Syria Gaza S Pura Batu Putih Putih Mata Tun M


 
Syria, Gaza, S'pura Batu Putih  -putih mata?
1. Sejarah Singapura yang dibutakan, Batu Puteh yang berputih mata. December 16, 2024
SEJARAH Singapura dijajah British penuh dengan kisah penipuan, hasil kebodohan sendiri dan gelojoh harta dan takhta sehingga boleh ditipu oleh penjajah. Cerita benar yang dilupakan dalam lipatan sejarah tanah air sehingga generasi baru jahil cerita tanah airnya.  
Senario Singapura terputus daripada Semenanjung Tanah Melayu kerana kejahilan politik bangsa Melayu yang jahil agama, sehingga ditipu penjajah apabila menganggap politik itu kerja menipu dan kotor. Hakikatnya terbalik bahawa sebenarnya yang tidak berpolitiklah  menjadi mangsa penipuan diperkudakan dan ditipu. Akhirnya, dicuri kuasa politik tanah airnya.
Menjadikan bangsa Melayu di Singapura tenggelam laksana tenggelamnya kaum Nabi Nuh oleh peristiwa taufan paling besar dalam sejarah manusia yang meranapkan generasi awal zuriat Nabi Adam dan Nabi Nuh menyambung zuriatnya. 
Mereka ditipu oleh para pemimpin supaya menentang Rasul Allah Nabi Nuh AS, menuduh Nabi Nuh bodoh, berpolitik gila kuasa dan sesat padahal mereka menyaksikan benar dan bijaknya Rasul pilihan Allah, namun mereka tidak percaya kepadanya dan amaran Allah yang diberitahu oleh nabinya yang wajib bersifat benar.  
Firman Allah SWT:

فَقَالَ ٱلۡمَلَؤُاْ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَوۡمِهِۦ مَا هَٰذَآ إِلَّا بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُرِيدُ أَن يَتَفَضَّلَ عَلَيۡكُمۡ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَأَنزَلَ مَلَـٰٓئِكَةً مَّا سَمِعۡنَا بِهَٰذَا فِيٓ ءَابَآئِنَا ٱلۡأَوَّلِينَ ٢٤ إِنۡ هُوَ إِلَّا رَجُلُۢ بِهِۦ جِنَّةٞ فَتَرَبَّصُواْ بِهِۦ حَتَّىٰ حِينٖ ٢٥
“Maka, pemuka-pemuka (para pembesar) antara kaumnya menjawab, ‘Orang ini (Nuh) tidak lain hanyalah manusia seperti kamu, yang bermaksud hendak menjadi seorang yang lebih tinggi dari kamu. Dan kalau Allah menghendaki, tentu Dia mengutus beberapa  malaikat. Belum pernah kami mendengar (seruan yang seperti) ini pada masa nenek moyang kami yang dahulu. (24) Dia tidak lain hanyalah seorang laki-laki yang berpenyakit gila, maka tunggulah (sabarlah) terhadapnya sampai suatu waktu’ (25)” [Surah al-Mu’minun: 25-26]
Adapun Melayu mungkin menerima nasib tidak bersambung zuriatnya, laksana kaum Red Indian di benua Amerika dan orang asal di New Zealand dan Australia yang terpinggir di tanah air sendiri. 
(Ikuti selanjutnya, 2024,'Sejarah Singapura yang dibutakan, Batu Puteh yang berputih mata' December 16, ABDUL HADI AWANG Presiden PAS, Bertarikh: 21 Jumada al-Akhirah 1446 / 16 Disember 2024' –HARAKAHDAILY 16/12/2024)


2. Fasa baharu Syria pasca Basyar al-Asad 

Rakyat Syria meraikan berita pemerintahan Bashar Al-Asad telah berakhir.
Ahad, 8 Disember 2024 telah tercatat dalam sejarah “tumbang”nya Damsyik, ibu kota Syria ke tangan kumpulan penentang Basyar al-Asad. Ia juga menandakan berakhirnya pemerintahan keluarga al-Asad ke atas Syria yang bermula dengan Hafiz al-Asad melalui rampasan kuasa pada 13 November 1970.
Berita tumbangnya kerajaan pimpinan Basyar al-Asad telah mengejutkan komuniti dunia dengan kumpulan penentang memulakan serangan ke atas Syria yang berpusat di Aleppo sekitar penghujung November lalu dan hanya mengambil masa tidak sampai 2 minggu untuk sampai serta menawan Damsyik sekaligus menumbangkan rejim Basyar al-Asad.
Kumpulan penentang ini terbahagi kepada dua kumpulan:
1- Syrian Democratic Force (SDF) dan Kurdistan Workers Party (PKK) yang disokong dan mendapat bantuan daripada Barat.
2- Haiah Tahrir al-Syam (HTS) dan Syrian National Army (SNA) di mana kebanyakan daripada ahli kedua-dua kumpulan ini mempunyai latar belakang pemikiran Islam serta didokongi oleh Turkiye.
Serangan mengejut kumpulan penentang Basyar al-Asad ini menimbulkan kegusaran di kalangan banyak pihak apatah lagi ketika ini sedang berlaku perang, baik di Lubnan dan Semenanjung Gaza kerana dikhuatiri ia akan melemahkan rangkaian “Mihwar al-Muqawamah” atau “Axis Of Resistant” yang sedang berhadapan dengan regim Zionis Israel dengan bantuan penuh daripada Barat.
Namun begitu, kelicikan regim Zionis Israel dan Barat untuk menyelinap masuk sekaligus memulakan operasi ketenteraan ke atas Syria melalui SDF dan PKK dalam usaha untuk memecahkan Syria serta menguasai sempadan Syria-Iraq adalah rahsia umum yang sudah terdedah. Bahkan juga ia akan mengancam keselamatan Turkiye yang menjadi sebahagian daripada kerangka besar strategi peluasan negara haram Israel.
Jika kedua-dua kumpulan ini dapat menguasai sempadan Syria-Iraq, ia akan mampu menghalang “jalan utama” bantuan Iran kepada Hizbullah yang melalui Syria seterusnya akan melemah serta melenyapkan rangkaian “Axis of Resistant” di Syria sekaligus mampu menjadikan Syria sebagai “zon pemampan” bagi menjamin keselamatan negara haram Israel.
Dengan HTS dan SNA hanya menguasai Aleppo dan Idlib sahaja di Syria, adalah mustahil untuk menggagalkan rancangan licik regim Zionis Israel dan Barat. Maka untuk menggagalkan rancangan jahat regim Zionis Israel dan Barat, Turkiye melalui proksiya telah melancarkan operasi “Rad’a al-u‘dwaan”.
(Ikuti selanjutnya 'Fasa baharu Syria pasca Basyar al-Asa'  –HARAKAHDAILY 16/12/2024)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Presien PAS buat penjelasan mengenai Tun M bukan penyebab negara hilang Batu Puteh.  

SHAH ALAM - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa negara sudah kehilangan Batu Puteh sebelum bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah Malaysia pada tahun 1981.
Dakwa beliau, wujud surat kenyataan rasmi bertarikh 21 September 1953 kepada Setiausaha Kolonial di Singapura berhubung penyerahan terumbu Batu Puteh kepada Singapura oleh kalangan tertentu yang pendek akal.
Menurutnya, tindakan yang kurang cerdik itu ditutup oleh pembohong dan penipu dengan cara terbuka.
“Ia laksana menudung bangkai dengan tapak tangan kecil bagi menyalahkan Tun Mahathir yang tidak ada kaitan menyerahnya kepada penjajah. “Parlimen ‘diperkudakan’ menjadi penipu secara lakonan dengan memaksa Dr Mahathir menjadi hero dituduh, sedangkan hero sebenar yang menipu berlindung di belakang pentas Parlimen,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Isnin.
Pada 5 Disember lalu, Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam laporan diedarkan kepada ahli Parlimen, mengesyorkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap Dr Mahathir.
Prosiding diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Antarabangsa (ICJ).
Bagaimanapun, Dr Mahathir mempertahankan tindakan tersebut sebagai keputusan bersama atau secara kolektif kesemua anggota Kabinet ketika itu, bukannya keputusan beliau bersendirian. 
Mengulas lanjut, Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, perkara paling menarik dalam hal berkenaan adalah pelakon tambahan terdiri daripada orang Melayu dalam Pakatan Harapan (PH) dan UMNO.
“Adapun DAP yang terkenal lantang bersuara tidak perlu bersuara kerana ada khadamnya.  Nampak tidak setianya kepada negara dan lebih rela kepada negara asing. Tidak mengenang budi diberi kerakyatan walau sifat pendatang yang dibawa masuk oleh penjajah,” ujarnya. (SH)
Al-hamdulillah. Sekian, jumpa lagi di tulisan mendatang.
....


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/12/syria-gaza-spura-batu-putih-putih-mata.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Cagar Kedaulatan Pulau Batu Putih Kepada Singapura

Tun Mahathir Cagar Kedaulatan Pulau Batu Putih Kepada Singapura

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 124 hits
Sham GhazNak tutup semua isu itu maka dibuatnya perjumpaan Hidup Melayu semalam Ini adalah kronologi tuntutan Pulau Batu Putih dari tahun 1979 hingga 2024 yang telah disusun oleh REFORM Tarikh paling sadis adalah 21 Mei 2018 dimana Tun M te...
Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

Pas Munafik Sikap Munafik Pas Terserlah Dalam Isu Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 14/12/2024 - jumlah : 208 hits
Jelas pandangan PAS dalam isu Pulau Batu Putih boleh di anggap tidak berprinsip dan ianya lebih kepada kepentingan mereka Semasa bersama Kerajaan PNkhianat 33 bulan mereka menyokong tindakan yang di ambil kepada PNkhianat sehingga hilangnya...
Batu Puteh Perlanggaran Tatakelola Serius Tun M Wajar Dibicara Faizul Abd Ghani

Batu Puteh Perlanggaran Tatakelola Serius Tun M Wajar Dibicara Faizul Abd Ghani

papar berkaitan - pada 8/12/2024 - jumlah : 143 hits
Aktivis KEADILAN Johor Faizul Abd Ghani mahu mereka yang mengkhianati amanah rakyat dalam kehilangan Batu Puteh kepada Singapura membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad diheret ke muka pengadilan selepas siasatan jenayah d...
Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

Kedaulatan Batu Puteh Tun Mahathir Wan Azizah Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 10/12/2024 - jumlah : 223 hits
Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas Perdana Menteri Anwar Ibrahim berhubung pengendalian pertikaian kedaulatan Batu Puteh Batuan Tengah dan Tubir Selatan dengan berkata keputusan dibuat secara kolektif oleh Jemaah Menteri termasuk isteri ...
Baca Kenyataan Mahazalim Berkaitan Pulau Batu Putih

Baca Kenyataan Mahazalim Berkaitan Pulau Batu Putih

papar berkaitan - pada 19/12/2024 - jumlah : 139 hits
Cuba baca kenyataan Mahathir berkenaan isu Pulau Batu Puteh Katanya 17 Mei 2018 dia diberi berkenaan isu itu oleh Daripada 17 Mei hingga 21 Mei 2018 tu dia dengan sesiapa pun berkenaan isu ni kerana Dia yang kata ni Surat untuk tak teruskan...
Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

Sekeping Surat Boleh Jadi Bukti Pihak Luar Tuntut Hak Kedaulatan Wilayah Negara Rci Batu Puteh

papar berkaitan - pada 5/12/2024 - jumlah : 268 hits
Kehilangan hak ke atas perlu diambil sebagai pengajaran bagi memastikan kelemahan ketidaktelitian dan sikap ambil mudah dalam isu membabitkan kedaulatan negara tidak berulang Ia antara teguran terkandung dalam laporan Suruhanjaya Siasatan D...
Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

papar berkaitan - pada 24/12/2024 - jumlah : 219 hits
1 Situasi Kg Sungai Baru bercanggah usaha warisan Melayu November 26 2024 KUALA LUMPUR Pembangunan Kampung Baru Melayu perlu diberi perhatian serius bagi memastikan warisan dan budaya Melayu terus terpelihara Mohd Hasnizan Harun menyuarakan...
Kid Rock S Net Worth In 2025 A Look At The Insanely Expensive Things He Owns

The Spring Of Malaysia Uae Relations

Penerbangan Dari Klia Ke Narita Airport

Why Outdated Antivirus Software Is A Major Threat To Your Technology Systems

Technology Trends Why It S Time To Replace Your Outdated Antivirus Software

Wanita Ditahan Kerana Memandu Secara Bahaya Cuba Langgar Polis

Kepentingan Id Digital Dalam Menghadapi Masa Depan Berpacukan Ai

Malaysia Truly Asia 2026 What You Need To Know And Why It Matters


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Laporan Produksi Yufid Bulan Desember 2024

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar