Syed Saddiq Bincang Kehilangan Rm250 000 Dalam Group Whatsapp



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah berbincang dengan ahli kumpulan “WhatsApp Value Add” mengenai kenyataan yang perlu dikeluarkan kepada media berkaitan kehilangan RM250,000 di kediamannya bagi menutup mulut masyarakat.
Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Muhammad Taufik Awaludin berkata perbincangan kumpulan WhatsApp tersebut diperoleh daripada laporan forensik yang diambil dalam telefon bimbit Rafiq Hakim Razali iaitu penolong Bendahari Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu ketika itu.
“Dalam kumpulan WhatsApp itu juga, YB Syed Saddiq ada membincangkan mengenai naratif bagaimana alasan yang perlu dikeluarkan kepada pihak media mengenai kehilangan wang tersebut.
“Perbincangan itu mengenai kenyataan media yang perlu dikeluarkan bagi menutup mulut masyarakat. Di akhir perbincangan dalam kumpulan WhatsApp itu, YB Syed Saddiq tidak bersetuju dengan cadangan ahli kumpulan dan memutuskan untuk mengeluarkan kenyataan bahawa sumber wang tersebut adalah daripada ibu, ayah dan beliau sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh timbalan pendakwa raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Muhammad Asyraf Mohamed Tahir pada hari pertama perbicaraan kes ahli Parlimen Muar itu yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah serta pengubahan wang haram.
Saksi pertama pendakwaan itu juga tidak bersetuju dengan peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Syed Saddiq, bahawa wang itu adalah daripada ibu dan bapa Syed Saddiq untuk mengubah suai rumah.
Wan Shaharuddin: Mengapa anda tidak bersetuju?
Taufik: Saya tidak bersetuju kerana dalam laporan forensik itu juga terdapat perbincangan dalam kumpulan WhatsApp bahawa wang tersebut adalah daripada dana budi bicara yang dahulu pernah dimohon oleh YB Syed Saddiq.
Selepas itu, YB Syed Saddiq berbincang mengenai kenyataan media yang perlu dikeluarkan dan YB Syed Saddiq memilih untuk membuat laporan polis serta mengeluarkan kenyataan media berhubung perkara itu.
Wan Shaharuddin: Siasatan anda tentang kehilangan duit di rumah YB Syed Saddiq, ada tak kaitan dengan pertuduhan pengeluaran wang RM1 juta?
Taufik: Ada.
Asyraf kemudian meminta saksi itu menjelaskan kenyataannya bahawa kehilangan wang RM250,000 mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi Syed Saddiq.
Taufik menjawab: “Kaitannya adalah tanpa siasatan melibatkan keterangan beberapa saksi, tidak akan jumpa petunjuk bagi pertuduhan lain, oleh itu pertuduhan yang dihadapi YB Syed Saddiq dapat disiasat.”
Dirujuk kepada laporan polis yang dibuat oleh Syed Saddiq, saksi itu berkata laporan tersebut menyatakan bahawa pada 7.51 petang 29 Mac 2020, sejumlah wang tunai iaitu kira-kira RM250,000 dalam peti besi di kediaman Syed Saddiq telah dicuri.
“Tiada sebarang kesan umpil manakala keadaan rumahnya kemas dan telah menetapkan kod rahsia pada peti besi itu dan hanya orang tertentu sahaja mengetahui kod tersebut,” katanya.
Menurut Taufik, ibu dan bapa Syed Saddiq juga telah membuat laporan polis berhubung kehilangan wang tersebut.
Syed Saddiq didakwa bersubahat dengan Rafiq, yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di Kuala Lumpur pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan harta untuk diri sendiri iaitu wang RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise dengan menyebabkan Rafiq melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya, Kuala Lumpur antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil daripada aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan pesuruhjaya kehakiman Azhar Abdul Hamid bersambung.
Laporan dipetik dari MalaysiaNow

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/06/syed-saddiq-bincang-kehilangan-rm250000.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Witness Suspects Syed Saddiq Conspired With Two Other Individuals Over Missing Rm250 000

Witness Suspects Syed Saddiq Conspired With Two Other Individuals Over Missing Rm250 000

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 181 hits
Syed Saddiq arrives at the Kuala Lumpur Court Complex July 22 2022 8211 Bernama photo KUALA LUMPUR An assistant superintendent of the Royal Malaysia Police told the High Court here today that he suspected Muar MP Syed Saddiq Syed A
Syed Saddiq Pans Nazri S Flood Tourism Suggestion

Syed Saddiq Pans Nazri S Flood Tourism Suggestion

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 121 hits
Muda president Syed Saddiq Abdul Rahman criticised Padang Rengas MP Nazri Abdul Aziz s suggestion that the country s annual floods could be a source of voluntourism or volunteer tourism Syed Saddiq who is also the Muar MP said instead of pr...
Terjebak Skim Pelaburan Melalui Whatsapp Wanita Rugi Hampir Rm600 000

Terjebak Skim Pelaburan Melalui Whatsapp Wanita Rugi Hampir Rm600 000

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 111 hits
Mangsa menerima pesanan menerusi WhatsApp daripada seorang lelaki tidak dikenali menawarkan skim pelaburan melalui aplikasi RRR68 club PETALING JAYA Seorang peniaga wanita kerugian RM583 555 selepas menjadi mangsa skim pelaburan menerusi Wh...
Syed Saddiq Was Under Pressure To Support Muhyiddin Parents

Syed Saddiq Was Under Pressure To Support Muhyiddin Parents

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 145 hits
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman s father and mother testified that their son was put under pressure to support then prime minister Muhyiddin Yassin The former youth and sports minister s parents testified this during today s trial against the...
Agc Urged To Cite Guan Eng Syed Saddiq For Contempt

Agc Urged To Cite Guan Eng Syed Saddiq For Contempt

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 181 hits
A complaint of sub judice has been lodged against Lim Guan Eng Syed Saddiq Syed Abdul Rahman and Syed Saddiq s lawyer PETALING JAYA Police reports are believed to have been lodged against former ministers Lim Guan Eng and Syed Saddiq Syed A...
Syed Saddiq Berdepan Empat Tuduhan Pecah Amanah Pengubahan Wang Haram

Syed Saddiq Berdepan Empat Tuduhan Pecah Amanah Pengubahan Wang Haram

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 178 hits
KUALA LUMPUR Pihak pendakwaan dalam kes Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang berdepan empat pertuduhan berkaitan pecah amanah dan pengubahan wang haram akan membuktikan kesemua kesalahan yang didakwa dilakukan Ahli Parlimen Muar itu adalah be...
Macc Officers Pressured Syed Saddiq To Support Muhyiddin Parents Tell Court

Macc Officers Pressured Syed Saddiq To Support Muhyiddin Parents Tell Court

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 162 hits
The parents of Muar MP Syed Saddiq Syed Abdul Rahman said their son was pressured by the Malaysian Anti Corruption Commission to support Tan Sri Muhyiddin Yassin during investigations into the RM250 000 missing from his home in 2020 Syed Ab...
Dulu Syed Saddiq Menteri Termuda Dalam Kabinet Hari Ini Menteri Termuda Dalam Mahkamah

Dulu Syed Saddiq Menteri Termuda Dalam Kabinet Hari Ini Menteri Termuda Dalam Mahkamah

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 145 hits
Oleh Sirajuddin AhmadNasib seseorang boleh berubah dalam sekelip mata tambah lagi dalam dunia politik Hanya beberapa tahun lalu Syed Saddiq di puja dan di sanjung sebagai orang paling muda menjadi Menteri dalam kerajaan Pakatan Harapan bawa...
Prosecution To Prove Syed Saddiq S Offences Malicious Dishonest

Prosecution To Prove Syed Saddiq S Offences Malicious Dishonest

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 167 hits
The prosecution in the case of Syed Saddiq Syed Abdul Rahman who faces four charges of criminal breach of trust misappropriation of funds and money laundering will prove that all offences allegedly committed by the Muar Member of Parliament...
Konsert Cinta Di Awan Siti Nurhaliza Tambah Lagi Sehari

Lelaki Miang Tanggal Seluar Budak Direman

Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

From Dreadful To Delightful Conquering Gear Engagement In Dodge Transmissions

Sustainability And Metal Buildings A Data Driven Approach To Eco Friendly Construction

Contoh Inspirasi Poster Ucapan Selamat Hari Pekerja 2024

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

Exploring The Impact Of Aluminum In Contemporary Design



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Enhance Your Look With Special Occasion Makeup

Lirik Lagu Perih Jerih Masdo

Rumah Terbuka Anisya And The Geng

Security Status Not Satisfied

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Ugutan Klopp Punca Salah Berang