T18k27 Pemeriksaan Kesihatan Aina Di Klinik Paedatrik Hospital Putrajaya


بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ  
Hari ini Nor Aina ada temujanji dengan doktor di Hospital Putrajaya.
Kami tiba di Hospital Putrajaya agak lewat iaitu sekitar jam 10:30 pagi hingga jam 11 pagi, maka Master terpaksalah meletakkan kereta di satu kawasan lapang di antara Hospital Putrajaya dan Institut Kanser Nasional.
Kawasan tempat letak kereta itu agak teruk dengan keadaannya yang berlumpur.
 

 
Toyota VIOS Hitam sangkut dalam lumpurSemasa Master meletakkan kereta ada sebuah VIOS hitam yang tampak macam mahu berundur tapi tak bergerak, dan sebaik sahaja Master selesai meletakkan kereta dan mahu keluar, barulah Master perasan bahawa tayar kereta itu terperangkap dalam lumpur.
Tuan kereta itu menurunkan tingkap dan menasihati Master agar tidak meletakkan kereta di situ.
Nyaris sahaja Master menjawab, "Tak mengapa, kereta saya AWD (pacuan semua roda)", tetapi membatalkan jawapannya itu kerana terlintas bahawa kuasa untuk melepasi kawasan berlumpur tersebut bukannya terletak pada kereta tetapi dengan kuasa Allah jua.
Tak kisahlah kereta Subaru XV AWD pun, kalau Allah kata tersangkut dalam lumpur, maka akan tersangkutlah ia.

Master pergi mengintai keadaan kereta VIOS hitam tersebut. Master dan si pakcik pemilik kereta Toyota VIOS itu berbincang tentang cara untuk melepaskan kereta VIOS itu daripada masalah lekat dalam lumpur tersebut.
Tedi nampak mereka mengambil 2 ketul batu. Tuan kereta Toyota VIOS itu tampak tak tahu nak buat apa. Dia kata sepanjang umur hidup dia ini kali pertama dia hadapi masalah sebegitu.
Bagi Master pula, ini mungkin entah kali ke berapa, yang Master ingat sekali dengan kereta Proton SAGA berwarna merah milik Tok Ayah dan kali kedua juga dengan Proton Preve milik Tok Ayah juga. Apa yang pasti untuk kesemua pengalaman membantu kereta yang lekat dalam lumpur atau lekat dalam pasir itu, ada ramai orang yang membantu.
Tetapi kali ini cuma ada Master dan tuan Toyota VIOS itu sahaja.
 
Apa perlu buat semasa kereta lekat dalam lumpur?Secara teori dan praktikal, perkara yang perlu dibuat semasa kereta lekat dalam lumpur adalah dengan memberi daya tambahan kepada kereta tersebut dengan cara:
meletakkan sesuatu di bawah tayar untuk memberikan daya seretan kepada tayar, di mana masalah utama tayar kereta sangkut dalam lumpur selalunya adalah kerana tayar tidak dapat mencengkam untuk bergerak keluar.menolak kereta untuk memberikan daya tolakan tambahan yang tidak tertumpu kepada tayar sahaja.Nampaknya kali ini Master tidak memiliki kemewahan pada alternatif kedua. Master terpaksa bergantung kepada pilihan pertama sahaja.
Master mengarahkan tuan kereta Toyota VIOS itu untuk meluruskan tayar, dan menggerakkan keretanya ke hadapan sedikit, sebelum Master meletakkan batu yang agak besar di bawah di celah belakang tayar hadapan sebelah kiri kereta VIOS tersebut.
Selepas itu Master membaca doa minta-minta kereta Toyota VIOS tu dapat keluar dengan mudah sahaja supaya kami tidak sangkut terlalu lama di sana.
Alhamdulillah, kereta Toyota VIOS itu dapat keluar dengan agak mudah, tapi tersangkut di tempat lain pula. Kali ini Master tahu bahawa kereta Toyota VIOS itu hanya perlukan sedikit tolakan untuk membantunya keluar, kerana pada ketika itu belum ada lubang terbentuk pada tanah dek gerakan tayar.
Master pun terpaksa menolak kereta itu sedikit, alhamdulillah lepas. Master terpaksa bukan kerana tidak sudi, tapi terpaksa kerana keadaan di sana agak becak, kalau boleh tak mahulah masuk hospital dalam keaadan sandal Yonex beliau berlumpur. Kalau pakai kasut masih boleh tahan sebab lumpur tak kena kaki.
"Terima kasih kerana sudi tolong I, really appreciate it" - wah pertama kali Master dengar orang berterima kasih macam pengembara yang baru dapat air setelah kesesatan di padang pasir. Master faham perasaan pemilik Toyota VIOS tu, dan Master juga bersyukur kerana Allah membantu Master untuk membantu pemilik kereta VIOS itu.
"You buat apa di sini?" - tanya tuan Toyota VIOS itu. Maksudnya apa tujuan Master datang ke Hospital Putrajaya, mungkin membalas pertanyaan Master yang serupa sebelum itu.
Master pun beritahu pemilik Toyota VIOS tu bahawa kami membawa Nor Aina untuk pemeriksaan kesihatan - ada masalah lelah sedikit.
Master tahu jawapan tu tak benar kerana sebenarnya pemeriksaan kesihatan Aina kali ini adalah pemeriksaan kesihatan umum untuk bayi lahir tak cukup bulan. Tak tahulah sama ada bayi yang lahir normal memerlukan pemeriksaan kesihatan sebegini atau tidak kerana sepupu sepapat adik beradik Aina tak adalah pula kerap menghadiri pemeriksaan kesihatan susulan seperti Aina ni.
"Owh, I doakan anak you agar cepat sihat" - wow, Master berasakan itu adalah doa paling ikhlas dan ringkas - dengan mendengarkan bagaimana pakcik itu mengungkapkannya, atau mungkin sahaja pakcik itu memang pandai berkata-kata. Semoga doa pakcik itu dimakbulkan Allah.
 
Aina tak boleh duduk diamSelepas itu kami ke Klinik Doktor Pakar untuk menemui Mommy dan Aina. Alhamdulillah, Mommy tak merepek dengan kehilangan kami untuk satu tempoh yang mungkin lama. Kali ini agak mudah untuk menemui Mommy dan Aina kerana boleh dengar bunyi bising kasut dan mulut Aina.
Macam-macam perangailah Aina buat, tampar anak orang, libas orang dengan belon - perkara yang mungkin menjengkelkan bagi orang lain.
Hal ini memaksa Master memegang Aina selalu, satu strategi yang okay, namun selalu kena cantas dek Mummy yang tak mahu dengar Nor Aina menangis.

Akhirnya kami dapat menemui doktor setelah jam 2 petang - atau empat jam menunggu. Mujur sahaja Master dan Mummy ambil cuti satu hari, tambahan Master ambil cuti tanpa gaji yang ikut polisi hanya dibenarkan untuk cuti sepanjang hari sahaja.
Doktor kata semua okay.
Kami tiba di rumah sekitar jam 3:30 petang. Aina tertidur kepenatan, dan Master pun nak tidur juga sebab badan lenguh mendukung Aina di Hospital Putrajaya tadi, kaki pun rasa macam lari beberapa kilometer, tapi keadaan tidak mengizinkan...
Ini adalah karangan yang agak panjang, hampir 1000 patah perkataan, diharapkan masuklah income melalui iklan-iklan Google Adsense. Amin.
~20181127~
jika kiriman ini bermanfaat, tolong lawat iklan yang ada ya, terima kasih


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.interpretzz.com/2018/11/pemeriksaan-kesihatan-aina-nov-2018.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hospital Dan Pusat Kesihatan Arab Saudi Siap Sedia Untuk Musim Haji

Hospital Dan Pusat Kesihatan Arab Saudi Siap Sedia Untuk Musim Haji

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 256 hits
MAKKAH 2 JUN 2024 Kementerian Kesihatan Arab Saudi melalui Kluster Kesihatan Makkah mengesahkan kesediaan 18 hospital dan 126 pusat kesihatan di Makkah dan Tanah Suci untuk menyediakan perkhidmatan perubatan berkualiti tinggi dan bersepadu ...
Faisal Halim Discharged From Hospital

Faisal Halim Discharged From Hospital

papar berkaitan - pada 26/5/2024 - jumlah : 152 hits
Selangor FC confirmed today that their star winger Mohamad Faisal Abdul Halim has been discharged from a Shah Alam private hospital after undergoing four surgeries following an acid attack on him earlier this month In a statement the Red Gi...
Duduk Di Katil Hospital Zara Zya Anggap Gurauan Bersalin Ke Tak Kelakar

Duduk Di Katil Hospital Zara Zya Anggap Gurauan Bersalin Ke Tak Kelakar

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 148 hits
Pelakon cantik Zara Zya anggap gurauan bersalin ke yang ditulis seorang individu di ruangan komen Instagramnya sebagai tindakan yang tidak kelakar Ditahan di wad kerana dikesan hidap 2 sindrom Dia yang dimasukkan ke hospital disebabkan meng...
48 Penumpang Anak Kapal Sq321 Masih Di Hospital

48 Penumpang Anak Kapal Sq321 Masih Di Hospital

papar berkaitan - pada 25/5/2024 - jumlah : 121 hits
Penerbangan SQ321 dengan 211 penumpang dan 18 anak kapal dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara ekstrem BANGKOK Seramai 48 penumpang penerbangan Singapore Airlines SQ321 yang terkesan oleh gelora udara ...
Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 267 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam
Kes 7 Bayi Maut Hospital Didapati Beroperasi Tanpa Lesen Sah

Kes 7 Bayi Maut Hospital Didapati Beroperasi Tanpa Lesen Sah

papar berkaitan - pada 28/5/2024 - jumlah : 127 hits
AgensiREAKSI seorang bapa susulan kebakaran di hospital berkenaan FOTO ReutersNew Delhi Sebuah hospital di ibu negara India di mana tujuh bayi maut dalam kebakaran Sabtu lalu didapati beroperasi tanpa lesen sah lapor BBC Polis berkata kebak...
After 3 Year Delay Women And Children S Hospital Complex Almost Done

After 3 Year Delay Women And Children S Hospital Complex Almost Done

papar berkaitan - pada 3/6/2024 - jumlah : 125 hits
A photo of the Kajang Hospital s women and children s complex that was taken on May 31 PETALING JAYA Kajang Hospital s RM305 million women and children s complex is expected to be completed by the end of this month more than three years beh...
Hospital Sahkan Murid Sebagai Kurang Upaya Intelektual Selepas Hukuman Kata Peguam

Hospital Sahkan Murid Sebagai Kurang Upaya Intelektual Selepas Hukuman Kata Peguam

papar berkaitan - pada 8/6/2024 - jumlah : 159 hits
MURID tahun lima yang mengalami strok haba selepas dipaksa berdiri di tengah panas terik selama hampir tiga jam sebagai hukuman disahkan sebagai orang kurang upaya oleh doktor pada Jumaat Peguam yang mewakili keluarga murid berkenaan Dinesh...
Sessi Libat Urus Ph Dan Ahli Lembaga Pengarah Hospital Temerloh

Sessi Libat Urus Ph Dan Ahli Lembaga Pengarah Hospital Temerloh

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 134 hits
Sesi Libat Urus Pakatan Harapan Temerloh bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh yang dipengerusikan oleh Azizul Shah Mohd Noor Ketua Amanah Kawasan Temerloh Banyak perkara yang dibincangkan bagi meningkatkan k...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint

Unlearning Social Stereotypes About Older Adults

Is It Really Good Reading The Newspaper Daily