Syor 3 Tpm Netizen Hentam Guan Eng Anggap Bazir Duit Negara
Athirah Huda Zalhe 'Masih ingat lagi manifesto bukan kitab suci. Nanti bila memerintah cakap lagi janji dimungkiri'		  			 			BANGI – Malaysia mungkin boleh memiliki tiga Timbalan Perdana Menteri  sekiranya Pakatan Harapan (PH) kembali berkuasa di peringkat  Persekutuan.
Setiausaha  Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, cadangan tiga jawatan Timbalan Perdana  Menteri merangkumi pemimpin dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung boleh  direalisasikan jika PH kembali memerintah negara.
Katanya, menafikan jawatan nombor dua negara itu seolah-olah menafikan hak rakyat dari kedua-dua negeri berkenaan.
“Saya secara  peribadi tiada bantahan jika cadangan demikian. Mengapa setidaknya ada  Timbalan Perdana Menteri dari Sabah dan Sarawak kerana kita semua rakyat  Malaysia,” kata Guan Eng.
Bagaimanapun,  kenyataan Guan Eng itu dikritik rata-rata pengguna maya yang  menyifatkan pelantikan sehingga tiga Timbalan Perdana Menteri sebagai  satu pembaziran.
Malah,  sebahagian netizen juga tidak sanggup lagi kembali ke zaman pemerintahan  kerajaan PH, yang disifatkan ‘mimpi ngeri’ bagi mereka.
“Kalau  wujudkan tiga TPM, kena buat tiga bilik khas. Belum lagi perjawatan  untuk support setiap TPM. Dengan kos renovate tiga bilik, tambah lagi  emolumen geng pejabat TPM, mahu ratus ribu sebulan,” kata Arelong Jmd.
“Masih ingat lagi manifesto bukan kitab suci. Nanti bila memerintah cakap lagi janji dimungkiri,” kata Aprah Hizon.
“Untuk apa?  Meraih undi dan sokongan? Saya dari Sabah tapi tidak bersetuju.  Pembaziran duit rakyat. Hasil tidak ada!,” kata Ramli Osman.
Sebahagian  netizen juga menegaskan bahawa sebarang tawaran yang disebut PH ketika  ini sudah tidak lagi boleh dipercayai, ekoran kegagalan mereka  melunaskannya ketika 22 bulan mentadbir.
“Nak tarik  undi guna isu macam ni. Apasal ada beza-beza Semenanjung dengan Borneo?  Kita satu negara, tak patut wujudkan pemikiran begini. Nak menghasut,”  tulis Muhammad Luqman.
“Inilah  antara watak yang gila kuasa. Dalam saat begini masih bercakap tentang  kuasa. Kami di Sarawak bukan berjuang untuk jawatan tertinggi dalam  kerajaan, tetapi untuk keseimbangan, keselamatan dan kesejahteraan  bukannya dipergunakan untuk tujuan politik seperti kamu,” kata Ajma  Jaya.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://dialograkyat.blogspot.com/2021/09/syor-3-tpm-netizen-hentam-guan-eng.html