Syif 12 Jam Pakai Sut Panas Makan Pun Tak Ini Derita Hari Hari Doktor Melawan Covid 19


Rasanya, majoriti daripada kita tidak tahu bagaimana keadaan sebenar doktor petugas melakukan saringan ke atas pesakit wabak COVID-19 atau koronavirus
Mungkin ramai yang membayangkan makmal berhawa dingin serba canggih serba moden, lengkap dengan kemudahan-kemudahan perubatan yang paling sofistikated, malah anggotanya dibarisi oleh doktor-doktor terhebat yang sudah berpengalaman dalam bidang perubatan.
Image via Jabatan Penerangan Malaysia
Bayangan itu bagaimanapun tidak tepat. Kebanyakan saringan wabak COVID-19 sebenarnya dilakukan di khemah saringan yang dipacak di luar bangunan hospital.
Ini bermakna khemah saringan berkenaan terletak terus di bawah panas matahari dan langsung tidak berhawa dingin, dan doktor petugas hanya boleh bergantung kepada beberapa buah kipas yang disediakan.
Beginilah situasi sebenar khemah saringan wabak COVID-19 di Hospital Serdang:
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Bayangkan bekerja dalam keadaan panas sebegitu selama 12 jam sambil memakai sut PPE (personal protective equipment) tanpa sempat menjamah makanan langsung
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Inilah derita yang diharungi oleh doktor-doktor petugas di khemah saringan wabak COVID-19 setiap hari seperti yang dikongsi oleh Dr Ferwahn Fairis di Facebook.
Menerusi tulisannya, saringan ini dilakukan secara terperinci sehingga prosedur pemakaian dan penanggalan sut PPE juga perlu dilakukan mengikut turutan yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau terhidu titisan virus COVID-19 yang berpotensi terlekat pada pakaian mereka.
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Selain itu, doktor-doktor petugas juga menderita daripada beban pesakit yang ramai, durasi proses saringan yang lama sehingga memakan masa 45 minit seorang, kekurangan kakitangan, persekitaran tempat kerja yang tidak ideal, dan macam-macam lagi.
“Dah makan dah?”
“Tak sempat lagi doktor.”
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Dr Ferwahn menambah walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 petang, doktor-doktor petugas di khemah saringan tidak sempat langsung menyentuh hidangan makan tengahari yang disediakan oleh dapur hospital kerana terlalu sibuk melakukan saringan.
Malah, mereka langsung tiada masa untuk melakukan perkara lain kerana mereka bekerja tanpa henti selama 12 jam menyaring pesakit PUI (Person under Investigation). Dari pukul 8 pagi sehinggalah 8 malam, mereka akan terus melihat pesakit sebelum syif bertukar.
Baca status penuh Dr Ferwahn Fairis di bawah:
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
OUR BATTLE AGAINST COVID-19

“Dah makan dah?” tanya kami kepada salah seorang doktor petugas di khemah saringan wabak Covid-19.

“Tak sempat lagi doktor..” jawabnya.

Jam telah menunjukkan pukul 3 petang. Ada tujuh lagi orang yang belum disaring, manakala 16 telah berjaya disaring.

Petugas kami masih belum sempat sentuh makan tengahari yang disediakan dapur hospital. Kenapa iye?

Selain dari beban pesakit yang ramai, durasi untuk proses saringan seorang pesakit boleh mengambil masa sehingga 45 minit, petugas perlu menyalin PPE mereka (personal protective equipment seperti mask, double gloves, face shield, Apron, etc) untuk SETIAP pesakit yg disaring.

Manakala, pemakaian dan penanggalan PPE pula perlu dilakukan dengan ‘sequence’ yang tertib untuk mengelakkan petugas tersentuh atau menghidu droplet Covid-19 yang berpotensi terlekat pada PPE mereka.

Beginilah keadaan senario yang berlaku di khemah saringan setiap hari.
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Doktor, misi, MA dan Atendan Kesihatan kami bekerja tanpa henti menyaring pesakit PUI (Person under Investigation).

Mereka mula bertugas pada pukul 8 pagi tadi, dan akan terus melihat pesakit hingga 8 malam sebelum syif bertukar . Syif mereka adalah 12 jam.

Kenapa 12 jam? Kerana setakat ini, jumlah ‘pool’ kumpulan doktor yang telah dilatih agak kecil dan jumlah ini masih belum membenarkan syif selama 8 jam dilaksanakan (3 syif/hari). Tidak lama lagi, jumlah ini akan bertambah dari 26 orang hingga 40+, setelah doktor yang direkrut dari semua jabatan dan unit lain di hospital melengkapkan modul latihan yang telah ditetapkan. Begitu juga misi, MA dan Atendan.

Cuba tuan-puan amati gambar layout khemah saringan.

Perlu kami perjelaskan bahawa ruang saringan perlu dipisahkan dari ruang klinikal jabatan kecemasan (Emergency Department, ED). Ini adalah untuk mengelakkan pesakit rutin ED bercampur dengan PUI dan seterusnya menghadkan penularan wabak di ED.

Dan kita perlu faham yang ED kami tetap menerima kes kecemasan seperti biasa (statistik 2017 menunjukkan sejumlah 130,000 pesakit menerima rawatan di ED ya).

Maka di atas sebab ini, dan juga akibat kekangan ruang, lokasi khemah saring terpaksa diletakkan di luar ED berdekatan dengan bilik dekontaminasi.

Jadi, petugas saringan kami, yang lengkap memakai PPE yang berlapis-lapis, terpaksa bekerja di luar bangunan hospital. Unit OSH kami telah mengukur suhu di khemah dan mendapati ianya boleh mencapai 33-35 darjah celcius!

Ini bermakna petugas kami terdedah kepada ‘heat stress’.

Menyedari ini, pihak pengurusan sedang bertungkus lumus mencari portable A/C untuk diletakkan di khemah. Namun ianya perlu diletak di lokasi yang betul untuk mengelakkan potensi droplet dari PUI Covid-19 dari merebak ke kawasan sekeliling.
Image via Ferwahn Fairis / Facebook
Begitulah pelbagai cabaran yang dihadapi oleh pasukan petugas kami.

Beban kerja yang tinggi, waktu bekerja yang panjang, dan persekitaran tempat kerja yang tidak ideal. Inilah pengorbanan yang terpaksa dilakukan demi menjaga kesejahteraan dan kesihatan kita semua.

Oleh itu, kami amat berharap tuan puan untuk memberikan kerjasama dan sokongan kepada petugas kami. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak membantu masyarakat memahami apa yang berlaku di khemah saringan Covid-19 di hospital-hospital sekitar Lembah Klang kini.
P/s: Kudos kepada rakan kami di Hospital Sungai Buloh dan HKL yang merupakan ‘Admitting hospitals’ yang berhadapan dengan cabaran yang lebih besar merawat pesakit Covid-19 yang telah kami saring dan hantar kepada mereka!
Allahu, besar sungguh pengorbanan doktor-doktor petugas demi kesejahteraan rakyat Malaysia
Semoga urusan mereka dipermudah dan semoga mereka diberi kekuatan untuk mengharungi pertempuran ini. Kamu semua adalah wira kami!
Steady!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://malaysiastream.com/syif-12-jam-pakai-sut-panas-makan-pun-tak-ini-derita-hari-hari-doktor-melawan-covid-19/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terkini Covid 19 3 Kes Baru Termasuk 1 Kes Import Hari Ini Kesemua Libatkan Warganegara

Terkini Covid 19 3 Kes Baru Termasuk 1 Kes Import Hari Ini Kesemua Libatkan Warganegara

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 313 hits
Putrajaya 29 Jun Kementerian Kesihatan mengesahkan hanya tiga kes baru positif COVID 19 direkodkan di Malaysia hari ini Sehingga 29 Jun jam 12 tengah hari terdapat 3 kes baru dilaporkan menjadikan kes positif COVID 19 8 637 kes kata Ketua P...
Cara Pakai Topeng Muka Kain Dengan Betul Dan Selamat Di Musim Covid 19

Cara Pakai Topeng Muka Kain Dengan Betul Dan Selamat Di Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 925 hits
Ingat lagi masa mula mula pandemik COVID 19 mula menular bulan March yang lepas Masa tu segala jenis topeng muka laris macam pisang goreng panas Pantang letak semua habis Laku dipasaran Dan disaat saat semua orang memerlukan topeng muka mun...
Covid 19 Enam Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

Covid 19 Enam Negeri Catat Pertambahan Kes Baharu Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 249 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu perkongsian di akaun Twitter rasminya telah mengeluarkan maklumat berkenaan negeri yang mencatatkan pertambahan kes setakat 18 Jun 2020 jam 12 tengah hari Menerusi data bilangan pecahan kes haria...
Pegawai Penyiasat Pakai Sut Ppe Ketika Siasat Kemalangan Maut

Pegawai Penyiasat Pakai Sut Ppe Ketika Siasat Kemalangan Maut

papar berkaitan - pada 20/6/2020 - jumlah : 640 hits
KUALA LUMPUR 19 Jun Polis Diraja Malaysia memperkenalkan pemakaian sut peralatan perlindungan diri kepada pegawai penyiasat yang menjalankan siasatan berkaitan kemalangan maut di lebuh raya Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafi...
Tudia Padah Anjur Parti Hari Lahir Anak 17 Tetamu Dijangkiti Covid 19

Tudia Padah Anjur Parti Hari Lahir Anak 17 Tetamu Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 483 hits
Padah anjur parti hari lahir anak 17 tetamu dijangkiti Covid 19Sehingga kini 17 individu dari parti itu disahkan positif Covid 19 BIARPUN kes Covid 19 masih belum berakhir ramai yang degil dan enggan mengikuti segala saranan kerajaan Terbah...
Tiada Zon Merah Covid 19 Hari Ini Berbanding 1 Semalam Kkm

Tiada Zon Merah Covid 19 Hari Ini Berbanding 1 Semalam Kkm

papar berkaitan - pada 29/6/2020 - jumlah : 304 hits
Putrajaya 29 Jun Tiada zon merah COVID 19 direkodkan hari ini berbanding satu zon semalam Dalam kemaskini di laman Twitter Kementerian Kesihatan menyatakan satu satunya zon merah dicatatkan semalam iaitu daerah Rembau Negeri Sembilan kini b...
Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid 19 Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin

Bahana Turutkan Kemahuan Keluarga Lebih 100 Tetamu Dijangkiti Covid 19 Pengantin Lelaki Maut Selepas 2 Hari Berkahwin

papar berkaitan - pada 4/7/2020 - jumlah : 270 hits
Perkahwinan yang diimpikan dilaksanakan besar besaran terpaksa dibatalkan kerana wabak Covid 19 Sudah pasti bajet kahwin tinggi dikeluarkan tak hairan jika ada yang sanggup pentingkan diri demi tidak mahu rugi Apa yang menyedihkan bukan saj...
333 Sembuh Covid 19 Hari Ini Jumlah Tertinggi Sejak Pkp

333 Sembuh Covid 19 Hari Ini Jumlah Tertinggi Sejak Pkp

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 496 hits
333 sembuh COVID 19 Hari ini jumlah tertinggi sejak PKPKetua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Foto BERNAMACOVID 19 333 kes pulih jumlah tertinggi sejak PKPSebanyak 333 kes pulih daripada jangkitan COVID 19 dilaporkan hari in...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon