Syarikat Perlombongan Dakwa Mb Terengganu Tipu Status Glc Negeri


Pengarah urusan sebuah syarikat perlombongan hari ini mendakwa Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berbohong kepada media berkenaan status sebuah syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).
R Rajagopal, pengarah kepada Golden Mineral Sdn Bhd (GMSB) yang baru-baru ini menang saman terhadap GLC, Permint Mineral Sdn Bhd (PMSB), mendakwa Samsuri memberi kenyataan palsu minggu lalu apabila mengatakan PMSB telah dibubarkan.
“Ada kenyataan oleh MB (Samsuri) (bahawa PMSB telah ditutup). Kami boleh sahkan dia berbohong tentangnya.
“Saya rasa media tentu lebih tahu dari kami, bahawa jika sebuah syarikat ditutup, tidak akan ada kes (di mahkamah) terhadapnya.
“Syarikat ini masih wujud. Media boleh periksa statusnya dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Saya juga lampirkan salinan status syarikat (daripada rekod SSM),” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Rajagopal merujuk kenyataan Samsuri yang disiarkan Berita Harian 15 Mei lalu, yang mengatakan kerajaan negeri menyerahkan soal melunaskan pampasan RM15.3 juta kepada GMSB kepada proses undang-undang.
Beliau juga dipetik berkata, kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa kerana syarikat itu telah dibubarkan, dan soal perundangan itu antara dua syarikat tersebut.
Samsuri berkata demikian ketika mengulas dakwaan Rajagopal sebelum itu bahawa kerajaan negeri menganiaya GMSB apabila PMSB enggan membayar RM15.3 juta ke atas kehilangan keuntungan GMSB seperti yang diarahkan Mahkamah Rayuan.
Ketika sidang media hari ini, Rajagopal mendakwa Samsuri tidak boleh mengatakan kerajaan negeri tiada kaitan dengan isu perundangan antara dua syarikat itu.
Katanya, PMSB dimiliki Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (Permint), justeru ia sebahagian daripada tanggungjawab kerajaan negeri.
“Jika beliau (Samsuri) mendakwa kerajaan negeri tiada kaitan daalm isu ini, maka sila rujuk afidavit yang mereka sendiri failkan di mahkamah (untuk kes itu), di mana pengarah (PSMB) sendiri menyatakan syarikat itu milik Permint dan melibatkan kepentingan awam,” katanya lagi.
Malaysiakini sedang menghubungi pejabat Samsuri untuk memberi maklum balas berkenaan perkara ini.
Menurut Rajagopal, Mahkamah Rayuan pada September 2018 mengarahkan PSMB membayar pampasan RM15.3 juta kepada GMSB.
Pampasan itu untuk 20 bulan – antara Ogos 2010 hingga Mac 2012 – ketika Golden Mineral tidak dapat menjalankan kegiatan perlombongan di Kemaman, Terengganu ekoran pertikaian kontrak antara kedua-dua pihak.
Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Mac lalu.


Sumber: kulihatlangitbiru.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/syarikat-perlombongan-dakwa-mb.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Terengganu Jimat Rm150 Juta Hasil Penstrukturan Semula Glc

Terengganu Jimat Rm150 Juta Hasil Penstrukturan Semula Glc

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 238 hits
KUALA TERENGGANU Kerajaan Terengganu dapat menjimatkan wang sehingga RM150 juta hasil penstrukturan semula 50 anak syarikat kerajaan negeri yang sebelum ini dikenal pasti tidak aktif dalam aktiviti perniagaan Menteri Besar Dr Ahmad Samsuri ...
Polis Guru Di Tipu Oleh Syarikat Pemberi Pinjaman Tak Wujud

Polis Guru Di Tipu Oleh Syarikat Pemberi Pinjaman Tak Wujud

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 255 hits
KUANTAN Seorang guru wanita kerugian RM11 170 dalam tempoh empat hari selepas diperdaya oleh syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud yang diketahuinya menerusi laman sosial Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wa...
Pengalaman Melawat Muzium Negeri Terengganu Apa Yang Ada Dalam Muzium Terbesar Asia Tenggara Ini

Pengalaman Melawat Muzium Negeri Terengganu Apa Yang Ada Dalam Muzium Terbesar Asia Tenggara Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 1040 hits
Pada hujung minggu yang lalu 9 Sept 2017 berkesempatan untuk membawa isteri serta 3 orang anak aku ke Muzium Negeri Terengganu Sebenarnya kali pertama dan terakhir pernah aku sampai ke sini adalah pada zaman sekolah rendah dulu Kira kira 20...
Negeri Dah Molek Pemuda Ini Rakam Tahap Kebersihan Di Sekitar Jambatan Angkat Di Terengganu

Negeri Dah Molek Pemuda Ini Rakam Tahap Kebersihan Di Sekitar Jambatan Angkat Di Terengganu

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 742 hits
Negeri Dah Molek Pemuda Ini Rakam Tahap Kebersihan Di Sekitar Jambatan Angkat Di TerengganuSEKALI pandang seperti lokasi pelancongan terkenal di luar negara namun siapa sangka ia sebenarnya di Terengganu sahaja
Kursus Corporate Governance Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

Kursus Corporate Governance Untuk Syarikat Kerajaan Negeri

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 771 hits
Bismillahhirahmannirrahim As Salam and greetings to dear readers Kejadian ini adalah pada 30 April yang lalu Bos dan Mrs A berserta seorang lagi staff dari unit lain kena pergi kursus Corporate Governance rasanya sesiapa yang kerja kerajaan...
Status Hadith Ramadhan Bulan Umatku

Status Hadith Ramadhan Bulan Umatku

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 355 hits
Soalan Apakah status hadith Ramadhan bulan umatku Jawapan Berdasarkan persoalan di atas bulan Rejab merupakan salah satu di antara bulan bulan Haram yang dinamakan oleh Allah SWT di dalam al Quran Untuk itu bulan Rejab ini mempunyai kelebih...
High Court Fixes 3 Additional Trial Dates To Complete 1mdb Case

Sabah Peroleh Rm580 Juta Hasil Jualan Minyak Mentah

Since Mic Pointless Pn Confident Of Marginalised Indian Votes

Norjuma Didakwa Lima Pertuduhan Mencederakan Tiga Individu Lakukan Khianat

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

The Evolution Of Adult Entertainment

Ministers Hit Out At Us Academic S Safety Claim

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl



5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok


Cerita Hari Jumaat

Time Sensitive Recognizing And Reacting To Infantile Spasms

Kedah Akan Cipta Rekod Dengan Penutupan Mbi Kedah Melalui Saman

Malaysia S Ex Pm Mahathir Faces Anticorruption Probe

Datuk Beraksi Di Pentas Peragaan Pada Usia 88 Tahun

Pemilik R R Didenda Rm30 000 Jual Petrol Bersubsidi Kepada Rakyat Thailand