48 Penumpang Anak Kapal Sq321 Masih Di Hospital


 
Penerbangan SQ321, dengan 211 penumpang dan 18 anak kapal, dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara ekstrem. (Gambar Reuters)BANGKOK: Seramai 48 penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ321, yang terkesan oleh gelora udara ekstrem pada Selasa, masih dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin, Hospital Samitivej Sukhumvit, dan Hospital Bangkok.
Hospital Samitivej Srinakarin dalam kenyataan berkata, setakat tengah hari Jumaat, masih terdapat 34 pesakit yang dirawat di Srinakarin, 12 di Sukhumvit, dan dua di Hospital Bangkok.
“Enam pesakit dibenarkan keluar dari Hospital Samitivej Srinakarin hari ini,” menurut kenyataan tersebut.
Baki pesakit yang masih dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin, terdiri termasuk sembilan warga Australia, tujuh warga Britain; tujuh rakyat Malaysia; tiga warga Filipina; dua warga New Zealand; dan masing-masing seorang dari Amerika Syarikat, Myanmar, Ireland, Iceland, Israel dan Sepanyol.
Tujuh rakyat Malaysia yang masih dirawat di Hospital Samitivej Srinakarin termasuk seorang anak kapal SQ321 manakala tiga rakyat Malaysia lain berada di Hospital Samitivej Sukhumvit.
Penerbangan SQ321, dengan 211 penumpang dan 18 anak kapal, sedang dalam perjalanan dari London ke Singapura apabila ia menghadapi gelora udara ekstrem secara tiba-tiba di atas Lembangan Irrawaddy pada ketinggian 37,000 kaki, kira-kira 10 jam selepas berlepas.
Juruterbang mengisytiharkan kecemasan perubatan dan pesawat Boeing 777-300ER itu dialihkan ke Bangkok, mendarat pada 3.45 petang waktu tempatan pada Selasa.
Insiden itu menyebabkan seorang lelaki British berusia 73 tahun maut, dan beberapa penumpang lain cedera.
Selepas insiden tersebut, SIA melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk penggantungan perkhidmatan makanan dan menghendaki anak kapal kekal duduk ketika tanda tali pinggang keledar dinyalakan, sebagai sebahagian pendekatan lebih berhati-hati dalam menguruskan gelora udara dalam penerbangan.
Sementara itu, Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin Dr Adinun Kittiratanapaibool dipetik oleh media tempatan sebagai berkata, kebanyakan pesakit di hospital tersebut mengalami kecederaan tulang belakang dan saraf tunjang, kecederaan tengkorak, serta pelbagai kecederaan tulang dan otot.
“Banyak pembedahan telah dilakukan sejak Selasa lepas, termasuk pembedahan tulang belakang, pembedahan tulang belakang toraks dan pembaikan luka koyak, dengan beberapa pesakit menerima rawatan paliatif,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/05/48-penumpang-anak-kapal-sq321-masih-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

Satu Satunya Kenderaan Kami Ada Bapa Tular Bawa Anak Sakit Naik Motor Ulang Alik Hospital

papar berkaitan - pada 23/5/2024 - jumlah : 343 hits
Perkongsian video sepasang suami isteri yang membawa anak mereka dengan memakai alat bantuan pernafasan ketika menaiki motosikal ternyata menyentuh hati ramai Malah mendapat perhatian Perdana Menteri semalam
Pelajar Malaysia Dzafran Azmir Berusia 29 Tahun Dan Seorang Penumpang Lain Di Pesawat Sq321 Telah Menyatakan

Pelajar Malaysia Dzafran Azmir Berusia 29 Tahun Dan Seorang Penumpang Lain Di Pesawat Sq321 Telah Menyatakan

papar berkaitan - pada 27/5/2024 - jumlah : 193 hits
Pelajar Malaysia Dzafran Azmir 29 serta seorang penumpang SQ321 yang lain menceritakan bagaimana mereka yang tidak memakai tali pinggang keselamatan terpelanting ke udara sehingga terhantuk ke siling Dilaporkan perubahan iklim kini mewujudk...
Nur Aishah Dua Anak Hilang Selepas Keluar Dari Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita

Nur Aishah Dua Anak Hilang Selepas Keluar Dari Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 201 hits
PETALING JAYA Polis sedang mengesan seorang wanita bersama dua orang anaknya dilaporkan hilang selepas keluar daripada Rumah Perlindungan Pertolongan Wanita di Seksyen 20 di sini pada Sabtu lalu Kehilangan Nur Aishah Abd Samad 25 diterima p...
Halim Othman Dedah Anak Alami Depresi Minta Diberi Ruang Selesaikan Masalah

Halim Othman Dedah Anak Alami Depresi Minta Diberi Ruang Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 193 hits
Bekas penyampai radio tersohor Halim Othman dedah anak alami depresi selepas diminta memberi penjelasan mengenai pengakuan bahawa dirinya adalah anak luar nikah Halim berkata dia meminta semua pihak untuk bertenang dan memberi ruang buat me...
Litiere Chat Pasir Kucing Beraroma Kopi Yang Terbaik Buat Anak Bulus

Litiere Chat Pasir Kucing Beraroma Kopi Yang Terbaik Buat Anak Bulus

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 218 hits
LITIERE CHAT Pasir kucing beraroma kopi yang terbaik buat anak bulus Jika Anda bosan dengan bau kurang menyenangkan dari kotak pembuangan kucing saatnya beralih ke solusi yang lebih baik dan inovatif Dengan Litiere Chat anda tidak perlu lag...
Cantik Sungguh Jelita Macam Ibu Anak Sulung Vie Shantie Raih Pujian Ramai

Cantik Sungguh Jelita Macam Ibu Anak Sulung Vie Shantie Raih Pujian Ramai

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 306 hits
Secantik ibunya Anak sulung kepada usahawan Vie Shantie Khan menarik perhatian ramai bila mempamerkan kecantikan semula jadi sama seperti ibunya Anak sulung hasil perkahwinannya bersama bekas suami Dato Eizlan Yusof itu kini rupanya sudah p...
Skin To Skin Rawat Anak Waktu Demam Suhu Badan Jadi Terkawal

Skin To Skin Rawat Anak Waktu Demam Suhu Badan Jadi Terkawal

papar berkaitan - pada 13/5/2024 - jumlah : 148 hits
Ketika anak demam pelukan dan sentuhan memainkan peranan dan ini adalah benar sama sekali Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan skin to skin dengan anak boleh memindahkan suhu badan anak yang tinggi pada tapak tangan Ini membuatkan suhu ba...
Sederet Bantahan Syl Mulai Dari Pelesiran Ke Luar Negeri Hingga Bagi Bagi Sembako Hasil Peras Anak Buah

Sederet Bantahan Syl Mulai Dari Pelesiran Ke Luar Negeri Hingga Bagi Bagi Sembako Hasil Peras Anak Buah

papar berkaitan - pada 14/5/2024 - jumlah : 189 hits
Pemerasan anak buah itu sebelumnya terungkap dalam persidangan di mana ada arahan dari SYL melalui staf khususnya menggelontorkan dana hampir Rp2 miliar
Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Makan Tengah Hari Di Sds Taman Universiti

China Strolling Around Green Lake Park

Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025