T18d20 Logik Kabur Mudahkan Kehidupan
Logik Kabur?Fungsi fuzzy pada mesin basuhMaksud FuzzyLain-lainLogik Kabur?Apa benda tu? Mungkin itulah persoalan yang bermain di minda kalian kan?
Logik kabur tu Tedi terjemah terus daripada Bahasa Inggeris perkataan "fuzzy logic". Apakah dia fuzzy logic tersebut?
Ia adalah satu jenis kepintaran buatan yang membolehkan peralatan atau mesin untuk membuat keputusan berdasarkan kepada beberapa input yang tidak jelas (kabur). Jika kawan-kawan tidak biasa dengan istilah kepintaran buatan ia adalah terjemahan kepada artificial intteligence atau selalunya disingkatkan kepada AI yang secara pendeknya Tedi simpulkan sebagai kebolehan mesin meniru keupayaan manusia berfikir.
Fungsi fuzzy pada mesin basuhContoh terbaik penggunaan fuzzy logic ni adalah pada mesin basuh automatik seperti mesin basuh HAEIR yang kami gunakan sekarang.
Apabila kita masukkan baju dalam mesin basuh automatik dengan ciri fuzzy logic ni, apakah perkara pertama akan dilakukannya?
Ia akan menggerakkan tong dram cucian beberapa kali untuk menimbang berat pakaian tersebut. Jadi input pertama adalah berat pakaian.
Seterusnya ia akan memutuskan berapakah jumlah air yang perlu dimasukkan untuk mencuci pakaian mengikut berat yang telah ditimbang. Jika berat, bermaksud banyak air diperlukan, dan jika ringan, bermaksud kurang air diperlukan. Nilainya tidak tetap dan berubah mengikut keperluan, meniru keputusan yang akan dibuat seorang manusia.
Selepas itu ia akan memulakan cucian mengikut langkah yang telah ditetapkan.
Ciri ini membolehkan manusia tidak perlu menunggu depan mesin basuh automatik untuk set proses membasuh, membilas, dan mengering. Air akan berhenti automatik setelah capai tahap diperlukan, dan proses pengeringan pula tamat setelah berat air pada pakaian berkurangan. Ini berbeza dengan mesin basuh manual.
Mesin basuh automatik juga menekankan konsep mudah dan murah, salah satu caranya adalah gunakan fuzzy logic untuk kurangkan penggunaan air sekaligus menyelamatkan poket tuannya.
Fuzzy logic tidak memerlukan input yang tepat, cukup beberapa input yang kabur untuk membantu mesin membuat keputusan.
Erm... entah betul atau tidak apa Tedi kisahkan tadi... mungkin itu yang Tedi faham.
Owh ya... kenapa pula Tedi bercerita pasal fuzzy logic?
Sebab ada seseorang mencanangkan idea bahawa Tedi boleh gunakan logik kabur tersebut untuk mengesan penjenayah yang cuba masuk ke Malaysia.
Gambar Lotfi A Zadeh yang dikenali sebagai bapa fuzzy logic
Maksud FuzzyRAMAI yang sudah biasa melihat perkataan fuzzy logic yang ditampal pada mesin basuh atau mesin pencuci pinggan setiap kali membeli peralatan elektrik. Namun, ramai yang tidak tahu apakah makna istilah tersebut.
Istilah fuzzy logic telah diperkenalkan oleh seorang pakar matematik kelahiran Baku, Azerbaijan yang bernama Lotfi Zadeh pada 1965. Beliau juga adalah seorang saintis bidang komputer.
Konsep fuzzy logic sebenarnya telah mula menjadi bahan bualan dalam kalangan penyelidik dan jurutera di seluruh dunia pada awal era 1920-an. Ia dibangunkan dengan tujuan mengawal pelbagai aplikasi dalam sistem kawalan kejuruteraan.
Pada abad ke-11, Ismail Al-Jazari – seorang pengkaji sarjana Islam dan al-Quran serta pakar dalam bidang mekanikal dan matematik kelahiran Turki, telah menulis sebuah buku bertajuk The Knowledge on Ingenious Mechanical Devices. Buku ini melakarkan pelbagai jenis peralatan yang menggunakan sistem mekanikal dan kawalan asas. Dengan terbitnya buku ini, bermulalah era pembangunan sistem kawalan kejuruteraan ataupun fuzzy logic.
Buku tersebut turut mencetuskan kegilaan kepada penciptaan kawalan automatik dan jentera moden yang lain. Hasil kajian Al-Jazari dan setiap hasil rekaannya berterusan menjadi bahan rujukan sehingga ke hari ini. Al-Jazari sebenarnya terkesan dengan firman ALLAH SWT dalam Surah Yusuf [12:111] dan Surah Al’Alaa [87:6-10] yang berbunyi:
“Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-orang yang mempunyai akal. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman.”
“Kami akan membacakan (al-Quran) kepadamu (Muhammad) maka kamu tidak akan lupa, kecuali kalau ALLAH menghendaki. Sesung-guhnya Dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi. Dan Kami akan memberi kamu taufik kepada jalan yang mudah. Oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (kepada ALLAH) akan mendapat pelajaran”.
Profesor Yavuz Unat – seorang ahli sejarah sains terkenal Ankara University telah membahaskan hasil kajian Al-Jazari. Beliau menyatakan banyak inovasi teknologi terkini yang dibawa oleh Al-Jazari mempengaruhi reka bentuk dan prinsip fizikal mereka. Karya Unat juga dipenuhi dengan maklumat dan pandangan teori mengenai pelbagai mesin dalam teknologi mekanikal.
Manakala seorang cendekiawan bernama Dr Gunalan Nadarajan daripada Yayasan Tamadun Sains dan Teknologi Amerika Syarikat (FSTCUSA) pula menyatakan karya Al-Jazari boleh dianggap bermulanya tamadun teknologi bagi menyumbang kepada sejarah sistem robotik dan automasi.
Dalam analisis beliau, Al-Jazari memperincikan konsep 'automasi Islam’ yang menyaksikan automasi dan robotik menggunakan irama bunyi.
Ternyata konsep yang diperkenalkan oleh dua ilmuwan tersebut iaitu Zadeh dan Al-Jazari, amat penting serta sangat berpengaruh dalam kehidupan sekarang. Konsep fuzzy logic mempermudah dan menyelesaikan perhubungan dua sistem kejuruteraan pengkomputeran yang kompleks.
Contoh terbaik dalam kehidupan kita sekarang adalah mesin basuh yang ada hampir di dalam semua rumah di dunia ini. Berteraskan konsep fuzzy logic yang diperkenalkan oleh Zadeh dan Al-Jazari, kita tidak lagi perlu menunggu di depan mesin pencuci baju untuk memastikan segala cucian selesai dan tercuci dengan bersihnya.
Fuzzy logic telah memberi arahan kepada sistem kawalan di dalam mesin basuh termasuk dengan mengklasifikasi jenis baju, kain, warna dan sebagainya. Konsep tersebut memudahkan manusia melakukan pelbagai kerja dalam satu masa yang singkat.
Penulis juga ingin mengemukakan Surah Al-Hajj [22:46] yang berbunyi:
“Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.”Secara keseluruhan, penulis merumuskan bahawa ilmu kejuruteraan mekanikal di dunia termasuk di Malaysia, sangat terhutang budi kepada Zadeh dan Al-Jazari. Banyak perkara berkaitan ilmu kejuruteraan yang boleh dicipta berdasarkan kepada tafsiran yang tersembunyi dalam ayat al-Quran.
Sumber: Sinar Harian | DR MUHIDN ARIFIN | 20 APRIL 2018 | 20180420* Prof Madya Dr Ir Muhidin Arifin Pengarah Institut Kejuruteraan Sukan Pusat Kecemerlangan Universiti Selangor
Lain-lainMesin basuh automatik semakin canggih, mesin basuh kini mudah dan murah, namun ia masih tidak melogikkan perbuatan membasuh tuala wanita dalam mesin basuh sama ada mesin basuh manual mahupun mesin basuh automatik. Jika setakat basuh tuala tidak menjadi hal.Kos mesin basuh semakin murah boleh didapati di kedai-kedai menjadikan kos untuk baiki mesin basuh atau repair mesin basuh yang mahal tidak berbaloi.Pak long kini telah membuka kedai dobi dan beliau mendapatkan perkhidmatan pembekal mesin basuh dobi komersial untuk menyediakan perkhidmatan mendobi 24 jam di Kampung Delima di Kelantan. Pak long turut sediakan sabun basuh percuma untuk pelanggan kedai dobi beliau.Mesin basuh adalah washing machine dalam Bahasa Inggeris.Mesin basuh tidak dieja mesen basuh dalam Bahasa Melayu.Setakat ini semua mesin basuh sama ada manual atau automatik yang Tedi pernah gunakan adalah mesin basuh menggunakan air. Apabila ada yang bertanya tentang mesin basuh kering.... Tedi termangu seketika dan terfikir adakah Tedi ini seperti katak di bawah tempurung? Benarkah ada mesin basuh kering?
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2018/04/logik-kabur-mudahkan-kehidupan.html