 sen, pusat dobi layan diri yang lain di sekitar kawasan perumahan kami menggunakan token. Penggunaan token ini agak membebankan kerana ada beberapa keping token lebih dalam simpanan kami yang sekarang kami tak tahu nak buat apa. Lebih baik kami gunakan sahaja duit syiling 50 sen yang melambak dalam simpanan kami daripada kami tukarkan duit kertas kepada token. Betul tak?Sekali sampai sini, Cleanpro dah canggih la, dah gunakan pembayaran tanpa tunai pula iaitu menggunakan Visa, mungkin boleh guna dua-dua kad debit atau kad kredit. Urusniaga tanpa tunai macam ni memudahkan pihak pengurusan kerana mereka dapat kurangkan kebergantungan kepada penggunaan syiling 50 dan urusniaga tunai yang akan memaksa mereka mengurus duit tunai tersebut seperti pemindahan wang dan sebagainya.Gambar pakaian sedang dikeringkan dalam mesin pengering di kedai dobi layan diri Cleanpro Express Taman Seroja. Kelihatan label menunjukkan mesin pengering ini menggunakan duit syiling 50 sen. Juga kelihatan mesin pembaca kad kredit yang menunjukkan mesin ini menerima pembayaran tanpa tunai menggunakan kad VISA.
# Friday, 17 May 2019, 02:10 # 20190517 # IMG_20190517_021045.jpg # Xiaomi Redmi Note 5A #Nak balik Kelantan dahKami buat kerja gila keringkan baju pagi-pagi buta ni bukannya apa, kerana esok kami dah nak bergerak pulang ke Kelantan. Nak hantar Mummy bersalin di sana, di mana Mummy dijangka bersalin di antara 21 Mei 2019 dan 1 Jun 2019.Bersalin di Kelantan kerana dah dekat raya tu, kalau bersalin di Hospital Putrajaya dah tentulah keluarga Mummy dan Master nanti terpaksa beraya bersama kami. Senang bersalin di kampung nanti tumpanglah beraya di sana.Master ambil cuti 3 minggu. Bos besar dah luluskan, manakala bos kecil tampak tak berapa gembira. Ketua pasukan Master pula bertanya kenapa nak kena bercuti terus-menerus 3 minggu? Kenapa tak hantar Mummy dan balik ke KL dulu?Master faham, kerja tengah banyak, dan nampak macam Master sedang bersenang-lenang. Nak balik tadi pun Master dikejutkan dengan berita tugasan Master perlu diserahkan pada 18 Jun. Terkulat-kulat kelat juga muka Master apabila mengetahui tarikh akhir tugasan beliau telah diawalkan.Nak buat macam mana, jawab okay sahajalah... Master ni ibarat mentimun dengan durian, menggolek luka, digolek luka, tergolek pun luka juga...Pagi esok kami akan ke Jabatan Pendaftaran Negara Bandar Baru Salak Tinggi dahulu untuk urusan MyKid si Aina sebelum bergerak ke Kelantan. Nak singgah solat Jumaat di mana ya? 
Ini suatu perjudianBoleh dikatakan ini adalah satu bentuk perjudian buat Master kerana masih belum tidur sedangkan esok nak memandu jauh.Tadi dah siap dah urusan pengeringan baju kami malangnya baju Aina yang kecil-kecil tu tak kering dengan baik, mungkin kerana semasa diputarkan dalam mesin basuh dobi layan diri tersebut baju-baju kecil ni diselimuti pakaian yang lebih besar.Mata Tedi dah mengantuk ni. Tak boleh fikir nak taip apa lagi ni. 
Ke Jabatan Pendaftaran Negara Daerah SepangAina berbaring sambil minum susu menggunakan botol Tommee Tippee ketika menunggu di Jabatan Pendaftaran Negara Daerah Sepang. Rasanya kami ada urusan ambil dokumen rasmi milik Aina. Umur Aina pada masa ini ialah 2 tahun 2 bulan 28 hari. Ini menunjukkan Master ambil cuti pada hari ini kerana gambar ini diambil menggunakan telefon pintar beliau.
# Friday, 17 May 2019, 11:28 # Xiaomi Redmi Note 5A #Owh rupa-rupanya dalam seksyen Nak balik Kelantan dah sudah diceritakan kami ada urusan MyKid si Aina di pejabat JPN Sepang ni. Kemaskini separuh-separuh, macam itulah gayanya. Hihihi.
 
VersiKarangan ini pertama kali ditaip pada jam 2:19 pagi, hari Jumaat, pada 17 Mei 2019, 20190517.Kemaskini pada 20211228 - tambah gambar mesin pengering kedai dobi Cleanpro Express dan lokasi Taman Seroja. tambah gambar di Jabatan Pendaftaran Negara Sepang

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2019/05/nak-balik-kelantan-dah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hah Nak Juga Main Dua Kolam Takut Tumbang Ke Di Terengganu Dan Kedah Silap Silap Kelantan Pun Quyub

Hah Nak Juga Main Dua Kolam Takut Tumbang Ke Di Terengganu Dan Kedah Silap Silap Kelantan Pun Quyub

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 191 hits
Walaupun didesak Umno Pas tetap akan pertahan main dua kolam January 3 2022 Pas berpegang dengan keputusan untuk melebarkan Muafakat Nasional dan meneruskan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk sejak merdeka dengan pembaharuan me...
Berat Hati Nak Lepaskan Pembantu Balik Kampung Warganet Sebak Tengok Anak Anak Fad Bocey Menangis

Berat Hati Nak Lepaskan Pembantu Balik Kampung Warganet Sebak Tengok Anak Anak Fad Bocey Menangis

papar berkaitan - pada 4/1/2022 - jumlah : 184 hits
Berat bagi kita sebagai orang dewasa namun berat lagi bagi anak kecil yang baru merasai erti perpisahan sebenar bersama orang yang menjaga mereka sejak kecil Perkongsian sebuah video yang dikongsikan pelawak Fad Bocey dan isterinya mengenai...
Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

Seram Mayat Hidup Balik Nak Cekik Aku The Beast Inside Gameplay Part 4

papar berkaitan - pada 23/12/2021 - jumlah : 338 hits
Assalamualaikum Hairangers Bertemu lagi korang dalam siri horror game The Beast Inside Part 4 Made in Malaysia Dalam gameplay The Beast Inside kali ini aku mencari janitor dalam Inn tapi rupanya Janitor dah kena bunuh Tapi yang seram tu may...
Rm 1 Pun Nak Cukai Rakyat Miskin Sungguhkah Bank

Rm 1 Pun Nak Cukai Rakyat Miskin Sungguhkah Bank

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 221 hits
Ibrahim Mat IsaDah berpuluh tahun pengeluaran wang di mesin ATM bank di Malaysia tak pernah dicaj setiap kali berurusan ni dah caj pulak Dah nak mampos ke kerajaan sekarang ni Dah la pendapatan rakyat biasa pun habis dengan melayan harga ba...
Nak Tau Apakah Ganjaran Kalau Kita Berzikir Baca Ni

Nak Tau Apakah Ganjaran Kalau Kita Berzikir Baca Ni

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 206 hits
NAK TAU APAKAH GANJARAN KALAU KITA BERZIKIR BACA NI 1 Allah SWT mengingati orang yang berzikir 2 Menghalau syaitan 3 Menanam rasa syukur 4 Menambah cinta kepada Allah SWT 5 Membersihkan hati 6 Membuang rasa bimbang 7 Mendapat kebaikan di du...
Tak Sempat Nak Bermanja Pengantin Baru Ditahan Polis Disyaki Terbabit Dalam Samun Bersenjata

Tak Sempat Nak Bermanja Pengantin Baru Ditahan Polis Disyaki Terbabit Dalam Samun Bersenjata

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 244 hits
Hasrat seorang kelindan lori untuk menikmati kebahagian di hari pertama perkahwinan terbantut apabila dia ditahan polis untuk membantu siasatan kes samun berkumpulan dan bersenjata Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Hanyan Ramlan berk...
Bila Nak Bawa Jumpa Kami Ismail Sabri Tak Sabar Jumpa Calon Isteri Dafi

Bila Nak Bawa Jumpa Kami Ismail Sabri Tak Sabar Jumpa Calon Isteri Dafi

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 304 hits
Hantaran Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri memberi ucapan ulang tahun kelahiran anaknya di Instagram memberi bayangan seolah olah penyanyi Dafi bakal menamatkan zaman solo Bila nak bawa calon isteri jumpa kami Hehe tulisnya bersama uc...
Artis Tolak Duit Zakat Walau Berhak Dapat Mulia Mereka Kerana Masih Takut Nak Ambil Duit Orang Ramai

Artis Tolak Duit Zakat Walau Berhak Dapat Mulia Mereka Kerana Masih Takut Nak Ambil Duit Orang Ramai

papar berkaitan - pada 16/12/2021 - jumlah : 234 hits
ASUWADI ISMAILMinggu lepas semasa bawa kereta dengar satu berita seorang artis yang sakit tolak bantuan dari zakat Selangor walau dia layak menerimanya Dia kata buat masa sekarang saya tak perlukan nya kerana ramai lagi di luar sana yang am...
Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Hiking Gunung Bubu Gerik


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Petronas Nusa Perintis

Hypothyroid Dan Keletihan Adakah Sukar Dipisahkan

Prasangka Buruk Ku Di Bayar Tunai

Rojak Tauhu

Pengertian Tujuan Serta Proses Manajemen Strategi Penting Dalam Sebuah Perusahaan

Malaysia Jadi Negara Pertama Yang Izinkan Bayar Zakat Pakai Kripto