Syor Undang Undang Khas Darurat Kekang Propaganda Subversif Antiraja


Athirah Huda ZalheTuduh darurat bersifat politik umpama hina kuasa Agong bawah Perkara 150 BANGI – Wanita Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) mencadangkan supaya satu undang-undang khas darurat diwujudkan demi menjamin keamanan dan keselamatan negara.
Ketua Kluster Wanita PEMBELA, Azlinda Baroni turut menyarankan kerajaan mengembalikan semula Akta Keselamatan Negara Dalam Negeri (ISA), bagi 
mengekang pihak yang cuba menentang pelaksanaan darurat dan mengkucar-kacirkan keadaan.
Beliau berkata, undang-undang khas itu perlu digubal segera bagi menangani situasi yang berunsur subversif sebelum keadaan negara menjadi lebih tidak aman.
“Pendirian saya ialah kekacauan politik sekarang sudah semakin parah dan tidak berpaksi kepada keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang menurut Rukun Negara dan sememangnya telah melanggar asas kenegaraan kita.
“Ditambah dengan ancaman pandemik kepada kesihatan rakyat, maka perlulah institusi diraja kita meneliti kedudukan ini serta menilai semula keberkesanan tampuk pentadbiran negara yang dilepaskan kepada pemain politik tanpa sebarang tanggungjawab di sisi undang-undang Perlembagaan negara.
“Kita tidak mahu situasi seumpama si tikus membaiki labu terus berlaku,” katanya.
Menempelak pihak yang mendakwa pelaksanaan darurat sekadar bersifat politik, beliau menyifatkan andaian itu sebagai tuduhan berat terhadap Yang di-Pertuan Agong dan secara langsung menghina kuasa seri paduka di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
“Tidak ada peruntukan bagi ‘darurat politik’ dalam peruntukan Perkara 150. Yang ada hanya peruntukan darurat ‘… bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam’.
“YDPA mempunyai kuasa khas dan kuasa budi bicara yang diperuntukkan di bawah Perkara 150. Sudah semestinya kuasa khas dan kuasa budi bicara tersebut dilaksanakan berlandaskan laporan-laporan tertentu yang telah disediakan,” katanya.
Pada masa sama, Azlinda turut menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap mereka yang giat menanam persepsi anti-Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan rakyat.
“Pada keadaan seperti ini, dalam keadaan darurat, pihak berkuasa hendaklah melaksanakan tindakan undang-undang dengan serta-merta kepada penghasut dan penyebar fitnah yang memburuk-burukkan dan menghina YDPA dengan segera.
“Kuasa khas YDPA di bawah Perlembagaan Persekutuan bukannya sebarang kuasa yang boleh direndah-rendahkan oleh pihak tertentu atas apa alasan pun,” katanya.
Sebagai negara monarki berperlembagaan, beliau berkata, adalah perbuatan menderhaka yang tinggi bila mana kumpulan tertentu membuat propaganda dan persepsi negatif terhadap Yang di-Pertuan Agong dan kuasa seri paduka.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/syor-undang-undang-khas-darurat-kekang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

Undang Undang Mana Halang Rakyat Rayu Agong Batal Darurat Soal Anwar

papar berkaitan - pada 3/2/2021 - jumlah : 297 hits
Anwar Ibrahim menggesa pimpinan negara tidak menggunakan taktik mengugut mana mana pihak yang merayu Agong membatalkan pelaksanaan darurat PETALING JAYA Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mempersoalkan undang undang mana yang menghalang rakyat...
Undang Undang Akan Dipinda Supaya Lebih Tegas Kekang Covid 19 Termasuk Penjara Tutup Premis

Undang Undang Akan Dipinda Supaya Lebih Tegas Kekang Covid 19 Termasuk Penjara Tutup Premis

papar berkaitan - pada 4/2/2021 - jumlah : 251 hits
PETALING JAYA Kerajaan mahu meminda undang undang bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan yang lebih cepat dan tegas terhadap pelanggaran SOP pencegahan wabak Covid 19 termasuk jenis dan kadar hukuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dalam...
Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

Jangan Jadikan Darurat Satu Isu Bebaskan Malaysia Daripada Covid 19 Dahulu Pakar Undang Undang

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 380 hits
Proklamasi darurat yang diisytiharkan oleh Yang di Pertuan Agong untuk menangani pandemik COVID 19 di negara ini tidak seharusnya dijadikan isu kerana Malaysia bukan satu satunya negara yang melaksanakan perintah itu kata pakar undang undan...
19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Berita Harian

19 Dilantik Anggotai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 Berita Harian

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 430 hits
KUALA LUMPUR Pejabat Perdana Menteri hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 selepas diperkenankan Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah semua bebas kes mahkamah
Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

Awani Ringkas Pasukan Khas Pantau Sop Anwar Darurat Punca Fdi Merosot

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 393 hits
Pasukan khas pantau SOP Anwar Darurat punca FDI merosot SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com ast
Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

Ph Beri Tiga Nama Jawatan Kuasa Khas Darurat

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 370 hits
Pakatan Harapan hari ini menghantar tiga nama untuk menganggotai Jawatankuasa Bebas Darurat yang ditubuhkan bagi menasihati Yang di Pertuan Agong Menurut kenyataan yang dikeluarkan Majlis Setiausaha PH nama nama terebut dihantar oleh Ketua ...
Tidak Perlu Darurat Jika Mahu Pinda Undang Undang

Tidak Perlu Darurat Jika Mahu Pinda Undang Undang

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 273 hits
Alasan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin bahawa proklamasi darurat penting untuk meminda undang undang dipertikaikan oleh banyak pihak Bagi Ahli Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh pindaan akta akta yang disebut dalam perutusan PM semalam ...
Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

Pembangkang Setuju Sertai Jawatankuasa Khas Bebas Darurat Kata Anwar

papar berkaitan - pada 21/1/2021 - jumlah : 397 hits
Adam Abu BakarPETALING JAYA Pengerusi Pakatan Harapan Anwar Ibrahim memaklumkan pembangkang bersetuju menghantar nama tiga wakil bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas bagi mengendalikan pelaksanaan darurat Anwar berkata keputusan itu diamb...
Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

Polis Siasat Anwar Gesa Perisytiharan Darurat Dibatalkan

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 380 hits
January 27 2021 Unit Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman akan mengendalikan kes berhubung kenyataan Anwar Ibrahim PETALING JAYA Polis sedang menyiasat Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berhubung kenyataannya merayu Yang di Pertu...
Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Bandit9 Monaco How An Accomplished Bike Builder Sees The Future Of Evs

Kelebihan Gxbank Berdasarkan Pengalaman Saya

Ketukan Misteri Jam 4 Pagi Gegarkan Penduduk Bertam

Makluman Pelaksanaan Rintis Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran

Pokok Cili Pelangi

Hiburan Macam Makan Bab Makan Piza Jofliam Ramai Netizen Nak Boikot Wany Hasrita

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Perginya Kakak Ipar Yang Ceria Dan Baik Budi Kehilangan Yang Tak Disangka

Legoland Malaysia Christmas 2025 Brick Tacular Holidays Experience With Giant Lego Tree Festive Shows

Membuat Modul Iot Membaca Banyak Device Dengan Rs485

Analisis Dan Sorotan Perlawanan Liga Wanita Nasional 2025 Hari Ini

Pmx Umum Kejayaan Program Budi Madani Ron95 Yang Jimatkan Lebih Rm

Wanita Kongsi Berita Duka Bakal Suami Pergi 8 Jam Sebelum Akad Nikah