Syurga Tempatmu Sayang Tinggal 5 Amanah Untuk Dijaga Isteri Meninggal Kerana Kanser


Tulusnya kasih seorang isteri, bergadai nyawa melahirkan zuriat buat suami. Namun puteri kelima mereka tidak sempat merasa kehangatan kasih ibu yang pergi buat selama-lamanya kerana kanser.
Bukan mudah menerima kehilangan insan yang disayangi. Kini tiada lagi insan untuk mendengar luahan cinta dan kasih, isteri tercinta kembali menghadap Maha Pencipta. Catatan bapa ini mengundang air mata siapa sahaja yang membacanya.

Bapa kepada lima cahaya mata menerusi catatannya ini menyentuh hati warganet. Mengenang perjuangan dan kesakitan yang dialami isteri tercinta akibat kanser semasa hamil sehingga dinasihatkan bersalin awal pada minggu ke-27 kehamilan.
Lebih memilukan lagi, kerana merebaknya sel kanser lidah ibu ini perlu dipotong semuanya. Rawatan diteruskan dan hari-hari mendatang dilalui dengan tabah dan cekal sehingga kesihatan wanita dicintainya semakin merosot dan pergi jua.
Damailah Disana Wahai Isteriku “Damailah disana wahai isteriku yang tercinta. Tiada lagi kesakitan yang perlu ditanggung. Moga ia menjadi asbab syurga tanpa hisab buat dirimu.
Air mata ini menitis bilamana dirimu redha akan ujian yang sangat berat ini. Ketahuilah bahawa Allah juga meredhai hamba-hambaNya yang redha dgn ujian yang diberikanNya.
“Mengimbas kembali, ketika doktor mengesahkan dirimu perlu menjalani operation dengan segera akibat penyakit kanser dan dalam masa yang sama bayi yang dikandungmu baru shj berusia 27 minggu perlu juga dikeluarkan. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaanku ketika itu.

“23 JUN SELAMAT LAHIR ANAK KELIMA, SEMUANYA GEGIRLS”
“Tanggal 23 Jun 2019, seawal pagi seusai solat subuh dirimu sudah bersiap sedia utk ke bilik bedah. Jam 9pagi operation dimulakan. Alhamdulillah, baby berjaya dikeluarkan pada jam 9.50pagi seberat 1.005kg.
“Syukur atas kelahiran yg ke-5 menjadikan anak-anakku semuanya gegirls. Tepat jam 1 pagi, doktor memanggilku setelah 15 jam menunggu.
“Hatiku menanti dengan penuh debaran saat melihat wajah doktor pakar. “Kami terpaksa memotong kesemua lidah isteri awak disebabkan sel kanser tersebut telah merebak” kata doktor pakar. Hampir sahaja aku rebah dan terduduk saat mendengar kata2 tersebut. Ya Allah! beratnya dugaanmu wahai isteriku.
DIA SUKA MEMASAK
“Setelah 3 minggu, aku melihat dirimu semakin sihat. Aku masih ingat lagi dia menulis “kalau sayang dah sihat, kita pergi makan di kedai sama-sama yer”. Dia suka masak dirumah dan tak suka makan diluar. Hanya sekali sekala sahaja menjamu selera diluar.
Selang beberapa hari, keadaannya seolah-olah tidak mengizinkan. Doktor mencadangkan chemotherapy namun isteri memilih untuk radiotherapy dan memilih Pulau Pinang sebagai destinasi untuk meneruskan rawatan susulan.

SEOLAH-OLAH SENTUHAN PERTAMA DAN TERAKHIR
“3 hari sebelum transfer ke Pulau Pinang, aku mengajaknya utk melihat baby yang belum pernah dilihatnya sejak dilahirkan. Aku menolaknya dengan menggunakan wheelchair. Saat pertama kali dia melihat baby, dia menitiskan air mata. Dia mengusap baby perlahan-lahan dan beberapa kali seolah-olah itulah yang pertama dan yang terakhir sentuhan seorang ibu. Ya Allah, ternyata benar!
“Keadaannya dari sehari ke sehari semakin merosot. Doktor pakar di Pulau Pinang mencadangkan chemotherapy instead of radiotherapy kerana sel cancer telah merebak dgn cepat. Setelah selesai chemotherapy, keadaannya masih tak menentu dan semakin teruk dan terpaksa diwarded.

MAKIN TENAT
“Sehari sebelum pemergiannya, doktor beritahu keadaannya semakin tenat. Ya Allah! hanya kepadaMu shj kami berserah. Semua ahli keluarga dipanggil balik. Kami memenuhi permintaannya utk dipindahkan ke wad paletif yg mempunyai kelesaan dan dijaga oleh nurse.

“KENAPA SEMUA ORANG BALIK? SAYANG DAH NAK MATI KE”
“Malam sebelum pemergiannya, hampir keseluruhan adik-beradik ada bersama dan mereka meminta maaf. Isteriku mencapai pen dan menulis kepadaku “kenapa semua orang balik? sayang dah nak mati ka?”
“Ya Allah! betapa sedihnya aku ketika itu dan dengan perlahan-lahan aku bisikan ditelinganya sambil menceritakan keadaannya yang sebenar. Dia pun menulis memohon maaf kepada semua adik beradiknya.

SEOLAH-OLAH TAHU SOLAT ISYAKNYA YANG TERAKHIR
“Pada malam itu juga, dia solat Isyak dlm keadaan berbaring dan tidak bermaya. Solat Isyaknya kali ini lebih panjang daripada solat yg lain seolah-olah ia mengetahui itu adalah solat isyaknya yg terakhir. Aku berdiri ditepi katilnya memandang wajahnya sambil melihat dia solat. Tanpa ku sedar, air mataku mengalir dgn membayangkan adakah ini pandangan terakhirku terhadapnya? Ya Allah..

TIDUR NYENYAK SEKALI
“Aku menemaninya pada malam itu, dia tidur begitu nyenyak sekali. Hanya sekali sekala sahaja matanya buka memandangku disisinya. Pada waktu subuh, aku mengejutkannya utk solat subuh. Dia mengangguk! lalu aku capai sarung tangan dan semburkan air wudu’ padanya. Dengan perlahan-lahan aku ratakan air wudu’ nya. Lalu ditutup auratnya utk solat. Aku melihatnya seolah-olah tidak berdaya. Lalu aku bacakan surah al fatihah dan surah pendek seolah2 kami solat bersama sampailah selesai solat subuh.

PERGINYA BEGITU CEPAT
Tepat jam 12 tghri, perginya begitu cepat tanpa memberikan isyarat. Aku sempat membisikan kalimah syahadah ditelinganya.
Pergimu begitu tenang sekali. Wajahmu umpama seperti bayi yang sedang nyenyak tidur. Ya Allah! kau tempatkanlah isteriku dikalangan para syuhadah dan para solehin. Ya Allah! aku menjadi saksi dia seorang isteri yang baik. Dia telah mendapat redha suaminya.
 
REHATLAH DI SANA WAHAI ISTERIKU…
Terima kasih kepada semua saudara mara, sahabat handai dan rakan taulan yg memberikan sokongan moral, doa, kewangan dan sebagainya. Hanya Allah shj yg akan membalas jasa baik kalian.
Alhamdulillah, Allah memudahkan urusan pengebumiannya. Rehatlah dikau disana wahai isteriku.

TERIMA KASIH HADIAHKAN SEORANG LAGI PUTERI
Terima kasih kerana menghadiahkan seorang lagi puteri buatku. Pesan terakhirmu akan ku jaga iaitu supaya menjaga anak-anak dengan baik dan memberi pendidikan agama kepada mereka. Kamu juga meminta supaya mereka titipkan al-fatihah kpd ibu mereka setelah selesai solat setiap waktu.
Syurga tempatmu sayang!! Ameen! Al-Fatihah.
Sumber: Zhafri Nabilah
The post “Syurga Tempatmu Sayang..”Tinggal 5 Amanah Untuk Dijaga, Isteri Meninggal Kerana Kanser appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/syurga-tempatmu-sayang-tinggal-5-amanah-untuk-dijaga-isteri-meninggal-kerana-kanser/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Bersalin Isteri Diuji Hilang Suami Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

Baru Bersalin Isteri Diuji Hilang Suami Bayi 47 Hari Belum Puas Rasa Kasih Sayang Ayah

papar berkaitan - pada 24/8/2019 - jumlah : 501 hits
Baru sahaja selesai berpantang ibu ini diuji hebat Suami yang menjadi tempat bergantung kini sudah kembali ke negeri abadi Tiada siapa menyangka perbualan pada malam sebelumnya ialah yang terakhir Lebih meyedihkan anak yang masih kecil belu...
Kebajikan Rakyat Dijaga Isteri Mangsa Langgar Lari Ditangani

Kebajikan Rakyat Dijaga Isteri Mangsa Langgar Lari Ditangani

papar berkaitan - pada 22/8/2019 - jumlah : 322 hits
Isteri mangsa langgar lari dapat pencen penakatPASIR MAS Isteri kepada mangsa langgar lari Mahanee Yakaria 21 akan menerima pencen penakat daripada Perkeso sebanyak RM589 05 sebulan Pengarah Perkeso Kelantan Nora Yaacob berkata suami Mahane...
Suami Meninggal Isteri Siram Dengan Air Panas

Suami Meninggal Isteri Siram Dengan Air Panas

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 387 hits
Isteri siram suami dengan air panas sehingga mati kerana berang dimadukan senyap senyapBerang dimadukan seorang wanita bertindak menyiram suaminya dengan air panas sehingga maut Dalam kejadian yang berlaku di Makassar Indonesia suspek Amina...
Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

Suami Cakap Sayang Isteri Tapi Susahnya Nak Buang Ego Silap Sikit Asyik Marah

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 482 hits
Ego seorang suami Kita cakap kita sayang isteri kita tapi kita sendiri susah nak turunkan ego kita sebagai seorang suami Bila gaduh tak pernah nak mengalah suka tinggikan suara suka guna perkataan yang kesat hina dia maki dia ugut dia ungki...
Dr Mahathir Isteri Nyanyi Lagu Rasa Sayang Bersama Pelajar Jepun

Dr Mahathir Isteri Nyanyi Lagu Rasa Sayang Bersama Pelajar Jepun

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 299 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bin Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah menyanyikan lagu Rasa Sayang bersama pelajar Sekolah Pemimpin Masa Depan Jepun di Fukuoka Jepun JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube...
Suami Adalah Syurga Atau Neraka Bagi Isteri

Suami Adalah Syurga Atau Neraka Bagi Isteri

papar berkaitan - pada 12/8/2019 - jumlah : 257 hits
Soalan Saya ada dengar dalam kuliyah di youtube yang mana ustaz ada menyebut suami adalah syurga atau neraka bagi isteri Jika isteri itu taat maka syurga baginya dan jika dia derhaka maka neraka baginya Soalan saya adakah hadith yang menyok...
Isteri Hamil Meninggal Ditembak Suami

Isteri Hamil Meninggal Ditembak Suami

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 1083 hits
Bergembiralah anda tidak tahu berapa lama lagi masa anda yang tinggal status terakhir sebelum ditembak suami SERIAN SARAWAK Polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga anggota polis di depan sebuah pasar raya di Matang Jaya malam tadi ya...
5161 Suami Bodoh Isteri Jadi Mangsa Tv Ppim 10 08 2019

5161 Suami Bodoh Isteri Jadi Mangsa Tv Ppim 10 08 2019

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 403 hits
Terjerat Ahlong Dapatkan Bantuan PPIM Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa Agama Bagi Mendapatkan Bantuan Hubungi Unit Banteras Ceti Haram Persatuan Pengguna...
Isteri Penat Uruskan Semua Perkara Jangan Biarkan Penat Tanpa Pahala Betulkan Niat

Isteri Penat Uruskan Semua Perkara Jangan Biarkan Penat Tanpa Pahala Betulkan Niat

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 414 hits
Isteri mana yang tidak pernah kenal dengan istilah penat dalam hidupnya Seawal pagi bangun menguruskan anak ke sekolah dan siapkan sarapan suami dan sebagainya Tengaharinya pula masih meneruskan aktiviti di dapur bagi menyediakan keperluan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord