T14e10 Formasi Apakah Sesuai Untuk Menewaskan 4 4 2
Semua tahu bahawa formasi 4-4-2 merupakan formasi paling stabil yang digemari ramai pengurus.Alkisahnya pasukan kelas Tedi akan menentang satu pasukan bola sepak dari kelas lain yang lebih hebat.
Jadi, kami fikir kami tiada harapan untuk menang.
Cuma, ada ahli pasukan yang meminta Tedi untuk memikirkan apakah formasi yang sesuai untuk mengekang formasi 4-4-2 yang digunakan mereka.
Formasi 4-4-2
Formasi 4-4-2 sesuai untuk mengekang formasi yang sama jika kekuatan pasukan adalah setara.
Formasi 4-5-1
Formasi ini akan membantu mengekang kemaraan penyerang dan pemain tengah pihak lawan. Rahsianya adalah pemain tengah akan membantu memenuhi kawasan tengah padang menyebabkan kesesakan di sana.
Sistem ini digunakan Jose Mourinho dengan jelas semasa di FC Porto dan Chelsea, semasa beliau membina pasukannya dengan pemain tengah yang berkemahiran tinggi.
Formasi 4-3-3
Berdasarkan konsep menyerang adalah pertahanan terbaik, tujuan menggunakan formasi ini adalah untuk memenuhi kawasan lawan.
Namun kawasan tengah yang lemah mungkin akan menyebabkan serangan terbantut dan pertahanan terdedah.
Tedi takkan gunakan formasi ini kecuali jika ada Lionel Messi dalam pasukan Tedi.
Formasi 4-3-1-2
Formasi ini seperti 4-3-3, turut mengalami kelemahan di bahagian tengah, namun ia memberikan sedikit keseimbangan untuk serangan balas.
Jika yakin dengan pemain pertahanan anda, silakan guna formasi ini.
Formasi pilihan Tedi?
Tedi sebenarnya lebih gemari formasi 4-5-1, namun buat masa ini Tedi memilih untuk tampil dengan satu formasi jelmaan 4-3-3 iaitu formasi 4-1-2-2-1, kerana ia menggunakan pemain sayap (winger) di samping mempunya 3 pemain tengah yang boleh membantu pertahanan.
Masalahnya dengan formasi ini adalah pemain penyerang mungkin keletihan kerana sering dikekang, maka formasi ini amat bagus jika pasukan yang ditentang diketahui gemar gunakan taktik menyerang.
Kiriman ini sesuai untuk:
World Soccer Winning ElevenWEA Sports FIFA 2014
20140510
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.interpretzz.com/2014/05/formasi-apakah-sesuai-untuk-menewaskan.html