Syed Saddiq Mastermind Pecah Amanah Dana Armada Pendakwaan


 

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan Putrajaya pada 11 Disember 2025. Foto Faiz Alif Zubir
PUTRAJAYA, 11 Dis – Pihak pendakwaan hari ini berhujah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman adalah dalang atau ‘mastermind’ dalam perlakuan pecah amanah jenayah dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin ketika berhujah, Mahkamah Rayuan juga telah gagal melihat setiap keterangan mengikut kronologi kes sekali gus tidak dapat menilai kesemua keterangan secara objektif dan menyeluruh.
“Apabila Mahkamah Rayuan gagal melihat keterangan mengikut kronologi kes, berlakunya pemutusan rantaian keterangan yang relevan sedangkan kesemua keterangan itu menjurus kepada kesalahan persubahatan. Syed Saddiq telah memberikan arahan untuk mengeluarkan wang milik Armada disebabkan alasan-alasan yang jahat dan tidak jujur.
Syed Saddiq tiba di Istana Kehakiman Mei lalu untuk pendengaran rayuan hari kedua terhadap sabitan dan hukuman bagi empat pertuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana ARMADA. Foto Bernama“Malah, keterangan saksi ke-13, bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali, menunjukkan dengan jelas bahawa beliau tidak akan mengeluarkan wang tersebut sekiranya tidak menerima arahan daripada Syed Saddiq,” kata Wan Shaharuddin.
Berhujah lanjut, Wan Shaharuddin berkata, Mahkamah Rayuan terdahulu gagal menilaikan keseluruhan keterangan yang memihak kepada pendakwaan apabila dari awal telah bertindak membuat suatu inferens yang tidak berlandaskan kepada keterangan dengan membuat dapatan bahawa saksi utama pendakwaan ke – 13 (SP13) telah memberikan keterangan untuk menenangkan hati (appease) pihak SPRM dan menyesuaikan (tailored) kepada kehendak SPRM.
“Ini merupakan suatu allegations yang amat serius oleh Mahkamah Rayuan apabila membuat inferens yang tidak berlandaskan undang-undang apabila mengatakan keterangan SP13 adalah untuk menyesuaikan (tailored) kepada versi pihak pendakwaan,’ katanya.
Kenyataan media Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membebaskan Syed Saddiq pada 26 Jun 2025. Foto AGCBerhujah lanjut, Wan Shaharuddin memberitahu Mahkamah Rayuan tidak boleh pick and choose (ambil dan pilih) keterangan apa yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai di dalam membuat keputusan Mahkamah Rayuan untuk membebaskan Syed Saddiq.
“Mahkamah Rayuan mengambil langkah untuk memilih keterangan yang memihak responden sahaja dan hanya memilih hujahan peguambela pihak responden sahaja dalam membuat keputusan.
“Adalah hujahan kami apabila Mahkamah Rayuan sepatutnya pertimbangkan kesemua keterangan pihak pendakwaan yang ada dalam rekod-rekod rayuan dan bukannya melakukan pemilihan keterangan yang Mahkamah Rayuan rasa perlu dan sesuai diambil kira,” tegasnya.
Syed Saddiq disabit dengan empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang. Foto ArkibDalam isu lain, Wan Shaharuddin berkata, panel Mahkamah Rayuan sepatutnya melihat keterangan tiga saksi pendakwaan terbabit yang menyatakan mereka tiada motif untuk mengenakan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.
Mereka adalah pemilik sebuah syarikat pembekalan pakaian dan aksesori, Muhammad Naqib Ab Rahim, 32; bekas EXCO Armada, Abdul Hannaan Khairy; bekas Penolong Setiausaha Armada Ahmad Redzuan Mohamed Shafi; dan bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.
“Saksi pendakwaan ini adalah rakan Syed Saddiq dan menyatakan bahawa mereka tiada motif untuk mengenakan dan ‘menambah perencah’ dalam keterangan mereka. Jika hendak menyatakan semua ini sudah diatur, kena tunjukkan ada perbalahan. Ketika diperiksa balas, Syed Saddiq sendiri menyatakan hubungan dengan saksi adalah baik.
Syed Saddiq didapati bersalah pada November 2023 atas pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah dana Pemuda Bersatu lebih RM1 juta.“Malah sebelum perbicaraan di Mahkamah Tinggi, saksi pendakwaan iaitu Rafiq datang bertemu Syed Saddiq untuk memperagakan baju Melayu,” katanya.
Prosiding berhubung pembebasan Syed Saddiq, 33, di Mahkmah Persekutuan di hadapan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Abu Bakar Jais yang mengetuai panel tiga hakim bersambung lagi esok.
Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Che Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/12/syed-saddiq-mastermind-pecah-amanah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Abu Bakar Jais Leads Bench In Prosecution S Appeal Against Syed Saddiq S Acquittal

Abu Bakar Jais Leads Bench In Prosecution S Appeal Against Syed Saddiq S Acquittal

papar berkaitan - pada 11/12/2025 - jumlah : 143 hits
Justices Ruzima Ghazali and Collin Lawrence Sequerah who were elevated to the Federal Court last week are also hearing the appeal Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman arriving at the Federal Court in Putrajaya this morning PUTRAJAYA Justic...
Syed Saddiq Acquitted Due To Mistaken Charge Analysis Prosecution

Syed Saddiq Acquitted Due To Mistaken Charge Analysis Prosecution

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 102 hits
The misanalysis of Section 403 of the Penal Code by the Court of Appeal has led to Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s acquittal from a funds misappropriation charge in June this year the Federal Court heard today Deputy public prosecutor Ahmad...
Aku Marah Sebab Aku Jaga Amanah

Aku Marah Sebab Aku Jaga Amanah

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 186 hits
Aku Marah Sebab Aku Jaga Amanah Orang selalu salah faham marah aku Mereka fikir aku cuba tunjuk hebat Mereka fikir aku sengaja nak meninggikan suara Sedangkan hakikatnya aku cuma jaga amanah yang banyak orang anggap ringan Dalam kerja aku b...
Dana Kecemasan Berapa Banyak Dianggap Cukup

Dana Kecemasan Berapa Banyak Dianggap Cukup

papar berkaitan - pada 6/12/2025 - jumlah : 119 hits
Dalam dunia kewangan peribadi tidak ada perkara yang lebih penting daripada memiliki dana kecemasan sebagai benteng kewangan menghadapi keadaan tidak dijangka Ramai orang beranggapan simpanan biasa sudah memadai sedangkan realitinya dana ke...
Katanya Penerima Dana Tak Dapat Payment Dah La Kiki

Katanya Penerima Dana Tak Dapat Payment Dah La Kiki

papar berkaitan - pada 29/11/2025 - jumlah : 116 hits
Shamsul Iskandar Albert Tei Kena Reman SPRMBekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing diiring pegawai SPRM untuk permohonan reman...
Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai

papar berkaitan - pada 12/12/2025 - jumlah : 116 hits
Pendakwaan Tarik Balik Rayuan Rosmah Kekal Bebas Tuduhan Pengubahan Wang Haram Elak Cukai KUALA LUMPUR 11 Dis Pihak pendakwaan menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Datin Seri Rosmah Ma...
Suara Rakyat Amanah Besar Terajui Sabah Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji

Suara Rakyat Amanah Besar Terajui Sabah Pm Anwar Ucap Tahniah Kepada Hajiji

papar berkaitan - pada 30/11/2025 - jumlah : 154 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas mandat baharu untuk menerajui pembentukan Kerajaan Negeri Dalam kenyataan yang dikongsikan di Facebook beliau menegask...
Tak Mampu Shamsul Iskandar Bayar Ikat Jamin Rm150 000 Guna Kutipan Dana Penyokong

Tak Mampu Shamsul Iskandar Bayar Ikat Jamin Rm150 000 Guna Kutipan Dana Penyokong

papar berkaitan - pada 4/12/2025 - jumlah : 122 hits
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar tekad mahu bersihkan namanya menerusi undang undang tanpa kompromi Menurut laporan Harian Metro Shamsul berkata beliau memberi kerjasama yang baik kepada Suruhanjaya...
Kabinet Baru Kerajaan Madani 2026 Senarai Nama Jawatan

Hati Hati Nanti Da Yang Sailang Jadi Wakil Rakyat

Woit Modal Dah Habis Ke

Rm10 Million And Counting Why Papa Zola The Movie Resonates

Albert Wants Footage Released After Cops Say No Evidence Of Gun Pointing

Seoarang Lelaki Maut Selepas Kereta Yang Dipandu Terbabas Terputus Dua Akibat Rempuh Pokok Sawit Di Felda Jengka 11

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kasut Sekolah Pallas Pilihan Nombor 1 Pelajar Malaysia

Asal Usul Masjid Al Jin Atau Al Haras Kisah Pengislaman Jin

Info Mengenai Tayar Baru Harus Anda Ketahui

9 Mitos Misteri Kembangnya Bunga Bakawali

Yummy Beef Chuck Roast Recipe Uk

Buah Atau Sayur Kakrol Nampak Pelik