Syed Saddiq Tunjuk Ajar Pn


 
Dibandingkan dengan anggota bukan penyokong kerajaan antaranya Hamzah Zainudin, Takiyuddin Hassan dan Shahidan Kassim, ternyata Syed Saddiq Syed Abdul Rahman lebih kental dari segi perancangan dan gerak kerja.
Sanggup berlari 200km selain mengetepikan ego diri, Ahli Parlimen Muar itu menyerlahkan kualiti lebih mendahulukan rakyat di kawasannya.
Perikatan Nasional (PN) selaku pembangkang di Dewan Rakyat bagaimanapun tidak boleh mendakwa beliau sebahagian daripada mereka.
Selepas mengumumkan menarik balik sokongannya kepada kerajaan perpaduan pada 10 Sept tahun lalu, Syed Saddiq tidak menyertai PN melainkan jadi pembangkang kuasa ketiga sebagai wakil rakyat bebas.
Ia bukannya tanpa implikasi apabila bekas presiden Muda itu mendakwa peruntukan yang sepatutnya diterima bagi kegunaan kawasannya ditarik balik seperti disahkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) di bawah Jabatan Perdana Menteri selepas tidak lagi menyokong kerajaan.
Ini disusuli tindakannya memfailkan permohonan kebenaran untuk mendapatkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 April lalu berhubung tindakan pemberhentian peruntukan RM4 juta untuk Parlimen Muar tahun ini. Mahkamah menetapkan 18 Nov ini untuk keputusan permohonan berkenaan.
Mudah berputus asa juga bukan perwatakan Syed Saddiq – seperti dibuktikannya dalam larian ‘Langkah Muar’ sejauh 200km pada akhir Jun lalu. Tidak melakukan apa-apa juga bukan pilihan buatnya.
Berbanding wakil pembangkang yang hanya banyak beretorik, tiga kali rundingan diadakan Syed Saddiq dengan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasannya.
Berlawan dengan kepenatan, sakit-sakit badan dan kekejangan otot, Syed Saddiq berjaya meraih sumbangan RM160,000 daripada lebih 2,000 penyumbang selepas tiga hari berlari dari Muar hingga ke bangunan Parlimen yang tamat 1 Julai lalu bagi tujuan mengutip dana RM100,000 untuk Pusat Khidmat Muar menggerakkan operasi membantu rakyat.
Kecuali hanya menyambut Syed Saddiq di penghujung lariannya di bangunan Parlimen, wakil pembangkang tidak pun melakukan lebih daripada itu.
Sebaliknya, PN sebulat suara menolak dua draf cadangan memorandum persefahaman (MoU) daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang.
Hamzah selaku ketua pembangkang pada 15 Sept lalu mendakwa cadangan MoU itu bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan nilai budaya, moral serta agama, selain boleh disalah tafsir dan salah guna kuasa serta mengongkong kebebasan.
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin malah mengandaikan ‘identiti yang lain’ seperti syarat ke-10 dalam MoU itu membawa elemen bertentangan nilai moral serta agama yang dirujukkannya kepada lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Ini menyusuli kenyataan Takiyuddin selaku ketua whip PN dua minggu sebelum itu yang mendakwa terdapat tujuh syarat dikenakan kerajaan perpaduan yang perlu dipenuhi Ahli Parlimen pembangkang bagi membolehkan mereka mendapat peruntukan sebagaimana dituntut.
Syarat berkenaan meliputi pengisytiharan harta, sokongan kepada kerajaan hingga tamat penggal Parlimen Ke-15, serta perkara berkaitan bangsa, agama dan raja (3R), yang didakwa Takiyuddin ada antaranya pelik serta tiada kena-mengena dengan peruntukan yang dituntut.
Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada 9 Julai lalu dipetik berkata isu agihan peruntukan kepada ahli Parlimen pembangkang tidak seharusnya menjadi isu rumit untuk diselesaikan kerana ia membabitkan syarat asas dan proses biasa dalam mana-mana rundingan serta amalan demokrasi.
Namun, Muhyiddin pada 20 Sept lalu menutup sebarang rundingan lanjut apabila menyatakan pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang cadangan baharu berkaitan draf MoU itu, sebaliknya bertegas bahawa mereka tetap dengan keputusan menolaknya kerana kononnya bertentangan dengan perlembagaan dan sifat murni rakyat Malaysia.
Lalu bukan menghairankan apabila Dr Zaliha Mustafa pada 15 Okt mendedahkan bahawa hanya Syed Saddiq memberi maklum balas rasmi berhubung draf MoU itu sambil turut memohon beberapa pengubahsuaian.
Ini memungkinkan hanya beliau akan menerima peruntukan.
Hairannya Shahidan – antara yang turut bersetuju sebulat suara menolak draf MoU itu pada awalnya – mengusulkan dalam sesi Kamar Khas Dewan Rakyat 15 Okt lalu supaya kerajaan mengkaji semula draf berkenaan. Tidakkah wakil Arau itu mengingkari pendirian Muhyiddin?
Begitupun, seperti kata menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) itu, tiadanya sebarang maklum balas rasmi diterima daripada wakil pembangkang lain adalah petunjuk rundingan lanjut sudah terhenti sambil kerajaan juga tiada sebab untuk meneruskannya.
Apa kata Syed Saddiq? Sikap berbeza dengan PN dalam isu peruntukan wakil rakyat pembangkang diambilnya demi menjaga kebajikan masyarakat di kawasannya.
Ia boleh saja ditafsirkan sebagai sindiran kepada PN di bawah pentadbiran Muhyiddin yang dilihat angkuh kerana enggan berunding selain mendahulukan diri mereka sendiri berbanding pengundi yang mereka wakili.

Selagi baik dan memastikan kebajikan rakyat di Parlimen terbela dan terjaga… perkara ini saya konsisten perjuangkan. Tak adil kalau suarakan sama ketika pentadbiran Muhyiddin dan Ismail (Sabri Yaakob) tetapi bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim saya ambil pendirian berbeza, katanya kepada FMT pada Sabtu.
Malah, beberapa syarat dalam MoU kerajaan turut dipersetujuinya termasuk berkaitan pengisytiharan harta yang dapat membantunya kekal memainkan peranan semak dan imbang – antara perkara yang dibantah pembangkang.
Dalam memutuskan demikian, Syed Saddiq menyerlahkan dirinya sebagai wakil rakyat berjiwa besar berbanding ahli Parlimen PN yang hanya bercakap mengutamakan kepentingan rakyat yang mereka wakili tetapi tindakan mereka tidak pun demikian.
Barangkali mereka mengharapkan Anwar ada menyelitkan peruntukan buat pembangkang ketika membentangkan Belanjawan 2025 Jumaat lalu. Jika benar, ternyata mereka hanya berangan-angan.

Apa saya peduli projek kepada Ahli Parlimen. Saya peduli projek kepada rakyat. Kata-kata Anwar itu dalam Himpunan Keadilan ‘Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ di Stadium Axiata, Bukit Jalil, 9 Julai lalu, harus terus terngiang-ngiang. - FMTArtikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2024/10/syed-saddiq-tunjuk-ajar-pn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Syed Saddiq Crashes Into Fallen Tree Branch In Langkawi

Syed Saddiq Crashes Into Fallen Tree Branch In Langkawi

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 150 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has sustained injuries after his bicycle crashed into a fallen tree branch during the Ironman Malaysia Championship on Saturday According to Sinar Harian the incident occurred while Syed Saddiq 31 was p...
Only Syed Saddiq Responded To Mou On Opposition Allocations Says Minister

Only Syed Saddiq Responded To Mou On Opposition Allocations Says Minister

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 147 hits
Federal territories minister Dr Zaliha Mustafa said there is no reason for the government to resume negotiations on the MoU as the opposition rejected it without any official feedback KUALA LUMPUR Only Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman ...
Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal Syed Saddiq Teruskan Ironman Malaysia Hingga Penamat

Walaupun Cedera Langgar Dahan Pokok Ketika Berbasikal Syed Saddiq Teruskan Ironman Malaysia Hingga Penamat

papar berkaitan - pada 13/10/2024 - jumlah : 159 hits
Meskipun tercedera Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tetap meneruskan ketiga tiga disiplin dalam acara di kejohanan Ironman Malaysia dalam kesakitan Syed Saddiq menghabiskan berenang sejauh 3 8 kilometer berbasikal sejauh 180...
Don T Be A Spoilsport Syed Saddiq

Don T Be A Spoilsport Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 25/10/2024 - jumlah : 117 hits
By right if you belong in the top 15 percent household of a country you should not be interested in engaging in a class war with the working class over things like the humble petrol and rice subsidy any more than a top grade fighter jet wil...
Why Mention T15 If Definition Not Finalised Says Syed Saddiq

Why Mention T15 If Definition Not Finalised Says Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 21/10/2024 - jumlah : 185 hits
Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said the government should not make premature announcements in the budget as people s lives are at stake PETALING JAYA Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman has questioned why the T15 income group was m...
Pengikut Syiah Sentiasa Di Ajar Agar Menipu

Pengikut Syiah Sentiasa Di Ajar Agar Menipu

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 107 hits
Fahaman Syiah sebenarnya sudah sangat lama bertapak di Malaysia Namun kehadirannya kurang dipedulikan kerana ia menular perlahan lahan malah metadologi penyebarannya sendiri sememangnya dilakukan secara halus Buktinya video di bawah yang su...
Guru Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Tiada Niat Menunjuk Cuma Jalankan Tanggungjawab

Guru Bukan Islam Ajar Tulisan Jawi Tiada Niat Menunjuk Cuma Jalankan Tanggungjawab

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 160 hits
Seorang guru bukan Islam ajar tulisan jawi di sekolah telah menarik perhatian ramai apabila dilihat mahir dan tidak kekok sewaktu menyampaikan ilmu tersebut kepada para pelajarnya Menerusi video yang dikongsi seorang guru dikenali sebagai L...
Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna Ot Kongsikan Tipnya

Ajar Anak Mewarna Nak Pakai Crayon Atau Pensil Warna Ot Kongsikan Tipnya

papar berkaitan - pada 14/10/2024 - jumlah : 128 hits
Aktiviti mewarna sememangnya aktiviti yang cukup mudah namun cukup bermanfaat untuk anak anak kita Melalui aktiviti ini anak dilatih untuk memegang pensil dengan baik dan melatih kekuatan tangan selain tahap fokus yang baik pada anak anak A...
Siapa Ajar Cuti Jumaat Dasar Islam

Siapa Ajar Cuti Jumaat Dasar Islam

papar berkaitan - pada 10/10/2024 - jumlah : 226 hits
Cuti Jumaat tu dasar Islam Siapa ajar Cuba dengar ni apa cakap Guane boh Raja Gelap II
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game