Syed Saddiq Lepas Dan Bebas Daripada Hukuman Penjara Tujuh Tahun Dua Sebatan Dan Denda Rm10 Juta




PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini, hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta bagi empat pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada).
Keputusan sebulat suara itu diputuskan panel tiga hakim Mahkamah Rayuan, iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin.
Panel tiga hakim itu membuat keputusan sedemikian selepas membenarkan rayuan Syed Saddiq selaku perayu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman oleh Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Pihak pendakwaan gagal membuktikan bersubahat walaupun dalam kes prima facie.
"“Tindakan menyuruh, mengarahkan, atau memerintahkan seseorang untuk mengeluarkan wang tidak boleh dianggap sebagai pelupusan wang. Perbuatan mengeluarkan wang itu sendiri tidak memenuhi elemen actus reus (perlakuan fizikal jenayah),” kata hakim Datuk Noorin semasa membacakan hujahannya.
Prosiding hari ini dikendalikan oleh peguam bela Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Syed Saddiq selaku perayu serta Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Farah Ezlin Yusop Khan.
Pada 9 November 2023, Syed Saddiq memfailkan rayuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan serta denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas didapati bersalah atas empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada.
Syed Saddiq, 32, didakwa bersubahat bersama bekas Penolong Bendahari ARMADA, Rafiq Hakim Razali, yang diamanahkan dengan dana ARMADA berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu.
Perbuatan terbabit didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2, di sini pada 6 Mac 2020.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri, iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang berkenaan.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu didakwa melakukan perbuatan terbabit di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, di sini antara 8 hingga 21 April 2018 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dengan sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.
Syed Saddiq juga berdepan dua pertuduhan membabitkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram, iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, hasil daripada aktiviti haram.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Bagi kesalahan itu, hukuman diperuntukkan mengikut Seksyen 4(1) akta sama, iaitu penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram, jika sabit kesalahan. #AstroAwani
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2025/06/mahkamah-rayuan-hari-ini-melepas-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Terkini Syed Saddiq Bebas Tuduhan Ketepi Hukuman Penjara 7 Tahun 2 Sebatan

Hiburan Terkini Syed Saddiq Bebas Tuduhan Ketepi Hukuman Penjara 7 Tahun 2 Sebatan

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 150 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini telah melepas dan membebaskan Syed Saddiq daripada sabitan dan hukuman penjara tujuh tahun serta dua sebatan atas kesalahan pecah amanah salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan...
Syed Saddiq Bebas Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

Syed Saddiq Bebas Tuduhan Rasuah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 124 hits
Shakira BuangMahkamah Rayuan hari ini sebulat suara membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua sabitan dan hukuman melibatkan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah jenayah salah guna harta dan pengubahan w...
Mahkamah Tinggi Kuantan Kekalkan Hukuman Penjara Terhadap Peneroka Felda Dan Dua Individu

Mahkamah Tinggi Kuantan Kekalkan Hukuman Penjara Terhadap Peneroka Felda Dan Dua Individu

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 133 hits
KUANTAN Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan sabitan bersalah terhadap seorang peneroka Felda berusia 63 tahun dan mensabitkan dua lagi individu berhubung kesalahan memperdaya seorang ahli perniagaan sehingga kerugian RM66 300 Hakim...
Mengaku Bawa Balik R Gol Wanita Jumpa Di Bar Taeil Dikenakan Hukuman Penjara 7 Tahun

Mengaku Bawa Balik R Gol Wanita Jumpa Di Bar Taeil Dikenakan Hukuman Penjara 7 Tahun

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 119 hits
Selepas hampir setahun kes dibicarakan ada perkembangan terbaru mengenai kes Tae il Artikel Berkaitan Menurut laporan pada 18 Jun Tae il mengakui semua tuduhan merogol yang dibuat ke atasnya pada perbicaraan pertama atas pertuduhan melangga...
Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

Penipuan Sekuriti Bekas Pegawai Bank Pelaburan Dipenjara 2 Tahun Denda Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 1/7/2025 - jumlah : 216 hits
Penipuan sekuriti Bekas pegawai bank pelaburan dipenjara 2 tahun denda RM1 juta Foto hiasan KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai bank pelaburan hari ini dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM1 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi k...
Dua Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Mencuri Tandas Emas

Dua Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Kerana Mencuri Tandas Emas

papar berkaitan - pada 14/6/2025 - jumlah : 171 hits
AFPJames Sheen dan Michael Jones dipenjarakan kerana mencuri tandas emas 18 karat karya seni yang berfungsi sepenuhnya dari Istana Blenheim Britain tempat kelahiran Perdana Menteri Britain semasa perang Sir Winston Churchill Foto AGENSILOND...
Syed Saddiq Dibebaskan Mahkamah Rayuan Isu Graft Rm1 2 Juta Diselesaikan

Syed Saddiq Dibebaskan Mahkamah Rayuan Isu Graft Rm1 2 Juta Diselesaikan

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 162 hits
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini melepas dan membebaskan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua pertuduhan rasuah dan pengubahan wang haram berjumlah RM1 2 juta yang dikaitkan dengan akaun Armada Bersatu 2018 Pane...
Ronaldo Cipta Rekod Kontrak Paling Lumayan Dalam Sejarah Sukan Gaji Cecah Rm2 83 Juta Sehari Rm2 86 Bilion Dua Tahun

Ronaldo Cipta Rekod Kontrak Paling Lumayan Dalam Sejarah Sukan Gaji Cecah Rm2 83 Juta Sehari Rm2 86 Bilion Dua Tahun

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 193 hits
RIYADH Cristiano Ronaldo menandatangani kontrak paling lumayan dalam sejarah sukan dengan perjanjian baharu bernilai 492 juta pound untuk tempoh dua tahun Legenda Portugal berusia 40 tahun itu akan kekal bersama Al Nassr untuk tempoh dua ta...
Keadilan Ditegakkan Bella Astillah Syukur Syed Saddiq Bebas Tuduhan Anggap Bukti Kejujuran Dan Integriti

Keadilan Ditegakkan Bella Astillah Syukur Syed Saddiq Bebas Tuduhan Anggap Bukti Kejujuran Dan Integriti

papar berkaitan - pada 26/6/2025 - jumlah : 151 hits
Pelakon dan penyanyi Dayang Ara Nabellah Awang Astillah atau lebih dikenali sebagai Bella Astillah meluahkan rasa syukur apabila Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dibebaskan daripada empat pertuduhan oleh Mahkamah Rayuan pada...
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

Cara Memasak Telur Separuh Masak

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

The Science Behind Thermitight A Safe Path To Firmer Youthful Skin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Beli Ayam Gunting Di Pasar Petang Khamis

Saya Tak Akan Maafkan Pelajar Tingkatan Satu Maut Jatuh Asrama

Silap Faham Nak Parking Kereta

Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa