Siapa tak suka makan? bohong! Hahaha untuk “Jalan Jalan Cari Makan Bersama Alja” food stop Alja kali ini, Alja makan di JUST SEAFOOD yang bertempat di Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Untuk ke Just Seafood atau ke Sunway Giza, Korang boleh naik MRT then turun di Surian MRT Station (paling dekat dan senang)
Alja minat makan dan peminat seafood, sudah tentu Alja tak akan lepaskan peluang untuk merasai sendiri makanan di JUST SEAFOOD ini. Memang kedai ini menjual semata-mata Seafood sahaja. Sebab itu Alja panggil Kedai Just Seafood ni Syurga Seafood. Rambang mata, Sotong, Udang, Ketam, Kepah semua besar besar. Boleh dikatakan puas makan dan kos untuk makan seafood untuk 2 orang dalam RM120 sahaja.
Terdapat 4 perisa yang Alja rasa disana, Satu lagi perisa ni mesti korang tertanya tanya kan ?
Di Just Seafood, Alja makan Nasi Lemak Cajun Seafood. Tapi ala ala shell out. Pinggan disediakan, nak makan atas paper yang disediakan pun boleh. Makan macam ni pun dah kenyang. Lebih kepada ratah lauk dengan harga yang ditawarkan, sangatlah berbaloi.
Ah lapar pulak taip entri ni untuk tatapan korang dan simpanan sendiri supaya tak lupa pernah singgah di Just Seafood, Syurga Seafood gittew! hehe. Jom cuci mata lagi, Alja tunjuk beberapa gambar lagi untuk beberapa Flavour yang disediakan di Just Seafood.
Jangan risau kerana ianya Halal. Bahan-bahan pun dimasak menggunakan bahan yang sesuai untuk kita Muslim makan. Jadi Alja sangat Recommend korang untuk datang sini dan Try! Rajin rajin lah tengok Facebook page dorang, mungkin ada promotion. Just Seafood menerima pembayaran secara Tunai, Mastercard dan Visa, untuk RESERVATION,|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |